Pages

Friday, February 24, 2012

final sem 2

assalamualaikum, bismillah.

2 Hari lagi Final. InsyaAllah, akan buat yang terbaik.

Isnin : Organic Chemistry
Selasa : English II
Rabu : Mathematics II
Khamis : Basic Human Behavior And Psychology
Jumaat : Basic Microbiology

Mohon Doa. Semoga Allah mudahkan urusan kami semua, InsyaAllah.

semoga Allah redha.
wasalam~

Thursday, February 16, 2012

orang biasa yang luar biasa

assalamualaikum, bismillah

salah seorang housemate aku.
aku namakan dia Nur je lah,
kalau nampak daripada luar memang macam orang biasa. bukan juga budak sekolah agama, bertudung labuh, bukan juga budak bandar yang serba cukup keperluannya, dia juga anak yatim. tapi, dalam diri seorang budak biasa, ada sifat luar biasa yang masyaAllah, kadang-kadang buat aku malu juga.

selain aktiviti-aktiviti biasa yang kami buat bersama, teringat Ramadhan tahun lalu, bila iktikaf sama-sama, kami tadarrus sama-sama, dia nampak susah-susah nak melantunkan ayat-ayat Allah. bersungguh, tapi tidak selancar yang lain, tajwid tak setepat yang lain. tapi, tetap berusaha.

bila dekat rumah (hostel) kadang-kadang aku perasan dia baca Al-Quran dalam bilik. dari ruang tamu boleh dengar sikit-sikit ‘kesusahan’ dia untuk membacanya.

tapi aku diam je.

aku tengok dia tak ada Qur’an terjemahan. bila ada tugasan atau berusrah, dia tak ada Qur’an sendiri buat rujukan. satu hari, tanya la dia;

‘Nur, awak ada Qur’an terjemahan tak?’
‘hehe. tak ada’ *geleng kepala+muka innocent.
’oh, tak apa. kat umah saya ada Qur’an terjemahan lebih, nanti balik saya bawakkan’
’eh tak payahla susah-susah’
’takpelah, memang ada lebih. nanti saya bawak tau’

Balik hari tu, aku bawak Qur’an untuk dia. satu hari, masa kami berjemaah di surau- bila senggang waktu maghrib isya’, masa ada kuliah, aku nampak dia jauh sikit, sungguh-sungguh baca Qur’an. walaupun tak lancar dan tajwid tak tepat sangat.

aku try datang dekat.

‘Nur.. hehe, *buat muka sengih*’
’kenapa? *muka tanda tanya*’
’hehe, minta maafla, saya pun bukannya bagus sangat.. tapi kan, kalau awak nak minta tolong saya ajarkan awak baca Qur’an, saya boleh je tolong. hehe’
‘hmm, sebenarnya, saya memang dah lama nak minta tolong awak ajarkan, tapi tula takut menyusahkan’
‘eh manade. boleh jela. saya tak kesah pun. bila awak nak saya ajar?’
’kalau hari-hari boleh ke?’
’boleh je la.. berapa lama awak nak?’
’hmm, sejam boleh?’
’oh, boleh-boleh, kita guna masa maghrib sementara nak tunggu isya’ eh’
’ok’

aku rasa bersalah sangat. 6 bulan aku biar. sekarang baru nak tanya. bukan 6 hari! Ya Allah, padahal dia menanti dah lama. Allah..

bila start ‘kelas’ mula-mula tu mungkin berat juga. rasa kasihan juga sekejap-sekejap aku tegur bacaan dia. daripada mad asli sampai hukum lain. tanggungjawab, walaupun satu baris tu banyak mana pun salah, kena tegur juga. tapi tak, aku tak rasa susah pun. sekali tu aku tanya dia.

‘Nur,, dulu awak ada tak pernah belajar tajwid dekat sekolah ke, masa kecik-kecik ke?’
malu-malu dia jawab ‘tak, tak pernah’
’oh, tak apa, nanti kita belajar sikit-sikit eh, kalau awak tak tahu hukum dia pun takpe, yang penting baca betul’
’ok’

no wonder dia susah sikit nak baca. biasanya aku tegur lisan, tapi pernah juga tulis, sekadar tambahan boleh dia buat rujukan. tengok dia baca memang sungguh-sungguh. kadang-kadang bila aku tegur banyak sangat, dia akan istighfar, istighfar. bila habis mengaji, dia akan tanya ‘huda, apa benda yang saya kena improve hari ni?’ hari lain pulak ‘hari ni saya banyak salah kat mana?’ aku nampak hari tu catitan dia tulis; satu ayat Quran, dengan nota-nak baca macam mana? bila ‘kelas’ dia tanya.

Allah, bersungguhnya dia.

masa awal-awal dulu, aku bagi dia kata-kata perangsang, betapa banyak ganjaran dia akan dapat. dia bersemnagat. dan aku cakap kat dia

‘tinggal 6 bulan je lagi kat sini, saya target habis pre-med kita nanti, InsyaAllah, awak dah dapat baca Al-Qur’an dengan baik dan lancar’
’InsyaAllah, saya akan berusaha’ siap genggam tangan. hoho

hari berganti hari, bacaan dia bertambah baik. sungguh, improve banyak sangat. cepat sangat dia belajar. dan aku tahu kenapa dia cepat sangat belajar—> sebab dia betul-betul nak dan dia bersungguh.

bukan je waktu dengan aku dia baca Qur’an, waktu lain, dia buat bacaan sendiri juga. kalau tak tilawah, dia baca terjemahan. Qur’an dia sekarang dah ada tanda warna-warni.

Allah, bersugguhnya dia.

aku terkejut dengan ayat dia suatu hari
’ huda, awak suruhla saya hafal mana-mana surah’
’ hah?’
’saya nak hafal Qur’an’
’oh, awak nak hafal Qur’an?’
’haah, saya nak juga hafal Qur’an’
’boleh, awal start dari juzu’ 30 eh. kalau macam tu, kita set la dua hari untuk hafazan Qur’an. hari lain tilawah’
’ok-ok’
’terima kasih nur, saya memang ada target hafalan, bila kita berteman, ada komitmen, berjalan sikit. hehe. nanti saya check hafazan awak, awak pun check hafazan saya eh’
’okay’ :)

Allah, bersungguhnya dia. aku sendiri jadi malu.

bila dia ABC ehem ehem (Allah bagi cuti), dia tanya saya:
’huda, tak boleh baca eh, saya takut saya lupa macam mana nak baca’
’hmm takpe, awak boleh baca terjemahan. pastu awak baca gerakkan bibir takyah keluar suara. konon-konon baca la. boleh jugak’
’oh ok-ok’

dan, walaupun dia ‘cuti’, aku nampak dia bertelekung, atas meja, baca Qur’an. hampir hari-hari ‘cuti’nya

Allah, berusungguhnya dia. orang yang dah lama pandai baca Qur’an pun belum tentu setekun dia. aku jadi malu juga

ada satu lagi perubahan ketara dia yang aku nampak. masa kami jalan sama-sama nak hantar dobi (free-kolej), aku cakap kat dia tiba-tiba.

’nur, tahniah nur’
’nape?’ muka terkejut
’saya nampak perubahan awak kebelakangan ni. berbunga-bunga hati saya. haha. saya tengok awak sekarang setiap kali keluar rumah dah pakai stokin dah. hoho’
’hehe, awak, doakanlah saya istiqomah’
”InsyaAllah, InsyaAllah’
’haha, lawak lah ayat berbunga-bunga awak. tak boleh bla.’
’haha. betullah. eh, awak rasa macam mana? berat ke nak buat perubahan. macam pakai stokin’
’sebenarnya tak pun. nak tak nak je.’
’hmm’

masa kami duduk kat kerusi café, tunggu nak balik, aku tanya dia. dalam hati, untuk jadi pedoman buat aku sendiri kerana dalam diam, aku mengangumi dan menghormati dia.

‘nur, saya nak tanya soalan cepumas ni. dah lama saya nak tanya. haha’
’hah, apa dia?’ gelak-gelak
’apa yang buat awak rasa nak berubah, mesti ada turning point dia kan?
’haha, cepumas la sangat. hmm, jujurnya awaklah yang meamang banyak influence saya. saya rasa macam waah bestnya jadi awak. perfect’
’isy manade. astaghfirullah. saya pun ada kekurangan. takde-takde, tak menjawab soalan, nak jawapan lain’
’hmm, saya rasa mati tu makin mendekat, kita tak tahu bila akan datang. so, sekarangla kita nak buat perubahan’

Allah, kerdilnya aku. kerdilnya.
benarlah, kematian itu sebaik-baik peringatan.
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

terima kasih Nur…
semoga redha Allah bersamanya, InsyaAllah.

Tuesday, February 7, 2012

peluang masa cuti

assalamualaikum, bismillah.

peluang satu : cuti raya cina

Mukhayyam LKD (latihan Kader Duat) generasi ke 3. bila dapat join adik-adik punya program terasa macam dah tua la pulak. saya sangat excited nak join bukan saja sebab dapat jumpa adik-adik, tapi sebab saya dah lama sangat tak bercamping. sesekali dapat tadabbur alam, basah juga la jiwa ni. hoho

jujurnya bila compare generasi 3 ni dengan generasi kami, diorang ni sangat bersemangat kot. woah,

dalam banyak-banyak camping yang saya pernah pergi, ni la first time camping saya pergi tak ada lampu waktu malam. guna lilin dan unggun api je. sangat gelap. dan juga first time saya tidur beralaskan bumi berbumbungkan langit. tu lah jadi fasi, konon kena berjaga sepanjang malam, tapi dah ngantuk, modal nak tidur pun takde, tidur je lah mana yang ada. lagi bagus, sweater pun tak bawak. sejuk menggigit tulang, fuh. Alhamdulillah, ada manfaat saya dapat join program ni walaupun mencuri cuti saya yang sedia terhad. hoho

P1010452P1010460

P1010464P1010471
dahsat budak-budak ni camping masak pasta –__-‘

P1010474P1010508

P1010605P1010614
siap-siap nak bermalam dalam hutan yang benar-benar hutan.

P1010627P1010629
sumber cahaya. eh, tapi cahaya ilahi lagi penting ye dok. kihkih

peluang dua : cuti maulidur rasul , thaipusam.

dalam seminggu, saya call banyak kali parents excited cakap nak balik cuti ni, tapi bila clash dengan prog ni, setelah dibasuh-basuh juga, tak jadila saya balik. tapi perancangan Allah jua yang terbaik. banyak sangat manfaat saya dapat.

daurah bersama ustaz salam :D buat mata saya bersinar-sinar. cehh. Aminah jeles lettew. dia yang nak jumpa sangat Ust Salam, saya yang dapat jumpa dulu. selama ni pun saya dengar mp3 je ust Salam bagi pengisian mostly dekat oversea. dapat jumpa live, alhamdulillah, bermanfaat sangat. 2 hari rasa macam sekejap je.

P1010695P1010706

P1010705Ust Salam sangat sempoi. siap pakai jeans dan cap lagi. banyak pengalaman yang diceritakan dan penuh dengan sense of humor tapi sungguh berisi dan memberi inspirasi. serius tak tipu.

lepas dua hari daurah, satu malam sambung dengan mabit dan splendor day.

P1010708P1010715
buat dekat tadika, teringat dulu kami kena bermalam dekat tadika juga lah masa kembara Sarawak. sebelum mabit, bermalam dekat Abrar. kakak-kakak abrar semua baik sangat. may Allah bless them. [k.rai, k.mashi, k.su, k.syaz, k.hannah, k.aya, k.yana]

P1010714 sebelum main, kita dhuha la dulu ek :PP1010726

semoga Allah memberkati pertemuan kita, InsyaAllah ada rezeki boleh jumpa lagi. astaghfirullah, sekian, assalamualaikum

macam tulis report pulak T_T apa pun, alhamdulillah serba serbi terisi juga cuti dengan perkara yang lebih bermanfaat :)

Thursday, February 2, 2012

kasih berpanjangan

Assalamualaikum, bismillah.

Asalnya nak tulis pasal pengalaman dan cerita jadi fasi (peserta juga dalam masa yang sama) mukhayyam LKD 3 (latihan kader duat), tapi tak tahu macam mana tiba-tiba rasa nak tulis pasal ni. jadi cerita mukhayyam, tunda dan kumpul sekali dengan event weekend ni, InsyaAllah.
                                                           ******

kita yang punya hati tidak sepenuhnya bersih ni, terasa sangat sukar pada awalnya untuk mengalirkan air mata saat qiyam mengadu kasih pada pencipta, kan? Merebut title salah satu golongan yang mendapat syafaat di padang mahsyar kelak bukan sesenang makan kacang. tapi kalau tidak dipaksa sampai bila-bila lah air mata akan sentiasa mahal. sebab itu perlu paksa, ataupun sekadar berpura-pura cukuplah daripada tiada apa-apa.

fuh, okay baru intro :P

untuk menangis (kes special yang bersebab) selain ye, meratapi dosa-dosa kita, memikirkan balik betapa banyak nikmat yang Allah dah bagi kita, saya ada satu sebab yang lain lagi untuk cukup buat saya sebak dan haru. kadang-kadang bila fikir sendirian, cukup untuk membuatkan dada berombak. serius. saya bukan nak berdrama.

nampak simple, tapi kesan dia sangat mendalam bila saya fikirkan ; keluarga saya. seluruhnya, khusus abi umi, adik beradik, wafda, aminah, husna, zaid dan zaim.

apa yang haru sangat? saya setuju istilah air dicincang tak akan putus. sesusah mana kita, InsyaAllah selagi ada family, banyak masalah boleh selesai.nak duit? nak nasihat? InsyaAllah setel. kasih keluarga kasih yang berpanjangan. kasih dan cinta sebolehnya mahu kita panjangkan sampai syurga. syurga.

itu yang buat saya haru. terbayang ke kita, hari ini kita gembira sama-sama, main sama-sama, susah senang sama-sama, pahit getir hidup semua lalui sama-sama, tapi nanti, dekat akhirat kita akan sendiri-sendiri. ya sendiri-sendiri. apa nasib saya? abi umi? husna, aminah wafda zaid zaim semua?

walhal yang tersangat-sangat saya dambakan kita sama-sama bergembira di syurga Allah kelak buat selamanya. kita satu family ada rumah yang tak terbayang cantiknya, ada kebun luas, dilayan bidadari bidadara dengan senang lenangnya. Allah, tak terbayang indahnya saat itu!

tapi semua khayalan tu mudah lenyap bila terfikir dekat sana nanti, walaupun keluarga kita sendiri, tak dapat tolong sesama kita.  semua sendiri-sendiri. yang boleh kita usahakan adalah ‘tolong menolong’ yang sebenar bermula di dunia ini. kita tegur menegur dekat dunia ni, untuk nanti bergembira di sana semula sebagai keluarga bahagia.

saya bukanlah yang paling baik pergaulan dan akhlak dalam keluarga saya. bukan. hati saya juga terguris bila orang kata buruk pasal ahli keluarga saya. sedih, bila ada ahli keluarga yang buat salah. haru bila ada yang tersimpang. puncak kesedihan tu datang bila saya fikir dan saya takut bila kita tak dapat berkumpul nanti. terbayangkah saat itu?

saya tak reti nak ucapkan betapa sayangnya saya pada mereka semua. tapi sungguh-sungguh saya sayang mereka. mereka sentiasa dalam doa saya. impian saya jauh lebih besar dari sekadar gembira di dunia. dunia terlalu sedikit nilainya, sungguh.

untuk itu keluarga kena ‘bersama-sama’. mana silap saya mereka tegur. mana silap mereka setakat mampu, saya tegur. kadang-kadang kita keterlaluan mungkin guna cara yang tak betul, tapi semua teguran tak pernah dilakukan atas sebab kebencian, bahkan atas dasar kasih sayang berpanjangan.

orang suka judge kita. itu normal. saya ada satu yang terpendam. ye, ahli keluarga saya juga bukan sempurna. bila ada ayah ber’title’ ustaz, lain juga judge orang pada kami. saya tahu itu. bila kami adik-beradik buat salah, orang judge ‘dalam’ sangat. sebab kami anak ustaz. tapi ketahuilah yang kami manusia biasa. cukuplah sekadar mengerti, kita sama-sama manusia. mengertilah.

penulisan saya kali ni, erk memang tak berstruktur. point pun bersepah. tapi peringatan untuk saya dan kamu (yang gigih baca sampai sini), panjangkanlah kasih sayang kita terhadap keluarga khususnya, juga semua insan yang kita sayang. sure kita akan sedih bila membayangkan tak dapat bersama di akhirat nanti.(nau’zubillah) no point gembira dunia je. kita nak bersama di syurga, InsyaAllah. jadi, usaha itu perlu. astaghfirullah, sekian, wasalam.