Pages

Tuesday, November 8, 2011

si penyamun

peristiwa 1/11/11. baru berkesempatan nak update hari ni. exam dan raya, curi masa dia.

tarikh tu mungkin tarikh yang keramat dan mempunyai kenangan tertentu bagi setiap orang. begitu juga dengan dia. tapi bukan sesuatu yang terlalu indah untuk dikenang. sungguh, bukan!

ini kisah benar, tak ada satu pun dia reka. kisah dia dan housemate disamun bersenjata (refer laporan polis) di hostel. mungkin panjang sikit ceritanya dan skema. siapa sanggup, sila baca, ambil pengajaran jadikan pedoman. [dia nasihatkan, kalau malas nak baca, scroll down baca kesimpulan & pengajaran, takpun tak payah baca], apapun dia bukan mangsa 'utama' kes itu, tapi, hampir-hampir menjadi mangsa. sungguh, Allah jua yang menyelamatkan.

* * * * *

malam itu, sedang dia membaca buku untuk persiapan exam esoknya, dia tertidur. tidur yang tak proper. baca doa pun tidak, tutup lampu pun tidak. mungkin kepenatan yang amat. lebih kurang pukul 1 pagi, dia terjaga. selimut dicari. doa, ayat kursi, 3 qul dibaca, dihembus dan disapu ke seluruh badan, macam hari-hari biasa. tutup lampu. tidur semula. lebih proper.

tiba-tiba dia tersedar lagi.sebab ada seseorang membuka pintu bilik dia. kemudian ditutup semula. sangat perlahan, tapi cukup untuk buat dia terjaga. dalam hati bukan rasa tak sedap hati masa tu, tapi lebih kepada tak puas hati. dia ingat housemate dia; si Anne (bukan nama sebenar) saja nak main-main bukak pintu bilik dia tanpa mengetuk pintu (padahal mungkin si Anne tahu dia memang pantang kalau orang tak ketuk pintu dulu.) tengok jam sudah hampir 515 pagi. dia dah terlewat. memang tak sedar bunyi jam. sepatutnya nak mandi, tapi kepala berat sangat dan malas nak bangun, dia baring balik. huh, godaan syaitan.

selang 10 minit, pintu bilik dia sekali lagi dibuka dengan perlahan, dia tersedar lagi. lebih kurang 522 pagi. dia cuba lihat siapa yang membuka pintu, tapi nampak kelibat orang pergi sambil pintu bilik dibiarkan terbuka.mata dia masa tu samar-samar je nampak. dia masih tak rasa apa-apa. dia terus bangun, siap-siap hajatnya nak mandi. tapi terdetik nak tengok housemate dekat luar. masih ada rasa tak puas hati kenapa mereka main-main bukak pintu bilik dia. ishh

keluar saja dari bilik, dia nampak housemate dia, Anne dibiliknya sedang memandang dia. mata yang besar, ada gambaran cemas. mulut dia diikat, kaki dan tangannya diikat di tiang katil sedang dalam keadaan meronta-ronta. tapi dia boleh lagi tanya 'kenapa?' sungguh, sangat blurr sebab mati-mati dia ingat Anne tu yang cuba memasuki biliknya. jadi sangat pelik macamman dia boleh terikat macam tu. dalam keadaan mulut kawan dia terikat, dia dengar Anne cakap 'pencuri!!'

Ya Allah, berderau darah dia masa tu! hanya Allah sahaja yang tahu. (sampai sekarang kalau dia teringat gambaran si Anne macam tu, jantung mesti laju.) dalam keadaan dia melihat keadaan si Anne diikat sebegitu rupa, Allah sahaja yang tahu apa rasanya. tak dapat nak digambarkan. tangan terketar-ketar, dengan badan menggigil dia cuba membuka ikatan tangan Anne dari kepala katil. yang terkeluar dibibir dia masa tu hanya 'astaghfirullah! astaghfirullah! astaghfirullah!' tak henti-henti. lama lepas tu housemate dia lagi sorang, si Zana (bukan nama sebenar) datang bilik tu tanya ' kenapa ni? dari tadi saya dengar astaghfirullah' Zana pun terkejut melihat si Anne diikat sebegitu rupa. terus tolong bukak ikatan kaki.

masa tu si Anne cakap ' kenapa awak tak bangun awal sikit, dia baru pergi!' speechless.

habis je buka ikatan, directly dia terus call nombor hotline hostel, melaporkan rumah mereka dimasuki pencuri. lepas tu dia call abi. tengok pintu dapur, terbuka besar. jantung dia masih tak laju-laju. barang yang disedari hilang, 3 Handphone (2 Anne punya, 1 Nina punya (bukan nama sebenar), seutas rantai dan gelang emas Anne, wang tunai semuanya kira-kira 500 ringgit. lepas je pihak warden datang, si Anne, dia, dan nina dibawa ke balai polis Tasek Gelugor. pakaian masa tu sangat cikai. dengan seluar tidur, sweater, tudung sarung pergi balai. tak fikir apa dah. (tapi sempat sarung stokin laa. hoho)

sampai je balai, 3 pegawai lelaki sambut mereka. badan dan tangan dia sejuk sangat masa tu. kira-kira 530 pagi. mereka buat aduan, masa tu si Anne cerita apa yang berlaku. dia pun baru terdengar cerita sebenar. si Anne cerita; dia tersedar, terkejut sangat apabila nampak seorang lelaki dengan menutup sebahagian mukanya ada dalam bilik. (Ya Allah, siapa tak terkejut?) dia nak menjerit, tapi si pencuri tu terus acukan pisau, dan suruh dia senyap. pencuri tu terus ambil selendang dan tudung Anne ikat tangan, kaki, dan mulut. lepas dia ikat Anne, dia nak ambil rantai dan gelang Anne, tapi Anne taknak bagi, pencuri tu kata 'awak sayang harta ke maruah?' Anne kata masa tu dia ikut je. takut diapa-apakan. kasihan Anne

ada beberapa benda lagi si pencuri tu buat. tapi tiba-tiba pencuri tu terkejut dengar bunyi alarm. *dia rasa itu alarm dia. terus menggelabah si pencuri tu. dia keluar dari bilik, pergi ruang tamu, ambil handphone, duit housemate dia yang lain. kemudian pencuri masuk balik bilik Anne. tinggalkan purse dalam bilik Anne. Anne nampak apa dia buat. Anne kata, lepas pencuri tu keluar dari bilik Anne, dia cuba nak masuk bilik dia. (dari pintu bilik Anne boleh nampak bilik dia). kali pertama pencuri tu bukak pintu, dia tutup balik. sebab dia nampak Anne pandang dia. dia datang balik bilik Anne, ikat pula tangan Anne di kepala katil. Pencuri tu pergi pula bilik dia sekali lagi.. [dan dia pasti, orang yang membuka pintu bilik dia tu adalah si pencuri durjana tu.] ciss. tapi alhamdulillah, dia tak jadi masuk.

itu serba sedikit report di Balai Polis TG. mereka diminta pula pergi ke IPD KB, ada pegawai penyiasat nak ambil statement lebih detail. masa tu lebih kurang 7 pagi. dia call coordinator mereka, minta tangguh exam disebabkan kes ni. Beliau risau sungguh, dan mereka dapat kebenaran tangguh exam. sampai IPD, Anne ditemuramah oleh Sarjan R. dia sebagai saksi jumpa Insp. A, Nina Insp. F. heh, soalan pertama dia dapat masa tu ' awak anak keberapa? ' pelik juga. tapi jawab la semua. sambil tunggu Anne habis ditemuramah, dia duduk di ruangan soal siasat tu. tengok gelagat-gelagat anggota polis. macam-macam. ada yang cerita pada dia (lelaki tua, 40-an lebih kurang) 'kami dekat sini asyik ditekan-tekan, sampai 30 jam tak balik rumah. anak saya sampai merayu ' ayaah, boleh tak beri saya masa''. dia faham sikit-sikit kerja polis ni. sibuk.banyak juga jasa mereka. sambil menunggu, dia tiba-tiba dapat call dan mesej daripada hp kawan dia yang dicuri. hah, memang terkejut beruk. mesejnya ' huda, boleh ke buat kerja dengan saya'. berdebar jantung. pencuri tu memang gila!

lama lepas keterangan Anne diambil, mereka kena pergi bahagian foto fit. masa tu lebih kurang pukul 11 pagi juga. sangat lama di bahagian tu. kerja-kerja melakar gambar suspek. canggih la kot alatan dia. lepas makan sekejap, sambung balik foto fit. ramai jugala pegawai polis dia jumpa hari tu. lepas tu mereka diiringi balik rumah. naik kereta polis. merasala naik kereta polis dengan pegawai penyiasat.heh. sampai rumah, pegawai tu tangkap gambar dan ambil barang bukti semua. lepas tu, sambung aktiviti biasa. memandangkan hp dia tak dicuri, no dia digunakan oleh pihak polis untuk contact. ramai juga pegawai call. lepas Insp ni, Insp tu. lepas asar ada 3 pegawai datang rumah lagi, soal selidik lagi.

P1000729

P1000730

P1000731

pukul 11 malam lebih kurang, Insp A tiba-tiba call ' saya nak khalidah (dia dipanggil khalidah, tak tahu kenapa) dan Anne datang restoran R, 20 minit dari sekarang' erk ok. mereka nak buat umpan tangkap pencuri, katanya. ada la lebih kurang 20 orang pegawai dekat situ. pakai baju biasa duduk meja asing-asing buat kerja sendiri. beberapa orang tu, dia jumpa dekat balai. tapi malam tu tak plan tak jadi.simple je, sebab Allah tak izinkan.

balik tu dia tak dapat tidur. gila tak gila, esoknya paper bio. dia hari tu fobia dengar bunyi pintu. cepat terkejut. huhu. housemate dia yang lain pun tak dapat tidur. kami semua duduk ruangtamu. dia tertidur pukul 2 lebih, bangun pukul 4. bangun pukul 4 tu dia kesejukan. sebab masih fobia dengan waktu-waktu pagi macam tu.

