Pages

Friday, January 13, 2012

hey, cool~

bismillah, assalamualaikum.

[pesan-pesan balik diri walaupun dah pernah tahu]

seputar ingatan di malam hari…saya teringat kata-kata seseorang, beberapa bulan yang lepas. masa tu tengahari, saya ada di kolej. tiba-tiba ada orang telefon, memperkenalkan diri sebagai Abd Halim, ketua tarbiyah Ikram pulau pinang, seingat sayala. hah, mana tak terkejut Surprised smile

adala dia cakap-cakap sikit..

masa tu saya jawab ‘ok, cumanya ana risau mengguriskan hati dan terhutang budi pada dia, orangnya memang sungguh baik’

beliau jawab (lebih kurang macam ni la) ‘nt kena tahu, bagi orang yang faham,mereka akan menyedari bahawa kerja-kerja yang mereka lakukan, Allah akan mengiranya sama ada diterima  atau tidak diterima manusia. bukan terletak pada nt. InsyaAllah Allah akan membalas usaha beliau.’

sebab kata-kata itu bermakna, saya cukup terkesan. dan luas sekali maknanya yang boleh diimplementasikan dalam kehidupan seharian. huh. amek kau ayat

mari mudahkan pemahaman. selagi mana kita mengucap kalimah syahadah, kita semua adalah da’I ; penyeru. ya, aku, kamu, kita semua. dan dunia di luar sana terlalu banyak manusia yang perlukan sentuhan kita. (dan kita juga perlukan sentuhan mereka)

dan.., semua tu bukan mudah dilaksanakan. sungguh, bukan. ajak orang ke arah kebaikan, tak semua nak terima. ajak orang tinggalkan keburukan pun, pun tak semua terima. itu biasalah semua orang tahu. cumanya yang perlu menjadi luar biasa adalah kita. kita yang tak pernah berhenti berfungsi. walau apa sekalipun penerimaan manusia.

sebab kita dinilai oleh Dia. kita bekerja untuk Dia. dan hanya Dia yang membalas segalanya. kadang-kadang kita nampak balasan dengan penerimaan manusia, tapi terkadang juga, kita dibalas bukan dengan apa-apa pun daripada manusia.

tapi, selagi mana kita faham, benar-benar falam dan meyakini, kita tetap cool. berjaya cool, gagal pun cool. Allah balas, cool lah kan Winking smile

jadi jumpakah kita sebab lagi untuk lemah dan berputus asa? jumpa kah? apa? apa? apa? APA HAH?

astaghfirullah, sekian wassalam, night!

5 comments:

ateyyyy said...

baiklah huda :)
hee. akan cuba untuk cool selalu insyaAllah.

KhalilahAlhudaKamilen said...

good girl atey!!
hehe :)

MinhahAnnur:) said...

ohhh,ya ukhtii !

maa ma'naa "memplentasikan" tuu ?
ana laa adrii ... T.T

MinhahAnnur:) said...

eh,salah eja..

" diimplementasikan "

KhalilahAlhudaKamilen said...

diletakkan=dimtampal=dan yg sewaktu dgnnya. Hoho