Pages

Saturday, July 21, 2018

langkah pertama

Assalamualaikum, bismillah.

hari ni aku off.
last week of tagging in surgical department.
pagi tadi dikejut adik dia remind hari ni aku kena bawa dia appointment dengan dentist.
in denialnya nak bangun (read : qodho' tidur huhu). sakit badan wo!

back to back di OT (operation theatre) sengal seluruh badan. huhu

i shouldnt complain about my life.
Allah tak pernah silap meletakkan aku di mana aku berada. Alhamdulillah terlalu banyak lagi nikmat yang perlu aku syukuri.

kalau aku feel like quitting; aku remind diri aku;
you can quit, but not today.
esok kau cakap lagi macam tu.
(sampai bila2 kau takkan quit. lol)

aku ambil serius jugalah dengan kerja aku sekarang
(maksudnya masa belajar dulu tak seserius ni hahaha)
sebab sekarang memang deal with real patient.

kena selalu fikir besar so kita tak dwell dengan benda2 kecil. always begin with the end in mind. But never take shortcuts.

if you wanna be great doctor, be a great junior doctor first.
if you wanna be great surgeon, be a great assisstant first.

jauh lagi perjalanan. Rasa alahai jauhnya...
rupanya dah tertipu, mana ada lepas habis medschool akan jadi lebih mudah..
tapi InsyaAllah Allah akan jadikan kita lebih kuat mengharungi hidup mendatang.

moga2, InsyaAllah !

till then,
menulis sambil tunggu appointment adik siap. lambatnya ohoi. nak balik kampung!

Monday, July 9, 2018

Bye paeds (love hate relationship)

Assalamualaikum, bismillah.

InsyaAllah, I'm leaving paeds department for real tomorrow, (alhamdulillah, after so many drama, finally!)
Mixed feeling. I'm not ready for tagging tbh, but ermmm at the same time, after 4 months (+2 days) in Paeds , I (really) want to leave.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.
I learnt a lot in paeds.
Orang kata , kita akan sentiasa ingat momen2 kali yang pertama. gituu

Cinta pertama (?)
Pengalaman pertama
Semua2lah yang pertama.

Selagi neuron dalam kepala aku masih baik berhubung, aku akan ingatlah pengalaman pertama buat macam2 benda (yang buat salah macam2 pun hihi) sebagai doktor pelatih (dan bermula di Paeds department) >,<

I always want to be a Paediatrician. (even sebelum masuk medschool)
I always love paeds rotation when I was a medical student,
but I'm not sure now.. do I still love Paeds?
or... maybe I just love kids?
(or maybe because I want to be a surgeon pulok, tapi nak paeds jugak hmmm)

Aku sebenarnya tak benci pun paeds, pengalaman awal2 struggle nak adapt dengan kerja, dengan environment, dengan segala macam birokrasi dan politik dalam department (haha) buat aku tak rasional nak put the blame on paeds. tapi ya, yang tak dapat dinafikan, i do love kids, muahh <3 p="">

Anyway,
Dengan berakhirnya posting pertama dan paeds, maka berakhirlah zaman 'immuniti' posting pertama. lepas ni tak boleh lah nak cakap tak tahu (atau buat2 tak tahu hahaah). Memang obvious sangat orang akan kesian dengan kita (ni apa yang aku rasa la) kalau kita punya posting pertama adalah paeds. siap ada MO memang cakap 'Paeds rotation is tough, for 1st poster ever tougher'

Kalau kau nak dimarah, bila orang tahu kau 1st poster, diorang tone down sikit.
Bila kau susah nak ambil darah budak2 , babies yang kecik2 tu, diorang macam faham dan kesian, siap ada MO yang cakap ' you tak biasa ambil orang dewasa, tiba2 ambil budak kecil, kesian..'

Tapi alhamdulillah, 4 bulan, aku banyak belajar dan improved.
Untuk procedure; daripada kau stress nak nangis sampai boleh ambil masa 1 jam untuk insert 1 line je dekat neonate, towards the end dah confident boleh masukkan 3-4 line sehari dengan 1 attempt for each. Memang semua benda takes time, kena banyak sabar. (kadang ikut nasib jugak la kan huu)

Daripada tak tahu nak present, nak review patient macammana, apa yang nak dipresent dan direview, dah pandai sikit2. daripada slow, dah laju sikit. (sikitlah. haha, sabar ok?). Daripada oncall tak dapat tidur, dapatlah tidur juga sekejap. Daripada macam tak move on dari medical student life - dah rasa responsible dan cuba (i'm trying ok) berfikir cara doktor, macammana nak manage patient.

memang ada ups and down
ada hari, specialist marah kau siap cakap ' you graduate from Cork kan? i'm dissappointed with you'
ada hari lain, specialist cakap '1st poster yang better dari 6th poster'
ada hari lain MO marah kau tak tahu case, tak tahu present
ada hari lain specialist cakap kau present case very well and systematic

hidup ni memang macam roda. kadang di atas, kadang di bawah
tak perlu nak happy sangat (tapi bersyukur itu perlu)
dan tak perlu sedih sangat (tapi sabar itu perlu)

life is a journey right? keep learning and keep growing!

dan oh ya ada satu benda serious lawak sangat kalau aku ingat,
kita kan biasanya memang buat dropping method untuk ambil darah paeds just guna needle, ada sekali tu aku kena ambil darah mak budak, aku buat dropping method. sabor jelah, pastu pelik kenapa darah sikit sangat (dan of course lah aku tak squeeze tangan mak tu), then panggil senior, an Indian guy. He is so nice, dia kata takpe I tolong you. Dia datang procedure room. Aku cakap tadi aku dah try, aku sure aku nampak vein dia tapi darah still sikit. bila dia tahu aku buat dropping method, dia diam je. (sebab masa tu depan mak budak tu), lepas dah settle dia pun cakap slow2, both of us gelak je. sorry kak! ada jugaklah benda lucu yang nak diingat hehe

Dan to be specific , ada 2 orang top in my list dalam department ni (1 chinese, 1 malay), yang buat aku inspired, yang aku akan ingatlah kebaikan2 mereka. 

yang ajar aku banyak benda, may Allah bless them.

gerak dulu, pape roger.

Friday, July 6, 2018

makan sambil nangis

assalamualaikum, bismillah.

kalau new houseman tanya saya apa yang perlu di consider untuk pilih tempat housemanship, jawapan saya kekal satu ini ; tempat yang paling dekat dengan support system kita.

kalau kita belum kawin, & family, parents adalah support system kita. pilih dekat dengan rumah.

kalau dah kawin idk lah kalau partner tu support system kita (lol ada ke yang bukan?) pilih yang dekat.

kalau rasa kawan, usrahmates etc pilihlah yang terbaik.

support system ni penting sangat. 

dan I am forever thankful Allah takdirkan dan mudahkan duduk sekali dengan parents. walhal dulu konon nak pi sabah dulu. acah2 sangat suka cabaran. haha. nasib umi kata 'dah 5 tahun duduk jauh, nak duduk jauh lagi. hihi'

* * * * *

biasalah, ada hari yang not so good a.k.a bad day(s) -,-
kita balik tidur & nangis (lol)
bangun2 lapar pula. 
makanan sejuk.
nak panaskan, umi tengah guna oven, tak boleh guna microwave. 
kita makan kuih2 dan diam je.
lepas tu masuk bilik semula

'hudaa, kenapa tak makan ni?'
laung umi dari dapur.

'makanan sejuk'
diam.
tak lama lepas tu..

'hudaa, makan ni, umi dah panaskan'
umi panaskan atas dapur dan dah hidangkan atas meja.

dan aku makan sambil nangis sebab terharu sangat.
itulah antara hidangan yang paling hangat dengan kasih sayang T___T
tak tahu lah ni manja ke mengada.

* * * * *

suatu hari postnight, umi call

'dah balik rumah ke belum?'
jam hampir 9 pagi. dah hampir 16 jam bekerja.

'belum lagi, masih di hospital'
ditakdirkan orang shift pagi salah tengok jadual, jadi aku kena tunggu dan standby sampai dia datang.

'ada makanan atas meja, nanti makan. kalau dah tak makan simpan dalam peti sejuk.'

'okay' T_T

* * * * *

biasanya aku balik kalau kerja shift biasa (bukan tagging), sampai rumah dalam jam 7 akan makan malam, mandi, solat, dan jam 10 macam tu tidur.

kalau abi balik lewat sikit.
akan tanya 'abi dah makan?'
kalau belum , tolong sediakan apa yang patut.

suatu hari ,
jam 10 malam macam tu dari bilik aku perasan abi baru balik.
Zaim di ruang tamu. kedengaran..

instead of abi tanya ; 'ada makanan tak?'

rupanya abi tanya Zaim : 
'Huda mana? Huda dah makan ke belum?'

ya Allah, kalau kasih sayang, dan keperihatinan parents sebesar ini, tak terbayang kasih sayangMu.

ampuni aku, & kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku dan memeliharaku semasa kecil (dan besar :))