Pages

Saturday, November 26, 2011

tipula

tipulah kalau cakap bila orang berniat lurus, sampai akhir dia akan berniat lurus.syaitan kan ada ni haa sana sini situ sinun nak sesatkan manusia sampai kiamat..

mula-mula dia masuk sini [sana: aucms], bila dengar motivasi Prof Dr. Muhaya cakap : ‘No Competition in study, ONLY Cooperation’, okay terus jadikan guideline. classmates, satu batch, satu program, agak-agaknya 95% kot semua budak straight A’s. straight A+ pun bersusun. kat sini [again : sana] orang kata budak pre-med cream of the cream. * ni bukan nak peghasan. tak suka pun. sikit sebanyak rasa macam ter’himpit’ sikitlah.

tapi selalu ingatkan diri sedapkan hati, cool lahh semua orang sama. Belajar kerana Allah. dia memang tak nak kesah pasal orang lain. err maksudnya lebih kesahkan diri sendiri la. kalau dapat markah quiz ke test ke tak nak lah sebok-sebok nak tahu semua orang punya. lagila apahal nak compare-compare kan markah. cermin diri cukup. tapi housemate punya hal, kena ambil tahu, selak sikit lah kain diorang. ops, ok tutup balik.

kalau quiz ke, test ke cuba dapatkan atleast A-. hmm, markah tak kesahla. gred cukup. takut nanti tak bersyukur pulak. tapi tulah, syukur tu tak semudah nak cakap. bila kena batang hidung baru tahu, tak sedar nak bersyukur. yelaa, tipula dia cakap dia tak pernah rasa macam tu.

sem lepas markah quiz [quiz je pun, tahu tak], alhamdulillah dapat A, tapi nak down jugak sebab markah tak setinggi orang lain. sem ni, cis, perasaan tu bersisa lagi sikit. bukan down, tapi macam envy sikit tengok orang lain. quiz microb hari tu, dia ada salah satu soalan, satu je pun beza dan quiz je pun, tu pun boleh nak jeles tengok orang fullmark. camni la spesis orang tak sedar dia tak bersyukur. astaghfirullah. bila balik rumah cerita dekat husna, dia memang macam nak bagi pelempang free melayang sampai kutub selatan. terus tak jadi nak cerita dekat abi umi.

tipulah kalau cakap, niat lurus kita tu tak boleh terbengkok atau tersasar. tak ada jaminan. tak kesahla buat apa pun. percayala. contoh :

dah set alarm memang awal la bangun pagi nak qiyam, masa semua tidur. pergi tandas, terperasan pulak roommate terjaga. dah timbul rasa terbangga sekejap nak qiyam.

bila nak sedekah, okay memang niat nak sedekah nyorok-nyorok. tapi tiba-tiba eh ada orang nampak, ceh terasa jap jadi orang pemurah.

see, ingat senang nak jaga hati. syaitan tu lagi bijak. 1 cara tak jadi, mereka ada lagi berjuta-juta cara nak gagalkan niat manusia sehingga sesuatu benda baik tu jadi tak ikhlas dan sia-sia. sia-sia tahu tak?! eh, emo pulok.

tulah pentingnya sentiasa tajdid : perbaharui niat. dan jaga hati. tu je point, JAGA HATI, kekalkan momentum ikhlas buat sesuatu kerana Allah dari awal sampai selesai. ergh, tiba-tiba membebel tengah malam ala-ala nak sedapkan hati. let gone be bygone. chill. oklah baik buat air liur basi. chow, astaghfirullah, sekian assalamualaikum.

tsscamnilah orang sempat lagi bergambar masa tunggu bas. mereka : supercool Open-mouthed smile

Saturday, November 19, 2011

Al-Amin

pagi tadi masa dia tengah buat nota microb, tiba-tiba Lee masuk. ‘huda, saya nak cakap sikit dengan awak’ tutup pintu sikit. aik lain macam je ni.‘mak saya suruh tanya awak’ aik lagi lain macam. berhenti menulis. ‘ok, ape dia?’

‘mak saya suruh tanya macam mana nak masuk Al-Amin. nak masukkan adik saya. ada exam ke? prestasi akademik al-amin macam mana? perangai student , blablablabla..’

ini peluang baik. dia pun ceritala setakat mana yang tahu la. promote ofcourse la. cakap ayat bunga-bunga dan tapi cakap juga realiti sebenar. takut indah khabar dari rupa kan. nampak macam termakan umpan juga :D [ada komisen tak promote Al-Amin? kalau promote orang masuk Aucms ni, pihak kolej bagi rm500 wo. ahaha]

Skool[gambar cilok. daripada 1 bangunan, dah nak masuk 6 bangunan. Al-Amin semakin maju]

tiba-tiba dia jadi rindu Al-Amin. Al-Amin yang menjadikan dia, dia hari ini. Al-Amin yang memaknai dan mewarnai hidup dia. Al-Amin yang menyimpan 1001 kisah suka dan duka dia. Dan Al-amin yang terpahat dihati dan sentiasa dirindui. setiap orang, pasti ada rasa sedikit bangga dengan sekolah masing-masing kot. sama lah lebih kurang macam dia, tapi jauh lebih besar dari itu, dia sungguh berterima kasih bumi al-amin dan seluruh warganya.

dulu, dia tak faham kenapa abi beria-ria nak sekolahkan kami adik-beradik di situ. masa tinggal di Kajang Al-Amin Bangi, dan masa berpindah di Rawang dan Gombak, Al-amin Gombaklah juga tempat kami bersekolah. Bagi dia dulu, kalau dapat masuk SBP/ MRSM ke bagus la jugak kan. lepas dapat result UPSR, pernah juga berhajat ke SBPI tapi abi tak bagi. Abi yang hidupnya mendidik warga SBP sudah hampir 20+ tahun, bermula jadi guru di SMAP Kajang dan SBPI Rawang, tak juga rasa nak masukkan kami ke SBP juga. mungkin ada alasan sendiri.

teringat dulu dia masa lepas dapat keputusan PMR, nak apply MRSM tapi abi tak bagi juga. sampai dia kena marah dan menangis, merajuk. abi cakap ‘apa ni, elok-elok sekolah Al-Amin dah bagus nak pindah pula’ senyap dan akur. tak berani dah cakap apa-apa.

memandangkan Al-Amin sekolah swasta, bukan seposen dua duit yang dikeluarkan. dan kami keluarga sederhana. teringat lagi masa abi cakap dekat kami adik-beradik: ‘ tahu tak, kalau abi tak hantar kamu semua dekat Al-Amin, abi dah boleh beli rumah dan kereta mewah, beringat la sikit’ tak tahula abi nak buat ayat hiperbola ke apa. lebih kurang sebulan rm300x12 untuk seorang x6 untuk kami 6 beradik, x11 lagi untuk dari darjah 1- tingkatan 5. tu baru yuran. adalah ratusan ribu. kenapa duit sebanyak itu dihabiskan untuk Al-Amin?

apa istimewanya Al-Amin? kata orang, bila kehilangan baru reti menghargai. mungkin tulah kot apa yang dia rasai. bila keluar Al-Amin baru mengenal dan menghargai Al-Amin.

Al-Amin bumi cinta.

Di Bumi Al-Amin itulah dia mendalami cinta. dan ya, berusaha untuk membumikan cinta juga. cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cintakan Al-Qur’an, cinta ibubapa, guru-guru, ahli keluarga, kawan-kawan, dan orang lain juga termasik ‘dia’. EH EH haish,

Al-Amin bumi ilmu.

Di teratak Al-amin jugalah dia menimba ilmu buat bekalan hidup dunia dan akhirat. di situ dia belajar dan mengajar juga. walaupun sekejap. turun temurun juga mungkin. abi dulu di zaman bujangnya pun pernah mengajar di Al-Amin Gombak. Batch awal. kemudian kakak dia dan dia pun berkesempatan, menabur sedikit bakti di bumi Al-Amin.

Al-Amin bumi kehidupan.

susah nak diterjemahkan dalam bentuk ayat. yang penting, di Al-Amin dia belajar menjadi manusia. dan mula belajar untuk hidup secara sepatutnya. di situ dia berubah juga sedikit sedikit dari gelap gelita kepada cahaya. untuk semua itu dan banyak lagi, manakan tidak dia mencintai bumi itu?

walaupun Al-Amin tak seterkenal sekolah lain, [ada housemate dia tak pernah dengar pun] dan dari pemerhatian dia sendiri, semakin lama Al-Amin semakin kurang ‘berwarna’, Al-Amin tetap sekolah terbaik, sekurang-kurangnya bagi dia. kalau boleh anak cucu cicit semua mesti sekolah dekat Al-Amin. ok cukup. maaflah sedikit semangat ke’sekolahan’. apapun, hargailah dan sayangilah sekolah anda. erk. Astaghfirullah, sekian, assalamualaikum.

Thursday, November 17, 2011

2 budak jadi dewasa

kami satu rumah sambut hari lahir 2 budak dalam rumah ni. diorang berdua ni suka naruto dan anime ape entah lagi. boleh pulak bergaduh hari tu pasal sticker naruto. sebab tu dia cakap diorang ni budak-budak. bukan sebab tu je diorang budak, tapi sebab birthday diorang pun paling lambat. tengok macam dia, tak sempat seminggu tahun baru, dah meningkat umur. patutla nampak tua kan. disebabkan dah masuk lapan belas tahun, mereka ni kenalah jadi dewasa macam dia lah. haha

View bday zu

birthday si budak zuliyana, kami sambut dekat Sunway Carnival. tapi sambut awal. sebab 31/10 tu first paper untuk final exam. takkanlah nak berjoli pulak. ceh, suka la tuh si zu, dapat kek sebijik + seluar + baju. lepas tu buat muka comel cakap ‘terima kasih korang’ tak habis-habis. terharu lah kunun kan dapat suprise. nak kena lempang la tu. [copy ayat si zu balik. haha :P]

View bday hasanah

birthday si hasanah kami sambut semalam, 16/11. walaupun dalam rumah ni ada 3 orang, tak termasuk hasanah yang ada quiz microb esoknya [hari nilah], tapi betapa sayangnya dia dekat budak ni, sambut la jugak. nanti menangis 6 hari 6 malam sape nak tanggung. hehe. si hasanah beria-ria cakap tak payah celebrate. kesian lah kunun, nanti tak boleh prepare. chillax lerr :D sambut birthday hasanah dekat secret recipe ni, zahra kata kena puasa 2 hari. haha. suka la tu hasanah dapat kek + beg galas comel. tak habis-habis cakap ‘sayang korang’ elelelele.

apapun thanks zu ajar macam-macam. tolong macam-macam. sama lah juga dengan hasanah yang selalu jadi kamus english bergerak dia. luv both of you, uhibbukuma fillah, may Allah bless both of you n may our wishes come true :)

astaghfirullah, sekian assalamualaikum.

Sunday, November 13, 2011

duit haram

alhamdulillah, dia baru selesai baca buku ‘nota hati seorang lelaki’ karya Pahrol Mohd Juoi. tajuknya buat orang macam erk, apasal dia baca buku macam ni. dengan itu dia dah tahu hati seorang lelaki. haha. tipu! Heh, bukannya apa pun. tajuk je ‘seram’. hihi. tak sampai sehari dah habis baca. tak tebal mana pun, 200 mukasurat lebih. kesuluruhannya buku yang baik. banyak benda boleh belajar dan membuka minda. thanks hazrati bagi pinjam :D

biar bermanfaat sikit, jadi post ni, ulas sikit je pasal buku tu. satu pointnya je lah, olahan dari dia. sesuatu yang tak ramai orang sedar lah kot.

duit haram.

orang kalau boleh mana nak makan duit haram. beli makanan pakai duit haram, nanti effect diri sendiri dan ahli keluarga semua. makanan juga membentuk peribadi. Jadi, sumber dan ke’halal’annnya kena jaga. no kompromi.

mungkin secara umum orang nampak duit haram datang daripada hasil curi, rasuah, riba dan lain-lain. tapi ada satu lagi yang orang terlupa. kau orang juga kan? mungkin kau juga lupa. duit haram boleh datang juga dari aktiviti curi masa. hekelleh?

explain please. ok, sepatutnya kena kerja 8 jam, tapi kerja curi masa. kadang-kadang masuk lambat, balik awal pula. ngongekngongek buat kerja. culas. tapi dapat gaji full. tak deserve kan? duit gaji dapat, beli makanan buat biaya keluarga dan anak-anak, tengok-tengok anak degil, hati keras. mungkin sebab parents nya curi masa bila bekerja. diri sendiri pula malas buat ibadah. sebab duit ‘haram’. nampak effect dia. logik kan? angguk jelah.

itu untuk orang yang dah bekerja, aku student, tak terbabit. ewah ewah eh jap, kau student dapat biasiswa kan? takpun duit mak bapak. apa erti dapat biasiswa? itu tandanya ada amanah yang sangat berat dipikul. duit rakyat. bayangkan rakyat macam petani hempas pulas, bayar cukai, buat biaya kau. duit tu buat belajar betul-betul, guna baik-baik. berbakti balik pada negara. tapi kau belajar pulak malas-malas, duit guna buat berjoli sana-sini. *pedih* layak ke buat duit tu macam tu? menyalahgunakan hak orang lain, tak malu. patutla belajar susah nak masuk, ibadah malas, bangga diri je lebih. cemerlang pun tak bermakna. hahaha,baru padan muka. tak lawak huda, tak lawak.

nampak tak kesan dia. halus sangat, tu yang kadang-kadang tak sedar. sekarang kalau dah sedar, jangan curi-curi masa. susah tu memangla, tapi kena usaha juga untuk berubah.

patutla muslim sejati belajar dan kerja sungguh-sungguh, dapat duit halal, makanan berkat, anak soleh,hidup berkat. ibadah tak berat nak buat. tu lah mungkin salah satu rahsianya! oh. oh je solve nothing,kena start sedar dan berubah. sama-sama la dengan dia pun =_=’

nak curi masa lagi? duit haram.euww yucks. haram sama macam… ..samak! samak! eh, astaghfirullah, sekian assalamualaikum :)

Thursday, November 10, 2011

semester 2

semester baru dah mula. huh * peluh menitik
paling tak suka, kelas dari isnin sampai jumaat (!) dushh.
selamat tinggal la cuti-cuti malaysia macam sem lepas. uwaaaaaaaaaaa ;'(

dan dia dah rasa bahang-bahang hectic life untuk sem ni. dan apakah, hari selasa dan rabu ada kelas straight dari pukul 1 sampai pukul 5, bila nak solat cik/encik pembuat jadual ?? *kuciwa. ni nak kena bangkang ni. aiyoo

semester baru, subjek pun dah berat sikit. basic microbiology yang paling tak sabar nak belajar (dan paling banyak kena hafal -_-) 7 lecturer akan ajar dia untuk subjek tu je. and all of them are doctors and philipinoes. macam tengok cerita Marimar pun ada bila belajar :D

human behavior and physicology Mrs Tanu ajar, she is pure Indian. macam tengok cerita hindustan la pulak. ok la kan. boleh ubat kempunan. heh

yang macam tengok drama melayu hanya kelas maths. cayalah Ms Farah. gagah dan bertenaga. chemistry dan english. Mrs Shymala dan Mr Raj. mereka India Malaysia. English semester ni, lebih ditekankan untuk speaking, sebab January nanti, dia akan ada interview dengan Irish. alamak cuaak. ok, takpe.. dia suka kelas english. (ajaib. lala)

kelas 5 hari. jadual padat. maknanya akan kurang balik rumah. nampaknya macam dah start banyak berkorban sekarang. (kan baru habis raya korban?) ceh, ada sedikit kepoyoan di situ. dan dia nak menjerit sekarang : nak jumpa kawan-kawan!! especially syi, wanie, saidatul, anis, didi, tipah, nu', yami eh eh semualah! tapi jeritan tu tak ada siapa nak dengar. sadis. dah jangan layan.

nak jerit lagi tapi macam tak sopan pula : dia rindu sama teratak al-amin, dan pastinya guru-guru terchenta. urghh, rindu membuak-buak.

ok, kena sambung buat nota, saja hilangkan mengantuk menconteng di sini. pandai dah buat kerja tak befaedah sekarang. cis. astaghfirullah, sekian, assalamualaikum.

Tuesday, November 8, 2011

si penyamun

peristiwa 1/11/11. baru berkesempatan nak update hari ni. exam dan raya, curi masa dia.

tarikh tu mungkin tarikh yang keramat dan mempunyai kenangan tertentu bagi setiap orang. begitu juga dengan dia. tapi bukan sesuatu yang terlalu indah untuk dikenang. sungguh, bukan!

ini kisah benar, tak ada satu pun dia reka. kisah dia dan housemate disamun bersenjata (refer laporan polis) di hostel. mungkin panjang sikit ceritanya dan skema. siapa sanggup, sila baca, ambil pengajaran jadikan pedoman. [dia nasihatkan, kalau malas nak baca, scroll down baca kesimpulan & pengajaran, takpun tak payah baca], apapun dia bukan mangsa 'utama' kes itu, tapi, hampir-hampir menjadi mangsa. sungguh, Allah jua yang menyelamatkan.

* * * * *

malam itu, sedang dia membaca buku untuk persiapan exam esoknya, dia tertidur. tidur yang tak proper. baca doa pun tidak, tutup lampu pun tidak. mungkin kepenatan yang amat. lebih kurang pukul 1 pagi, dia terjaga. selimut dicari. doa, ayat kursi, 3 qul dibaca, dihembus dan disapu ke seluruh badan, macam hari-hari biasa. tutup lampu. tidur semula. lebih proper.

tiba-tiba dia tersedar lagi.sebab ada seseorang membuka pintu bilik dia. kemudian ditutup semula. sangat perlahan, tapi cukup untuk buat dia terjaga. dalam hati bukan rasa tak sedap hati masa tu, tapi lebih kepada tak puas hati. dia ingat housemate dia; si Anne (bukan nama sebenar) saja nak main-main bukak pintu bilik dia tanpa mengetuk pintu (padahal mungkin si Anne tahu dia memang pantang kalau orang tak ketuk pintu dulu.) tengok jam sudah hampir 515 pagi. dia dah terlewat. memang tak sedar bunyi jam. sepatutnya nak mandi, tapi kepala berat sangat dan malas nak bangun, dia baring balik. huh, godaan syaitan.

selang 10 minit, pintu bilik dia sekali lagi dibuka dengan perlahan, dia tersedar lagi. lebih kurang 522 pagi. dia cuba lihat siapa yang membuka pintu, tapi nampak kelibat orang pergi sambil pintu bilik dibiarkan terbuka.mata dia masa tu samar-samar je nampak. dia masih tak rasa apa-apa. dia terus bangun, siap-siap hajatnya nak mandi. tapi terdetik nak tengok housemate dekat luar. masih ada rasa tak puas hati kenapa mereka main-main bukak pintu bilik dia. ishh

keluar saja dari bilik, dia nampak housemate dia, Anne dibiliknya sedang memandang dia. mata yang besar, ada gambaran cemas. mulut dia diikat, kaki dan tangannya diikat di tiang katil sedang dalam keadaan meronta-ronta. tapi dia boleh lagi tanya 'kenapa?' sungguh, sangat blurr sebab mati-mati dia ingat Anne tu yang cuba memasuki biliknya. jadi sangat pelik macamman dia boleh terikat macam tu. dalam keadaan mulut kawan dia terikat, dia dengar Anne cakap 'pencuri!!'

Ya Allah, berderau darah dia masa tu! hanya Allah sahaja yang tahu. (sampai sekarang kalau dia teringat gambaran si Anne macam tu, jantung mesti laju.) dalam keadaan dia melihat keadaan si Anne diikat sebegitu rupa, Allah sahaja yang tahu apa rasanya. tak dapat nak digambarkan. tangan terketar-ketar, dengan badan menggigil dia cuba membuka ikatan tangan Anne dari kepala katil. yang terkeluar dibibir dia masa tu hanya 'astaghfirullah! astaghfirullah! astaghfirullah!' tak henti-henti. lama lepas tu housemate dia lagi sorang, si Zana (bukan nama sebenar) datang bilik tu tanya ' kenapa ni? dari tadi saya dengar astaghfirullah' Zana pun terkejut melihat si Anne diikat sebegitu rupa. terus tolong bukak ikatan kaki.

masa tu si Anne cakap ' kenapa awak tak bangun awal sikit, dia baru pergi!' speechless.

habis je buka ikatan, directly dia terus call nombor hotline hostel, melaporkan rumah mereka dimasuki pencuri. lepas tu dia call abi. tengok pintu dapur, terbuka besar. jantung dia masih tak laju-laju. barang yang disedari hilang, 3 Handphone (2 Anne punya, 1 Nina punya (bukan nama sebenar), seutas rantai dan gelang emas Anne, wang tunai semuanya kira-kira 500 ringgit. lepas je pihak warden datang, si Anne, dia, dan nina dibawa ke balai polis Tasek Gelugor. pakaian masa tu sangat cikai. dengan seluar tidur, sweater, tudung sarung pergi balai. tak fikir apa dah. (tapi sempat sarung stokin laa. hoho)

sampai je balai, 3 pegawai lelaki sambut mereka. badan dan tangan dia sejuk sangat masa tu. kira-kira 530 pagi. mereka buat aduan, masa tu si Anne cerita apa yang berlaku. dia pun baru terdengar cerita sebenar. si Anne cerita; dia tersedar, terkejut sangat apabila nampak seorang lelaki dengan menutup sebahagian mukanya ada dalam bilik. (Ya Allah, siapa tak terkejut?) dia nak menjerit, tapi si pencuri tu terus acukan pisau, dan suruh dia senyap. pencuri tu terus ambil selendang dan tudung Anne ikat tangan, kaki, dan mulut. lepas dia ikat Anne, dia nak ambil rantai dan gelang Anne, tapi Anne taknak bagi, pencuri tu kata 'awak sayang harta ke maruah?' Anne kata masa tu dia ikut je. takut diapa-apakan. kasihan Anne

ada beberapa benda lagi si pencuri tu buat. tapi tiba-tiba pencuri tu terkejut dengar bunyi alarm. *dia rasa itu alarm dia. terus menggelabah si pencuri tu. dia keluar dari bilik, pergi ruang tamu, ambil handphone, duit housemate dia yang lain. kemudian pencuri masuk balik bilik Anne. tinggalkan purse dalam bilik Anne. Anne nampak apa dia buat. Anne kata, lepas pencuri tu keluar dari bilik Anne, dia cuba nak masuk bilik dia. (dari pintu bilik Anne boleh nampak bilik dia). kali pertama pencuri tu bukak pintu, dia tutup balik. sebab dia nampak Anne pandang dia. dia datang balik bilik Anne, ikat pula tangan Anne di kepala katil. Pencuri tu pergi pula bilik dia sekali lagi.. [dan dia pasti, orang yang membuka pintu bilik dia tu adalah si pencuri durjana tu.] ciss. tapi alhamdulillah, dia tak jadi masuk.

itu serba sedikit report di Balai Polis TG. mereka diminta pula pergi ke IPD KB, ada pegawai penyiasat nak ambil statement lebih detail. masa tu lebih kurang 7 pagi. dia call coordinator mereka, minta tangguh exam disebabkan kes ni. Beliau risau sungguh, dan mereka dapat kebenaran tangguh exam. sampai IPD, Anne ditemuramah oleh Sarjan R. dia sebagai saksi jumpa Insp. A, Nina Insp. F. heh, soalan pertama dia dapat masa tu ' awak anak keberapa? ' pelik juga. tapi jawab la semua. sambil tunggu Anne habis ditemuramah, dia duduk di ruangan soal siasat tu. tengok gelagat-gelagat anggota polis. macam-macam. ada yang cerita pada dia (lelaki tua, 40-an lebih kurang) 'kami dekat sini asyik ditekan-tekan, sampai 30 jam tak balik rumah. anak saya sampai merayu ' ayaah, boleh tak beri saya masa''. dia faham sikit-sikit kerja polis ni. sibuk.banyak juga jasa mereka. sambil menunggu, dia tiba-tiba dapat call dan mesej daripada hp kawan dia yang dicuri. hah, memang terkejut beruk. mesejnya ' huda, boleh ke buat kerja dengan saya'. berdebar jantung. pencuri tu memang gila!

lama lepas keterangan Anne diambil, mereka kena pergi bahagian foto fit. masa tu lebih kurang pukul 11 pagi juga. sangat lama di bahagian tu. kerja-kerja melakar gambar suspek. canggih la kot alatan dia. lepas makan sekejap, sambung balik foto fit. ramai jugala pegawai polis dia jumpa hari tu. lepas tu mereka diiringi balik rumah. naik kereta polis. merasala naik kereta polis dengan pegawai penyiasat.heh. sampai rumah, pegawai tu tangkap gambar dan ambil barang bukti semua. lepas tu, sambung aktiviti biasa. memandangkan hp dia tak dicuri, no dia digunakan oleh pihak polis untuk contact. ramai juga pegawai call. lepas Insp ni, Insp tu. lepas asar ada 3 pegawai datang rumah lagi, soal selidik lagi.

P1000729

P1000730

P1000731

pukul 11 malam lebih kurang, Insp A tiba-tiba call ' saya nak khalidah (dia dipanggil khalidah, tak tahu kenapa) dan Anne datang restoran R, 20 minit dari sekarang' erk ok. mereka nak buat umpan tangkap pencuri, katanya. ada la lebih kurang 20 orang pegawai dekat situ. pakai baju biasa duduk meja asing-asing buat kerja sendiri. beberapa orang tu, dia jumpa dekat balai. tapi malam tu tak plan tak jadi.simple je, sebab Allah tak izinkan.

balik tu dia tak dapat tidur. gila tak gila, esoknya paper bio. dia hari tu fobia dengar bunyi pintu. cepat terkejut. huhu. housemate dia yang lain pun tak dapat tidur. kami semua duduk ruangtamu. dia tertidur pukul 2 lebih, bangun pukul 4. bangun pukul 4 tu dia kesejukan. sebab masih fobia dengan waktu-waktu pagi macam tu.

hari yang dilalui, cuba buat biasa, tapi tipula boleh buat cool. rasa seram sejuk. nak exam, serius jadi tak fokus. malam mereka berjaga. ala-ala hirasah gitu.

malam esoknya, pukul 12 lebih kurang, Insp A call, ‘ boleh tak datang balai malam ni jugak, nak buat kawad cam’ ok, dia dan Anne pun pergila balai. ada 6 suspek ditangkap. mereka tengok suspek melalui cermin satu hala. ada penagih dadah. muka biasa je. dia ingat pengaih dadah macam mayat hidup, tapi tak pun. teliti punya teliti, Anne kata semua bukan. pukul 2 pagi lebih kurang, balik hostel. esok exam chem. tak study sangat –_-

tu je cerita pendek. sampai sekarang si durjana tu tak dapat lagi ditangkap. masih mengganggu melalui call. pihak polis pun macam dah malas nak buat kerja. dia kecewa sungguh. semoga Allah permudahkan pencuri tu ditangkap dan dihukum dengan setimpal. saya kasihan Anne, alhamdulillah, Anne tak diapa-apakan, masih baik. semoga Allah lindungi dia.

kesimpulan & pengajaran.

dia dengan housemate tak pernah terbayang pun perkara macam ni akan berlaku dekat mereka. macam mimpi. tapi tu semua Allah dah takdirkan.pasti ada hikmahnya, memang ujian Allah nak bagi kepada kami. masa minggu exam pula. memang banyak sedikit terganggu. sungguh, dia sendiri tak fokus nak exam. tidur pun tak cukup. asyik tersengguk masa exam. . minta maaf abi umi :'(

bila family dan kawan sekeliling tahu cerita,dia asyik ditanya kenapa pencuri tu tak masuk bilik dia dulu sebab bilik dia bilik belakang, dekat dengan pintu dapur. Wallahua’lam dia pun tak tahu. bersyukur Allah selamatkan, alhamdulillah. tak habis-habis orang cakap dia ada pendinding. heh, 2 kali nak masuk tak lepas. siap pesan ‘lain kali buat satu rumah’ heh, wallahua’lam. abi pesan macam macam macam lagi lepas peristiwa tu.

Amalan dia yang tersangat sikit, cuma hari-hari baca Al-ma’thurat pagi petang (biasanya masa nak bersiap, sambil gosok baju/dalam bas), ayat Qursi lepas solat, masa tidur 3 qul dan ayat kursi, tilawah dan tadabbur, solat sunat paling malas 6 rakaat sehari. kira macam rutin. memang mula-mula jadikan habit tak nampak pun significant dia secara jelas. tapi selepas peristiwa ni, dia semakin yakin semua tu tak sia-sia. Allah jaga, InsyaAllah.

dan satu pengajaran besar, kita bukan selamat dimana tempat yang kita rasa selamat, even dalam rumah sendiri, bilik sendiri. tapi kita akan selamat, dimana-manapun kita berada dengan adanya Allah.

dia cuma nak berpesan kepada diri sendiri dan khas untuk kaum hawa [yang sangat terdedah kepada bahaya] diluar sana perkara ni. simple :

  • Jangan berkira nak amalkan al-ma’thurat, ayat kursi, semua. kita hanya perlu spendkan masa lebih kurang 15 minit, untuk dijaga 12-24 jam sehari semalam. berbaloi-baloi! so, jangan berkira okeh. kena beringat sebelum kena. kita tak tahu apa akan terjadi. malas nak baca al-ma’thurat, atleast ayat kursi amalkan. sekurang-kurangnya lepas solat dan sebelum tidur. banyak sangat kelebihannya.(ni antaranya sahaja, yang lain banyak lagi kena cari)

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

  • masa tidur, pakai selimut. atau pakai pakaian yang biasa. seluar dan tshirt longgar. hmm, baju takde lengan, gaun malam ke, pakai waktu sedar la kot. hoho.
  • study jangan last minit. kalau ada emergency minggu exam, tak adalah parah nak study. hehe

tu je la dulu, semoga Allah permudahkan segala urusan. walaupun hati dah tak rasa seronok duduk sini, ini jihad dia. kena kuat. semester II dah bermula. semester ni, dia belajar dengan sorang je lecturer melayu. yang lain lecturer India, ada juga Dr dari Filipina. kelas pun dah mix dengan budak chinese indian. lagi mencabar, lagi seronok. doakan dia di sini. May Allah bless. astaghfirullah, sekian Assalamualaikum.