Pages

Friday, October 7, 2011

peluang kedua

Assalamualaikum :)

pertama: turun dari train di KL sentral nampak pakcik tua buta susah-susah dia berjalan. nak tolong tapi takut. baru first time travel sendirian. huh, beralasan. tengok je. ok, lepas tu ada orang tuntun dia. saya chow je, dengan fikiran lain kali saya tolong.

kedua : sampai di KL Sentral nampak lagi pakcik tua buta jalan sorang-sorang. ok, kali ni, kena tolong. jalan cepat-cepat. cepat pun dah terlambat. dah ada orang lain tolong. melepas.

dah tak ada dah kali ketiga dan keempat dan seterusnya. itu baru satu contoh kisah 'terlepas'

nak jadi bertuah dan bijak, kadang-kadang kita ni jangan tunggu peluang kedua/peluang lain datang. sebab belum tentu ada peluang lagi untuk kita. Antara tanda-tanda kebodohan dalam jiwa seseorang tu, bila dia menangguhkan amal baik dengan mengharapkan ada kesempatan yang lain. tu lah pointnya ; jangan bertangguh nak buat benda baik dan berharap ada peluang kedua untuk kita. grab je semua peluang yang ada depan mata. buat amal soleh, tak ada istilah ithar dekat situ. kita melebihkan orang lain dulu pula, itu tak kena.

ada duit sikit, jumpa orang minta sedekah jangan tunggu esok lusa.
jumpa sampah atas jalan, tak payah tunggu lain kali.
nak infaq duit jangan nak tunggu bila kaya.
merebut saf yang paling baik, jangan nak bagi peluang orang lain.
kita tak buat benda tu, jangan fikir orang lain boleh buat

itu mentaliliti kelas terakhir. esok mungkin ada, tapi mungkin tak ada untuk kita. orang lain berlumba-lumba jangan nak steady lenggang kangkung sangat..eh, buat apa nak kena berlumba-lumba? nak dapat penghargaan dunia? penghormatan? sudah-sudahla tu buat benda sia-sia. astaghfirullah, sekian, wasalam.

3 comments:

Hamba-Mu said...

setiap kali nk tlg org, mesti trigt post ni. haha. terima kasih =)

Hamba-Mu said...

setiap kali nk tlg org, mesti trigt post ni. haha. terima kasih =)

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

oh,saya yang menulis ni pun teringat juga. hehe
Alhamdulillah
sama-sama :)