hari yang dilalui, cuba buat biasa, tapi tipula boleh buat cool. rasa seram sejuk. nak exam, serius jadi tak fokus. malam mereka berjaga. ala-ala hirasah gitu.

malam esoknya, pukul 12 lebih kurang, Insp A call, ‘ boleh tak datang balai malam ni jugak, nak buat kawad cam’ ok, dia dan Anne pun pergila balai. ada 6 suspek ditangkap. mereka tengok suspek melalui cermin satu hala. ada penagih dadah. muka biasa je. dia ingat pengaih dadah macam mayat hidup, tapi tak pun. teliti punya teliti, Anne kata semua bukan. pukul 2 pagi lebih kurang, balik hostel. esok exam chem. tak study sangat –_-

tu je cerita pendek. sampai sekarang si durjana tu tak dapat lagi ditangkap. masih mengganggu melalui call. pihak polis pun macam dah malas nak buat kerja. dia kecewa sungguh. semoga Allah permudahkan pencuri tu ditangkap dan dihukum dengan setimpal. saya kasihan Anne, alhamdulillah, Anne tak diapa-apakan, masih baik. semoga Allah lindungi dia.

kesimpulan & pengajaran.

dia dengan housemate tak pernah terbayang pun perkara macam ni akan berlaku dekat mereka. macam mimpi. tapi tu semua Allah dah takdirkan.pasti ada hikmahnya, memang ujian Allah nak bagi kepada kami. masa minggu exam pula. memang banyak sedikit terganggu. sungguh, dia sendiri tak fokus nak exam. tidur pun tak cukup. asyik tersengguk masa exam. . minta maaf abi umi :'(

bila family dan kawan sekeliling tahu cerita,dia asyik ditanya kenapa pencuri tu tak masuk bilik dia dulu sebab bilik dia bilik belakang, dekat dengan pintu dapur. Wallahua’lam dia pun tak tahu. bersyukur Allah selamatkan, alhamdulillah. tak habis-habis orang cakap dia ada pendinding. heh, 2 kali nak masuk tak lepas. siap pesan ‘lain kali buat satu rumah’ heh, wallahua’lam. abi pesan macam macam macam lagi lepas peristiwa tu.

Amalan dia yang tersangat sikit, cuma hari-hari baca Al-ma’thurat pagi petang (biasanya masa nak bersiap, sambil gosok baju/dalam bas), ayat Qursi lepas solat, masa tidur 3 qul dan ayat kursi, tilawah dan tadabbur, solat sunat paling malas 6 rakaat sehari. kira macam rutin. memang mula-mula jadikan habit tak nampak pun significant dia secara jelas. tapi selepas peristiwa ni, dia semakin yakin semua tu tak sia-sia. Allah jaga, InsyaAllah.

dan satu pengajaran besar, kita bukan selamat dimana tempat yang kita rasa selamat, even dalam rumah sendiri, bilik sendiri. tapi kita akan selamat, dimana-manapun kita berada dengan adanya Allah.

dia cuma nak berpesan kepada diri sendiri dan khas untuk kaum hawa [yang sangat terdedah kepada bahaya] diluar sana perkara ni. simple :

  • Jangan berkira nak amalkan al-ma’thurat, ayat kursi, semua. kita hanya perlu spendkan masa lebih kurang 15 minit, untuk dijaga 12-24 jam sehari semalam. berbaloi-baloi! so, jangan berkira okeh. kena beringat sebelum kena. kita tak tahu apa akan terjadi. malas nak baca al-ma’thurat, atleast ayat kursi amalkan. sekurang-kurangnya lepas solat dan sebelum tidur. banyak sangat kelebihannya.(ni antaranya sahaja, yang lain banyak lagi kena cari)

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

  • masa tidur, pakai selimut. atau pakai pakaian yang biasa. seluar dan tshirt longgar. hmm, baju takde lengan, gaun malam ke, pakai waktu sedar la kot. hoho.
  • study jangan last minit. kalau ada emergency minggu exam, tak adalah parah nak study. hehe

tu je la dulu, semoga Allah permudahkan segala urusan. walaupun hati dah tak rasa seronok duduk sini, ini jihad dia. kena kuat. semester II dah bermula. semester ni, dia belajar dengan sorang je lecturer melayu. yang lain lecturer India, ada juga Dr dari Filipina. kelas pun dah mix dengan budak chinese indian. lagi mencabar, lagi seronok. doakan dia di sini. May Allah bless. astaghfirullah, sekian Assalamualaikum.

3 comments:

Venomie said...

Berhati-hati dengan keadaan sekarang yang kadang-kadang memaksa seseorang melakukan perkara yang tidak masuk akal. Mujur hanya kehilangan barang dan trauma diikat dan bukan maruah diri diambil.Banyakkan berdoa kepada Allah.

KhalilahAlhudaKamilen said...

betu tu, setuju .
apa pun terima kasih :D
May Allah bless

fatimahYA said...

"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih.Sesungguhnya Allah bersama kita"

^^ Huda, Allah knows that u r strong enough and He wants to make u stronger that He sends u here.
I have the same feeling when I first enrolled here