Pages

Tuesday, December 20, 2011

memaknakan hidup

kadang-kadang bila kita tengok orang pulun study 24/7, nampak stress sangat..kita jadi kasihan.

kadang-kadang juga, bila kita tengok orang layan movie, drama sampai lewat malam,kita jadi kasihan.

kadang-kadang bila kita tengok orang kaya sibuk kumpul harta benda,kita jadi kesian juga.
solat jadikan adat, Qur'an selak bila sempat atau teringat.

ini kah erti hidup? inikah caranya mewarnai anugerah hidup yang Allah beri yang entah bila pula kita akan kembali..

lantas ada manusia dalam dunia ni, yang cuba mencari keseimbangan dalam hidup. saat orang ramai tidur, mereka bangun gagahkan diri. solat dhuha berkejar-kejar dalam renggang waktu kelas, rawatib buat hari-hari. Qur'an baca-hari-hari.

tapi kadang-kadang golongan seperti mereka ini kecewa. kecewa kerana kadang-kadang hidup mereka tak seindah orang lain.

' Aku buat perkara sunat semua, kebajikan, tapi orang yang tak buat, lebih score daripada aku. orang yang tak buat lebih cepat naik pangkat daripada aku, lebih disukai orang ramai daripada aku'

sampai juga kadang-kadang kekecewaan mereka melemahkan mereka dalam beramal. nau'zubillah.

jadi adakah sebenarnya kita beramal untuk Allah mengabulkan pula segala keinginan kita? untuk Allah menjawab segala doa' kita? untuk Allah memberikan kelebihan duniawi lebih daripada orang lain kepada kita?

layakkah kita meminta balasan sedemikian rupa? sedangkan Allah mencipta kita sebaik-baik kejadian, memberikan rezeki sehingga kita hidup hari ini, menganugerahi kita keluarga dan rakan-rakan yang baik, memberi kita nafas hari-hari secara percuma, mengampunkan dosa-dosa kita saat kita meminta dah terlalu banyaaaaaaaaaaaaak lagi yang Allah beri lagi kepada kita, kita masih lagi merasakan kita perlu dipenuhi segala keinginannya? eh, layakkah kita? anak raja mana kita ni?

jadi sebenarnya untuk apa kita berbuat amal kebaikan semua itu? saja-saja? oh tidak.

kita buat semua tu untuk lebih memaknakan hidup kita. dan jauh daripada itu.. 'to please the GOD'. untuk mengabdikan diri dan bersyukur kepada Allah. dan perlu kita sedar amalan kita walaupun sebanyak mana sekalipun, bukanlah memberi manfaat kepada Allah, dan sesikit mana pun tidak memudaratkan Allah! jadi siapakah sebenarnya yang rugi jika buat/ tak? hmm,kitalah..

hidup yang penuh mencabar ini, adalah lebih bermakna dengan sentiasa mengingati Allah. dan lebih bermakna bila kita sedar kita ni pengembara sahaja. kunci memasuki syurga kekal abadi adalah hanya dengan meraih rahmat Allah. itu sahaja.

teruslah beramal tanpa kecewa atau untuk berbangga.. kerana Allah melihat dan menilai segala usaha kita. teruslah memaknakan hidup ini!

bila kita berdoa, kita mengharap kepada Allah. kerana kita ini lemah tanpa Dia. dan bila kita beribadah, kita beribadah semata-mata kerana Allah, kerana kita ini bukan siapa-siapa tanpa Dia. Astaghfirullah, sekian Assalamualaikum.

*huda,cepat bersiap pergi kelas! okay daaaa. sempat lagi -_-

No comments: