Pages

Thursday, September 29, 2011

belajar dari dia

Assalamualaikum..

Ya, belajar dari dia. Aku banyak belajar dari dia. kadang-kadang perbuatan dan perkataan dia buat aku terasa. menusuk. tapi bukan tusukan berduri. hoho

ingat lagi mula-mula sampai sini, baru fasa taaruf dengan housemate, so semua macam curious je tengok dia ni, tengok dia tu. biasalah,, orang jakun sikit. -,-

masa mula-mula dulu, kami tinggal ber-6. semua budak pre-med. 4 orang under Mara, 1 private, 1 lagi under JPA. sekarang tinggal kami ber-5 dengan seorang kakak senior MD-UKM 1st year. Dia yang saya nak cerita ni budak JPA.

panjang pulak intronya..layan..

masa awal-awal masuk dulu, memang obvious la saya tengok, dia sangat rajin study. memang study hard la nak katanya. stay up, kadang-kadang habis kelas petang terus tercanguk atas meja study. dalam hati ada jugak terdetik 'tak penat keee. hoho' tanya-tanya dia, dia sekolah harian biasa, dia bukan budak SBP ke, MRSM ke yang orang kata stok budak belajar macam tak ada life. ceh, tipu.. marah pulak budak SBP dan MRSM ;D

satu hari tu cik minah housemate saya ni tanya dia..

'yana, kenapa awak rajin sangat study?'
' saya sedar, saya tak pandai sangat'
' -_________-''

Dia fikir macam tu buat saya terfikir juga... Dekat sekolah dia, dia antara 2 orang yang dapat straight A's. kalau tak 'pandai', JPA tak bagi kot scholarship. erk, kitorang pun macam termalu sendiri la. terasa. bajet macam pandai sangat lah study selamba-selamba lagi. aduh. no wonder la, kalau quiz ke test ke, markah dia lebih baik daripada kami. tengok usaha la kan. Allah memang sungguhla adil terhadap hambaNya. usaha tu sangat penting. TAHU!

hari tu tak silap saya, dia nangis sebab kucing kat rumah dia mati. macam bini kematian suami lah lebih kurang. penyayang betul minah ni. hari tu dia kena perli dengan mak dia ' call rumah tanya pasal kucing, tak tanya pasal mak' hihi. sampai macam tu sekali lah. dia kata nak jadi Doktor haiwan. boleh laa..ada bakat.

saya tahu-tahu petang tadi dia kutip anak kucing mana entah, letak dekat luar rumah, siap ada kotak lagi. tapi saya tak nampak lagi la kucing tu. lepas maghrib, makan semua, kami siap-siap pergi kelas agama. On the way balik dari kelas agama, saya balik dengan dia. dia cari anak kucing tu.. saya cakap kat dia saya nampak dekat longkang.. beria-ria dia cari. saya pun minta izin lepas tu, mengayuh basikal dengan lenggangnya, balik rumah, meninggalkan dia menapak di belakang.

sampai pulak rumah, memang bertuahla, ada anak kucing tu. saya ni dah lah penakut kucing sikiit. saya tunggu kelibat dia, nampak je batang hidung dia, bendentum suara panggil ' zu! zu! ni ha anak kucing awak!' bergegar bumi dia larii. hiperbola dah.

pukul 10 lebih kami keluar pergi atm, ada orang nak cucuk duit buat bekalan hidup. balik-balik tu singgah pergi kedai runcit. saya dah 'nak buat apa ni?' si dia ' kejap eh, saya nak pergi beli makanan kucing, minta maaf...'. bertuah sungguh! ' banyak pahala awak zu, buat baik dekat binatang'. balik-balik tu tak menyempat melayan anak kucing nya tu haa.

saya tengok sikap dia, subhanallah, kagumlah. sifat rajin dia, sifat sayang betul dia dengan binatang, banyak lagi saya kena belajar. May Allah bless her :)

tak tahu nak conclude macam mana, tu je nak kongsi cerita. mana tahu ada juga yang dapat belajar. Astaghfirullh, sekian, wasalam~

satu tahu dia akan baca post ni, sebab hari tu, saya pinjam laptop dia, bukak google chrome, blog saya most visited? haha, perasan sudehh. berbahagialah cik siti zuliana zulkifli ramond :D
kanan, peace no war :P

4 comments:

mis temari bouvier said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

haha..huda2...tu pon awk nk cite ke kt blog awk nie...trharu saye bace..haha...bkannye ape sngt pon...mmg saye slalu pon check blog awk..best..hehe....love u..^^

Anonymous said...

haha..huda2...tu pon awk nk cite ke kt blog awk nie...trharu saye bace..haha...bkannye ape sngt pon...mmg saye slalu pon check blog awk..best..hehe....love u..^^

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

haha,apa yang baik, kita kongsi. ngee~
xperlu nak terharu sangat laa :D

love u more :)