Pages

Sunday, January 15, 2012

percikan

bismillah, assalamualaikum :]

k.izzati cakap, hidayah tu macam percikan air. kuasa Allah nak bagi kena sesiapa pun. dan dalam islam, yang kita imani, segala apa yang berlaku semuanya atas takdir yang Allah telah tetapkan. tak ada istilah ‘kebetulan. tak ada.

kalau hati tergerak nak buat baik, nak pergi program, pergi qiyam, itu Allah yang tetapkan.

kalau hati selalu rasa berdosa sangat,tahu buat benda salah, dan nak bertaubat, itu Allah juga yang tetapkan.

dan bila rasa, nak berubah, ke arah kebaikan, itu juga Allah tetapkan—> dengan memberikan hidayahNya.

tipulah kalau tak pernah rasa macam tu. tipu. tipu. tipu. tipu dosa tau ;P

tapi apa yang kita buat bila rasa macam tu? kalau terus ikut kata hati, alhamdulillah. tapi berapa ramai yang menafikan suara ‘hati kecil’ ini? oh alangkah ruginya!

‘jangan…, jangan pernah kita menafikan hidayah yang Allah bagi’

sebab, kita tak ada jaminan hidayah tu akan datang lagi atau tidak. ruginya jadi macam walid Al-mughirah.*nau’zubillah. bapa khalid Al-walid, juga seorang pembesar quraisy yang sangat kuat menentang Rasulullah. tapi pernah terdetik dalam hatinya untuk membenarkan ajaran nabi, tapi kerana ego, jaga maruah, dan agama nenek moyang dll, dia menafikan hidayah yang dia dapat. dan akhirnya dia dicelakakan oleh Allah dalam Al-Quran! [buka surah al-mudatthir]

kita merasaaa.., tetapi terus-menerus leka. menuggu apa lagi sebenarrnya? *pedih*

tunggu masa yang sesuai? tiba-tiba teringat kata-kata junior :adibah bahiyah, lebih kurang macam nila : ‘memang kita yakin ke akan ada detik tu nanti? detik dan saat yang betul-betul kita akan berubah?’ kalau bukan sekarang, bila lagi? hidup pun kita tak pasti berapa detik lagi…hmm. pesanan mudah je : jangan nafikan dan tunggu lama sangat –_-'

errgg..ringan pada perkataan, sukar dan berat pada amal. cukuplah sikit tu, ini untuk diri sendiri khususnya. umum untuk semua. semoga tsabat, InsyaAllah. astaghfirullah, sekian assalamualaikum :)

P1010407P1010411[MABIT : Malam Bina Iman dan Taqwa, semalam]

diorang excited kalau gambar dapat masuk blog picisan huda ni. haa ambiklaaa. hoho :P gambar 2 : geng aucms. dari kiri uswah, Ima, sh. nawal, Far, Atiqah, Hazrat, Qila, dan Lee. eh belakang tu ada Pojah. bakal doktor-doktor mukminah, InsyaAllah :D

No comments: