Pages

Tuesday, January 24, 2012

bayar janji

assalamualaikum, bismillah.

sebab saya ada cakap janji saya akan post sikit input daripada TOF hari tu, ini sedikit daripadanya lah. saya ambil apa yang saya ‘terkesan’. lain orang lain kesan dia. sila jangan expect sama. hehe

input ni masa pengisian For His Sake Alone oleh Sheikh Yahya. cakap pasal ikhlas. lebih spesifik, ikhlas dalam solat.

cuba bayangkan..

kalau kita diberi peluang sekali untuk bersolat di masjid nabi dan masa tu Nabi Muhammad yang kita cintai dan rindui jadi imam kita, bagaimana kualiti solat kita masa tu?

ataupun..

kalau kita bersolat di sebelah ibu/ayah, lelaki/perempuan yang kita suka gila-gila *kunun-kunun bakal bapa/emak mertua la, bagaimana pula kualiti solat kita masa tu?

hmm dah bayangkan? (ya Allah, tak terbayangkan dapat merasai situasi pertama..) kualitinya macam mana? ada up sikit? hmm, terlalu banyak yang perlu sama-sama kita perbaiki mutu solat kita sebenarnya. kadang-kadang kita ni, bila imam suara sedap, khusyuk. bila surau/masjid ber'aircond, khusyuk. tapi kalau sebaliknya, lain pula. sungguh, terlalu banyak yang perlu diperbaiki bukan?

sambung sikit lagi cerita, sheikh yahya Ibrahim tu beliau nak sangat tanya dekat imam masjid nabawi yang dah 20 tahun jadi imam dekat sana satu soalan ni. dan ditakdirkan, dapat tanya. soalannya ‘macammana tok imam jaga keikhlasan? sebab dapat berdiri dekat tempat nabi berdiri dulu,imam dekat masjid nabi. dahsat tuh jangan main-main’ <–- ayat saya la confirm –,-

imam tu jawab (kalau ingatan saya tak silap) ‘ minta daripada Allah, Allah akan tolong ’ sesimple itu. anda fikirkanlah selebihnya. oh ya! jangan salah tafsir benda tersirat daripada yang tersurat ye. itu sahaja. astaghfirullah, sekian wasalam.

Saturday, January 21, 2012

kahwin sudah :D

bismillah, assalamualaikum.

hari ni dapat peluang pergi walimah K.Azah aka kaza. *usap-usap mata, tampar-tampar pipi* serius tak percaya. tapi itulah jodoh kan, nak jadi, jadi juga. tak cepat tak lambat.

apapun, kaza terbaik~! aha, bertunang tahun lepas, nikah tahun ni. umur baru 20 tahun! pheww. ops, senior-senior yang lebih veteran jangan tercabar. aha. okay, gurau. ampun :P

ada juga kenangan serba-sikit bersama. rasa macam baru je berlalu, kami dulu satu team debat. paling ingat gila-gila masa dalam bilik air k.azah dengan didi main pass-pass sabun. dialog dia macam ni : ‘ diyanaaa, can I have saboooooon?’ eh eh ulang banyak kali. didi buli kaza kena ikut tone dia jugak. harakat semua. sumpah kelakar. *okay, orang tak faham, buat-buat tak tahu je le.DSC_0423                                          sidang yang paling kelakar :D

DSC_0036 (2)
semuanya tinggal kenangan. apa-pun terima kasih kaza. tenangkan kami semua dikala tegang, kemaskan kertas yang bersepah sume-sume lah. hihi

P1010417
sekarang sudah jadi isteri. tahniah kaza. InsyaAllah, sangat yakin kaza dapat jadi isteri solehah. semoga berbahagia sampai syurga. pengantin comel, kaza sweet. hehe. nanti bagi tips.haha. gatai hang! apapun, barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair *rentak maher zein * oh haa, sekali dengan mabrook *irfan makki * :)

P1010422
dapat buat juga reunion kicik sesama kawan dulu. nak reunion besar kena adalah yang langkah kanan dulu. hoho

huh, amacam? ada rasa mahu kahwin sekarang? keinginan sudah naik 2%? atau 50%? atau..? eh sudah, tangguhkan dulu kalau tak mampu. ahaks. astaghfirullah, sekian, wasalam.

Sunday, January 15, 2012

percikan

bismillah, assalamualaikum :]

k.izzati cakap, hidayah tu macam percikan air. kuasa Allah nak bagi kena sesiapa pun. dan dalam islam, yang kita imani, segala apa yang berlaku semuanya atas takdir yang Allah telah tetapkan. tak ada istilah ‘kebetulan. tak ada.

kalau hati tergerak nak buat baik, nak pergi program, pergi qiyam, itu Allah yang tetapkan.

kalau hati selalu rasa berdosa sangat,tahu buat benda salah, dan nak bertaubat, itu Allah juga yang tetapkan.

dan bila rasa, nak berubah, ke arah kebaikan, itu juga Allah tetapkan—> dengan memberikan hidayahNya.

tipulah kalau tak pernah rasa macam tu. tipu. tipu. tipu. tipu dosa tau ;P

tapi apa yang kita buat bila rasa macam tu? kalau terus ikut kata hati, alhamdulillah. tapi berapa ramai yang menafikan suara ‘hati kecil’ ini? oh alangkah ruginya!

‘jangan…, jangan pernah kita menafikan hidayah yang Allah bagi’

sebab, kita tak ada jaminan hidayah tu akan datang lagi atau tidak. ruginya jadi macam walid Al-mughirah.*nau’zubillah. bapa khalid Al-walid, juga seorang pembesar quraisy yang sangat kuat menentang Rasulullah. tapi pernah terdetik dalam hatinya untuk membenarkan ajaran nabi, tapi kerana ego, jaga maruah, dan agama nenek moyang dll, dia menafikan hidayah yang dia dapat. dan akhirnya dia dicelakakan oleh Allah dalam Al-Quran! [buka surah al-mudatthir]

kita merasaaa.., tetapi terus-menerus leka. menuggu apa lagi sebenarrnya? *pedih*

tunggu masa yang sesuai? tiba-tiba teringat kata-kata junior :adibah bahiyah, lebih kurang macam nila : ‘memang kita yakin ke akan ada detik tu nanti? detik dan saat yang betul-betul kita akan berubah?’ kalau bukan sekarang, bila lagi? hidup pun kita tak pasti berapa detik lagi…hmm. pesanan mudah je : jangan nafikan dan tunggu lama sangat –_-'

errgg..ringan pada perkataan, sukar dan berat pada amal. cukuplah sikit tu, ini untuk diri sendiri khususnya. umum untuk semua. semoga tsabat, InsyaAllah. astaghfirullah, sekian assalamualaikum :)

P1010407P1010411[MABIT : Malam Bina Iman dan Taqwa, semalam]

diorang excited kalau gambar dapat masuk blog picisan huda ni. haa ambiklaaa. hoho :P gambar 2 : geng aucms. dari kiri uswah, Ima, sh. nawal, Far, Atiqah, Hazrat, Qila, dan Lee. eh belakang tu ada Pojah. bakal doktor-doktor mukminah, InsyaAllah :D

Friday, January 13, 2012

hey, cool~

bismillah, assalamualaikum.

[pesan-pesan balik diri walaupun dah pernah tahu]

seputar ingatan di malam hari…saya teringat kata-kata seseorang, beberapa bulan yang lepas. masa tu tengahari, saya ada di kolej. tiba-tiba ada orang telefon, memperkenalkan diri sebagai Abd Halim, ketua tarbiyah Ikram pulau pinang, seingat sayala. hah, mana tak terkejut Surprised smile

adala dia cakap-cakap sikit..

masa tu saya jawab ‘ok, cumanya ana risau mengguriskan hati dan terhutang budi pada dia, orangnya memang sungguh baik’

beliau jawab (lebih kurang macam ni la) ‘nt kena tahu, bagi orang yang faham,mereka akan menyedari bahawa kerja-kerja yang mereka lakukan, Allah akan mengiranya sama ada diterima  atau tidak diterima manusia. bukan terletak pada nt. InsyaAllah Allah akan membalas usaha beliau.’

sebab kata-kata itu bermakna, saya cukup terkesan. dan luas sekali maknanya yang boleh diimplementasikan dalam kehidupan seharian. huh. amek kau ayat

mari mudahkan pemahaman. selagi mana kita mengucap kalimah syahadah, kita semua adalah da’I ; penyeru. ya, aku, kamu, kita semua. dan dunia di luar sana terlalu banyak manusia yang perlukan sentuhan kita. (dan kita juga perlukan sentuhan mereka)

dan.., semua tu bukan mudah dilaksanakan. sungguh, bukan. ajak orang ke arah kebaikan, tak semua nak terima. ajak orang tinggalkan keburukan pun, pun tak semua terima. itu biasalah semua orang tahu. cumanya yang perlu menjadi luar biasa adalah kita. kita yang tak pernah berhenti berfungsi. walau apa sekalipun penerimaan manusia.

sebab kita dinilai oleh Dia. kita bekerja untuk Dia. dan hanya Dia yang membalas segalanya. kadang-kadang kita nampak balasan dengan penerimaan manusia, tapi terkadang juga, kita dibalas bukan dengan apa-apa pun daripada manusia.

tapi, selagi mana kita faham, benar-benar falam dan meyakini, kita tetap cool. berjaya cool, gagal pun cool. Allah balas, cool lah kan Winking smile

jadi jumpakah kita sebab lagi untuk lemah dan berputus asa? jumpa kah? apa? apa? apa? APA HAH?

astaghfirullah, sekian wassalam, night!

Sunday, January 8, 2012

cermin

assalamualaikum, bismillah.

nobita : doreamon, tadi saya tengok kan, Giant solat macam ape je. laju gila solat. dia baca apa entah. tomakninah pun entah ke mana. macam ayam patuk cari makan

doraemon : oh okay, jadi kenapa?

nobita : jadi tak bagusla macam tu, mana boleh. ni nak mengadap Allah ni.

doremon : oh, bila masa awak tengok?

nobita : tadi la.. dia solat sebelah saya.

doraemon : oh, jadi? awak perasan masa awak solat?

nobita : haah.

doraemon : ish ish ish nobita, jadi awak fikir awak punya solat bagus ke? awak perasan dia buat apa, sebab awak tu sendiri solat tak khusyuk. pulak tu jadi buruk sangka. cerita dekat saya pula, boleh jadi mengumpat pula. tak gitu?

nobita : erkk.. haah la. tak sedar diri rupanya –_______-

doraemon : nobita, tahu tak, para sahabat dulu, tak sempat nak cari kesalahan orang lain, sebab sibuk nak cari kesalahan diri sendiri. kita ni pulak sibuk cari kesalahn orang lain sampai lupa cari silap sendiri.

nobita : ye lah yelah doraemon, awak betul :P

doraemon : last nobita, if you aren’t able to think good of others, at least don’t think bad of them, okay?

nobita : okay bos. nanti saya beli dorayaki. hihi

doraemon : ……………………


banyak-banyak lah kita cermin diri dulu. haa, tapi amar maa’ruf nahi munkar still kena ON.cermin diri yang macam mana, anda pun tahu kan. eh, terus tengok cermin. alololo comey lettew muka :P

hah, lepas ni, tiap kali tengok cermin, beringat-ingatlah untuk cermin diri. erk, peace :D

astaghfirullah, sekian wasalam.

Friday, January 6, 2012

sekalung apresiasi :)

bismillah, Assalamualaikum.

boleh agak kot post pasal apa :P

alhamdulillah, Allah beri saya kesempatan untuk hidup lagi bagi tahun ke 19. woahh, okay dah tua –__- saya selalu menjadi tua dulu dalam batch saya. dekat sekolah mahupun dekat kolej ni. tapi, itu semua bukan pilihan saya, saya bersyukur dengan apa adanya :)

bila dah makin tua sikit ni. ke’excited’an untuk menyambut hari lahir berkurangla. rasa ala-ala rumah kata pergi kubur kata mari… but believe me, sebagai seorang perempuan, dia suka bila dihargai pada hari lahirnya. hihi, walaupun hanya wish ‘SHJ/HB’. cukup memadai, tak perlu bagi hadiah pun. *okay, itu tips percuma. hoho. apa-apa pun------>

terima kasih buat semua,

paling utama terima kasih, alhamdulillah, Allah beri nikmat hidup, Iman dan Islam. dan paling utama nak ucap terima kasih pada manusia, of course untuk abi umi. I love them so much.being far apart now, I realized, how much they love me. no parents in this world are perfect, but again, believe me, they will love u perfectly :]

untuk umi, terima kasih lahirkan huda. jaga, besarkan, didik, marah semua. hehe. minta maaf banyak buat salah. minta maaf cepat merajuk (umi pernah cakap huda kuat merajuk. hmm, maybela –_-) minta maaf minggu lepas balik, tak dapat ayam goreng pun nak merajuk, kena marah sikit pun merajuk. dan untuk semua benda kecil ke besar, sory sangat. banyak sangat dosa, tak tertulis ;(

untuk abi, terima kasih jaga huda, didik, bagi duit sume. hehe. terima kasih terpaksa dengar huda komen pasal college life dalam kereta masa otw balik rumah. terima kasih juga selalu ambil berat, walupun selalu call tanya ‘ada exam tak, exam okay ke’ dan juga sebab call tanya ‘dah solat ke –__-?’ *rasa macam 9 tahun pulak. takpela. terima kasih datang penang hari ni walupun baru nak jumpa esok. ampun untuk segala dosa yang bertimbun ;(

I love them very very much. may Allah bless them always.

okay tak lupa juga, untuk semua yang wish. sebaya, tua, muda, adam hawa. tak mampu nak list semua. face to face ke, dekat hp ke, fb ke. really appreciate it. hehe. macam budak kecik pulak :) may Allah bless all of you ! yang lupa ke.. saya tak kesah la. saya dah besar. jiwa besar. susah nak kecil hati. cewaaah.

yang paling saya terharu, dan nak ucap terima kasih, dekat housemates saya yang awesome! susah-susah je :/

alkisahnya.. masa saya tengah study dekat rumah jiran atas : fariza and the gang, tak sedar pulak dah pukul 12. teringat bila cg shikin call. (thanks cg jadi orang first. hehe) dan thanks jugakla dekat housemates fariza siap nyanyi nak wish saya. semangat. tapi balik-balik rumah, housemates saya buat dek je. okay, sedih sikit lah. siap cakap ‘ awak ingat ni hotel? rumah tumpangan ke balik sesuka hati?’ haha, saya tahu diorang main-main je. tapi takkan tak wish kot? demand kan saya. hari ni je please

diorang buat dek, saya pun buat selamba je la.masuk-masuk bilik je, ok.. terus terkejut, sebab ada something atas meja. terus say thanks la of course dan peluk-peluk la sikit. haha. P1010395okay,malu. meja sepah sikit. guna dua meja pun still banyak barang. *tutup muka*P1010400zoom sikit. eh ada gambar 5 Saf. kan saya dah cakap, saya sayang gila kelas ni. okay, takde kaitan.. zoom lagiP1010397inilah hadiah cumel nya. taraaa! :P1010398saya memang nak beli dan ‘jaga’ ikan, setelah kecewa keadaan tanah tak mengizinkan saya bercucuk tanam. kechiwa gila. tapi tak sangka pulak diorang dah belikan. sekor pun cun la. takkan nak satu akuarium kan. godek-godek tengok ikan, pastu tidor la. esok ada kelas. entah bila entah depa beli. btw, nama dia Lilo :) *shhh, jangan komen pasal nama

hari ni, saya kabut sikit. jam tangan lupa bawak la, nak tertinggal bas la. macam-macam. lepas kelas terus balik rumah. housemates tak balik lagi. tengahari tu saya lapar gila. serius, perut dah berkeroncong. nak keluar sendiri malas pula. farah dan zu entah pergi mana dengan kereta. then, lama lepas tu diorang ajak makan dekat luar. orang lapar faham-faham jela. weeeeeeee.

another surprise! diorang belanja makan dekat Asiatica! saya dah lama gila nak makan dekat restaurant tu. tapi tangguh tunggu tahun depan la (tahun ni), lepas tu tunggu duit masuk la. macam-macam. alhamdulillah, akhirnya dapat juga makan dekat restaurant arab tu. hehe.

IMAG0224IMAG0225

tak sangka pulak diorang dah plan. sampai-sampai je, aik, tak payah order, lama lepas tu terus dapat makanan. ingat kan cukupla tu. lepas tu ada dessert pulak. ok, ingatkan cukup la. lepas tu ada kek pula. err, sebab dah besar kan, tak jadi la nak nangis. haha. terima kasih sangat-sangat. barakallahu lakunna! ;)

IMAG0229terima kasih kalian!

terima kasih juga untuk uswah, bagi saya susu! masa taaruf saya cakap saya suka susu, tu yang dapat susu tu. hehe, terbaik~~

P1010404

oh ya, untuk hazrati juga, terima kasih untuk kek nya! siap satu pakej datang rumah tadi. bawak kek batik dan berkain batik.lupa pulak nak tangkap gambar. mungkin nanti ada yang tertarik? haha :P

apa-apa pun, syukur alhamdulillah atas segala nikmat. terima kasih buat semua, yang tak tercatat namanya, maaf. semoga Allah merahmati kalian. tiada lah hadiah yang paling berharga melainkan doa. semoga kita saling mendoakan, dan semoga kita semua dapat bertemu kembali di Jannah, InsyaAllah. uhibbukum fillah <3

astaghfirullah, sekian assalamualaikum.

Monday, January 2, 2012

tahun baru

bismillah, assalamualaikum,

sudah pun 2 januari 2012..

bila masuk tahun baru, huh kembang kempis dada masing-masing berkobar-kobar nak sambut tahun baru. berkira-kira apa pula azam untuk tahun ini ye dak? ada beza ke 1 januari tiap-tiap tahun dengan hari-hari lain? angin akan lebih lembut menyapa kah, hujan emas akan turunkah. hmm,yang penting umurlah yang akan bertambah! ni lah tahun terakhir hidup dalam belasan tahun. aku tua dah ghupanya ;( rasa macam baru semalam main konda-kondi, main batu seremban, main masak-masak. tak payah dramatis sangat oi. ok ;]

last day tahun 2011 yang lalu, kami satu family balik kampung! excited la sikit, sebab dah lama tak balik kampung. pulak tu ada gathering anak pinak keturunan Hj Usap dan Hjh Aminah, moyang saya. dari penang dah nyanyi lagu *oo oo balik kampung-sudirman* telinga housemates dah berkudis dah dengar, ye ye saya sedar suara saya –_-‘

P1010301P1010303

kampung tercinta dekat Banting je. so pergi balik hari je. kampung-kampung pun, ada swimming pool beb. ceh. zaid zaim balik kampung sure nak mandi. hari tu sakan sungguh saya gelak-gelakkan budak-budak yang berenang gaya macam perenang olimpik…padahal berenang setempat je. haha. terasa sangat jahat diri ini :/ astaghfirullah.

P1010298P1010313

inilah sikit rupa rumah nenek. rumah banglo, tapi penghuninya cuma nenek seorang. tragis bukan? tsk tsk tsk

P1010325masa gathering tu, saya jumpa tok miran. dia yang paling tua. masa baca doa’ selamat, dia sangatlah macam sedih. mengira-ngira usia agaknya. tersentuh pula saya tengok.P1010348dan, saya jumpa budak ni! kerabat tang belah mana pun tak tahu la. alahai comel pulak, tapi tak moh dengan orang.huh, puas saya mengayat dia, baru boleh nak tangkap gambar. olololo.

majoriti kaum kerabat sepupu sepapat ni, saya tak kenal pun. abi suruh salam, ye salam, sengih-sengih. sampai ke petang, inilah yang sempat bergambar sekali. alhamdulillah :)

P1010339

kalau tahun lepas, malam tahun baru saya di masjid negara, pergi himpunan 1000 jiwa 1 hati, tahun ni balik dari kampung terus pergi Alang Sedayu, tengok junior pun ya, jumpa cikgu pun ya, senior pun ya, of course jumpa syi, anis, sarah, dan wardah pun ya. susah nak jumpa balik program ala-ala back to school ni. so, penat penat pun alaa sikit je. hihi. dan saya tersangat gembira dan teruja dapat hadir prog ni.

P1010392P1010387

cakap pasal azam tahun baru…, dalam banyak-banyak azam saya tahun ni, satu ni saya ragu-ragu bakal tercapai atau tidak. ceh. tapi, saya betul-betul berazam nak kurang kan balik rumah. tak ada la nanti abi akan cakap ‘hah? nak balik laaaaaagi?. ish kamu ni’ separuh tahun saya dekat penang ni, housemate saya punya ayat hiperbola ‘ tak terkira la berapa kali awak balik rumah’ err, mengada-ngada juga aku nih. homesick lah kunun. asyik rindu orang gombak je, orang gombak tak rindu saya pun. okay,merajuk tak nak balik dah.

agak-agak lebih 10 kali la saya balik, sekali balik lebih kurang rm100. mahu tak seribu duit tambang je nak kena laburkan sebab layan sangat perasaan lembik ni. ada senior tu pernah marah cakap dan ramai juga perli : ‘ kalau dekat Ireland nanti (InsyaAllah, biiznillah), nak balik jugak ke?’ erk. bagi saya selagi saya boleh balik, biarlah saya balik, tak gitu? hehe. nak back up diri la tuh. tapi serius, sejak duduk jauh ni hati saya rapuh sikit. rindu zaman dolu-dolu siap termimpi-mimpi orang tersayang sampai boleh nangis-nangis. dan baru sedar diri, tak kental mana lah hati aku ni haa. lembik!

tapi itu cerita tahun lepas, azam baru saya ; ingin mengentalkan hati dan tak nak jadi budak cengeng lagi. do pray for me ;)

tahun baru ni, dengan semangat baru, semoga segala impian dan harapan kita akan tercapai, semoga kita akan lebih bermanfaat untuk ummah, terus istiqomah dan semoga redha Allah sentiasa mengiringi langkah-langkah kita, InsyaAllah, ameen.

jom packing barang balik penang, dan no more ‘tak nak balik- tak nak balik’. no more monday blues ke tuesday blues ke dah. hah!

dan ini peringataan dan pembuka untuk tahun ini :

Hasan Basri ditanya; 'apa rahsia zuhudmu di dunia?'

jawab beliau:
'aku tahu rezekiku tak akan diambil orang lain, oleh itu hatiku selalu tenang. aku tahu amalku tak akan dikerjakan orang lain, oleh itu aku sibuk mengerjakannya. aku tahu Allah s.w.t selalu memerhatiku, oleh itu aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat. aku tahu mati itu sudah menungguku, oleh itu aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku denganNya'

mari tambah bekalan. astaghfirullah, sekian wasalam ;)

Sunday, January 1, 2012

Twins Of Faith (II)

okay, sambung lagi cerita Twins Of Faith, hari kedua. dah lama tersimpan dalam draft, baru sempat nak post. dah setahun berlalu dah. haih, maaf. Hari kedua, pagi-pagi dah excited dapat jumpa Dr. Har. I adore her very much ;D she’s a great woman and I want to be like her or even better.. but still be myself. ahah. ok, stop it huda. merapu sudah.

Dr Har cakap pasal , Women in the eyes of GOD, Women in the eyes of men

P1010228P1010229

when one of the participant ask her ‘how do you juggle? with all those work, family etc..’ she answered ‘ I decide what I want to do with my 24 hours. and my family is not my liabilities. they’re my STRENGTH’ – do not use your family as an excuses to limit your activity. get it? solid answer. loike it. hoho. oh ha.. this is the message from Dr. Har :)

P1010237okay, lepas habis workshop, lari ke lecture hall, sempat dengar sikit je lecture dari Ust Mazlee Malik : Unity in DiversityP1010240

lepas tu, next lecture , Sheikh Navaid Aziz : Our Youth, the foundation of an exemplary community. he shared about Malik Bin Dinar’s story and list down 7 points for us to balance it in our life :

  1. Deen (investment for akhirah) : do charity, educating people, share information in the net etc.
  2. Education : keep on learning!
  3. Career : enjoy and passionate. the indicator if you enjoy your career is you’ll do it for free.
  4. Social life : you’re average of 5 people you hang around with. look your friends, find good friends. if you have the chance, take an opportunity to travel.
  5. Health. do exercise regularly. jangan malas dan asyik ternak lemak je
  6. Finance : earn as much money as you can, and spend it for the path of Allah.
  7. Family : keep good ties with parents and family members.

P1010245

lepas Zuhur lunch semua sambung lecture daripada Sh. Hussein Yee : Ask the people of knowledge. these are some points from the lecture : knowledge always come first before action and words- knowledge can be everything- pure knowledge : from Allah- Any knowledge that against sunnah is not benefit at all- knowledge is not what majority- if you don’t know knowledge you’ll be astray by your own feeling.

amacam? faham ke campak macam tu je. hehe. ampun ye. paham sokmo je kan.. (,”)

then, continue with next lecture by Dr Bilal Philips : Education is for life not for living. Many people forget about this fact : The most critical knowledge to be learnt : 3 question that will be asked in the grave. ape ek?? hmm

I love this quote—> Sufian At-Thauri’s mom told him ; ‘ If you jot down 10 words, but you get nothing, your faith doesn’t increase, check yourself, check your intention….’ astaghfirullah.

whatever knowledge we have, if it is possible, share it with others. oh ha, here’s another quote I loike ahak ahak : ‘ We need to be a muslim who happens to be a student. not student who happens to be a muslim. ISLAM FIRST!’

P1010247P1010286

lepas habis tu, sambung dengan lecture daripada Sh. Alaa El sayed : Exemplary women of the past. err, we should not only proud with them, but follow them :) eh apalagi.. hehe. punya la saya semangat, terus beli buku pasal wanita terbaik, tapi erk.. lembab betul gerak. ish ish ish toksah ikut.

sambung lagi lecture daripada Sh. Yahya Ibrahim : Allah’s beloved. cerita pasal sahabat-sahabat nabi. dan beliau gesa (ceh ayat) kita semua sekurang-kurangnya buatlah satu perubahan DAN memberi inspirasi kepada orang lain.

lecture sebelum maghrib : Sh Tawfique & Sh Alaa Elsayed : Allah in the hearts, world in the hands. selain daripada mereka cakap pasal kelebihan sedekah semua, slot tu untuk kutip dana untuk Mercy Mission (penganjur program ni). mula-mula bila dia tanya : who want to give 100 thousand ringgit?’ who’ll be the first? macam senyap je. sekali ada lebih 8 orang jugak la yang angkat tangan. datuk-datin, koprat, OKK la nampak gaya. wow, proud with malaysian. ceh tiba-tiba, ok. lepas tu ada yang bagi 50 ribu, dan ke bawah. siap ada yang bagi rantai, barang kemas semua. memang dahsyat la. Sh Alaa pun teruja. excited je. terus rasa miskin, tak dapat nak bagi apa sangat :’( dan terus berazam nak jadi kaya, nanti boleh bagi lebih banyak dari tu. eh eh eh :P sumbangan masa event tu, ikut laporan lebih kurang 1.4 juta. *sila tepuk tangan kuat kuat*

last lecture sebelum majlis penutup : Sheikh tawfique Chowdhury : The Balanced Nation. okay nak suruh korang (kamu yang baca) berlakon sekejap. dan rasakan bila orang cakap macam ni. kena feel sikit..

“How dare you think you’re small? How dare you? You’re the best nation. how dare you not believe Allah will help you. you should not fear enemies. you should fear your sins!”

okay. tu sebahgian je speech tu. rasa apa-apa tak. okay, tak rupanya –_- last lecture tu tahu tak. okay.. ada entertainment sebelum majlis penutup dan erk sempat lagi tangkap gambar sebelum majlis penutup :P

P1010263P1010288

P1010275P1010277

dah habis…ha, kutip lagi ayat speaker-speaker masa closing remarks;

Dr Bilal Philips : ‘we must renew our faith everyday. in our solah, with conciously! if not, we’re not sincere, and we’ll get nothing’. nau’zubillah.

Sheikh Dr Tawfique : ‘STAY UP NOW, DON’T BE LAZY! DON’T! (tak ingat berapa kali diulang, yang pentig memang banyak kali la)’ stay up now,later you can sleep in ‘peace’, insyaAllah.

P1010290P1010294

itu sahaja ringkasan, ada kelapangan dan kalau rajin. eh, mana boleh malas kan. InsyaAllah saya kongsi ilmu di post lain.  

overall, event ni, dengan international speaker.. sungguh menjilat jari. semoga program ni dapat terus jadi pencetus semangat tahun baru :)  astaghfirullah, sekian, Assalamualaikum