Pages

Wednesday, December 26, 2012

Ambassador of islam

Assalamualaikum. Bismillah.

Hari kedua PMS (perhimpunan musim sejuk)

PMS ini satu nikmat.

Hari kedua yang berjaya menumpahkan lagi air mata seorang khalilah alhuda yang konon brutal sangat masa sekolah dulu. Eh(??)

Dengar cerita pakcik Nicholas, masyaAllah..Punya determine beliau nak faham islam, Sebarkan lagi dakwah tu. MasyaAllah.

Terasa la kerdil diri ni. Kerdil sangat sangat sangat.

Dan bila beliau cakap pasal kita bijak plan karier kita, study kita, masa depan kita.. Tapi sejauh mana kita pandai merancang, buat plan dakwah dan tarbiyyah kita??

Aku terasa. Sangat terasa.
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri.
Tapi aku jenis orang yang plan apa benda aku nak buat. Apa target aku. Future plan dah ada. Bila nak kahwin,anak nak berapa, bila nak specialise, bila itu. Bila ini. Itu. Ini.

Tapi plan DnT?
Secara umum dalam future plan memang ada. Tapi takkan umum je?

'semakin kita jelas dan semakin kita teliti dengan target dan aim kita, semakin senang dan mudah kita nak capai'

Setakat plan takwim QC silibus setahun, liqa susunan sampai winter break je. Lagi? Lagi? Yang lain?
Bila ditekankan nahnu duat qobla kulli syai'
Qobla kulli syai'
Qobla kulli syai'

Ouch terus. Walaupun pernah je dengar kata-kata tu. Tapi still menusuk. Kena kerja keras lagi. Banyak, banyak sangat yang nak dibuat.

Ambassador of islam : be proud say it loud!
PMS satu rezeki. Satu nikmat.
Alhamdulillah :')

Tuesday, December 25, 2012

Perjalanan ini

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah perjalanan kali ini sungguh satu nikmat yang aku syukuri. Rezeki yang sangat aku syukuri. Semuanya ada pengajaran daripada Allah. Alhamdulillah.

Semalam, dalam flight aku melantak tidur je. Dalam bas pun tidur je. Berat sangat mata. Sampai Notts nak tidur,malam tu tak dapat tidur pula. Terjaga yang tak terkira berapa banyak kali dah. Sakit-sakit badan pulak dah. Mula-mula terlebih, pulak tu terkurang. Fair :)

Dekat sini, antara kawan baik aku adalah headphone. Entah. Suka melayan muzik pula sekarang. Pergi kelas, travel pun selalu je sumbat telinga.

Pagi tadi, masa nak bertolak macam biasa sumbat juga telinga. Tapi muzik2 yang dialunkan tak terasa dapat menghiburkan. Rasa maca hmm mungkin tak 'mengisi'.

Tegur kak.ekin
'akak ada recording ustaz siapa-siapa tak sekarang?
'hmm tak banyak. Banyak nouman Ali khan'
'haa apa yang ada?'
'lectures dengan tafseer. Awak nak yang mana?'
'lecture la. Apa yang best?'
'semua best. Awak nak yang mana?'
'ikut akak la. Mana-mana yang sesuai untuk saya'
'hmmm islam and ego best. Awak pernah dengar?'
'saya sempat tengok sekejap je. Haaa boleh la, boleh la.'

Masa dengar tu, ya Allah rasa macam kena tumbuk  dush dush dush. Dalam train tu jugak rasa nak nangis. Bukak quran, konon control tak nak nangis.

Memang kena tampar. Tampar ulang alik. Senyap je.

'terima kasih kak ekin. Nak dengar lagi :p'
'awak nak tajuk apa?'
Tengok..tengok, ' saya nak the hippocrites la'

Dengar. aaaargh rasa kena tampar lagi. Nak nangis je. Terasa sangat jadi orang munafik. Munafiknya akuuuu T_T

Sampai sheffield, memang excited dapat join PMS (perhimpunan musim sejuk). Selepas 'dibasuh', Dah stabil dah emosi. PMS adalah satu rezeki :')

Masa nak check in penempatan, bukak beg. Allah! Air tumpah dalam beg. Mungkin sebab beg tu kulit sikit, tak perasan. Bertakung air daaaan dalam tu ada semua barang berharga. Al-quran, passport, purse, handphone, camera, tab.

Camera err macam tak betul sikit dah. Tapi, paling teruk 'cedera' tab aku. Basah lencun. On off on off on off akhirnya OFF. Tipula tak sayang. Haha. Dari pre med, tab tu lah peneman, nak sampai sini tukar tab 2. Kira baru sangat. Sekelip mata basah macam tu jee. Allah takdirkan. Sengih je la. Sorryla kalau nak nangis. Hihi

Masa sesi sharing tak teringak pulak cerita sedih. Yang konon sedih. Pengisian banyak sangat la refleks diri. Akhirnyaaaa nangis jugak! Kononla khalilah alhuda nak tahan --'

Alhamdulillah. Nikmat

Dekat PMS ni, aku jumpa nik madihah. Yang dapat result SPM gempak tu. Hehe. i adore her so much. Sampai sini istiqamah pakai tudung bulat. Tabik spring.

Malu sangat. Konon dulu aku nak pakai tudung bulat. Minta umi belikan kain tudung bulat. Umi dah beli pelbagai warna, beria jahit semua. Last-last tak pakai jugak! Pakai lepas spm sekejap je. Lepas tu hmmm entah ke mana keinginan tu. Nak sedih pulak sekarang..

Refleks. Muhasabah diri.

Hari ni. Nikmat.

Banyak dapat belajar. Alhamdulillah :)

Sheffield, Uk.

Monday, December 24, 2012

Imigresen

Assalamualaikum,bismillah.

Pernah sekali tu, sangkut dekat imegresen lama jugak. Dah la sweater nak kena bukak, coat lagi. Kena bukak tali pinggang la. Lepas tu sangkut jam la pulak. Lepas tu kena raba beria dengan makcik imegresen tu berkali-kali pulak tu. rupanya ada benda kecil tersimpan dalam poket seluar.

Leceh.

Tak cukup lagi. Nak lepas lagi. Kena tanya macam-macam. Dari mana, study mana, lepas ni nak pergi mana, berapa hari. Blablabla.

Leceh. Setelah beberapa kali tu yang aku boleh simpulkan bila nak lepas imegresen dekat airport. (tula pasalnya Ust Shamsul dan Ust Tajul tak lepas imegresen dekat cork airport.hehe)

Tak boleh ke lepas macam tu je.
muka aku bukan muka orang nak buat jenayah la.

Dan hari tu aku tersedar. Kelecehan hari-hari itu patutnya buat aku fikir ; ingat senang ke sesi penghisaban nanti?

Adakah aku dapat tergolong dalam golongan yang hisabnya mudah? [84:8]

Mungkin jauuuuh. :'(

Pagi tadi aku lepas imegresen mudah je. Alhamdulillah.
Simple: ikut je lah prosedur semua. Dah tahu dah sebelum ni sangkut kat mana,prepare siap-siap.

Dah tu. Tak reti-reti nak apply dalam kehidupan?? Sob sob sob.

Nottingham,UK.

Saturday, December 22, 2012

ada apa dengan surah al-kahfi?

assalamualaikum, bismillah.

bila jumaat datang je, bangun-bangun tidur je seolah-olah ada papan tanda besar depan mata ; BACA SURAH AL-KAHFI! sejak dari zaman sekolah melaziminya, seakan-akan rutin. yang tahu hanya fadhilat-fadhilatnya. ada juga baca terjemahan, tahu ada cerita ini, cerita itu.  tapi mungkin sampai situ je.

apa kaitan cerita-cerita tu? ibrah pada diri? *geleng kepala* tak tahu. mungkin kesannya tak mendalam untuk diri bila sekadar baca. baca secara literal. terasa loser sangat bila tak cuba faham surah yang dijadikan amalan. bertahun kot beramal! *tampardirisendiri*

dan hari ni, aku tergerak nak tulis pasal surah Al-Kahfi. serba ringkas pasal surah ni, just sharing untuk orang-orang yang macam aku dulunya ; sekadar baca. (dan mungkin juga yang hafal beberapa ayat). aku nak cerita secara ringkas pasal surah ni, rumusan dan gambaran keseluruhan surah ni. semoga bermanfaat untuk semua, dan tahniahla awal-awal kepada yang berusaha baca sampai habis, dan berusaha untuk memahaminya ;)

tulisan aku ni, bukan tafsir. ye, bukan tafsir. tapi cerita latar belakang surah ni, dan apa yang kita boleh faham dan dapat pengajaran daripada surah ni. tulisan ni, hasil daripada pembacaan aku dalam buku Khowatir Quraniyah (lintasan hati) karya Amru Khalid. Dalam mukadimah buku ni, Amru Khalid dah cakap awal-awal beliau bukan menulis tafsir, tapi beliau menulis lintasan hati beliau bila membaca sesuatu surah dalam Al-Quran. aku sangat recommend la buku ni untuk sesiapa yang nak faham Quran, tapi nak bacaan yang tak berat sangat macam tafsir. buku ni sangat sesuai *iklan sekejap*

ok, teruskan. aku assume, semua dah pernah baca terjemahan surah ni, jadi aku tak perlu pergi detail sangat. (ada quran sambil baca post ni pun idea bijak juga :D) mungkin tulisan ni agak bosan sebab dalam bentuk point, tapi yang jauh lebih penting adalah faham serba sedikit gambaran surah ni. yang lagi mahir, kalau ada nak tegur apa-apa, dipersilakan :)

basically surah ni memaparkan tentang 4 kisah utama.

  1. Ashabul Kahfi.
  2. Dua pemilik kebun
  3. Nabi Musa dan Nabi Khidir
  4. Dzulqarnain

aku pernah terfikir, apa kaitan 4-4 surah ni? Amru Khalid catitkan, 4 kisah ni memaparkan fitnah utama yang dihadapi oleh seseorang manusia dalam kehidupan.

  1. Fitnah Agama : siksaan dan gangguan yang akan dihadapi oleh orang yang berpegang teguh dengan agama. cerita pemuda Ashabul kahfi.
  2. Fitnah kekayaan : terkadang harta menipu manusia. cerita pemilik kebun yang tertipu dengan kekayaan, sehingga menyebabkan dia kufur kepada Allah.
  3. Fitnah Ilmu : Terkadang juga manusia terkagum dengan ilmu yang dimilikinya dan menyangka tak ada manusia lain menggungguli ilmunya. cerita kisah Nabi Musa, yang akhirnya tersedar.
  4. Fitnah kekuasaan : Boleh jadi, manusia yang hebat, berkuasa, lupa pada Allah. tetapi dalam surah ni, dipaparkan kisah Dzulqarnain sebagai contoh pemimpin terbaik.

secara umumnya, surah ni, beri panduan untuk kita hadapi fitnah terbesar iaitu DAJAL. dimana Dajal akan menyebarkan fitnah-fitnah tersebut.

indahnya Al-Quran, bila menceritakan tentang malapetaka, spesifik untuk surah ni : Fitnah, Al-Quran menyajikan juga cara pemeliharaan diri daripada fitnah tersebut. lalu bagaimana?

  • bersahabat dengan orang soleh. (ayat 28)
  • tidak terikat dengan dunia. sebab dunia ni tak kekal dan berakhir. (ayat 45) ayat ni, menggambarkan tempoh yang singkat, sehingga kata hubung yang digunakan adala ‘fa’ (urutan yang cepat tanpa jeda). oleh itu, jangan terpenjara dengan dunia! ingatlah akhirat (ayat 47-49)
  • tawadhu’ (rendah hati) (ayat 49) kisah nabi Musa yang tersedar, dan merendahkan diri. walhal baginda nabi, rasul ulul azmi lagi. alahai, takkan kita nak bangga diri? –_-‘
  • Ikhlas (ayat 95) – menyandarkan segalanya pada Allah. peringatan keras untuk orang yang tak ikhlas (ayat 103-105). DAN Allah perintahkan mukmin agar mengikhlaskan ibadah kepada Allah semata-mata (ayat 110)

indahnya sastera Surah Al-kahfi, ayat dalam surah ini juga memaparkan kisah manusia yang begerak secara proaktif. (kisahnya menarik perhatian) refer ayat 62, 71, 74, 77, 85, 90,93. menjadi manusia, biar jadi manusia proaktif, bergerak. kita juga tak cukup sekadar menjadi penonton, kita juga harus mengambil bahagian untuk menyumbang kepada pembangunan [islam.] (ayat 95)

ayat-ayat tadi semuanya menggambarkan, untuk menjaga diri daripada fitnah kena jadi dinamis dan bersikap proaktif. bukan duduk menyerah, dan bersikap pasif. nak buat macammana, Allah dah takdirkan. no no no.

kalau diperhatikan juga, surah ni dimulai dengan menyebut Al-Quran dan diakhiri dengan Al-Quran (ayat 1 dan 109). Allah menyebutkan Al-Quran dulu, sebelum cakap pasal fitnah-fitnah. sebab? penolong utama untuk selamat daripada segala fitnah adalah Al-Quran sendiri.

Catatan yang tersirat : Dakwah dan penjagaan daripada fitnah.

kalau tengok 4-4 kisah dalam surah ini mencakupi seluruh kelompok dakwah kepada Allah.

  1. pemuda yang menyeru penguasa (Ashabul Kahfi)
  2. Seorang lelaki yang mengingatkan sahabatnya (pemilik 2 kebun)
  3. guru mengajak murudnya (Khidir dan nabi Musa)
  4. pemimpin yang menyeru rakyatnya ( Dzulqarnain)

semua ni bagi makna yang penting, dimana dakwah (menyeru) manusia kepada Allah adalah faktor yang amat penting untuk menjaga diri daripada fitnah. disamping faktor utama adalah Al-Quran.

huh, okay mungkin takat tu je dulu. again, kalau ada sesiapa nak tambah atau tegur, dialu-alukan. semoga pembacaan surah al-kahfi untuk akan datang akan lebih ada ‘makna’

semoga Dia redha.

Thursday, December 20, 2012

bersiri

assalamualaikum, bismillah.
entry panjang, boleh say bye sekarang.

secara rasminya, aku dah bercuti. sejak 13/12/12 sampailah 7/1/12 nanti. hampir sebulan. cuti yang jujurnya aku takut. aku tak tahu kenapa. excited untuk berjaulah tu ada. tapi entah, aku cuma takut. hanya takut yang entah dari mana datangnya.

takut cuti yang sia-sia. walaupun aku suka je cuti, sebab dapat ‘lari’ dari hectic life. untuk sekejap cuma. tapi. hmmm..

entah-entah aku ni takut habis cuti nanti ada exam. err. mungkin tak sangat lah. tapi bila fikir pasal exam, aku mesti selalu teringat abiumi yang selalu expect tinggi. mungkin juga aku je yang rasa macam tu, atau aku ambil secara positifnya ; abiumi yakin aku boleh memenuhi expectation mereka.

teringat masa di pre-med dulu bila satu exam tu aku dapat 3.92 je cgpa, umi cakap, ada nada ‘mengharap lebih’ ; ‘oh hmm, tak dapat 4 flat ke?’ –_-

dan bila exam hari tu, abi pun ada bertanya soalan yang lebih kurang macam tu. dan aku selalu tersentak. mungkin aku tak memenuhi expectation mereka. atau again, aku je rasa macam tu.

zaman sekolah lain, aku bukanlah paling top, sederhana. dan benda tu mungkin biasa je. kalau masa menengah atas dari awal tahun dapat no 2/3 sampai akhir tahun pun, kira selamba je. mungkin sebab mereka dah expect benda tu. dan sekarang mereka expect lebih kurang macam tu.

to be honest, sekarang dah lain. bukan zaman sekolah. yang sekelas dengan aku, semuanya top student dekat sekolah dulu, ada student biasiswa nasional, ada juga straight A+ SPM. kalau campur international student dari Singapore, Canada, USA, India, mereka juga top student daripada negara masing-masing. campur dengan local student dari Ireland ni, mereka juga top student. to be the best among all those top scorer is not easy. fuhh

dan mungkin ini ayat tipikal, tapi jujurnya medik bukanlah course yang senang –,-‘ dan medik ni buat aku jadi ‘lain’. aku pun tak sangka aku yang study selamba-selamba je dah boleh jadi agak rajin sikit lah. tak pernah aku buat, beria sebelum kelas study dulu, kalau tak sempat malam, masa breakfast pun study sikit. lepas kelas review balik. ini sungguhlah bukan aku. oh, Allah..

kadang-kadang aku penat. jadi tak konsisten. mula berperang dengan diri. tapi alhamdulillah, Allah takdirkan aku ambil bidang ni, dan ‘paksa’ aku jadi orang yang lebih baik. usaha kalau biasa-biasa tak dapat pergi jauh mana. hmm.

alhamdulillah, mengenali Dakwah dan Tarbiyah membuatkan aku sedar hidup bukan semata-mata untuk study. kalau tak, stress woo!

luahan pertama.

mula-mula dulu, aku berperang dengan diri sendiri. untuk menguruskan segala komitmen selain study. even sekarang aku masih struggle untuk seimbangkan. dan kekalkan emosi yang stabil. enjoy, dan buat semua ni kerana Allah.

aku dah besar. akhirnya aku terima fact tu. (baru?) yang tanggungjawab dan besar, dan makin banyak dan akan terus banyak. dan jiwa aku kena besar!

dalam seminggu at least akan ada 3 sitting. itu tak termasuk daurah etc.

1) Ohana : maksud dia family. ni kira program wajib untuk semua 1st year. tak serius sangat, more kepada sharing. bahan pun ringan.
2) usrah sendiri : luah segala masalah. dapat bahan, qodhoya. tak sah kalau tak lebih 3 jam every liqa’
3) QC ; Quranic Circle (lebih kurang usrah la. nama je glamer sikit;p) yang aku diamanahkan untuk bawa.

QC yang aku bawa, mula-mula tu rasa err ‘berat’ sikit. bukan sebab aku tak pernah, bila ingat balik, aku sangat enjoy bawa adik-adik masa sekolah dulu (oh i miss them so much! ;’() tapi bila ahli QC ni satu batch. seorang sama umur (satu kolej persediaan setahun), selebihnya tua setahun (persediaan 2 tahun), aku rasa inferior sangat. fikir macam-macam. bukan setakat setiap kali jumpa bagi pengisian. dah, sampai situ je. tak, kena lebih dari tu. baru ‘membina’

tapi sejak aku kena tegur dengan seorang kakak ; ‘awak tak boleh macam ni, jangan meng’adik’kan diri. rugi la’ terus rasa macam kena tampar. alhamdulillah untuk teguran tu. aku akan berusaha jadi lebih baik. menunaikan hak-hak yang sepatutnya. demi agama ini.  tapi, komitmen study tak boleh letak tepi. struggle lagi.

Alhamdulillah, mengenali Dakwah dan Tarbiyah membuatkan aku sedar yang hidup ni bukan semata-mata untuk diri sendiri. kena soleh dan musleh (pergh, besar rupanya misi sekolah aku). dan hidup bukan semata untuk dunia dan masa bukan untuk dihabiskan untuk benda sia-sia.

luahan kedua.

jaulah spain. pertama kali nak jaulah. diamanahkan jadi Ajk pengisian. mula-mula tu dah rasa ‘ah, sudahhh’ tak ada pengalaman. mengadu dekat kawan, dibalasnya ; ‘ini mesti ‘basah’ ni’ erk, sudaaaah. macam-macam kepala fikir. naik pening juga. bila ajk lain progress laju je. aku? err sekarang pun tak settle lagi.. alhamdulillah, akhawat banyak tolong, bergerak sendiri, tak mampu aku.

menunggu hari nya, aku berdebar. mohon Allah mudahkan segalanya. dan Dia redha.

alhamdulillah, mengenali Dakwah dan Tarbiyah aku sedar yang apa pun yang kita buat, ke mana pun kita pergi. ilah kita tetap Allah.

luahan ketiga.

rindu Malaysia. ini sebenarnya aku tak nak fikir. tapi takkan dapat lari. pernah tu, tak cakap benda sedih pun dengan parent masa call. tapi lepas letak je phone. terus deras je air terjun niagara mengalir. eh. dapat mesej dari umi suruh study hard pun boleh nak meleleh.

tapi aku bukan aku yang dulu. InsyaAllah, dah makin kental :P

wallpaper phone aku gambar abiumi, pernah ditanya ‘tak ke akan rasa lagi homesick?’ InsyaAllah tak. mengajar semakin kuat :)

dan, aku dah besar. terasa nak bagitahu sungguh-sungguh dekat abiumi yang aku dah besar. bukan yang dulu lagi. mereka dah tak perlu risau sangat. nak cakap dekat abi, huda dah berani dan reti uruskan hal sendiri. nak buat akaun bank, medical check up, pergi imegresen, daftar apa-apa ke, semua dah boleh buat sendiri. sorang-sorang. nak cakap dekat umi, huda dah reti masak (haha). huda pernah masakkan nasi arab untuk event lebih kurang 200 orang, tetamu datang, huda dah pandai masakkan nasi tomato untuk 20 orang. kurma, sambal, kari, blackpepper, paprik, sup semua dah reti. untuk baking; cookies, cheese cake, pudding roti pun dah reti. tapi masih belajar macam-macam lagi.

dan mesti ahli rumah (kakak dan adik aku la khususnya) terkejut yang aku sangat enjoy memasak! tak malas lagi. lol. sebenarnya ini paksaan untuk mengisi perut sendiri –,-

tapi still aku rindu masakan umi. dan aku rindu nak tengok wajah-wajah kesayangans secara live dan dengar butir bicara mereka secara live. ohhh

alhamdulillah, tinggal jauh dari tanah air dan mengenali Dakwah dan Tarbiyah membuatkan aku sedar, kita harus berdikari, kuat dan berani meneruskan hidup. dan kebergantungan utama kita hanya Dia.

luahan keempat.

luahan kelima.

luahan keenam.

ah, sudah-sudahla tu. haaaaaaah, terasa puas dapat menaip. lain masa sambung lagi (oh no!).

oh, hari tu aku ke Galway lagi. bau pantai itu, sungguh mengasyikkan! subhanallah.

salthill, Galway

aku mahu menjadi orang yang apabila tersedar ia tak mahu lena lagi.
dan tak berhenti setelah pandai berjalan.

dan
secara bergerombolan raih RedaNya.
beriringan tangan ke SyurgaNya.

:)

Tuesday, December 11, 2012

kota London

Assalamualaikum, bismillah.

post yang lepas, memang merancang nak post something pasal travel ke London. huu, akhirnya lepas lebih seminggu baru berpeluang update. entah, kadang-kadang tu banyak sangat nak menulis, tapi selalu dilema, kalau nak buat benda ni, ada benda lain yang penting jugak nak buat. silap sendiri, time management tak mantap lagi. sekarang, jujur sangat, aku sangat memohon Allah kurniakan keberkatan waktu. kadang-kadang tu benda simple je, tapi drag baaaanyak sangat masa. waktu tu memang la rasa, tak berkatnya masa aku ;’(

kenapa nak sangat waktu berkat, umur berkat, makanan berkat? hmm. sebab berkat tu melangkaui ‘banyak’. lihat je hidup baginda Rasulullah s.a.w. Berkatnya hidup nabi.., percayalah, walaupun ada seorang manusia diberi hidup beratus/beribu tahun, belum tentu dapat buat apa yang nabi telah buat dalam masa 63 tahun.

nak berkat? kita tak pernah terlupa kan doa nabi ‘ Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi’ ? :)

eh eh agak jauh pulak terkeluar topik –-‘ berbalik cerita London. sebenarnya yang beria ajak aku pergi London ni, housemate aku, Ima. nak dengar talk. masa dia tanya tu, aku on je. konon duit tengah banyak, meh le kita berjalan-jalan. masa tu aku memang tak ada fikir apa sangat. just dalam kepala, bagus jugak. why not join? international speaker best. aku pun terbayangla masa aku pergi Twins of Faith tahun lepas. so on je.

bila nak dekat dengan hari pergi, masa tu baru la struggle cari hati, luruskan niat. kalaulah just jalan-jalan kosong, ya Allah sia-sianya!

baik aku cakap siang-siang, aku akan share perjalanan dan pengalaman kami dekat sana sahaja. walaupun sebab utama pergi nak dengar talk, tapi tugas telah dibahagikan ; aku update perjalanan.dia update pengisian talk. nanti share link je. hey kamu, sila terasa! cepat update ;p

P1020236IMG_0726

kami, bertolak malam jumaat. flight pukul 6.35 asalnya, tapi delay. naik Ryanair, murah sikit. pukul 7 lebih baru bertolak. dalam sejam lebih baru sampai London Stanted. sampai-sampai beli tiket bas, dan cari makanan. semua lapooor.

IMG_0727      taxi

nak cari makanan ikut selera agak susah. kena redha dengan apa yang ada. dapatla makan pasta sejuk, minum susu, alhamdulillah. naik bas pergi liverpool street, memang tidur je dalam bas. sampai sana kononnya nak naik London Tube pergi tempat penginapan. tapi harga lebih kurang naik teksi je. baik naik teksi. teksi dia sama dan standard je dekat London tu. aku panggil teksi kereta kodok. (aku google je gambar tu)

sampai je rumah sisters yang kami tumpang, siap-siap memang terus nak tidur. dah agak lewat. rumah tu memang macam rumah kami la. tuan rumah semua tak ada. just tinggalkan kunci dekat orang lain. percaya betul ;)

London biasanya lagi panas dari Cork. tapi masa kami dekat sana, lagi sejuk pula dari Cork. pagi-pagi keluar, memang tangan aku dah nak beku sejuk. agak over sikit, tapi tangan memang dah sejuk sangat. rasa bila dapat masuk bangunan/kenderaan lega sangat. dapat panaskan badan. sabtu tu gerak pergi err tak ingat nama tempat tu –,- kami lunch dulu, then gerak pergi Logan Hall, untuk dengar talk tu. yang paling aku teruja sekali, rezeki la lunch dapat makanan Malaysia. Char Kuey Teow dan roti canai. harga nya la tak tahan sikit. satu pinggan 8pound kot! 1pound lebih kurang Rm 5. memang kalau dekat Malaysia tak ada kerja la aku nak lunch satu pinggan 40 hinggit. pokaaai T_T

P1020308  P1020237

P1020248   P1020255

   IMG_0763

IMG_0750  P1020273   P1020268

talk tu antara tarikan menarik memang Prof Tariq Ramadhan. tak dapat dengar masa buat dekat UIA hari tu, dapat dengar dekat sini pun terangkat. heh. pulak tu Prof Tariq Ramadhan speaker last sekali. aku nampak strategi pihak penganjur di situ :P disebabkan talk habis lambat. kami memang direct balik terus lepas tu. sampai rumah baru fikir nak buat apa esoknya. so, rancangan last minit, just jalan-jalan area London.

jujurnya aku tak teruja sangat  tengok kota london. mungkin sebab banyak daya tarikan dia adalah  bangunan. aku lebih prefer tengok alam, dan pemandangan. baru masyuk. kalau bangunan, ada cerita di sebaliknya okayla. setakat bangunan je, kurang ruh la kot. ceh, memandai je aku. so,dengan guna baki masa yang ada sebelum flight balik Cork pukul 1 lebih, kami sempat jalan dekat London Bridge,London Eye, Tower bridge, House of parliament, Buckingham Palace je. London ni, sistem pengangkutan dia bagusla. naik London Tube tu macam-macam tempat boleh pergi. tapi banyak sangatla escalator. tinggi pulak tu. kawan aku sorang ni, gayat. tiap kali nak naik escalator akan adalah drama kecil. takpe-takpe ;] yang aku terkejut, bila tengok ada certain tempat yang kotor. kotor yang memang kotor maksud aku. terhilangla expectation negara mat salleh ni bersih. tak bersih mana pun –,-

DSCN0344   DSCN0341

DSCN0353   DSCN0345P1020291   P1020298DSCN0372    P1020307

DSCN0321     DSCN0327

P1020286      P1020291

DSCN0338     DSCN0343

DSCN0356      DSCN0376

aku tak tahu kenapa tak ada mood sangat nak update pasal london ni, berkali-kali save as draft je. so, aku nak habiskan jugak kali ni. gambar ada tak banyak mana pun. ni pun cilok gambar kawan, dan kamera bukannya Dslr. tak ada apa nak dibanggakan. hihi. mungkin tak ada pengajaran catatan aku ni, just coretan perjalanan jelah macam tu.

sepanjang kami kat London tu, kami ada tema (erk tak tahu la tema ke apa, aku taram je). tapi tema dia ; ‘orang islam kena tenang’. alkisahnya, masa aku tengah gelabah-gelabah buat mende apa entah, aku pun stop sekejap dan cakap dekat diri sendiri. ‘okay huda, relaks. (tarik nafas. haha) orang islam kena tenang’ pulak tu cakap kuat. habisla lepas tu, in fact sampai sekarang,  kawan aku asyik ulang ayat tu la bila start wujud bau-bau tak tenang. haiyaa

kan dah kena jadi hamba kata-kata sendiri ;p

okay dah. tu je dulu setakat ni, next 2 weeks, aku akan jejak lagi London, insyaAllah. dan winter break ni InsyaAllah akan ke SPAIN. *tak sabar* okay, itu cerita nanti. assalamualaikum.

#maafkanlah atas kecincaian post ini ;(

Friday, November 30, 2012

winter oh winter!

assalamualaikum, bismillah.

sekarang dah winter lah! err *menggigil*

persepsi dulu, bestnya kalau dapat main snow. terpedaya tengok cerita masa christmas agaknya. berangan-angan nak dapat main snow dan rasa suasana sejuk. mungkin sebab Malaysia tak la berapa sejuk, biasalah manusia kurang bersyukur. selalu nak benda yang tak ada –_-‘

sekarang, errr *menggigil* ‘ala kulli hal, alhamdulillah :) kalau sibuk nak merungut sampai kiamat tak sudah.

bila call Anis dekat Jordan tu, boleh pulak dia tanya;

‘macam mana ek enti survive dekat sana? suhu mesti rendah, sampai negatif jugak kan? ana berbelas-belas pun dah tak tahan’

err, macam mana survive?  tak ada jawapan. just survive je. keluar rumah pakai glove, dan coat tu wajib. kalau sejuk lagi dalam coat pakai sweater lagi. dalam rumah pakai stokin, sweater, pasanglah heater. dalam kepala otak, Allah tak akan bagi apa-apa yang aku tak boleh pikul. okay je semua, InsyaAllah :P tak adalah sejuk sangat, sekarang suhu sekitar 5  degree ke bawah. tapi rasa sejuk dia macam negatif sebab hujan + angin yang kuat. angin dia punya kuat, memang buat aku malu selalu sebab payung asyik rosak, terkepak di tiup angin. hmm, mungkin juga sebab aku beli payung murah.

bila borak dengan Zu dekat Malaysia tu ;

’dekat Malaysia pukul berapa sekarang?’
’dekat 1 pagi. sana?’
’Pukul 4 lebih.’
’4 petang?’
’haah, petang. eh tak. malam. dah maghrib.’
’subuh pukul berapa?’
’lebih kurang 615. winter ni khas untuk orang-orang nak berpuasa :D’

winter, satu lagi drastik perubahan dia, malam panjang. pukul 5 dah macam pukul 8. pukul 8 dah macam pukul 11. Dan pukul 7 pun dah boleh tertumbang nak tidur. Isyak pukul 6 lebih. cepat je masa ngantuk. teringat pesan senior. ‘Winter ni, awak jangan tengok kat luar. awak tengok JAM’ manakan tak, kalau tengok luar, rasa nak hanyut di kepekatan malam la jawabnya.

teringat ada senior pernah share sebelum fly. tarbiyah dzatiyah kena kuat la. lagi-lagi masa winter, nak bangun subuh ambil wudhu’. fuhh, sangatlah kena mujahadah. sangat lah terasa. air nya sejuk yang amat kalau tak guna air panas. tapi aku memang suka kalau ambil wudhu’ pagi-pagi guna air sejuk sikit. baru freshh.

err, masa ni jugaklah kena lawan lebih sikit masa tidur tu. kalau tak solat, jawabnya memang bangun bila housemate kejut nak baca ma’thurat je la gamaknya. err. bukan sebab tak terjaga, tapi sebab arghh sedapnya berselubung dalam duvet (macam comforter). kalau ada Ust Usman ni, bilik aku dah bergegar kot dengar Ust kejut ala-ala masa kejut Qiyam zaman sekolah dulu ‘ yaaaa ayyuhal muzzammil!’ ambik, mahu meremang bulu roma.

Dan, mujahadah masa winter ni, kena la kuat lagi. memang la betul kan, kalau kita belajar mechanism of muscle contraction, muscle akan susah sikit contract kalau sejuk. tapi, takkan la sebab sejuk, sebab winter, nak biar amal-amal kita membeku juga?

sebagaimana masa autumn, aku tak nak amal-amal aku gugur ikut gugurnya daun,
takkan masa winter nak biar amal aku kaku?

dush dush dush. apa-apa keadaan pun jangan banyak alasan! Berkira-kira Allah nak terima semua tu? –_-

#nak post banyak gambar, tapi tak ambil gambar pun. huu. esok nak pergi London, InsyaAllah akan update kemudian dengan gambar. doakan selamat pergi dan balik. dan, semoga Dia redha.

Friday, November 23, 2012

dah puas dah?

assalamuaalaikum, bismillah.

sebelum jejak bumi Gabus ni (baca:Cork), tipula aku kata aku tak teruja. ada, ada rasa bertuah, excited di beri rezeki dapat sambung belajar dekat luar negara. disebabkan ahli keluarga besar, sekeliling aku tak ramai berpeluang sambung ke luar negara, ramai juga yang respon, tanya ; ‘seronoknya, dapat belajar dekat oversea’ ‘best tak belajar oversea?’ nak-nak tambah dapat belajar dekat Europe. entah apa standard sangat Europe ni aku tak pasti.  mungkin kerana kamu lihat mereka maju, nampak beretika. tapi, mereka ‘rosak’. jahiliyah berkecamuk di sini. sangat menyedihkan.

ada, ada sebab Allah takdirkan aku belajar di sini. semua pun rezeki dari Dia.

mula je perjalanan ke bumi asing ni, awal-awal tu suka la tengok tempat orang. mula teruja dengan benda-benda baru. rasa hidup baru, cara baru, suasana baru. rasa excited dan teruja tu berpanjanganlah dalam lebih kurang sebulan. dan, sampai ke satu tahap, aku berhenti. pause.

‘jadi, inilah yang aku nakkan? dapat belajar oversea.’
’tak sangka, setahun dulu struggle dekat pre-med sekarang dah sampai dah Ireland ni’

berhenti lagi.

melalui hari-hari macam biasa. melalui hari-hari yang dulunya aku sekadar bermimpi untuk melaluinya.

dan kemudian? berhenti lagi.

‘nak datang sini. okay, sekarang dah sampai. lagi? puas dah?’

inikah kepuasannya? heh. sadis.

bila dulu, tak terfikir eh senang je nak pergi UK, pergi hujung minggu macam balik kampung je. bila melaluinya. berhenti lagi.

dan kemudian? puas dah? takkan itu je? cukup?

heh. dan itulah keadaannya, kalau kita nak teruja dengan dunia. nak rasa puas dengan dunia. kepuasan yang tak berpanjangan. aku boleh jamin, macam mana best dah teruja pun kita dekat ‘sesuatu’ di dunia ni, akan sampai ke satu tahap yang kita akan rasa macam ergh..ini semua,

rasa yang tak kekal.
rasa yang menipu.
kepuasan yang dusta.

dan, aku ini bukanlah siapa-siapa, tetapi aku kasihan, melihat mereka , yang hanya mahukan itu. aku kasihan.. di saat kita boleh bermimpi dan berusaha untuk benda yang lebih baik, kenapa yang dibualkan adalah movie terkini, dan dikejarkan gajet terkini, beli itu, main itu, buat benda itu dan ini? itu sahaja?

tanya diri. dan bukanlah ini yang aku mahukan. bukan. sungguh, bukan!

aku mahu kepuasan yang tak terhingga. rasa terawang-awang yang berpanjangan. DAN, hanya ada satu tempat je yang akan penuhi segala keinginan aku (dan semua). satu tu je.

' sesungguhnya penghuni surga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka)' [36:53]

bersenang-senang dalam kesibukan.
terbayangkah?

kenapa tak mahu yang itu dan masih mahu rasa tertipu?
tak mahukah pulang ke kampung halaman?
pasti ke kamu tak mahu?

terduduk. Ah.

Monday, November 19, 2012

musafir

Assalamualaikum, bismillah.

2 miggu tak update. fuhh. curi masa tidur jap nak update ;D lepas ni memang aku kena belajar curi masa nak update blog. sebab kalau tak, memang akan terbengkalai lah blog ni. kalau masa study pun tak belajar nak curi masa, nanti dah kerja takut tak tersempat. #notetomyself

2 bulan di bumi Ireland yang sangat cantik ni, banyak aku belajar daripada pemusafiran. bermusafir masa weekend. musafir yang paling singkat perjalanan memakan masa 2 jam naik public transport. setakat ni, alhamdulillah dah jejak,

Drogheda.
Castlebar.
Waterford.
Dublin.
Nottingham, UK.
Galway.

aku suka catit diari musafir ;) bila dikira-kira, rupanya tak banyak weekend duduk dekat Cork. takut juga tak tertunai hak pada housemates. maaf ;/

musafir untuk daurah dan usrah. bukan untuk saja-saja. semoga Allah redha dengan segala pemusafiran ini dan akan datang, InsyaAllah. kalaulah segala pemusafiran ini dapat penat dan buang duit je, sia-sia je. nauzubillah :(

apa yang aku belajar sangat, memang kena pandai sangat manage masa. Dan hari-hari aku kena dan masih belajar untuk manage masa. kalau weekend sibuk keluar, bila pulak masanya nak study? nak tak nak weekdays memang kena study, kena guna masa sebaiknya. senang cakap kan? huh. usaha. usaha. doakan !

terkesan dengan satu perkongsian ; ‘bila keluar dari tempat kita, niat yang paling baik bila kita keluar adalah untuk bertemu saudara kita kerana Allah. InsyaAllah Allah mudahkan. dan kita akan ‘dapat’ lebih daripada yang kita fikirkan’

benar. terbukti.

usrahmates dulu dekat Penang semua dapat Galway. bila nak datang Galway ni rasa gembira sangat. memang banyak spend masa dengan mereka dekat sana. balik dari Galway, rasa terharu sangat dengan layanan sahabat di Galway. memang aku sengaja nak catit supaya banyak kebaikan sahabat aku, aku sentiasa ingat. dan itu lebih membuatkan aku dapat menghargai mereka :)

bila kemas-kemas beg, buat announcement. ‘eh, siapa letak keychain dekat beg ni?’ bilik senyap. takpelah, selamba je la. bila dah nak balik, ‘huda, ni bookmark untuk huda’ ‘eh? ni kad keychain kan?’ :)

bila sibuk-sibuk cari handsock yang hilang sebelah sebab cuai letak mana entah. ‘siapa nampak handsock huda lagi sebelah?’ ‘eh, takpe huda, ecah bagi huda handsock baru’ ‘eh takpe, tak payah’ bila sibuk bercakap dengan orang lain, ada orang masukkan handsock dalan poket baju, dan pergi je terus. :)

bila tengok dekat luar rumah ‘ eh hujanlaa’ ‘huda punya coat ada hoodie tak?’ ‘takde’ ‘nanti pakai coat ecah. nanti huda demam, dahla selsema dan batuk’ ‘eh takpee, tak yah’ bila dah nak balik, packing barang, balik dari daurah, nak ziarah rumah kawan-kawan sebelum balik. ‘nah huda, pakai coat ecah ni’ chow macam tu je.

‘huda, sebelum balik makan dekat sini tau. Huda nak makan ape?’

ada yang sanggup tunggu aku habis meeting, nak tunjuk jalan balik rumah, bawak pergi kedai. sampai rumah mereka, makanan dah siap.  masakkan spaghetti, masak nasi. buat kuih. tak cukup, siap kirim barang untuk bawak balik. kekla, coklat la.

dan aku terharu sangat. walaupun sekejap, baik sangat mereka ni ';’)  kata Imam Al-Ghazali, penghargaan yang paling baik untuk seorang sahabat adalah ingatan dalam doa. mereka sentiasa hadir dalam Doa, InsyaAllah.

Syahirah. Aisyah. Hazrati. Uswah. Fauzah dan kepada semua galwegians, May Allah bless all of you! uhibbukunna fillah :)

mungkin tak banyak isi. tak rancang, tapi nak jugak menulis. semoga Allah redha. astaghfirullah, wasalam.

#PrayforGaza! jangan lupa.

Friday, November 2, 2012

Engkau !

assalamualaikum, bismillah.

‘pijak kepala aku ini hai Bilal!’

’Demi Allah, aku mohon, pijaklah!’


kepalanya diletakkan di atas tanah. dilumurkan pasir ke wajahnya dan menunggu penuh harap, kaki Bilal Bin Rabah hinggap di kepalanya.

‘ku mohon Bilal Saudaku’ merintih lagi.

’ Pijaklah wajahku. Demi Allah aku berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan menghapus sifat jahiliyah dari jiwaku’


menangis sekali lagi. Abu Dzar Al-Ghiffari menangis. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut. Dia marah pada dirinya sendiri. Dia merasa begitu lemah melawan hawa nafsunya. sekali lagi, dengan kepala bersalut debu, dia meminta lagi, ‘ ku mohon Bilal saudaraku, pijaklah kepalaku !’

tetapi, dia Bilal. Bilal terus menggelengkan kepalanya dengan mata berkaca-kaca.

kisahnya hanya apabila Abu Dzar merasa Bilal tak mengerjakan sebuah amanah. Abu Dzar kecewa, dan sayang, dia tak dapat menahan diri. dari lisannya terlontar kata-kata kasar ‘ Hai anak budak hitam !’

Rasulullah mendengarnya. wajah baginda merah. dengan bergegas, baginda menghampiri Abu Dzar, dan menegur; ‘Engkau !’ sambil jari telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar ‘sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliyah!’

Abu Dzar tersentak. serta merta memohon dan meminta Bilal memijak kepalanya. berulang-ulang dia memohon. memaksa. tetapi, dia Bilal. Bilal tetap mematung. Dia marah, tapi juga haru ‘ Aku maafkan Abu Dzar, Ya Rasulullah.. Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak.’

Hati Abu Dzar rasa pedih mendengarnya. Alangkah lebih ringan kalau semuanya ditebus di dunia. Alangkah tak bestnya menelusuri sisa umur dengan rasa bersalah dan rasa yang sukar dilupakan.

itu Abu Dzar, sahabat Rasulullah yang mulia.

terlalu sayu baca cerita ini. ulang-ulang rasa sayu.

kita. aku ini, aku ini. terlalu banyak kelemahan dan kealpaan menjaga hubungan sesama manusia. menjaga hawa nafsu. andai Rasulullah di sisi, bukan sekadar satu jari, bahkan berkali-kali juga akan ditegur.

Engkau! Dalam dirimu masih terdapat jahiliyah!”

Allahu.. tersentak. tersentak!

Sunday, October 28, 2012

eidul adha

assalamualaikum, bismillah.

post pendek je.
dulu terbayang macam mana raya di perantauan.

sekarang merasa.
hari pertama tahan
hari kedua tahan
hari ketiga dah tak tertahan.
tumpah jugak ;'(

tak ada perayaan meriah.
kelas pun tak cuti.
solat pun bukan di masjid atau surau.
hanya di kelas.

tak apa.
alhamdulillah.
pengalaman ini mengajar,
erti pengorbanan :')

tak apa jauh dimata,
tapi tolong, jangan jauh dalam doa.

rehat sejam dari kelas. curi masa tangkap gambar
kena tahan sejuk bukak coat, semata-mata nak tunjuk baju kurung -_-'
Syifa'-ians
love :-*
pengubat rindu. rasa sikit beraya di kampung.
kullu 'am wa antum bikhair!

Friday, October 19, 2012

the lough

assalamualaikum, bismillah.

IMG_2083IMG_2097

tajuk je english. sila kecewa sekarang >.<

alhamdulillah, dah sebulan di bumi asing. masih dalam proses nak adapt. cuaca sangat beza, suhu jauh lebih rendah dari Malaysia, dan sini angin kuat dan kerap hujan. selalu jugak menggigigl-gigil. dan kulit belum sepenuhnya dapat adapt. kulit sensitif, kering dan cepat gatal + pedih.

mula-mula rasa macam ‘siksa’ sikit, tapi bila fikir, ini sikit je. dan banyak lagi nikmat yang aku perlu syukuri. alhamdulillah.

jujur, aku bukan jenis yang suka jogging. bukan tak suka exercise, tapi tak suka jogging. tapi hari tu, ikut K.Fatin dan Ima jogging. memang mujahadah sangat la pagi-pagi sejuk sangat nak keluar rumah jogging. kabus pagi tebal lagi. dan sejuuuuk sangat. k.Fatin kata 3 degree celcius :O

dan kami jogging ke The Lough (baca: lock) maksudnya tasik. Kalau tanya local people ‘where is the Lake?’ nanti dia; ‘the lough?’ ;P

sambil jalan-jalan tu, borak-borak sikit pasal medik. k.Fatin share;

‘tengok tasik. kan kalau kita masukkan garam dalam segelas air, air tu mesti masin, tapi kalau masukkan dalam tasik/laut tak rasa masin’

setuju, mengiakan.

macam tu juga kalau ambil medik. kalau tujuan kita kecil, just nak lulus exam, jadi doktor pakar, kalau kita jatuh sikit kita akan down. TAPI, kalau kita punya tujuan BESAR, benda-benda kecil takkan mudah menggoyahkan kita’

setuju, mengiakan lagi.

aku, yang sangat baru nak tanam minat ambil medik macam pusing-pusing juga. mungkin sebab orang asyik kata medik susah, first year disaster, aku terasa takut dengan benda-benda tu. padahal remeh je sebenarnya. bukan aku meremehkan studi medik tu, tapi kerisauan dan anggapan medik tu ‘besar’ tu sebenarnya kecil je. remeh.

again, aku tak cakap studi tu remeh, tapi mindset kita tu yang kadang-kadang sempit. yup, studi kena all out. Ihsan dalam semua bidang tu tuntutan, yang penting kita kena JELAS TUJUAN. tujuan yang lebih besaar. sebab, sejelas mana matlamat kita, sejelas itulah tindakan kita. untuk apa-apa pun, matlamat biar besar. dushh

aku mungkin banyak sangat fikir
banyak sangat risau
chill~ buat je lah! haissh

aku akan enjoy study medik sampai bila-bila InsyaAllah,
DAN tujuan kita BESAR kan?

IMG_2081IMG_2113

IMG_2088

The lough.
mengajar sesuatu ;)

Thursday, October 11, 2012

kerana gunung itu

assalamualaikum, bismillah.

‘kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah berantakan disebabkan takut kepada Allah’ [59:21]

kalimat ini beban yang berat.
beban  yang dihindari langit dan bumi
dan kita yang harus menanggungnya

dengan itu
hati kita harus lebih kukuh daripada gunung
jiwa kita harus lebih kuat daripada bumi
dada kita harus lebih lapang daripada lautan


kuatkan aku ya Allah.

menitis. rinduu

Friday, October 5, 2012

bunga

assalamualaikum, bismillah.

hari ni,balik tadi rasa happy pulak. kelas ada satu jam je. pukul 2-3 petang tadi. kelas Anatomy je ; aku sangat suka anatomy sejak dari pre-med. hee. dekat sini, lecturer dia bagus, dan pembelajaran pun sangat interaktif. alhamdulillah :)

ok, berbalik pasal hari ni, lepas balik tadi pergi Wilton shopping centre yang dekat je dengan rumah. of coursela jalan kaki. huu. ada macam-macam kedai la dekat situ kan. nak jalan-jalan beli susu je sebenarnya, tapi tiba-tiba ternampak la benih pokok bunga. excited tiba-tiba.

firt time sampai rumah dekat Cork ni, belum masuk rumah lagi, aku dah set dah, laman ni akan cantik kalau tanam bunga. so, nak berkebun. dekat Penang dulu, konon nak bercucuk tanam juga, tapi banyak sangat ulat bulu. terus harapan terkubur –_-‘

dan, tengok halaman rumah aku ni, kosong je. kalau rumah jiran ada je yang tanam rose, macam-macam lagi. sangat jelesla tengok ;/P1020229                           bakal berubah rupa beberapa bulan yang mendatang mungkin? hee InsyaAllah ;)

punya beria nak tanam bunga, tanya kakak senior mana kedai bunga. tapi mereka tak tahu sangat. haa, hari tu alhamdulillah dapat satu pokok ni. K.Syaima’ bagi. Dia kata teringat huda nak bercucuk tanam, so akak pun belikan.. terharu boleh tak… jazakillah kak ;’)

P1020226pokoknya ni haa depan tingkap bilik ni. pokok hidup. tak tahu nama dia apa. ni pemandangan dari tingkap bilik. pokok besar belakang tu, pokok epal. macam mimpi je, pagi-pagi bukak tingkap nampak pokok epal. hehe. laman belakang besar, tapi memang tak larat kot nak berkebun dekat belakang –-‘

P1020227setakat ni (setakat ni), baru beli benih pokok ni. Tulip dan Anamone de Cean. pokok apa pun aku tak tahu. nampak cantik je kebas ;P InsyaAllah weekend ni baru nak kerjakan.

dan, cerita pasal bunga, bercucuk tanam ni, rasa macam teringat sesuatu. sesuatu..

Sang Murabbi. movie yang aku tengok dah lama, masa form 3, tapi urghh sangat mendalam la movie ni ;’) Hero dia masyaAllah,, kata Allahyarham. KH. Rahmat Abdullah:

“ Berda'wah itu mirip dengan pekerjaan seorang petani. Biji yang ditanam tidak cukup hanya dibenamkan ke tanah lalu ditinggalkan. Kemudian kita berharap akan kembali pada suatu hari untuk memetik hasilnya.

Mustahil itu ! Mustahil !

Tanaman itu harus disiram setiap hari, dijaga, dipelihara, dipagari, bahkan kalau tunas-tunasnya mulai tumbuh, kita harus menungguinya, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk-pucuk segar itu.

Jadi, para mad`u (pengikut da'wah) kita harus di-ri'ayah (dirawat), ditumbuhkan, diarahkan, dinasehati sampai dia benar-benar matang. Dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi, dibangun keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali bepergian dengannya. Agar kita memahami betul watak kader da'wah kita sebenarnya......"

sekarang dah ada benih. nanti kita tolong kerjakan ya! benih yang mana? senyum.

;’)

Tuesday, October 2, 2012

kerja ini tak mengira usia

assalamualaikum, bismillah.

masih ingat lagi saat tu.
hari nak fly, malamnya dia turun dari Penang untuk jumpa aku pagi tu, dan balik juga pada hari yang sama.

urgent bunyinya.

berborak, berdiskusi, menyampaikan amanat.
membuat plan, walaupun hanya atas tisu.
plan di atas tisu yang aku bawa sampai sini.
timeline ringkas setahun.

sarapan, berborak.

‘Ada hikmah Allah meletakkan awak seorang di Cork. macammana Allah letak awak seorang dulu di AUCMS. untuk awak buka.’

‘awak, kena bincang dan bekerjasama dengan kakak-kakak. kena ngam. bincang sama-sama’

‘tapi akak, saya segan, sebab umur saya. mereka lebih tua’

‘tapi,, usia tarbiyah awak lebih tua’

Allahu. perbualan tu, kata-kata tu sangat dalam. entahkan beban atau apa. yang tidak terlalu kejam untuk aku katakan; kata-kata itu menghantui. menagih sesuatu.

semalam, bila jumpa sisters,

‘Dia ni muda, 19 tahun’ ‘cuba teka umur dia berapa?’ – semasa di Malaysia join program persediaan sana, memang dah biasa jadi paling muda. buat muka toya je.

kata seorang sister yang aku kenal tak sampai pun sehari ;

‘ awak, awak kena tolong anak usrah akak tau. tolong diorang ‘

‘ 0_o ? saya inferior. inferior sebab umur‘

‘walaupun diorang lebih tua, diorang baru. awak lama’

Allahu. perbualan tu, kata-kata tu sangat dalam. entahkan beban atau apa. yang tidak terlalu kejam untuk aku katakan; kata-kata itu menghantui. menagih sesuatu.

jujurnya semalam pulang dengan penuh debaran. entah. refleksi. memikirkan sesuatu. adakah aku ini lembab bila rasa muda usianya. tunggu arahan dari yang tua. walhal kalau bukan sebab itu, boleh sahaja duduk, rancang fikir serius buat plan. walaupun sendirian.

aku tahu, itu tembok lembabnya aku. padahal dulu masa masuk Aucms, belum jejak Penang, plan bulan pertama dah rangka. sini, ahh mahu begantung. kita tunggu. jadi lembab dan tak proaktif. jadi malas nak fikir serius. sebab aku ada ramai kawan yang kakak yang boleh tolong fikir. ya, aku muda, ikut sahaja arahan orang lebih tua.

daurah intensif lepas SPM dulu, terngiang kata-kata ini ; ‘tujuannya, adalah lepas ni, kamu terus boleh bergerak di medan’

menagih sesuatu lagi.

dan aku sedar tu.
usia mudanya saidina Ali,
mudanya Sultan Muhammad Al-Fateh,
mudanya Usamah Bin Zaid,
mudanya Muaz dan Muawwiz,
Usia muda yang berbakti.

bukan usia yang dimanjai.
bukan alasan goyang kaki.

aku budak baru belajar, tapi budak yang betul-betul nak belajar.
kerana jika benar-benar menyedari, untuk apa hidup ini
rehatnya hanya nanti.

semoga Dia redha.

*aku rindu sahabat yang jatuh bangun aku dia memahami. dan menasihatkan aku selalu. particular macam-macam benda. salah, something wrong, patut buat lebih baik, dia cakap dengan hati. dan aku merasainya juga dengan hati. hidup tidak selalu dinasihati, tidak selalu ditegur, terasa sunyi. bantu aku pleasee ;’(

Sunday, September 30, 2012

Kuda

Assalamualaikum, bismillah.

Nafsu ibarat kuda liar, kata Imam Al-Ghazali.
Kuda liar bukan untuk dibunuh
Tapi untuk dijinakkan.
Supaya,,
Menjadi kuda tunggangan yang baik.

Menjinakkan kuda liar ini
Sekat sumber kekuatannya.

Makanan.
Sekat dengan puasa.
Kelenaan.
Sekat dengan berjaga.

Menjinakkan kuda liar ini,
Bebankan ia.

Buat ibadah sampai rasa penat nak buat maksiat.
Biar beban, tak apa.

Inilah cabaran kita.
Menjinakkan kuda liar.

Dah sampai Drogheda.
Semoga Dia redha.

Kita menulis, kena bijak memilih.
Terima kasih :'))

Sunday, September 23, 2012

jejak Ireland

bismillah, assalamualaikum.

Alhamdulillah. infiniti rasa syukur, setelah penantian setahun sure tak sure dapat jugak jejak tanah Ireland. perasaan nak pergi tu bercampur baur. Dan, kakak aku dok cakap aku sedih nak tinggalkan Malaysia sebab punya malas nak packing. mana tak sedih kan. huuu

aku dah janji, masa kat airport aku tak nak nangis. bukan nak tunjuk macho sangat. hmm, tapi aku nak pergi dengan niat yang baik, nak jihad tuntut ilmu, dan aku tak nak pergi dengan berat hati dan jadi budak cengeng. aku tahu, aku pergi ni banyak aku akan belajar duduk jauh dari famili. so dari awal aku nak kuat. walaupun hampir menitik, tapi tahap bergenang je. tak pecah lagi. aku tahu aku kuat. ceh. tadi masa call abi pun rasa nak nangis. tapi tahan tahan :P bertahanlah selagi boleh bertahan dok?

sepanjang perjalanan tu, asyik duk pesan kat diri tajdid niat. berdebar rasa. entah, takut-takut ‘kosong’ je. nau’zubillah. dan aku tak tahu kenapa, aku set, 2 tahun setengah ni, tanpa keperluan mendesak, mungkin aku tak jejak Malaysia. penangan baca buku ust zaharuddin ; ‘Diari musafir : jangan berhenti berlari’ mungkin?  (dalam flight je aku dah habis baca separuh buku 400++ m/s ni. bosan?) hoho kita tengoklah macam mana nanti.

so, cerita jejak Ireland. perjalanan yang memakan masa hampir sehari, agak memenatkan jugak. dari KL ke Amsterdam lebih kurang 12 jam. transit kejap 3 jam, pergi Cork dalam sejam. dan badan sakit sebab duduk je. apa boleh buat.. senyap je sudah.

DSCN0074532291_4199043427994_117163380_n - Copy

sampai Amsterdam, tidur masa tunggu transit. serius tak tipu, memang tidur nyenyak kat kerusi menunggu. bukak mata je ada 2 mamat mat salleh duk depan. buat muka 1 sen je. lepas tu pergi Cork.

DSCN0087DSCN0094 

sampai airport Cork tu sangat lama tunggu nak lepas imegresen. hampir 3 jam ;( tapi, memang kalah jauhla airport Cork ni kalau nak compare dengan KLIA. heh, nak jugak compare.

reaksi pertama jejak Cork adalah ; ‘sejuknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!’ okey terover pulak. tapi betullah, sejuk. walaupun panas cahaya matahari, tapi angin dia kuat wo. tak boleh lagi kot nak cakap sejuk menggigit tulang, sebab ni baru penghujung summer. ulang suara; summer. winter tak tahu la nak kata apa.

reaksi kedua ; lapaaaaaaaaaaaaaar ;’(

lepas tu, pergi daftar penginapan. disebabkan kami berlima special sangat duduk rumah, kitorang tak dapat balik rumah dulu. pergi apartmen orang lain dulu, shopping dulu, baru balik.

DSCN0115DSCN0129
(ni dekat brookfield apartmen. orang beria, aku sibuk nak duduk –-‘)

DSCN0157DSCN0158
shopping lalala. pilihan warna aku apa-apa benda pun mesti la hijau/putih. kalau tak ada baru cari warna lain. kat sini barang murah-murah. coklat snickers tak sampai singgit. okay tipu, tak sampai 1 euro. kalau convert duit Malaysia, sama je. tapi disebabkan guna euro, semua benda jadi murah. sakan lah konon shopping.

lepas tu jalan-jalan sekitar Cork,pendaftaran pelajar shopping dan shopping. ni bukan shopping nafsu menggila, tapi sebab duduk rumah, banyak benda sikit nak beli. cubaan beralasan

sampai rumah, excitedla dapat bilik sorang satu. seperti di Penang aku duduk bilik bibik yang dekat dengan dapur. redha je. senang nak makan kalau lapooorr ;D

644697_499965700013931_364070954_nDSCN0164
depan rumah yang Alhamdulillah selesa. Haaa, nama rumah kami : SYIFA’. pergh boleh kembang Shee. haha. dalam rumah belum settle lagi. jadi boleh tunjuk luar rumah je.

DSCN0184DSCN0195

DSCN0201DSCN0209DSCN0264DSCN0206
dekat main campus tu, rumput hijau tu kalau orang tak grad lagi tak boleh pijak. aku pun tak tahu apa kaitan dia.

hmm, benda berbeza Ireland ni dengan Malaysia, of course la cuaca dia. dan muka aku sangat kering dan mengelupas+merah. sejak bila sensitif dengan suhu ekstrem pun aku tak tahu. masa BTN dulu, sebab panas sangat pun jadi macam ni. termengada sikit kulit ni. perlu penjagaan rapi bak puteri –-‘

aku pelik, macam mana orang dekat sini boleh pakai skirt sedangkan aku rasa nak pakai 3 lapis baju? buat penat duk fikir. lemak beruang kutub mungkin (?)

dan pelik jugak sebab kalau pergi shopping, bersepah je elderly couple shopping. bongkok tiga pun ada. minum jamu apa la atuk nenek ni. wonder jugak aku. dan sini orang manyak suka party. jiran sebelah boleh pulak ajak join party. cuak aku. cuak. jap, ni bukan parti politik, ni parti liar? heh. orang mabuk ada je. tak kira siang. hari tu masa shopping ada orang mabuk sapa/tegur cakap merepek-repek. cuak. cuak.

tiap kali keluar rumah ke, kena totally tawakkal dekat Dia. ini tempat orang. dan sebaik-baik penjaga adalah Dia kan?

orang dekat sini jugak suka berjalan. aku rasa aku ni pemalas sangat kot. tak suka berjalan. tapi tak dapat nak lari la. jarak rumah dengan sekolah 1.2 km. kalau kena pergi Main campus 1.6 km. basikal mahal. uwaaa, aku tengah menunggu belas ihsan senior yang nak jual basikal. kan dah cakap tadi aku pemalas. erk

eh, tapi bila rasa nak mengeluh, rasa bersemangat je ingat hadis ‘ barangsiapa yang menempuh satu jalan menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalan ke Syurga. malaikat akan melebarkan sayapnya, makhluk langit, bumi hatta ikan pun akan mohon keampunan untuknya…..’ terngiang Cg Syima cakap pasal hadith ni. panjang lagi matan hadith ni sebenarnya. bila rasa nak merungut jalan jauh, hadith ni lah pengunci mulut. hoho

dan hari tu dahsyat sangat kitorang berjalan sampai City sambil berjalan kaki, adalah berbelas kilometer. huh. kena biasakan.

senior dekat sini, mashaAllah semua baik. teruja jumpa sisters yang kita tak kenal pun, tapi bila jumpa macam dah kenal. dahsyat sebenarnya ikatan akidah tu. sangat berbesar hati nak jadi ahli keluarga besar ini dan bekerja untuk Dia. jangan berhenti berlari kan? ;)

banyak lagi nak ceghita tapi ngantuk pulak. sambung nanti, InsyaAllah. wasalam ;)

# doakan aku supaya; i h s a n dan i k h l a s. terima kasih!