Pages

Monday, January 2, 2012

tahun baru

bismillah, assalamualaikum,

sudah pun 2 januari 2012..

bila masuk tahun baru, huh kembang kempis dada masing-masing berkobar-kobar nak sambut tahun baru. berkira-kira apa pula azam untuk tahun ini ye dak? ada beza ke 1 januari tiap-tiap tahun dengan hari-hari lain? angin akan lebih lembut menyapa kah, hujan emas akan turunkah. hmm,yang penting umurlah yang akan bertambah! ni lah tahun terakhir hidup dalam belasan tahun. aku tua dah ghupanya ;( rasa macam baru semalam main konda-kondi, main batu seremban, main masak-masak. tak payah dramatis sangat oi. ok ;]

last day tahun 2011 yang lalu, kami satu family balik kampung! excited la sikit, sebab dah lama tak balik kampung. pulak tu ada gathering anak pinak keturunan Hj Usap dan Hjh Aminah, moyang saya. dari penang dah nyanyi lagu *oo oo balik kampung-sudirman* telinga housemates dah berkudis dah dengar, ye ye saya sedar suara saya –_-‘

P1010301P1010303

kampung tercinta dekat Banting je. so pergi balik hari je. kampung-kampung pun, ada swimming pool beb. ceh. zaid zaim balik kampung sure nak mandi. hari tu sakan sungguh saya gelak-gelakkan budak-budak yang berenang gaya macam perenang olimpik…padahal berenang setempat je. haha. terasa sangat jahat diri ini :/ astaghfirullah.

P1010298P1010313

inilah sikit rupa rumah nenek. rumah banglo, tapi penghuninya cuma nenek seorang. tragis bukan? tsk tsk tsk

P1010325masa gathering tu, saya jumpa tok miran. dia yang paling tua. masa baca doa’ selamat, dia sangatlah macam sedih. mengira-ngira usia agaknya. tersentuh pula saya tengok.P1010348dan, saya jumpa budak ni! kerabat tang belah mana pun tak tahu la. alahai comel pulak, tapi tak moh dengan orang.huh, puas saya mengayat dia, baru boleh nak tangkap gambar. olololo.

majoriti kaum kerabat sepupu sepapat ni, saya tak kenal pun. abi suruh salam, ye salam, sengih-sengih. sampai ke petang, inilah yang sempat bergambar sekali. alhamdulillah :)

P1010339

kalau tahun lepas, malam tahun baru saya di masjid negara, pergi himpunan 1000 jiwa 1 hati, tahun ni balik dari kampung terus pergi Alang Sedayu, tengok junior pun ya, jumpa cikgu pun ya, senior pun ya, of course jumpa syi, anis, sarah, dan wardah pun ya. susah nak jumpa balik program ala-ala back to school ni. so, penat penat pun alaa sikit je. hihi. dan saya tersangat gembira dan teruja dapat hadir prog ni.

P1010392P1010387

cakap pasal azam tahun baru…, dalam banyak-banyak azam saya tahun ni, satu ni saya ragu-ragu bakal tercapai atau tidak. ceh. tapi, saya betul-betul berazam nak kurang kan balik rumah. tak ada la nanti abi akan cakap ‘hah? nak balik laaaaaagi?. ish kamu ni’ separuh tahun saya dekat penang ni, housemate saya punya ayat hiperbola ‘ tak terkira la berapa kali awak balik rumah’ err, mengada-ngada juga aku nih. homesick lah kunun. asyik rindu orang gombak je, orang gombak tak rindu saya pun. okay,merajuk tak nak balik dah.

agak-agak lebih 10 kali la saya balik, sekali balik lebih kurang rm100. mahu tak seribu duit tambang je nak kena laburkan sebab layan sangat perasaan lembik ni. ada senior tu pernah marah cakap dan ramai juga perli : ‘ kalau dekat Ireland nanti (InsyaAllah, biiznillah), nak balik jugak ke?’ erk. bagi saya selagi saya boleh balik, biarlah saya balik, tak gitu? hehe. nak back up diri la tuh. tapi serius, sejak duduk jauh ni hati saya rapuh sikit. rindu zaman dolu-dolu siap termimpi-mimpi orang tersayang sampai boleh nangis-nangis. dan baru sedar diri, tak kental mana lah hati aku ni haa. lembik!

tapi itu cerita tahun lepas, azam baru saya ; ingin mengentalkan hati dan tak nak jadi budak cengeng lagi. do pray for me ;)

tahun baru ni, dengan semangat baru, semoga segala impian dan harapan kita akan tercapai, semoga kita akan lebih bermanfaat untuk ummah, terus istiqomah dan semoga redha Allah sentiasa mengiringi langkah-langkah kita, InsyaAllah, ameen.

jom packing barang balik penang, dan no more ‘tak nak balik- tak nak balik’. no more monday blues ke tuesday blues ke dah. hah!

dan ini peringataan dan pembuka untuk tahun ini :

Hasan Basri ditanya; 'apa rahsia zuhudmu di dunia?'

jawab beliau:
'aku tahu rezekiku tak akan diambil orang lain, oleh itu hatiku selalu tenang. aku tahu amalku tak akan dikerjakan orang lain, oleh itu aku sibuk mengerjakannya. aku tahu Allah s.w.t selalu memerhatiku, oleh itu aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat. aku tahu mati itu sudah menungguku, oleh itu aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku denganNya'

mari tambah bekalan. astaghfirullah, sekian wasalam ;)

No comments: