Pages

Tuesday, January 24, 2012

bayar janji

assalamualaikum, bismillah.

sebab saya ada cakap janji saya akan post sikit input daripada TOF hari tu, ini sedikit daripadanya lah. saya ambil apa yang saya ‘terkesan’. lain orang lain kesan dia. sila jangan expect sama. hehe

input ni masa pengisian For His Sake Alone oleh Sheikh Yahya. cakap pasal ikhlas. lebih spesifik, ikhlas dalam solat.

cuba bayangkan..

kalau kita diberi peluang sekali untuk bersolat di masjid nabi dan masa tu Nabi Muhammad yang kita cintai dan rindui jadi imam kita, bagaimana kualiti solat kita masa tu?

ataupun..

kalau kita bersolat di sebelah ibu/ayah, lelaki/perempuan yang kita suka gila-gila *kunun-kunun bakal bapa/emak mertua la, bagaimana pula kualiti solat kita masa tu?

hmm dah bayangkan? (ya Allah, tak terbayangkan dapat merasai situasi pertama..) kualitinya macam mana? ada up sikit? hmm, terlalu banyak yang perlu sama-sama kita perbaiki mutu solat kita sebenarnya. kadang-kadang kita ni, bila imam suara sedap, khusyuk. bila surau/masjid ber'aircond, khusyuk. tapi kalau sebaliknya, lain pula. sungguh, terlalu banyak yang perlu diperbaiki bukan?

sambung sikit lagi cerita, sheikh yahya Ibrahim tu beliau nak sangat tanya dekat imam masjid nabawi yang dah 20 tahun jadi imam dekat sana satu soalan ni. dan ditakdirkan, dapat tanya. soalannya ‘macammana tok imam jaga keikhlasan? sebab dapat berdiri dekat tempat nabi berdiri dulu,imam dekat masjid nabi. dahsat tuh jangan main-main’ <–- ayat saya la confirm –,-

imam tu jawab (kalau ingatan saya tak silap) ‘ minta daripada Allah, Allah akan tolong ’ sesimple itu. anda fikirkanlah selebihnya. oh ya! jangan salah tafsir benda tersirat daripada yang tersurat ye. itu sahaja. astaghfirullah, sekian wasalam.

No comments: