Pages

Saturday, November 19, 2011

Al-Amin

pagi tadi masa dia tengah buat nota microb, tiba-tiba Lee masuk. ‘huda, saya nak cakap sikit dengan awak’ tutup pintu sikit. aik lain macam je ni.‘mak saya suruh tanya awak’ aik lagi lain macam. berhenti menulis. ‘ok, ape dia?’

‘mak saya suruh tanya macam mana nak masuk Al-Amin. nak masukkan adik saya. ada exam ke? prestasi akademik al-amin macam mana? perangai student , blablablabla..’

ini peluang baik. dia pun ceritala setakat mana yang tahu la. promote ofcourse la. cakap ayat bunga-bunga dan tapi cakap juga realiti sebenar. takut indah khabar dari rupa kan. nampak macam termakan umpan juga :D [ada komisen tak promote Al-Amin? kalau promote orang masuk Aucms ni, pihak kolej bagi rm500 wo. ahaha]

Skool[gambar cilok. daripada 1 bangunan, dah nak masuk 6 bangunan. Al-Amin semakin maju]

tiba-tiba dia jadi rindu Al-Amin. Al-Amin yang menjadikan dia, dia hari ini. Al-Amin yang memaknai dan mewarnai hidup dia. Al-Amin yang menyimpan 1001 kisah suka dan duka dia. Dan Al-amin yang terpahat dihati dan sentiasa dirindui. setiap orang, pasti ada rasa sedikit bangga dengan sekolah masing-masing kot. sama lah lebih kurang macam dia, tapi jauh lebih besar dari itu, dia sungguh berterima kasih bumi al-amin dan seluruh warganya.

dulu, dia tak faham kenapa abi beria-ria nak sekolahkan kami adik-beradik di situ. masa tinggal di Kajang Al-Amin Bangi, dan masa berpindah di Rawang dan Gombak, Al-amin Gombaklah juga tempat kami bersekolah. Bagi dia dulu, kalau dapat masuk SBP/ MRSM ke bagus la jugak kan. lepas dapat result UPSR, pernah juga berhajat ke SBPI tapi abi tak bagi. Abi yang hidupnya mendidik warga SBP sudah hampir 20+ tahun, bermula jadi guru di SMAP Kajang dan SBPI Rawang, tak juga rasa nak masukkan kami ke SBP juga. mungkin ada alasan sendiri.

teringat dulu dia masa lepas dapat keputusan PMR, nak apply MRSM tapi abi tak bagi juga. sampai dia kena marah dan menangis, merajuk. abi cakap ‘apa ni, elok-elok sekolah Al-Amin dah bagus nak pindah pula’ senyap dan akur. tak berani dah cakap apa-apa.

memandangkan Al-Amin sekolah swasta, bukan seposen dua duit yang dikeluarkan. dan kami keluarga sederhana. teringat lagi masa abi cakap dekat kami adik-beradik: ‘ tahu tak, kalau abi tak hantar kamu semua dekat Al-Amin, abi dah boleh beli rumah dan kereta mewah, beringat la sikit’ tak tahula abi nak buat ayat hiperbola ke apa. lebih kurang sebulan rm300x12 untuk seorang x6 untuk kami 6 beradik, x11 lagi untuk dari darjah 1- tingkatan 5. tu baru yuran. adalah ratusan ribu. kenapa duit sebanyak itu dihabiskan untuk Al-Amin?

apa istimewanya Al-Amin? kata orang, bila kehilangan baru reti menghargai. mungkin tulah kot apa yang dia rasai. bila keluar Al-Amin baru mengenal dan menghargai Al-Amin.

Al-Amin bumi cinta.

Di Bumi Al-Amin itulah dia mendalami cinta. dan ya, berusaha untuk membumikan cinta juga. cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cintakan Al-Qur’an, cinta ibubapa, guru-guru, ahli keluarga, kawan-kawan, dan orang lain juga termasik ‘dia’. EH EH haish,

Al-Amin bumi ilmu.

Di teratak Al-amin jugalah dia menimba ilmu buat bekalan hidup dunia dan akhirat. di situ dia belajar dan mengajar juga. walaupun sekejap. turun temurun juga mungkin. abi dulu di zaman bujangnya pun pernah mengajar di Al-Amin Gombak. Batch awal. kemudian kakak dia dan dia pun berkesempatan, menabur sedikit bakti di bumi Al-Amin.

Al-Amin bumi kehidupan.

susah nak diterjemahkan dalam bentuk ayat. yang penting, di Al-Amin dia belajar menjadi manusia. dan mula belajar untuk hidup secara sepatutnya. di situ dia berubah juga sedikit sedikit dari gelap gelita kepada cahaya. untuk semua itu dan banyak lagi, manakan tidak dia mencintai bumi itu?

walaupun Al-Amin tak seterkenal sekolah lain, [ada housemate dia tak pernah dengar pun] dan dari pemerhatian dia sendiri, semakin lama Al-Amin semakin kurang ‘berwarna’, Al-Amin tetap sekolah terbaik, sekurang-kurangnya bagi dia. kalau boleh anak cucu cicit semua mesti sekolah dekat Al-Amin. ok cukup. maaflah sedikit semangat ke’sekolahan’. apapun, hargailah dan sayangilah sekolah anda. erk. Astaghfirullah, sekian, assalamualaikum.

No comments: