Pages

Tuesday, December 27, 2011

Twins Of Faith

Alhamdulillah, thummalhamdulillah. thanks Allah for gave me the opportunity to attend such a wonderful event. the event was super duper yummy yum I tell u. ahaks :)P1010217okay, sebelum lebih ramai tertanya-tanya apa tu twins of faith sambil kerut dahi, Twins Of Faith tu, di sebalik nama event tu sendiri adalah : Ilmu dan Amal. wah, macam senang je, tapi tak semudah tu tau. minta maaf awal-awal bahasa bercampur baur ;'(

hari pertama : 24 Disember

P1010173P1010187

datang sekali dengan umi, hazrat, didi dan anis.sampai-sampai je marilah beratur mendaftarkan diri. dan sebab datang lambat sikit, sampai-sampai je dah nak start talk. first talk daripada Sheikh Yahya Ibrahim : You are the best Nation.


P1010177he talked about Amar Ma’ruf nahi munkar, and he was emphasized about ilmu and amal. ‘iman in the heart is easy to talk but very difficult to put into practice’ how true it is..huh.

okay, memang tak dapat nak explain panjang-panjang la pasal setiap pengisian. so buat point sikit je dulu. InsyaAllah, kalau berkesempatan, saya explain panjang lebar dekat post lain la –_-

lepas tu talk daripada Seikh Alaa ElSayed : The building blocks. P1010178Again, he also stressed about Ilmu and Amal. he said, first step to build this nation is by choosing the right spouse. ops. berbaris-baris la kriteria yang disenaraikan. lepas tu kena jadi Qudwah kat anak-anak.. pilihkan kawan yang baik untuk dan macam-macam lagi lah. antara kata-kata beliau :

‘Whatever Allah gives you, use it for the sake of Allah! whatever we give for the sake of Allah is not a sacrifice, it in an investment for akhirah. Never think you’re NOBODY, wallahi, you’re SOMEBODY. think positive, and remember, you’re the nation builder’P1010211lepas tu ada hiburan sikit la. daripada Mu’adz Dzulkefly & Shinji Moriwaki. boleh la. selama ni ingat suara lelaki melayu yang sedap Anuar Zain je, Mu’adz pun memang boleh tahanla. hohoho.

lepas break zzohor dan lunch semua sambung dengan slot Ust Zaharuddin : Modern Economics vs Sacred Principle. tak dapat nak komen panjang sebab saya keluar masa ni. panggilan kecemasan. masuk balik dah nak habis dah –_-‘P1010189next sambung dengan tajuk I’m Muslim & I’m Proud : Sheikh Navaid Aziz. tak tahu nak cakap macam mana, memang best dan menusuk la. again, he had emphasized about Ilmu and Amal… we must have strong relationship with Allah, do everything with ikhsan and we must love among muslims. yang ni penting :P1010190‘ yesterday, I was clever. so I thought I want to change the world. today, I’m wise, so I had decided to change myself’ – oh, lets change ourselves!

P1010201P1010204

habis tu pergila workshop : Challenges of working Mom by Raya Shokatfard. ceh, nak jugak menyempit dengar. semua macam ibu-ibu belaka je. okay, prepare dan tambahkan ilmu apa salahnya :P apapun kalau boleh saya still nak jadi suri rumah sepenuh masa. ceh. ayat ni saya suka ‘ treat you husband like a king, he’ll treat you like a queen’ wallawehh.

lepas tu ada selingan hiburan daripada Boona Mohammed. supercool :D

sambung pula lagi dengan For His Sake Alone! : Sheikh Yahya Ibrahim. dia memang tekankan pasal sincerity. we must desire Allah, must seek to be near with Him and ask for it! sincere require work and takes effort. Allah will help you to sincere if you’re really sincere. tu point je. ada juga selingan cerita, tapi erm tahu-tahu jelah. tak kan nak cerita dekat sini.

malam ada lecture pasal Cultural Islam or Islamic culture : Dr Bilal Philips dan One Faith, One Family : Sheikh Hussein yee.

P1010221P1010223

‘cultural Islam can be inherited but Islamic culture can’t’ – for you to think about. hehe

‘ nothing can unite people, except religion. I.S.L.A.M : I Shall Love All Mankind’ – kan indah macam tu :)

malam penutup sambung dengan selingan hiburan daripada Muslim Belal & Abdullah Rolle. supercool jugak! kiri Boonaa, kanan Muslim Belal. gambar Abdullah Rolle tak sempat tangkap, bateri habis :[

P1010180P1010225

sekian untuk laporan hari pertama, siapa yang bising suruh saya update, so inilah dia. hari kedua punya akan datang, InsyaAllah. astaghfirullah, sekian Assalamualaikum.

Tuesday, December 20, 2011

memaknakan hidup

kadang-kadang bila kita tengok orang pulun study 24/7, nampak stress sangat..kita jadi kasihan.

kadang-kadang juga, bila kita tengok orang layan movie, drama sampai lewat malam,kita jadi kasihan.

kadang-kadang bila kita tengok orang kaya sibuk kumpul harta benda,kita jadi kesian juga.
solat jadikan adat, Qur'an selak bila sempat atau teringat.

ini kah erti hidup? inikah caranya mewarnai anugerah hidup yang Allah beri yang entah bila pula kita akan kembali..

lantas ada manusia dalam dunia ni, yang cuba mencari keseimbangan dalam hidup. saat orang ramai tidur, mereka bangun gagahkan diri. solat dhuha berkejar-kejar dalam renggang waktu kelas, rawatib buat hari-hari. Qur'an baca-hari-hari.

tapi kadang-kadang golongan seperti mereka ini kecewa. kecewa kerana kadang-kadang hidup mereka tak seindah orang lain.

' Aku buat perkara sunat semua, kebajikan, tapi orang yang tak buat, lebih score daripada aku. orang yang tak buat lebih cepat naik pangkat daripada aku, lebih disukai orang ramai daripada aku'

sampai juga kadang-kadang kekecewaan mereka melemahkan mereka dalam beramal. nau'zubillah.

jadi adakah sebenarnya kita beramal untuk Allah mengabulkan pula segala keinginan kita? untuk Allah menjawab segala doa' kita? untuk Allah memberikan kelebihan duniawi lebih daripada orang lain kepada kita?

layakkah kita meminta balasan sedemikian rupa? sedangkan Allah mencipta kita sebaik-baik kejadian, memberikan rezeki sehingga kita hidup hari ini, menganugerahi kita keluarga dan rakan-rakan yang baik, memberi kita nafas hari-hari secara percuma, mengampunkan dosa-dosa kita saat kita meminta dah terlalu banyaaaaaaaaaaaaak lagi yang Allah beri lagi kepada kita, kita masih lagi merasakan kita perlu dipenuhi segala keinginannya? eh, layakkah kita? anak raja mana kita ni?

jadi sebenarnya untuk apa kita berbuat amal kebaikan semua itu? saja-saja? oh tidak.

kita buat semua tu untuk lebih memaknakan hidup kita. dan jauh daripada itu.. 'to please the GOD'. untuk mengabdikan diri dan bersyukur kepada Allah. dan perlu kita sedar amalan kita walaupun sebanyak mana sekalipun, bukanlah memberi manfaat kepada Allah, dan sesikit mana pun tidak memudaratkan Allah! jadi siapakah sebenarnya yang rugi jika buat/ tak? hmm,kitalah..

hidup yang penuh mencabar ini, adalah lebih bermakna dengan sentiasa mengingati Allah. dan lebih bermakna bila kita sedar kita ni pengembara sahaja. kunci memasuki syurga kekal abadi adalah hanya dengan meraih rahmat Allah. itu sahaja.

teruslah beramal tanpa kecewa atau untuk berbangga.. kerana Allah melihat dan menilai segala usaha kita. teruslah memaknakan hidup ini!

bila kita berdoa, kita mengharap kepada Allah. kerana kita ini lemah tanpa Dia. dan bila kita beribadah, kita beribadah semata-mata kerana Allah, kerana kita ini bukan siapa-siapa tanpa Dia. Astaghfirullah, sekian Assalamualaikum.

*huda,cepat bersiap pergi kelas! okay daaaa. sempat lagi -_-

Friday, December 16, 2011

I-medik

*disebabkan ada sedikit feedback yang kurang enak bila menggunakan ‘dia’ maka ianya akan digantikan dengan ‘saya’ semula. ahhaa mind you ;P

alhamdulillah semalam saya berkesempatan mendengar satu ceramah bertajuk ‘kesedaran Islam dalam perubatan dan kesihatan’ oleh Dr. Zulkifli Yusof, anjuran I-medik ; nak tahu lebih lanjut klik sini. pengisian mungkin nampak simple tapi macam rugi pula kan kalau tak share, so khas untuk mereka yang terlibat dalam medical sciences, dan umum untuk semua, kita share lah. sharing is caring :)

pengisian mula-mula dibuka dengan memperkenalkan saintis-saintis Islam yang terulung macam Al-Zahrawi, Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Al-nafs, Al-Farabi, dan Al-Ghazali. woah..rasa macam malu dan kerdil sangat pun ada la juga. setakat basic microbiology pun dah ‘mak aih banyak nya nak hafal’, apalah sangat dibandingkan dengan mereka.mereka bukan sahaja mengusai bidang perubatan, tapi lain-lain juga.

bila saya berkira-kira apa ya bidang yang saya nak kuasai juga, hmm entah, kalau ikut minat, saya suka bidang sastera, penulisan etc. hoho. agama dan undang-undang dan physic juga. tang celah mana nak selit tumpu bidang lain memang kena betul-betulla pandai urus masa kan, kang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, nau’azubillah :/

bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa, sebab saya kurang rajin saya buat point je lah isi pengisian. nanti 2 jam pulak nak baca satu artikel ni. susah juga –_-'

kualiti saintis terulung Islam, antaranya yang boleh dicontohi dan ambil iktibar;

  • pengetahuan mendalam dalam bidang mereka
  • menghasilkan penemuan baru dan karya agung
  • kuasai pelbagai ilmu (!)
  • tidak jemu belajar
  • menyebarkan ilmu kepada masyarakat
  • mengamalkan etika yang tinggi
  • kuasai asas ilmu syarak yang kuat
  • komited terhadap suruhan agama

er ha okay nampak sangat teorikal kan. next point, InsyaAllah praktikal.

Ciri-ciri yang diperlukan pengamal perubatan masa kini

  1. Membetulkan niat. sebagai pengikat amal. nampak simple, tapi kesannya sangat besar. kena clearkan betul-betul, supaya mampu bertahan hingga ke akhirnya. bila ditanya kenapa duduk bidang ni, lepas ni dah tak perlu nak terkebil-kebil buat muka comel. kalau tanya saya kenapa memilih duduk bidang ni, yang tak pernah pun saya cita-cita kan, jawapannya kena buat post lain lah. teeet :D
  2. Aqidah yang mantap : I’tikad bahawa yang menyembuhkan adalah Allah. dan juga mempraktikkan konsep Tawakkal.
  3. Bekerja adalah ibadah dan kemuliaan. tak kisahlah sejauh mana bidang medik ini dimomok-momokkan sebagai satu bidang yang ‘tak ada life’ ataupun tough ke, tapi selagi mana kita menjadikannya ibadah, pahala akan berterusan. dan ya, hari-hari (nanti) jika diniatkan untuk menziarahi pesakit, kita telah melaksanakan hak seorang muslim dan mengikuti sunnah yang amat digalakkan, adakah itu satu kerugian?
  4. Berakhlak mulia. bukan masanya nak berlagak hebat atau menyombongkan diri. setiap orang perlu dihormati, cakap lembut dan sopan, kawal emosi etc.
  5. tunaikan kewajipan dengan cara yang paling sempurna. tahu ihsan? excellence? haa itulah dia ;)
  6. jadi contoh tauladan kepada pesakit dan orang lain. tahu tak yang 15-20% doktor di Malaysia merokok? makhluk macam ni kita nak kata apa? hmm, tak semestinya spesifik untuk kesihatan je kena jadi tauladan tapi umum lah.
  7. mahir dalam hukum fikah/fiqh. macam mana kalau operate masa bulan puasa? doktor terlajak waktu solat? ubat unsur babi? hah, camtulah contoh yang kita kena tahu sebagai ilmu dan untuk amal. kalau pesakit tanya,tahu tak nak jawab macam mana?
  8. jaga ibadah : khusus SOLAT [wajib dan sunat]. kalau buat kajian, agak-agaknya sampai separuh tak doktor dekat malaysia ni solat penuh sehari semalam? siapa rajin, haa bolehla buat bancian semua.
  9. follow up hal bidang perubatan terkini. nak tak nak, sekarang kita kena menguasai ilmu daripada barat dan perlu belajar daripada mereka, sebab setakat ni mereka yang kuasai.
  10. merendah diri dan mengharap kepada Allah. sangat straight, tak perlu explanation rasanya.

dan lastly, apa yang perlu ada dalam diri kita, untuk julang balik tamadun islam yang hebat dari segi keilmuannya adalah..(point lagi)

  • BERCITA-CITA TINGGI: aim jadi specialist atau professor. bukan doktor-doktor biasa. oh ya, aim for the stars! or maybe u’ll reach the sky :) setakat ni saya masih lagi stick untuk memilih bidang peadiatric : pakar kanak-kanak. Wallhua’lam, manala tahu nanti nak tukar fikiran ke, tak berani cakap.
  • KEAZAMAN YANG BERPANJANGAN: jangan mudah give up, jatuh bangun tu biasalah. keep on moving! try and fail, but don’t fail to try.
  • KEKUATAN MENTAL
  • KEKUATAN ROHANI

dan tips berguna daripada Dr Zulkifli untuk bakal/ budak medik, ‘takda benda last minute. kalau nak last minit, jangan pilih bidang ni.’ terasa eden. huh. okay, tu je rasanya. kata imam Syafie ;

‘aku tidak tahu satu yang lebih mulia daripada ilmu Halal & Haram, selain ilmu perubatan, tetapi ahli kitab telah mendahului kita dengan menguasainya’

usaha ! perbanyakkanlah senyum..astaghfirullah, sekian assalamualaikum :)

Tuesday, December 13, 2011

alahai

bismillah

son goku : atuk, saya sedih sikitla tok. result saya hari tu kurang memberangsangkan. hehe. tapi alhamdulillah, okay lagi. still lepas lagi nak menunaikan misi.

datuk kame : result tu okay jee. apa masalahnya?

son goku : entah tok, mula-mula dah okay, tapi bila tengok orang lain, rasa tak okay pula..

datuk kame : dah sejak bila pula nak kena compare dengan orang lain? beat diri sendiri, tengok orang lain buat apa. bersyukurlah, ada lagi yang kurang bernasib baik daripada kamu tahu tak? dan bila orang tu dapat berada di tempat kamu sekarang, pasti dia akan bersyukur. dan, ada juga yang kurang bernasib baik dari kamu, tapi hidup dia lagi bahagia daripada kamu. bersyukur dan cuba fikir. tak rugi ke kamu?

son goku : hmm, betul jugak tok. saya bersyukur, tapi...

datuk kame : dah dah dah. tak ada tapi-tapi. tapi-tapi tu hanya mengurangkan rasa syukur. orang muda selalu macamni. (erk!) entah apa dia risau pun atuk tak faham. ini ujian kamu goku, ujian berat ke ringan ke setimpal dengan orangnya. Allah pilih kamu sebab belum tentu orang lain sekuat kamu. jangan salahkan diri sendiri, orang lain, mahupun keadaan. Allah mungkin tunda kejayaan kamu untuk masa akan datang. kamu kan banyak sangat main, ni peringatan ni, biar tak leka. haha, biar terhantuk sikit

son goku : haha, sempat lagi tok. yelah tok, betul-betul.

datuk kame : satu lagi goku, kamu kena ingat, Allah menjadikan setiap orang tu berbeza-beza. kamu kena percaya tu. sejak bila pula semua dijadikan atas kelebihan yang sama? untuk mendapat hasil yang sama? semua ni ada hikmahnya. tak yakin ke?

son goku : InsyaAllah, yakin tok, terima kasih banyak-banyak.

datuk kame : last goku, kadang-kadang kita ni terlalu buang masa berfikir benda yang lepas. kamu jangan lupa fokus kamu goku, kamu hanya perlu melepasi syarat yang ditetapkan. tak kesah kamu lepas perfect atau tidak.. nanti semua dilihat sama. kamu tahu tak, nanti bila kamu dapat menyelesaikan misi kamu mengumpul kesemua 7 bola ajaib, tak adanya orang nak nilai pencapaian kamu tahap yang macam mana dulu. sama ada kamu gagal atau berjaya je. tu je.

son goku : haaa betul-betul

datuk kame : hah, tapi bukan bermakna kamu boleh culas, peluang akan datang kena rebut. dan kita kena sentiasa usaha juga untuk menjadi yang terbaik. yang penting kamu jangan lupa yang kamu kena 'kembali' nanti..nilaian yang jauh lebih besar

son goku : kembali?? oh haaa, okay tok. faham-faham

datuk kame : dah apa lagi, duduk tercegat dekat situ. muhasabah dan beramallah! heishh.

son goku : ha, okay tok. arigato

datuk kame : Allah tengok usaha, manusia yang selalu tengok hasil. istighfar dan tahmid banyak-banyak. chill~

astaghfirullah, sekian assalamualaikum.
kredit to abiumi, syifa' dan Anis Farhanah :)

Thursday, December 8, 2011

baca je?

naruto : heh bro, aku tengok kau rajin baca Qur’an. hari-harilah aku tengok. kenapa sebenarnya kau baca Qur’an?

sasuke : ? aku baca Qur’an simple je. sebab nak dapat banyak pahala la.

naruto : woaah. tu  je? setiap hari berapa banyak muka surat kau baca?

sasuke : apahal kau tanya pulak ni?

naruto : nak tahu jugak la kan, berapa banyak pahal kau dapat. kalau nak banyak pahala, aku baca je surah Al-Ikhlas 3 kali dah sama macam khatam 1 Qur’an.smart tak aku? buat apa susah-susah macam kau nak baca banyak-banyak?

sasuke : huh o_0? yelaa.. apa kau cuba sampaikan?

naruto : tak dapat tangkap lagi ke? ingatkan dah cukup power?  eh ops, sory bro. hihi

sasuke : kau memang sentiasa pedas macam dulu kan –_-'’

naruto : Haha. no komen. Al-Qur’an tu diturunkan bukan setakat untuk kau, aku dan orang lain baca untuk dapat pahala je. kalau setakat tu, ada surah al-ikhlas je cukuplah. tapi kenapa nak juga ada 114 surah? Al-Qur’an tu untuk kita faham, hayati, ambil pengajaran dan amalkan, tahu tak..

sasuke : Ahhaa, got it. selalu je dengar dan tahu kena faham dan hayati Al-Qur’an ni.

naruto : Aku tahu kau tahu.. tapi tulah kau, dengar je banyak, amal ciput je. kan? eh bro, ko dah habis study nota teknik bayangan dah?

sasuke : apasal kau tanya? 3 kali dah aku habis baca, siap practice beb.

naruto : wahh, terbaik la kau. eh, hari ni pulak berapa ayat dah kau tadabbur ? *angkat kening*

sasuke : errr… haha. Kau memang raja cili ah!

naruto : well, haha. chill~

astaghfirullah, sekian assalamualaikum :)

