Pages

Thursday, October 6, 2011

no title

assalamualaikum.

sedikit bersifat personal. saya tak suka nak cerita benda yang terlalu personal di sini, tapi ada sebab kenapa saya 'perlu' tulis. no no no jangan tanya kenapa :)

menulis dengan tenang, jauh daripada emosi marah dan tak terarah, InsyaAllah. sudah kering-keringkan air mata. hah!

patutlah.., saya tak rasa dah macam dulu. hubungan hari-hari semalam ibarat bagai isi dengan kuku sekarang sangat lain. macam air dengan minyak. macam mana kita dekat sekalipun kita tak ngam. tak lagi ;'( tapi itu bukan salah dia. sayalah barangkali yang berdosa

lap balik air mata. hesh!

patutla bila saya pandang dia, mata dia sudah tidak redup lagi memandang saya. bila saya bercakap dengan dia. dia tidak lagi sepenuhnya ingin bercakap dengan saya. bila saya tanya dia, acuh tak acuh sahaja dia jawab soalan saya. saya silap, saya ingat semua benda dah setel. saya bantu dia untuk perkara itu dan saya lihat dia berjaya, saya tahu dia puas, saya ingat semuanya sudah setel. tetapi tidak. (bukan nak mengungkit langsung). itu semua andaian saya, andaian silap..saya yang merindui dia, dia kini yang paling sesuai mungkin sudah membenci saya. saya silap andaian lagii.

lap lagi..lap lagi. shuh!

kerana dialah yang paling dekat dengan saya dulu, maka dialah yang paling tahu baik buruk saya, paling tahu sikap saya. kalau saya marah-marah dia, tegur-tegur dia, saya ingat dia tahu sikap saya yang macam tu, tetapi saya silap lagi.. diam dia bukan kerana dia cukup faham.. tapi dia menyimpan dendam yang tak pernah padam..tiap kali dia mencoretkan rasa hati dia, saya tertusuk. saya terperasan, kerana saya rasa itu saya. saya pun ada sikap boleh diamkan.

lama-lama saya ingat semua benda dah setel tetapi tidak lagi. dia kata dia tak cakap belakang saya, tapi dia cakap 'belakang' saya, walaupun depan saya. kata-kata yang tiada suara. saya tak tahu tuntutan apa yang dia pinta, kerana dia tidak bercakap, hanya meluahkan, saya ini kadang-kadang bodoh juga memahami bahasa kiasan. saya tak faham.. jadi saya ingat semua benda sudah normal, tetapi tidak, saya terasa lagi. tolong bercakap dengan saya, ketidakfahaman saya ni buat saya bingung dan buat dia merana. sangat merana.

tolong jangan kasihankan saya,tolong jangan jaga hati saya lagi dengan simpan semua benda ni. kasihanla pula pada diri sendiri dan hati sendiri.

tak apa, cerita pada saya, SEMUAnya. TAK APA biarkan saya 'terbunuh' dalam kebenaran daripada dia, daripada terseksa dengan penipuan ini. penipuan yang saya ingat semuanya telah normal. tak ada apa yang akan berubah selepas itu. kerana keadaan sekarang juga sudah kritikal. saya tahu dia faham.

dia kini yang membenci saya tanpa saya sedari, tetap orang yang saya sayangi. kalau saya tak sayang dia, saya tak payah sibuk membela dia walaupun saya tahu itu mungkin salah dia. kalau saya tak sayang dia, saya tak payah sibuk cari makan untuk dia bila dia 'dibiarkan' dulu. kerana dulu sakit dia sakit saya, suka dia suka saya, derita dia derita saya, rahsia dia rahsia saya, begitulah sebaliknya.. kenapa saya ingin membuang dia lagi. tidak lagi saya orang jahil macam dulu yang nak buang dia. saya melepaskan orang lain, saya menyakiti hati orang lain kerana saya memilih dia. untuk itu, biar dia tetap di hati saya sebagai seorang yang bermakna untuk saya, banyak lagi baik dia dari apa buruk dia.

saya sedih, kecewa dengan perbuatan dia. tapi saya tidak mahu berkhianat dengan prinsip-prinsip hidup saya sendiri lagi. setiap manusia berhak dimaafkan. kalau sekalian manusia beranggapan sabar manusia ada hadnya, saya tak mahu menjadi manusia itu.

dia sekarang sudah besar. saya tak berani lagi 'menyentuh' dia. saya kini bukan lagi tempat dia meluah rasa, macam dulu-dulu. kerana dia sudah ada yang lebih memahami dia. syukur untuk itu, saya gembira kalau dia sudah bahagia dengan hidup dia sekarang. berbahagialah..tetapi jauh di sudut hati hati, saya sedih kerana dia bukan dia lagi..

satu malam yang panjang saya tak dapat melelapkan mata kerana memikirkan dia, rupanya ada benda yang tak selesai. sekarang dengan hati terbuka, saya sudah sedia tahu siapa lagi saya di hati dia. dia dendam dengan saya, dia marah dengan saya. tak mengapa, saya tak nak lagi tanya kenapa, tak nak lagi tak faham kenapa,, tak apa. itu hak dia. saya bukan sempurna, saya juga manusia biasa. saya ini memang dari dulu suka memijak hati dia. sekarang saya sudah mahu berhenti. dengan harapan boleh. saya 'lepaskan' dia dengan dunianya. doa saya untuk dia tetap saya titipkan, kerana saya tahu diri hebat dia dahulu.

dengan rasa rendah diri, saya ingin meminta maaf atas semua salah saya pada dia. saya minta maaf kerana menghancurkan masa depan dia. saya minta maaf kerana baru sekarang saya nak minta maaf dan saya sekarang sudah malu dengan ingat semuanya sudah setel tanpa meminta maaf. sekali lagi minta maaf untuk dia dan untuk dia juga. saya mohon Tuhan ampunkan dosa kalian dan saya juga. saya tidak mengharap apa-apa balasan dari dia dengan sebab saya menulis ini. cuma, saya mohon, kalau saya bersalah, letakkan semua kesalahan pada saya sahaja. mohon jangan libatkan orang seperti saya atau orang yang bersama saya.

jangan risau, saya tetap akan menjadi saya yang akan berjumpa dia, memandang wajah dia, cakap sikit-sikit dengan dia. wish dia untuk apa-apa. dia tanya, saya akan jawab. dia mesej saya akan balas, dia minta saya akan beri, InsyaAllah. lepas ni, bukan saya nak tarik muka, terus tak bercakap.. tidak. biar 'rasa' itu di hati sahaja, dunia ini terlalu sebentar untuk membalas dan berdendam, dan saya tak berhak dan tak berkuasa untuk itu.

hanya Dia yang tahu niat saya menulis ini. kerana ini tulisan, dan nadanya bergantung kepada pembacanya.. saya harap dia dapat membacanya sepertimana rasa hati saya menulis untuk dia. tak mahu ada lagi yang tersisa, Astaghfirullah, sekian, assalamualaikum.

* sakit kepala, nak tidur balik. hehe, semoga dapat bangun dengan perasaan yang baru.
* terima kasih tisu. saya dah okaayy :)
* sekarang saya sudah kental sikit. dah tak rasa homesick dah! kita tengok berapa lama kental saya. hah !

3 comments:

Hamba-Mu said...

jika kita sayang org tu, kita mesti lah sll doa kn kebaikan dia. =)

luaran tk smestinya mngambarkan dlaman dia. hehe

Anonymous said...

Salam , eden hampir menangis>< sebab ceritanya lebih kurang dengan cerita eden juga, serupa tapi tak sama lah sebab eden sendiri xtahu cerita penuh. hmm. I have to be strong like you too, thanks sis :)

oh , ana rindu akak^^

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

>Hamba-Mu
thanks, May Allah Bless

>Anony
wasalam
u're most welcome :D
i miss u too..
eventhough i don't know who u are. hehe ^^