Tuesday, December 6, 2011

berubah la

domo mula panas hati dengan angry bird. tapi kena tahan marah. Rasulullah kata orang kuat orang yang boleh tahan marah :D

domo : kau ni bila nak berubah, semua dah besar kan. pandai-pandaila fikir. takkan semua benda nak disuruh.takkan masa tak reti nak urus. ish perangai..

angry bird : kau susah apahal? jaga tepi kain sendiri sudahla

domo : aku susah hati sebab aku sayangkan kau.

angry bird : blah la dengan sayang kau. aku memang dah lama dah macam ni.. susah.

domo : dah tu kau dah 18 tahun. takkan nak tunggu 18 tahun lagi baru nak berubah?

angry bird : haah, memang pun (muka selamba)

domo dah makin panas hati. tapi kena kawal lagi

domo : tak semua benda kena macam tu, takkan sebab dah memang dari dulu macam tu, so itulah alasan tak payah nak berubah. come on la. kecil dulu main anak patung, main card pokemon, eh bila besar tahu pulak tak nak main. macam tu lah dengan perangai, spesifik perangai huduh le..

angry bird : hoi apa ni, tak ada kaitan. bab mainan memang la. kau ni apasal

domo : jadi apa bezanya? perubahan tu perlu atas kesedaran dan keadaan kan. sama la sekarang

angry bird : apa yang sama nya. aku tak perlukan perubahan sekarang. tak effect

domo : ada bezanya, dulu-dulu mak bapak kau tanggung dosa, dah lama dulu dan sekarang kau tanggunglah sendiri.

angry bird : tak ada kaitan. okay, so what? biarlah aku tanggung sendiri, aku tak kacau kau

domo : dah la malas aku nak bertekak, kalau kau PASTI kau akan hidup besok, kau teruskan lah perangai kau ni.

domo berlalu pergi

monolog angry bird : ahh pasti ke aku hidup esok? masihkah ada ruang...

change now or u'll never get the chance.

astaghfirullah, sekian assalamualaikum.

Saturday, November 26, 2011

tipula

tipulah kalau cakap bila orang berniat lurus, sampai akhir dia akan berniat lurus.syaitan kan ada ni haa sana sini situ sinun nak sesatkan manusia sampai kiamat..

mula-mula dia masuk sini [sana: aucms], bila dengar motivasi Prof Dr. Muhaya cakap : ‘No Competition in study, ONLY Cooperation’, okay terus jadikan guideline. classmates, satu batch, satu program, agak-agaknya 95% kot semua budak straight A’s. straight A+ pun bersusun. kat sini [again : sana] orang kata budak pre-med cream of the cream. * ni bukan nak peghasan. tak suka pun. sikit sebanyak rasa macam ter’himpit’ sikitlah.

tapi selalu ingatkan diri sedapkan hati, cool lahh semua orang sama. Belajar kerana Allah. dia memang tak nak kesah pasal orang lain. err maksudnya lebih kesahkan diri sendiri la. kalau dapat markah quiz ke test ke tak nak lah sebok-sebok nak tahu semua orang punya. lagila apahal nak compare-compare kan markah. cermin diri cukup. tapi housemate punya hal, kena ambil tahu, selak sikit lah kain diorang. ops, ok tutup balik.

kalau quiz ke, test ke cuba dapatkan atleast A-. hmm, markah tak kesahla. gred cukup. takut nanti tak bersyukur pulak. tapi tulah, syukur tu tak semudah nak cakap. bila kena batang hidung baru tahu, tak sedar nak bersyukur. yelaa, tipula dia cakap dia tak pernah rasa macam tu.

sem lepas markah quiz [quiz je pun, tahu tak], alhamdulillah dapat A, tapi nak down jugak sebab markah tak setinggi orang lain. sem ni, cis, perasaan tu bersisa lagi sikit. bukan down, tapi macam envy sikit tengok orang lain. quiz microb hari tu, dia ada salah satu soalan, satu je pun beza dan quiz je pun, tu pun boleh nak jeles tengok orang fullmark. camni la spesis orang tak sedar dia tak bersyukur. astaghfirullah. bila balik rumah cerita dekat husna, dia memang macam nak bagi pelempang free melayang sampai kutub selatan. terus tak jadi nak cerita dekat abi umi.

tipulah kalau cakap, niat lurus kita tu tak boleh terbengkok atau tersasar. tak ada jaminan. tak kesahla buat apa pun. percayala. contoh :

dah set alarm memang awal la bangun pagi nak qiyam, masa semua tidur. pergi tandas, terperasan pulak roommate terjaga. dah timbul rasa terbangga sekejap nak qiyam.

bila nak sedekah, okay memang niat nak sedekah nyorok-nyorok. tapi tiba-tiba eh ada orang nampak, ceh terasa jap jadi orang pemurah.

see, ingat senang nak jaga hati. syaitan tu lagi bijak. 1 cara tak jadi, mereka ada lagi berjuta-juta cara nak gagalkan niat manusia sehingga sesuatu benda baik tu jadi tak ikhlas dan sia-sia. sia-sia tahu tak?! eh, emo pulok.

tulah pentingnya sentiasa tajdid : perbaharui niat. dan jaga hati. tu je point, JAGA HATI, kekalkan momentum ikhlas buat sesuatu kerana Allah dari awal sampai selesai. ergh, tiba-tiba membebel tengah malam ala-ala nak sedapkan hati. let gone be bygone. chill. oklah baik buat air liur basi. chow, astaghfirullah, sekian assalamualaikum.

tsscamnilah orang sempat lagi bergambar masa tunggu bas. mereka : supercool Open-mouthed smile

Saturday, November 19, 2011

Al-Amin

pagi tadi masa dia tengah buat nota microb, tiba-tiba Lee masuk. ‘huda, saya nak cakap sikit dengan awak’ tutup pintu sikit. aik lain macam je ni.‘mak saya suruh tanya awak’ aik lagi lain macam. berhenti menulis. ‘ok, ape dia?’

‘mak saya suruh tanya macam mana nak masuk Al-Amin. nak masukkan adik saya. ada exam ke? prestasi akademik al-amin macam mana? perangai student , blablablabla..’

ini peluang baik. dia pun ceritala setakat mana yang tahu la. promote ofcourse la. cakap ayat bunga-bunga dan tapi cakap juga realiti sebenar. takut indah khabar dari rupa kan. nampak macam termakan umpan juga :D [ada komisen tak promote Al-Amin? kalau promote orang masuk Aucms ni, pihak kolej bagi rm500 wo. ahaha]

Skool[gambar cilok. daripada 1 bangunan, dah nak masuk 6 bangunan. Al-Amin semakin maju]

tiba-tiba dia jadi rindu Al-Amin. Al-Amin yang menjadikan dia, dia hari ini. Al-Amin yang memaknai dan mewarnai hidup dia. Al-Amin yang menyimpan 1001 kisah suka dan duka dia. Dan Al-amin yang terpahat dihati dan sentiasa dirindui. setiap orang, pasti ada rasa sedikit bangga dengan sekolah masing-masing kot. sama lah lebih kurang macam dia, tapi jauh lebih besar dari itu, dia sungguh berterima kasih bumi al-amin dan seluruh warganya.

dulu, dia tak faham kenapa abi beria-ria nak sekolahkan kami adik-beradik di situ. masa tinggal di Kajang Al-Amin Bangi, dan masa berpindah di Rawang dan Gombak, Al-amin Gombaklah juga tempat kami bersekolah. Bagi dia dulu, kalau dapat masuk SBP/ MRSM ke bagus la jugak kan. lepas dapat result UPSR, pernah juga berhajat ke SBPI tapi abi tak bagi. Abi yang hidupnya mendidik warga SBP sudah hampir 20+ tahun, bermula jadi guru di SMAP Kajang dan SBPI Rawang, tak juga rasa nak masukkan kami ke SBP juga. mungkin ada alasan sendiri.

teringat dulu dia masa lepas dapat keputusan PMR, nak apply MRSM tapi abi tak bagi juga. sampai dia kena marah dan menangis, merajuk. abi cakap ‘apa ni, elok-elok sekolah Al-Amin dah bagus nak pindah pula’ senyap dan akur. tak berani dah cakap apa-apa.

memandangkan Al-Amin sekolah swasta, bukan seposen dua duit yang dikeluarkan. dan kami keluarga sederhana. teringat lagi masa abi cakap dekat kami adik-beradik: ‘ tahu tak, kalau abi tak hantar kamu semua dekat Al-Amin, abi dah boleh beli rumah dan kereta mewah, beringat la sikit’ tak tahula abi nak buat ayat hiperbola ke apa. lebih kurang sebulan rm300x12 untuk seorang x6 untuk kami 6 beradik, x11 lagi untuk dari darjah 1- tingkatan 5. tu baru yuran. adalah ratusan ribu. kenapa duit sebanyak itu dihabiskan untuk Al-Amin?

apa istimewanya Al-Amin? kata orang, bila kehilangan baru reti menghargai. mungkin tulah kot apa yang dia rasai. bila keluar Al-Amin baru mengenal dan menghargai Al-Amin.

Al-Amin bumi cinta.

Di Bumi Al-Amin itulah dia mendalami cinta. dan ya, berusaha untuk membumikan cinta juga. cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cintakan Al-Qur’an, cinta ibubapa, guru-guru, ahli keluarga, kawan-kawan, dan orang lain juga termasik ‘dia’. EH EH haish,

Al-Amin bumi ilmu.

Di teratak Al-amin jugalah dia menimba ilmu buat bekalan hidup dunia dan akhirat. di situ dia belajar dan mengajar juga. walaupun sekejap. turun temurun juga mungkin. abi dulu di zaman bujangnya pun pernah mengajar di Al-Amin Gombak. Batch awal. kemudian kakak dia dan dia pun berkesempatan, menabur sedikit bakti di bumi Al-Amin.

Al-Amin bumi kehidupan.

susah nak diterjemahkan dalam bentuk ayat. yang penting, di Al-Amin dia belajar menjadi manusia. dan mula belajar untuk hidup secara sepatutnya. di situ dia berubah juga sedikit sedikit dari gelap gelita kepada cahaya. untuk semua itu dan banyak lagi, manakan tidak dia mencintai bumi itu?

walaupun Al-Amin tak seterkenal sekolah lain, [ada housemate dia tak pernah dengar pun] dan dari pemerhatian dia sendiri, semakin lama Al-Amin semakin kurang ‘berwarna’, Al-Amin tetap sekolah terbaik, sekurang-kurangnya bagi dia. kalau boleh anak cucu cicit semua mesti sekolah dekat Al-Amin. ok cukup. maaflah sedikit semangat ke’sekolahan’. apapun, hargailah dan sayangilah sekolah anda. erk. Astaghfirullah, sekian, assalamualaikum.

Thursday, November 17, 2011

2 budak jadi dewasa

kami satu rumah sambut hari lahir 2 budak dalam rumah ni. diorang berdua ni suka naruto dan anime ape entah lagi. boleh pulak bergaduh hari tu pasal sticker naruto. sebab tu dia cakap diorang ni budak-budak. bukan sebab tu je diorang budak, tapi sebab birthday diorang pun paling lambat. tengok macam dia, tak sempat seminggu tahun baru, dah meningkat umur. patutla nampak tua kan. disebabkan dah masuk lapan belas tahun, mereka ni kenalah jadi dewasa macam dia lah. haha

View bday zu

birthday si budak zuliyana, kami sambut dekat Sunway Carnival. tapi sambut awal. sebab 31/10 tu first paper untuk final exam. takkanlah nak berjoli pulak. ceh, suka la tuh si zu, dapat kek sebijik + seluar + baju. lepas tu buat muka comel cakap ‘terima kasih korang’ tak habis-habis. terharu lah kunun kan dapat suprise. nak kena lempang la tu. [copy ayat si zu balik. haha :P]

View bday hasanah

birthday si hasanah kami sambut semalam, 16/11. walaupun dalam rumah ni ada 3 orang, tak termasuk hasanah yang ada quiz microb esoknya [hari nilah], tapi betapa sayangnya dia dekat budak ni, sambut la jugak. nanti menangis 6 hari 6 malam sape nak tanggung. hehe. si hasanah beria-ria cakap tak payah celebrate. kesian lah kunun, nanti tak boleh prepare. chillax lerr :D sambut birthday hasanah dekat secret recipe ni, zahra kata kena puasa 2 hari. haha. suka la tu hasanah dapat kek + beg galas comel. tak habis-habis cakap ‘sayang korang’ elelelele.

apapun thanks zu ajar macam-macam. tolong macam-macam. sama lah juga dengan hasanah yang selalu jadi kamus english bergerak dia. luv both of you, uhibbukuma fillah, may Allah bless both of you n may our wishes come true :)

astaghfirullah, sekian assalamualaikum.

Sunday, November 13, 2011

duit haram

alhamdulillah, dia baru selesai baca buku ‘nota hati seorang lelaki’ karya Pahrol Mohd Juoi. tajuknya buat orang macam erk, apasal dia baca buku macam ni. dengan itu dia dah tahu hati seorang lelaki. haha. tipu! Heh, bukannya apa pun. tajuk je ‘seram’. hihi. tak sampai sehari dah habis baca. tak tebal mana pun, 200 mukasurat lebih. kesuluruhannya buku yang baik. banyak benda boleh belajar dan membuka minda. thanks hazrati bagi pinjam :D

biar bermanfaat sikit, jadi post ni, ulas sikit je pasal buku tu. satu pointnya je lah, olahan dari dia. sesuatu yang tak ramai orang sedar lah kot.

duit haram.

orang kalau boleh mana nak makan duit haram. beli makanan pakai duit haram, nanti effect diri sendiri dan ahli keluarga semua. makanan juga membentuk peribadi. Jadi, sumber dan ke’halal’annnya kena jaga. no kompromi.

mungkin secara umum orang nampak duit haram datang daripada hasil curi, rasuah, riba dan lain-lain. tapi ada satu lagi yang orang terlupa. kau orang juga kan? mungkin kau juga lupa. duit haram boleh datang juga dari aktiviti curi masa. hekelleh?

explain please. ok, sepatutnya kena kerja 8 jam, tapi kerja curi masa. kadang-kadang masuk lambat, balik awal pula. ngongekngongek buat kerja. culas. tapi dapat gaji full. tak deserve kan? duit gaji dapat, beli makanan buat biaya keluarga dan anak-anak, tengok-tengok anak degil, hati keras. mungkin sebab parents nya curi masa bila bekerja. diri sendiri pula malas buat ibadah. sebab duit ‘haram’. nampak effect dia. logik kan? angguk jelah.

itu untuk orang yang dah bekerja, aku student, tak terbabit. ewah ewah eh jap, kau student dapat biasiswa kan? takpun duit mak bapak. apa erti dapat biasiswa? itu tandanya ada amanah yang sangat berat dipikul. duit rakyat. bayangkan rakyat macam petani hempas pulas, bayar cukai, buat biaya kau. duit tu buat belajar betul-betul, guna baik-baik. berbakti balik pada negara. tapi kau belajar pulak malas-malas, duit guna buat berjoli sana-sini. *pedih* layak ke buat duit tu macam tu? menyalahgunakan hak orang lain, tak malu. patutla belajar susah nak masuk, ibadah malas, bangga diri je lebih. cemerlang pun tak bermakna. hahaha,baru padan muka. tak lawak huda, tak lawak.

nampak tak kesan dia. halus sangat, tu yang kadang-kadang tak sedar. sekarang kalau dah sedar, jangan curi-curi masa. susah tu memangla, tapi kena usaha juga untuk berubah.

patutla muslim sejati belajar dan kerja sungguh-sungguh, dapat duit halal, makanan berkat, anak soleh,hidup berkat. ibadah tak berat nak buat. tu lah mungkin salah satu rahsianya! oh. oh je solve nothing,kena start sedar dan berubah. sama-sama la dengan dia pun =_=’

nak curi masa lagi? duit haram.euww yucks. haram sama macam… ..samak! samak! eh, astaghfirullah, sekian assalamualaikum :)

Thursday, November 10, 2011

semester 2

semester baru dah mula. huh * peluh menitik
paling tak suka, kelas dari isnin sampai jumaat (!) dushh.
selamat tinggal la cuti-cuti malaysia macam sem lepas. uwaaaaaaaaaaa ;'(

dan dia dah rasa bahang-bahang hectic life untuk sem ni. dan apakah, hari selasa dan rabu ada kelas straight dari pukul 1 sampai pukul 5, bila nak solat cik/encik pembuat jadual ?? *kuciwa. ni nak kena bangkang ni. aiyoo

semester baru, subjek pun dah berat sikit. basic microbiology yang paling tak sabar nak belajar (dan paling banyak kena hafal -_-) 7 lecturer akan ajar dia untuk subjek tu je. and all of them are doctors and philipinoes. macam tengok cerita Marimar pun ada bila belajar :D

human behavior and physicology Mrs Tanu ajar, she is pure Indian. macam tengok cerita hindustan la pulak. ok la kan. boleh ubat kempunan. heh

yang macam tengok drama melayu hanya kelas maths. cayalah Ms Farah. gagah dan bertenaga. chemistry dan english. Mrs Shymala dan Mr Raj. mereka India Malaysia. English semester ni, lebih ditekankan untuk speaking, sebab January nanti, dia akan ada interview dengan Irish. alamak cuaak. ok, takpe.. dia suka kelas english. (ajaib. lala)

kelas 5 hari. jadual padat. maknanya akan kurang balik rumah. nampaknya macam dah start banyak berkorban sekarang. (kan baru habis raya korban?) ceh, ada sedikit kepoyoan di situ. dan dia nak menjerit sekarang : nak jumpa kawan-kawan!! especially syi, wanie, saidatul, anis, didi, tipah, nu', yami eh eh semualah! tapi jeritan tu tak ada siapa nak dengar. sadis. dah jangan layan.

nak jerit lagi tapi macam tak sopan pula : dia rindu sama teratak al-amin, dan pastinya guru-guru terchenta. urghh, rindu membuak-buak.

ok, kena sambung buat nota, saja hilangkan mengantuk menconteng di sini. pandai dah buat kerja tak befaedah sekarang. cis. astaghfirullah, sekian, assalamualaikum.

Tuesday, November 8, 2011

si penyamun

peristiwa 1/11/11. baru berkesempatan nak update hari ni. exam dan raya, curi masa dia.

tarikh tu mungkin tarikh yang keramat dan mempunyai kenangan tertentu bagi setiap orang. begitu juga dengan dia. tapi bukan sesuatu yang terlalu indah untuk dikenang. sungguh, bukan!

ini kisah benar, tak ada satu pun dia reka. kisah dia dan housemate disamun bersenjata (refer laporan polis) di hostel. mungkin panjang sikit ceritanya dan skema. siapa sanggup, sila baca, ambil pengajaran jadikan pedoman. [dia nasihatkan, kalau malas nak baca, scroll down baca kesimpulan & pengajaran, takpun tak payah baca], apapun dia bukan mangsa 'utama' kes itu, tapi, hampir-hampir menjadi mangsa. sungguh, Allah jua yang menyelamatkan.

* * * * *

malam itu, sedang dia membaca buku untuk persiapan exam esoknya, dia tertidur. tidur yang tak proper. baca doa pun tidak, tutup lampu pun tidak. mungkin kepenatan yang amat. lebih kurang pukul 1 pagi, dia terjaga. selimut dicari. doa, ayat kursi, 3 qul dibaca, dihembus dan disapu ke seluruh badan, macam hari-hari biasa. tutup lampu. tidur semula. lebih proper.

tiba-tiba dia tersedar lagi.sebab ada seseorang membuka pintu bilik dia. kemudian ditutup semula. sangat perlahan, tapi cukup untuk buat dia terjaga. dalam hati bukan rasa tak sedap hati masa tu, tapi lebih kepada tak puas hati. dia ingat housemate dia; si Anne (bukan nama sebenar) saja nak main-main bukak pintu bilik dia tanpa mengetuk pintu (padahal mungkin si Anne tahu dia memang pantang kalau orang tak ketuk pintu dulu.) tengok jam sudah hampir 515 pagi. dia dah terlewat. memang tak sedar bunyi jam. sepatutnya nak mandi, tapi kepala berat sangat dan malas nak bangun, dia baring balik. huh, godaan syaitan.

selang 10 minit, pintu bilik dia sekali lagi dibuka dengan perlahan, dia tersedar lagi. lebih kurang 522 pagi. dia cuba lihat siapa yang membuka pintu, tapi nampak kelibat orang pergi sambil pintu bilik dibiarkan terbuka.mata dia masa tu samar-samar je nampak. dia masih tak rasa apa-apa. dia terus bangun, siap-siap hajatnya nak mandi. tapi terdetik nak tengok housemate dekat luar. masih ada rasa tak puas hati kenapa mereka main-main bukak pintu bilik dia. ishh

keluar saja dari bilik, dia nampak housemate dia, Anne dibiliknya sedang memandang dia. mata yang besar, ada gambaran cemas. mulut dia diikat, kaki dan tangannya diikat di tiang katil sedang dalam keadaan meronta-ronta. tapi dia boleh lagi tanya 'kenapa?' sungguh, sangat blurr sebab mati-mati dia ingat Anne tu yang cuba memasuki biliknya. jadi sangat pelik macamman dia boleh terikat macam tu. dalam keadaan mulut kawan dia terikat, dia dengar Anne cakap 'pencuri!!'

Ya Allah, berderau darah dia masa tu! hanya Allah sahaja yang tahu. (sampai sekarang kalau dia teringat gambaran si Anne macam tu, jantung mesti laju.) dalam keadaan dia melihat keadaan si Anne diikat sebegitu rupa, Allah sahaja yang tahu apa rasanya. tak dapat nak digambarkan. tangan terketar-ketar, dengan badan menggigil dia cuba membuka ikatan tangan Anne dari kepala katil. yang terkeluar dibibir dia masa tu hanya 'astaghfirullah! astaghfirullah! astaghfirullah!' tak henti-henti. lama lepas tu housemate dia lagi sorang, si Zana (bukan nama sebenar) datang bilik tu tanya ' kenapa ni? dari tadi saya dengar astaghfirullah' Zana pun terkejut melihat si Anne diikat sebegitu rupa. terus tolong bukak ikatan kaki.

masa tu si Anne cakap ' kenapa awak tak bangun awal sikit, dia baru pergi!' speechless.

habis je buka ikatan, directly dia terus call nombor hotline hostel, melaporkan rumah mereka dimasuki pencuri. lepas tu dia call abi. tengok pintu dapur, terbuka besar. jantung dia masih tak laju-laju. barang yang disedari hilang, 3 Handphone (2 Anne punya, 1 Nina punya (bukan nama sebenar), seutas rantai dan gelang emas Anne, wang tunai semuanya kira-kira 500 ringgit. lepas je pihak warden datang, si Anne, dia, dan nina dibawa ke balai polis Tasek Gelugor. pakaian masa tu sangat cikai. dengan seluar tidur, sweater, tudung sarung pergi balai. tak fikir apa dah. (tapi sempat sarung stokin laa. hoho)

sampai je balai, 3 pegawai lelaki sambut mereka. badan dan tangan dia sejuk sangat masa tu. kira-kira 530 pagi. mereka buat aduan, masa tu si Anne cerita apa yang berlaku. dia pun baru terdengar cerita sebenar. si Anne cerita; dia tersedar, terkejut sangat apabila nampak seorang lelaki dengan menutup sebahagian mukanya ada dalam bilik. (Ya Allah, siapa tak terkejut?) dia nak menjerit, tapi si pencuri tu terus acukan pisau, dan suruh dia senyap. pencuri tu terus ambil selendang dan tudung Anne ikat tangan, kaki, dan mulut. lepas dia ikat Anne, dia nak ambil rantai dan gelang Anne, tapi Anne taknak bagi, pencuri tu kata 'awak sayang harta ke maruah?' Anne kata masa tu dia ikut je. takut diapa-apakan. kasihan Anne

ada beberapa benda lagi si pencuri tu buat. tapi tiba-tiba pencuri tu terkejut dengar bunyi alarm. *dia rasa itu alarm dia. terus menggelabah si pencuri tu. dia keluar dari bilik, pergi ruang tamu, ambil handphone, duit housemate dia yang lain. kemudian pencuri masuk balik bilik Anne. tinggalkan purse dalam bilik Anne. Anne nampak apa dia buat. Anne kata, lepas pencuri tu keluar dari bilik Anne, dia cuba nak masuk bilik dia. (dari pintu bilik Anne boleh nampak bilik dia). kali pertama pencuri tu bukak pintu, dia tutup balik. sebab dia nampak Anne pandang dia. dia datang balik bilik Anne, ikat pula tangan Anne di kepala katil. Pencuri tu pergi pula bilik dia sekali lagi.. [dan dia pasti, orang yang membuka pintu bilik dia tu adalah si pencuri durjana tu.] ciss. tapi alhamdulillah, dia tak jadi masuk.

itu serba sedikit report di Balai Polis TG. mereka diminta pula pergi ke IPD KB, ada pegawai penyiasat nak ambil statement lebih detail. masa tu lebih kurang 7 pagi. dia call coordinator mereka, minta tangguh exam disebabkan kes ni. Beliau risau sungguh, dan mereka dapat kebenaran tangguh exam. sampai IPD, Anne ditemuramah oleh Sarjan R. dia sebagai saksi jumpa Insp. A, Nina Insp. F. heh, soalan pertama dia dapat masa tu ' awak anak keberapa? ' pelik juga. tapi jawab la semua. sambil tunggu Anne habis ditemuramah, dia duduk di ruangan soal siasat tu. tengok gelagat-gelagat anggota polis. macam-macam. ada yang cerita pada dia (lelaki tua, 40-an lebih kurang) 'kami dekat sini asyik ditekan-tekan, sampai 30 jam tak balik rumah. anak saya sampai merayu ' ayaah, boleh tak beri saya masa''. dia faham sikit-sikit kerja polis ni. sibuk.banyak juga jasa mereka. sambil menunggu, dia tiba-tiba dapat call dan mesej daripada hp kawan dia yang dicuri. hah, memang terkejut beruk. mesejnya ' huda, boleh ke buat kerja dengan saya'. berdebar jantung. pencuri tu memang gila!

lama lepas keterangan Anne diambil, mereka kena pergi bahagian foto fit. masa tu lebih kurang pukul 11 pagi juga. sangat lama di bahagian tu. kerja-kerja melakar gambar suspek. canggih la kot alatan dia. lepas makan sekejap, sambung balik foto fit. ramai jugala pegawai polis dia jumpa hari tu. lepas tu mereka diiringi balik rumah. naik kereta polis. merasala naik kereta polis dengan pegawai penyiasat.heh. sampai rumah, pegawai tu tangkap gambar dan ambil barang bukti semua. lepas tu, sambung aktiviti biasa. memandangkan hp dia tak dicuri, no dia digunakan oleh pihak polis untuk contact. ramai juga pegawai call. lepas Insp ni, Insp tu. lepas asar ada 3 pegawai datang rumah lagi, soal selidik lagi.

P1000729

P1000730

P1000731

pukul 11 malam lebih kurang, Insp A tiba-tiba call ' saya nak khalidah (dia dipanggil khalidah, tak tahu kenapa) dan Anne datang restoran R, 20 minit dari sekarang' erk ok. mereka nak buat umpan tangkap pencuri, katanya. ada la lebih kurang 20 orang pegawai dekat situ. pakai baju biasa duduk meja asing-asing buat kerja sendiri. beberapa orang tu, dia jumpa dekat balai. tapi malam tu tak plan tak jadi.simple je, sebab Allah tak izinkan.

balik tu dia tak dapat tidur. gila tak gila, esoknya paper bio. dia hari tu fobia dengar bunyi pintu. cepat terkejut. huhu. housemate dia yang lain pun tak dapat tidur. kami semua duduk ruangtamu. dia tertidur pukul 2 lebih, bangun pukul 4. bangun pukul 4 tu dia kesejukan. sebab masih fobia dengan waktu-waktu pagi macam tu.

hari yang dilalui, cuba buat biasa, tapi tipula boleh buat cool. rasa seram sejuk. nak exam, serius jadi tak fokus. malam mereka berjaga. ala-ala hirasah gitu.

malam esoknya, pukul 12 lebih kurang, Insp A call, ‘ boleh tak datang balai malam ni jugak, nak buat kawad cam’ ok, dia dan Anne pun pergila balai. ada 6 suspek ditangkap. mereka tengok suspek melalui cermin satu hala. ada penagih dadah. muka biasa je. dia ingat pengaih dadah macam mayat hidup, tapi tak pun. teliti punya teliti, Anne kata semua bukan. pukul 2 pagi lebih kurang, balik hostel. esok exam chem. tak study sangat –_-

tu je cerita pendek. sampai sekarang si durjana tu tak dapat lagi ditangkap. masih mengganggu melalui call. pihak polis pun macam dah malas nak buat kerja. dia kecewa sungguh. semoga Allah permudahkan pencuri tu ditangkap dan dihukum dengan setimpal. saya kasihan Anne, alhamdulillah, Anne tak diapa-apakan, masih baik. semoga Allah lindungi dia.

kesimpulan & pengajaran.

dia dengan housemate tak pernah terbayang pun perkara macam ni akan berlaku dekat mereka. macam mimpi. tapi tu semua Allah dah takdirkan.pasti ada hikmahnya, memang ujian Allah nak bagi kepada kami. masa minggu exam pula. memang banyak sedikit terganggu. sungguh, dia sendiri tak fokus nak exam. tidur pun tak cukup. asyik tersengguk masa exam. . minta maaf abi umi :'(

bila family dan kawan sekeliling tahu cerita,dia asyik ditanya kenapa pencuri tu tak masuk bilik dia dulu sebab bilik dia bilik belakang, dekat dengan pintu dapur. Wallahua’lam dia pun tak tahu. bersyukur Allah selamatkan, alhamdulillah. tak habis-habis orang cakap dia ada pendinding. heh, 2 kali nak masuk tak lepas. siap pesan ‘lain kali buat satu rumah’ heh, wallahua’lam. abi pesan macam macam macam lagi lepas peristiwa tu.

Amalan dia yang tersangat sikit, cuma hari-hari baca Al-ma’thurat pagi petang (biasanya masa nak bersiap, sambil gosok baju/dalam bas), ayat Qursi lepas solat, masa tidur 3 qul dan ayat kursi, tilawah dan tadabbur, solat sunat paling malas 6 rakaat sehari. kira macam rutin. memang mula-mula jadikan habit tak nampak pun significant dia secara jelas. tapi selepas peristiwa ni, dia semakin yakin semua tu tak sia-sia. Allah jaga, InsyaAllah.

dan satu pengajaran besar, kita bukan selamat dimana tempat yang kita rasa selamat, even dalam rumah sendiri, bilik sendiri. tapi kita akan selamat, dimana-manapun kita berada dengan adanya Allah.

dia cuma nak berpesan kepada diri sendiri dan khas untuk kaum hawa [yang sangat terdedah kepada bahaya] diluar sana perkara ni. simple :

  • Jangan berkira nak amalkan al-ma’thurat, ayat kursi, semua. kita hanya perlu spendkan masa lebih kurang 15 minit, untuk dijaga 12-24 jam sehari semalam. berbaloi-baloi! so, jangan berkira okeh. kena beringat sebelum kena. kita tak tahu apa akan terjadi. malas nak baca al-ma’thurat, atleast ayat kursi amalkan. sekurang-kurangnya lepas solat dan sebelum tidur. banyak sangat kelebihannya.(ni antaranya sahaja, yang lain banyak lagi kena cari)

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

  • masa tidur, pakai selimut. atau pakai pakaian yang biasa. seluar dan tshirt longgar. hmm, baju takde lengan, gaun malam ke, pakai waktu sedar la kot. hoho.
  • study jangan last minit. kalau ada emergency minggu exam, tak adalah parah nak study. hehe

tu je la dulu, semoga Allah permudahkan segala urusan. walaupun hati dah tak rasa seronok duduk sini, ini jihad dia. kena kuat. semester II dah bermula. semester ni, dia belajar dengan sorang je lecturer melayu. yang lain lecturer India, ada juga Dr dari Filipina. kelas pun dah mix dengan budak chinese indian. lagi mencabar, lagi seronok. doakan dia di sini. May Allah bless. astaghfirullah, sekian Assalamualaikum.

Saturday, October 29, 2011

bila tangan ditadahkan

Assalamualaikum

Dia ni makin nak exam (sory, mood exam lagi), makin semangat dua mangat nak mengemaskini blog. Tak tahu kenapa,mungkin terlebih banyak enzyme blogease yang dirembeskan. Hmm, mungkin ikut mechanism Induced Fit Model dimana substrate plays role in determining final shape of the enzyme and the enzyme is partilly flexible. Eh eh, stop it huda. Jangan mengada, kau exam bio hari rabu. -_-‘ Okeh ni last post before final. Promise! *gaya angkat tangan sebelah. Sila buat sila buat. Heh

Musim orang exam , dia macam ergh, tension jugak la kalau tengok orang sempoi mempoi. Tahula pandai kan. Tapi tak apa, rezeki masing-masing. orang yang kureng pandai macam dia ni, lagi-lagi kalau yang short memory punya spesis, memang kena usaha lebih sikit. Takpe, setiap peluh yang menitik dan usaha yang dicurahkan semua diberi pahala gitu. Tak ada benda sia-sia. Sila ikhlaskan niat dan hati.

Ok, terus kepada titik perpuluhan, dia nak cakap pasal doa. Hek elleh, pasal doa je. eh, shadap u. Bila cakap pasal doa, orang tu pandai ke separa pandai ke kureng ke, mestilah berdoa. Tapi apapun, bukan doa pakai campak-campak punya. Bila guna senjata, kasi aim, baru tepat. Sama lah macam doa. Dan silapnya kebanyakan manusia ni, mereka doa ikut keadaan. Usaha dah banyak, doa sikit pula. Hmm, macam-macam pe’el.

Dia selalu mahu mengingatkan diri dia sendiri terutamanya, yang doa ni, macam mana keadaan pun, kena sama standard. Sungguh-sungguh dan khusyu’ juga. Semua benda pun Allah juga yang bagi, usaha kita menyumbang seposen dua je. jangan nak bangga sangat.

Meh, tengok seerah sat. Bila kita tengok baginda Rasul berhijrah dengan sahabatnya yang gorgeous, Abu bakar itu, memang tahu, pergantungan baginda memang totally pada Allah, memang Allah sahaja tempat bergantung mereka, tak ada tempat lain.

Tapi bila dalam peperengan badar, Sahabat melihat baginda Rasul berdoa sungguh-sungguh, sehingga menampakkan ketiak baginda. Kenapa? Sebab masa itu ada kekuatan tentera umat islam. Nak tunjukkan betapa Rasulullah berdoa bersungguh-sungguh, apatah lagi bila ada kekuatan ‘lain’. Takut-takut rasa kebergantungan pada Dia berkurang dengan sebab adanya kekuatan tentera. Nak tunjuk, sehebat mana pun usaha kita, tetap Allah lah tempat bergantung 100%. Jangan berkurang okeh. Usaha lain tu kenyit mata sahaja lah.

itu, ayat dia yang menghuraikan, kalau silap sila tegurtegur..

Ada nampak pointnya? Simple je, hang usaha banyak mana pun, tembak doa itu kasi sama, lagi lebih pun okay juga.bila-bila masa dan apa-apa keadaan pun. Semua yang bakal berlaku pun dengan izinNya juga. Tapi jangan doa sahaja, usaha pun kena ada sama lah! pemalas betul nak doa je. heh.

Okay, itu sahaja. 2 days before final. Apasal berdebar pulak ni. Dush. Doakan dia. Sekali dengan semuaaaaa sahabat dia dekat sini. Hah, satu lagi, jangan kedekut doa, kita tak miskin kalau doa untuk orang lain, nanti malaikat doa untuk kita tau tau. Ok cukup. Dia ni nak pancing doa la ni. wahahaha, no comment :D

cukup, tutup muka buku. buka buku lain tutup muka. Astaghfirullah, sekian wasalam~

Thursday, October 27, 2011

setahun je lagi..fly?

Assalamualaikum.

mula-mula masuk sini, dia selalu sabarkan hati, tak apa, setahun je duduk sini. lepas ni tak duduk sini dah. itu mula-mula, masa dihambat ‘home sick’ yang teruk la jugak. baru tahu rasanya berjauhan dengan family. sedapkan hati lagi, tak apa sekejap je setahun. setahun jee. tambah-tambah lagi rasa bersyukur, persediaan dia setahun, kalau buat IB/A-level kurang-kurang 2 tahun.

tapi hati masih tak sedap, tambah lagi masa tu sekali dengan penuh rasa wondering; how things will turn out? betul ke lepas setahun ni dapat fly ke Ireland tahun depan. surat Mara sampai memang terang-terang tawarkan ‘PERUBATAN-IRELAND’ tapi tahu-tahu ada beberapa lagi requirements.of course la akan ada. first, CGPA kena lepas 3.65. fikir-fikir, InsyaAllah, boleh buat. second, IELTS kena lepas Band 7. takut juga. sikitla kena berusaha keras, InsyaAllah, boleh buat. ketiga, kena lepas interview dengan Irish. tup, tepuk dahi lagi. kena interview lagi. dengar cerita batch tahun lepas ramai sangkut dekat Interview. keyakinan dah turun sikit.

mula rasa risau. Kalau tak dapat fly, pihak MARA dengarnya akan settlekan untuk buat MD-UKM. not bad. MD UKM ada class juga. masa tu dia cakap dekat abinya : ‘kalau tak dapat pergi Ireland, MD UKM pun bagus juga’ sekadar nak sedapkan hati dia. Abi dia balas simple ‘ Kalau dah sampai sini, rugila kalau tak pergi Ireland’. dia senyap dan fikir. ya, memang betul juga.

bila dia balik kampung entah macam mana riuh sekampung pun dia tak tahu. dia tak bagitahu pun orang. pakcik makcik sibuk tanya ‘Bila nak fliy ke Ireland?’ masa tu dia risau-risau takut nak jawab. takut tak jadi. ‘ InsyaAllah tahun depan, tapi ada kena lepas beberapa benda..doakanlah’ itu jawapan skema dia. macam tak yakin. sampai satu masa seorang pakcik dia buat dia tersedar. pakcik dia cakap :

‘InsyaAllah, kenapa risau? yang penting usaha banyak-banyak, dan doa banyak-banyak, InsyaAllah Allah bagi’ dia terfikir lagi, teringat sampai sekarang. tambah lagi bila kawan dia pernah kata ‘ when Allah brings you to it, then He will leads you through it’ InsyaAllah. dah tak risau :D

dia sedar, kebanyakan manusia gagal apabila mereka gagal untuk yakin dan selalu memikirkan keadaan ‘kalau’. kalau tak dapatla, kalau itu kalau ini. Dan mengimbau kembali hidup dia (macam dah lama sangat), masa dia SPM, dia taknak memikirkan, dan tak boleh imagine kalau dia tak dapat straight A’s dan dia berusaha, berdoa, untuk perkara itu tidak berlaku. begitu juga masa interview untuk dapatkan scholarship, lantaklah berapa lambak manusia pun yang apply, betapa susahnya nak dapat lagi-lagi pilih tempat itu untuk course itu, dan walupun result dia pun bukan gempak sangat, dia hanya fikir, InsyaAllah dia akan dapat. Dan Allah beri, alhamdulillah.

untuk dapatkan sesuatu perkara, dia sangat percaya keyakinan + usaha sangat penting. dan hadis ini buat dia selalu memperbaiki keyakinannya dalam kebanyakan perkara;

‘sesungguhnya dibumi Allah ini terdapat hati-hati hambaNya. yang paling disayangiNya ialah yang paling lembut, paling jernih, paling teguh. yang paling teguh kepada agamanya, yang paling jernih dalam keyakinan, dan yang paling lembut kepada sahabatnya’

paling jernih-tak ada kotor-kotor. tak ada ragu-ragu. itu baru kena dengan jernih. tapi yakin tanpa usaha tak berguna juga. Dan kenapa orang selalu mengalah sebelum kalah? lemah betul kan motivasi dalaman? belum cuba lagi dah mengalah. kita usaha dan buat dulu, nak bagi atau tak bagi, itu kerja Allah. yang penting usaha, yakin dulu. kalau usaha pun tak, yakin pun tak, expect Allah nak bagi? hmm?

ini kata Frank Loyd Wright yang dia sumbat dekat junior debat baik juga untuk kita fikirkan ; ‘the things always happens that you really believe in; and the belief in a thing makes it happen’

okay, dah macam bagi membebel pula. lari topik ni, sebenarnya dia kebelakangan ni, terlalu rindu rumah, family, dan kawan-kawan. dan dia sedikit rasa terpenjara bila disini. dan dia selalu sedapkan hati, ‘tak apa huda, setahun jee dekat sini! nanti fly, InsyaAllah’ mohon doakan :D bukan untuk dia je, tapi untuk semua sahabat di sini. dan bila fikir setahun je lagi yang dah tolak 4 bulan, dia rasa lega. hoyyeaah. maaf Penang, hati dia bukan tak betah di sini, cuma err hati dia tertinggal di ‘sana’,‘sana’, dan ‘sana’ juga. tu je. eh jauh jugak lari topik kan. astaghfirullah, sekian, assalamualaikum :)

*err,apa kena ni. dia sekarang rajin tak bertempat, makin nak exam makin tak kena rajin membaca. dush, orang sibuk baca buku, dia sibuk baca artikel blog, sibuk beli dan baca artikel di majalah. huh, dia rasa disamping membaca buku biasa untuk akal, dia mahu juga baca buku untuk ‘jiwa’ dan ‘hati’. hihi, kena jugaklah dengan tempat kot. hollah.

Wednesday, October 26, 2011

pasti merindu beliau

Assalamualaikum

bila ada manusia yang kita hargai, bahkan mungkin yang kita mula sayangi, memang tak akan selamanya di sisi. berpisah itu pasti terjadi , cuma asbabnya yang berbeza. sebab Dia Maha tahu segalanya.P1000687 Miss Affaiza, hadir dalam hidup dia hanya lebih kurang 4 bulan, tapi cukup buat dia terasa kehilangannya. bila kawan dia cakap ;

‘mesti awak sangat terasa kan bila miss nak pergi… awak kan rapat dengan dia’

walaupun sebenarnya dia bukannya rapat betul dengan Miss tapi tipula kalau dia cakap tak terasa. memang dia terasa. air mata diseka. wahaaa

mungkin kenapa dia akan terasa dengan kehilangan miss sebab miss telah membuatkan dia tak lagi membenci subjek Chemistry. padahal subjek tu pernah dia anti masa zaman sekolah menengah dia dan pernah failed pun subjek tu. sungguh, tak tipu!

err tapi puncanya bermula dengan sebab miss kata miss suka nama dia. hihi. masa kali pertama kelas tutorial, miss tengok senarai nama je, sebab tak kenal lagi, dan nama dia kena seru buat jawapan depan kelas. ketaq sikit je lutut dia. ceh, konon. bila sampai dekat meja miss, miss cakap

‘awak kena jaga-jaga sikit. saya suka nama awak, lepas ni saya akan selau panggil nama awak’

siap sekali dengan senyum ancaman. huhh, cukup untuk buat dia berpeluh

dan miss tak tipu! lepas tu nama dia selalu kena panggil. bila miss tanya siapa nak volunteer jawab, geng dia toleh dekat dia cakap ‘ pergilah volunteer kalau tak pun memang kena panggil pun’ fuh fuh fuh. nama punya pasal dia selalu terpaksa prepare dan study chemistry betul-betul. sejak azali lagi mana pernah dia punya test chemistry dapat A, tapi nama punya pasal hari tu test, rezeki dia boleh pula dapat 95. catat rekod betul. alhamdulillah. takdirnya soalan senang kot. wahaha 

tapi lama lepas tu, bila miss dah kenal orang lain, dia dah boleh tarik nafas lega. dia pun ingat miss dah lupa nama dia. sampaikan hari terakhir miss mengajar, semua bersalam dengan miss dan miss ingat-ingat dan sebut nama sorang-sorang. ada yang miss ingat, ada yang miss lupa. sampai giliran dia, dia tanya miss ‘ nama saya miss?’ ‘ mestilah saya ingat. kan saya suka nama awak..’ ceh, terbangga sekejaplah dia. hidung mengembang dua inci. ehh tak! manade xD P1000690(miss ; tengah, adala sikit macam cikgu chemistry dia masa f5, cg Hasnah :D)

tapi kenangan dia sampai situ je. bukan sebab miss dah tak mengajar untuk semester  II, tapi sebab memang miss dah berhenti mengajar. miss nak sambung belajar katanya. apapun, dia pasti merindui beliau yang sempoi dan bersahaja. atas segala ilmu yang dicurahkan, dia mohon Allah memberkati hidup beliau. amiin. astaghfirullah, sekian, wasalam.

nota tangan;

  1. hargailah insan yang masih di sisi ;]
  2. ingat-ingatlah nama orang, itu penting juga dalam ukhuwah :P

Monday, October 24, 2011

3 hari lalu

mulai post ni, saya akan bercerita pasal dia. rasa lebih selesa dan empuk. hihi. tapi memang tak ada kaitan langsung dengan Dia Fadila whatsoever. tukar angin semata.

ini cerita dia 3 hari lalu.

malam jumaat : kawan-kawan satu batch dia berkumpul dekat rumah dia. dan berkumpulnya mereka semua mungkin buat kali terakhir serupa macam tu. duduk santai-santai baca Qur'an, bagi makan dekat hati, lepas tu makan untuk jasad pula.

berakhirnya malam tu, bukan takkan duduk lagi dinaungi para malaikat macam tu, tapi nanti semua sudah ada 'keluarga' masing-masing. bersama ibu yang baru, dengan suasana yang baru dan lebih tersusun. selepas menunggu 4 bulan, alhamdulillah masanya tiba juga..
malam sabtu :

dia diajak pergi layan forum 'minda segar'. lama juga jiwa dia tak pergi majlis macam tu, tak ada dia fikir dua tiga kali, memang pergi je. memang seronok dengar seloroh Dr Jamnul dan Ust Faisol. dia tak berapa kenal mereka, tapi orang kampung memang kenal sangat, jadi dia layan saja. boleh tahan juga, 5 bintang dia bagi.

memang tak rugi balik pukul 12 tengah malam pun, dapat 'minda segar' memang okay sangatlah. tapi dia banyak lagi kena belajar loghat utara ni, sebab bila ahli panel buat lawak, dia lambat faham. orang dah berhenti gelak, baru dia nak gelak.. setakat akal jadi akai, air jadi ayak, sekarang ni jadi laa ni, dia boleh lagi tapi kalau advance sangat, kena tanya translator dekat sebelah la pulak.

malam ahad pulak. dia datang lagi tempat tu, layan konsert far east. sekali, dengar lagu kasih ibu, dia teringat bonda dia yang lama tak berjumpa. tapi dia kena jadi gagah sikit. takkan mau nangis dekat situ. wahaha, mahu kena bahan dengan kawan-kawan sampai sem 3. cukuplah hari tu dia kena bahan. taubat sudah :D

lagi seminggu dia mahu final exam. persiapan banyak mana tak reti nak habaq. yang pasti dia akan cuba buat yang terbaik, dan kasi ibu sama bapa dia senang hati cukup. dia bukan nak compete dengan sesiapa ka, nak tunjuk power lagi la bukan. tak mahu stress-stress, sempoi ajaa. astaghfirullah, sekian, wasalam.

Monday, October 17, 2011

bawak bersabar

Assalamualaikum.

hari tu masa dalam kereta saja-saja untuk memecahkan kesunyian, saya tanya kawan saya:

'kalau awak nak sangat beli sesuatu yang awak dah berkenan sangat.., tapi bila sampai je tempat beli tu, stok tak ada. ada yang lain. kalau awak nak jugak yang awak berkenan, awak kena tunggu, apa yang awak akan buat?'
'benda tu urgent ke?'
'tak adalah urgent sangat, mungkin penting'
'(dia fikir sejenak) hmm, saya ambil je kot apa yang ada. tak sure berapa lama lagi pula kita akan dapat benda yang kita nak tu'
'hmm.. dalam kehidupan, kita selalu buat macam tu kann'

terhenti. menerawang fikir sambil tengok padi menghijau, tak henti-henti ucap subhanAllah. sungguh, hijau itu menawan ;D

* * * * * * *

manusia selalu tak sabar kan.. dan saya juga manusia. saya spesifikkan sabar kali ni ni untuk mendapatkan apa yang kita mahu. (bukan sabar yang menghadapi ujian tu ya) kita ni kalau boleh, kalau nak sesuatu, nak besok jugak! untuk mendapatkan apa yang kita mahu, kita mesti sabar. mesti. tak senang-senang je nak dapat. dan selalunya ianya membutuhkan pengorbanan, yang bukan sedikit. kadang-kadang kita memilih yang lain, yang lebih cepat dengan mengenepikan kehendak kita. tapi kadang-kadang juga kita sanggup bersabar dan berkorban, kerana kita tahu, bila kita dapat apa yang kita nak kita akan PUAS.

nak rumah dan kereta mewah? sabar sikit, ikat perut simpan duit, nanti dapat enjoy.
nak belajar tinggi-tinggi. takpe, struggle dan susah sikit, nanti dapat ronda negara mat salleh.
nak tackle awek cun? setakat berabis duit sikit, no hal, nanti bangga sikit angkut sana-sini.

tu contoh yang mungkin orang sanggup buat. padahal, kemungkinan untuk dapat benda yang mereka mahukan tidak dapat dipastikan lagi walaupun mereka bersusah payah usaha. tak ada siapa boleh jamin. macam-macam boleh jadi kan. tu lah dunia, yang ramai kita terpedaya, dan sanggup berkorban untuknya. berkorban untuk benda yang tak pasti. kasihan ke?

saya tak kata salah benda tu, ya, banyak benda dalam dunia ni yang kita nak dan kita sanggup berkorban untuk mendapatkannya. CUMA, pelik kan.. kenapa kita tak sanggup pula berkorban untuk benda yang pasti? kenapa pula kita tidak sanggup bersabar untuk benda yang pasti? saya kata PASTI.

saya tak main-main. saya kata, ada benda yang pasti kita akan dapat bila kita usaha dan berkorban untuknya. SYURGA. syurga tu pasti, takkan tak percaya? kalau budak kecil kata belakang kepala kita ada tebuan nak sengat, kita boleh pula percaya. ni Nabi kata, berdasarkan wahyu dari Dia ni. percaya tak? Allah kata, Dia akan bagi syurga kalau kita taat ikut segala perintahnya. ya, SYURGA!! tak cukup mengiurkan ke syurga? apa yang paling nikmat bagi kita sekarang? tu jee? syurga itu jauh lebih nikmat.. hah, kejarlah macam mana kita kejar dunia!

pelikkan, kenapa ramai pula orang lupa pasal tu. sebabnya : syurga tak ada depan mata, tak tahu nikmatnya macam mana, lambat sangat la dapat.. dan, atas sebab-sebab itu jugalah manusia leka dengan dosa.

dia gadaikan diri dia untuk buat dosa.. bercouple ke, berzina ke, sebab yakin nikmat tu dapat sekarang. ikut perintah Allah, balasan dia dapat nanti. syurga lambat sangat. aduh, tak boleh sabar bro, sis. rugi kan? apa besar sangat ke bertuhankan nafsu? tapi kadang-kadang tanpa kita sedar, itulah yang kita buat. astaghfirullah.

tak semua yang seronok itu baik. apa guna menikmati makanan yang sedap tapi beracun? cuba fikir dalam-dalam.

kalaulah dunia dan akhirat itu sama nilainya, ya, mungkin, para sahabat, alim ulama' semua akan mengutamakan dunia. tapi tidak.. akhirat itu lebih jauh hebat nilainya, dan orang yang celik mata hatinya sahaja yang akan memburunya. kita? O_o?

okay, ada orang nak bagi duit dekat kita 100 juta, tapiii esok kena pulangkan. dan ada pula orang yang lain, bagi 100 juta juga tahun depan tapii, untuk selamanya.

mana satu nak?

jadi bawak-bawaklah kita bersabar ye . mujahadah itu pahit, kerana redhaNya dan syurga itu manis :) astaghfirullah, sekian. Assalamualaikum.

p/s: okay, mood study week a.k.a cuti! kurang-kurangkan on9, 'cuti' ni guna masa on9 untuk baca buku fikrah dan kamcheng sama itu kalam Tuhan. oh ya, buku jangan diketepikan. banyakkan bersabar,kan tadi baru cakap :D

Saturday, October 15, 2011

saya tak diet

assalamualaikum

saya juga dipanggil orang; sekeping. papan. cicak kobeng. tengkorak berjalan. apa lagi? bila pakai beg jadi kura-kura; ada cengkerang pula. macam ni la kan nasib. sob sob sob. ceh, saya tak kesah pun. sikit pun tak. tak kan nak salahkan ibu mengandung pula. Alhamdulillah, masih sihat, tu lagi penting

adik saya kata saya fobia gemuk. nak jaga makan sangat. hmm, saya rasa tak. dan saya TAK DIET pun. normal macam orang lain juga. mungkin cerewet sikit bab makan. dah nak buat macam mana. bukan nak bagi alasan, jaga makan memang penting pun kan. Rasulullah kata perut tu sumber penyakit. biar cerewet sikit. kalau boleh nak guna badan yang sihat sampai mati kan. jangan tipu eh.

saya mengaku, saya makan memang lambat. kalau kasar sikit, lembab le. walaupun makan sikit. err, pernah sekali kena perli ' kalau nak dating dengan huda, pergi makan. lama sikit' pun boleh... -_-' kadang-kadang terpaksa cakap sorry kat housemate yang makan sekali. saya tak tahu kenapa, dan saya tak kira pula, mungkin saya kunyah lebih 40 kali?

saya tak diet, cuma jaga makan. mungkin la. kang kata perasan pulak. dush.

saya jarang makan maggi. hampir 5 bulan ++ kot tak makan. kalau teringin sangat boleh la. kalau maggi yang berkuah, saya tak hirup kuah, mee semata la. tak nikmat ke, apa saya kesah. yang boikot saya usaha tak makan. halal haram cuba jaga. Air gas, bukan pilihan. saya suka gila asam dan jeruk, tapi saya lagi sayang badan saya, so walaupun duduk Penang ni melambak jeruk, saya tak pernah ada stok jeruk kat sini pun. tahniah le. tahan punya pasal. tapi melantak bila balik rumah. huh, gagal :(

kalau makanan berminyak, kalau ada tisu, memang saya rembat. kalau tak ada, saya perah minyak tu. kuang3. sanggup.

saya kurang minum air manis. dah berubah. hoho. kalau makan, saya tak minum direct lepas makan. bagi 15-30 minit, baru saya minum air, dan kebanyakan masa saya terlupa nak minum pulak =,= Air sejuk lepas makan, dah kurang, minum air panas/suam. orang kata nanti minyak bergumpal lah apa semua, so saya pun terpedaya. betul ke tak tak tahu, ikut logik macam ya :P dan orang kata jangan mandi lepas makan, jangan selalu menyiarap nanti buncit. saya terpedaya juga.ishh, apalah orang ni :P

minum air sambil makan, memang tak amalkan. Rasulullah juga larang kan. kalau breakfast saya cuba cari sumber protein, biasanya saya buat oat semangkuk/ minum air oat. kena rajin dan keluar duit sikit beli oat yang mahal sikit je. protein lambat digest, so tak cepat lapar, boleh tahan sampai tengahari. lunch, kalau saya rajin dan malas nak pergi cafe. dan mungkin sebab saya termakan nasihat Dr. Muhaya, saya buat sandwich (wholegrain bread), tomato + tuna bawak bekal dari rumah. kalau ada kurma, saya letak sebiji. jimat masa, makanan pun sihat dan jimat duit juga. heh. strategi tu.

kalau makan nasi kat kedai, selalunya nasi saya minta separuh je. elak membazir dan makan sampai kenyang. lebihkan lauk, sayur mestii. makanla pakai tangan,tangan kanan lee dan jilat jari lepas tu. tak rugi, bukan kita nampak lapar sangat pun kalau jilat jari, senang nanti makanan tu nak digest. lupakan pasal malu, kalau malula. kalau makan duduk bawah, tak ada masa nak cover ayu ke, duduk cara nabi ajar, simple. dapat pahala, nak rugi apa kan.

dinner, cuba makan sebelum maghrib. dan biasanya 2 jam ke 3 jam sebelum tidur, lebih kurang pukul 9, saya dah stop makan. biasanya, lepas dinner / solat isya' saya dah gosok gigi. orang offer makan, saya maleh nak gosok gigi balik. hehe. tidur mengiring ke kanan, antara sebab juga selain sunnah, makanan senang nak hadam. cun.

erk, ni macam bagi tips pulak deh. bab makan, tu je saya jaga. bukan diet pun. jangan bising-bising. dan sebab itu kah berat saya susah nak capai 40 kg? haha, jangan jealous. itu underweight tahu tak. saya nak berat ideal.. nak suruh makan banyak, cara makan saya macam saya membebel tuu. nak saya gemuk cepat, so boleh la nanti birthday saya, bagi Appeton weight gain kongsi-kongsi la duit. hoho. atau ada orang kata, tunggu saya beranak. mak aih, jauh sangat mu fikir!! Astaghfirullah, sekian, assalamualaikum.

p/s : nak kurus? tiru macam saya. ok, tak payah, main-main je. apa pun yang terbaik, ikut sunnah la bila makan. tak perlu diet, makan pil tambahan ke. tak tahu apa sunnahnya, pi cari le. exercise jangan lupa. okay? good :)