Pages

Thursday, February 16, 2012

orang biasa yang luar biasa

assalamualaikum, bismillah

salah seorang housemate aku.
aku namakan dia Nur je lah,
kalau nampak daripada luar memang macam orang biasa. bukan juga budak sekolah agama, bertudung labuh, bukan juga budak bandar yang serba cukup keperluannya, dia juga anak yatim. tapi, dalam diri seorang budak biasa, ada sifat luar biasa yang masyaAllah, kadang-kadang buat aku malu juga.

selain aktiviti-aktiviti biasa yang kami buat bersama, teringat Ramadhan tahun lalu, bila iktikaf sama-sama, kami tadarrus sama-sama, dia nampak susah-susah nak melantunkan ayat-ayat Allah. bersungguh, tapi tidak selancar yang lain, tajwid tak setepat yang lain. tapi, tetap berusaha.

bila dekat rumah (hostel) kadang-kadang aku perasan dia baca Al-Quran dalam bilik. dari ruang tamu boleh dengar sikit-sikit ‘kesusahan’ dia untuk membacanya.

tapi aku diam je.

aku tengok dia tak ada Qur’an terjemahan. bila ada tugasan atau berusrah, dia tak ada Qur’an sendiri buat rujukan. satu hari, tanya la dia;

‘Nur, awak ada Qur’an terjemahan tak?’
‘hehe. tak ada’ *geleng kepala+muka innocent.
’oh, tak apa. kat umah saya ada Qur’an terjemahan lebih, nanti balik saya bawakkan’
’eh tak payahla susah-susah’
’takpelah, memang ada lebih. nanti saya bawak tau’

Balik hari tu, aku bawak Qur’an untuk dia. satu hari, masa kami berjemaah di surau- bila senggang waktu maghrib isya’, masa ada kuliah, aku nampak dia jauh sikit, sungguh-sungguh baca Qur’an. walaupun tak lancar dan tajwid tak tepat sangat.

aku try datang dekat.

‘Nur.. hehe, *buat muka sengih*’
’kenapa? *muka tanda tanya*’
’hehe, minta maafla, saya pun bukannya bagus sangat.. tapi kan, kalau awak nak minta tolong saya ajarkan awak baca Qur’an, saya boleh je tolong. hehe’
‘hmm, sebenarnya, saya memang dah lama nak minta tolong awak ajarkan, tapi tula takut menyusahkan’
‘eh manade. boleh jela. saya tak kesah pun. bila awak nak saya ajar?’
’kalau hari-hari boleh ke?’
’boleh je la.. berapa lama awak nak?’
’hmm, sejam boleh?’
’oh, boleh-boleh, kita guna masa maghrib sementara nak tunggu isya’ eh’
’ok’

aku rasa bersalah sangat. 6 bulan aku biar. sekarang baru nak tanya. bukan 6 hari! Ya Allah, padahal dia menanti dah lama. Allah..

bila start ‘kelas’ mula-mula tu mungkin berat juga. rasa kasihan juga sekejap-sekejap aku tegur bacaan dia. daripada mad asli sampai hukum lain. tanggungjawab, walaupun satu baris tu banyak mana pun salah, kena tegur juga. tapi tak, aku tak rasa susah pun. sekali tu aku tanya dia.

‘Nur,, dulu awak ada tak pernah belajar tajwid dekat sekolah ke, masa kecik-kecik ke?’
malu-malu dia jawab ‘tak, tak pernah’
’oh, tak apa, nanti kita belajar sikit-sikit eh, kalau awak tak tahu hukum dia pun takpe, yang penting baca betul’
’ok’

no wonder dia susah sikit nak baca. biasanya aku tegur lisan, tapi pernah juga tulis, sekadar tambahan boleh dia buat rujukan. tengok dia baca memang sungguh-sungguh. kadang-kadang bila aku tegur banyak sangat, dia akan istighfar, istighfar. bila habis mengaji, dia akan tanya ‘huda, apa benda yang saya kena improve hari ni?’ hari lain pulak ‘hari ni saya banyak salah kat mana?’ aku nampak hari tu catitan dia tulis; satu ayat Quran, dengan nota-nak baca macam mana? bila ‘kelas’ dia tanya.

Allah, bersungguhnya dia.

masa awal-awal dulu, aku bagi dia kata-kata perangsang, betapa banyak ganjaran dia akan dapat. dia bersemnagat. dan aku cakap kat dia

‘tinggal 6 bulan je lagi kat sini, saya target habis pre-med kita nanti, InsyaAllah, awak dah dapat baca Al-Qur’an dengan baik dan lancar’
’InsyaAllah, saya akan berusaha’ siap genggam tangan. hoho

hari berganti hari, bacaan dia bertambah baik. sungguh, improve banyak sangat. cepat sangat dia belajar. dan aku tahu kenapa dia cepat sangat belajar—> sebab dia betul-betul nak dan dia bersungguh.

bukan je waktu dengan aku dia baca Qur’an, waktu lain, dia buat bacaan sendiri juga. kalau tak tilawah, dia baca terjemahan. Qur’an dia sekarang dah ada tanda warna-warni.

Allah, bersugguhnya dia.

aku terkejut dengan ayat dia suatu hari
’ huda, awak suruhla saya hafal mana-mana surah’
’ hah?’
’saya nak hafal Qur’an’
’oh, awak nak hafal Qur’an?’
’haah, saya nak juga hafal Qur’an’
’boleh, awal start dari juzu’ 30 eh. kalau macam tu, kita set la dua hari untuk hafazan Qur’an. hari lain tilawah’
’ok-ok’
’terima kasih nur, saya memang ada target hafalan, bila kita berteman, ada komitmen, berjalan sikit. hehe. nanti saya check hafazan awak, awak pun check hafazan saya eh’
’okay’ :)

Allah, bersungguhnya dia. aku sendiri jadi malu.

bila dia ABC ehem ehem (Allah bagi cuti), dia tanya saya:
’huda, tak boleh baca eh, saya takut saya lupa macam mana nak baca’
’hmm takpe, awak boleh baca terjemahan. pastu awak baca gerakkan bibir takyah keluar suara. konon-konon baca la. boleh jugak’
’oh ok-ok’

dan, walaupun dia ‘cuti’, aku nampak dia bertelekung, atas meja, baca Qur’an. hampir hari-hari ‘cuti’nya

Allah, berusungguhnya dia. orang yang dah lama pandai baca Qur’an pun belum tentu setekun dia. aku jadi malu juga

ada satu lagi perubahan ketara dia yang aku nampak. masa kami jalan sama-sama nak hantar dobi (free-kolej), aku cakap kat dia tiba-tiba.

’nur, tahniah nur’
’nape?’ muka terkejut
’saya nampak perubahan awak kebelakangan ni. berbunga-bunga hati saya. haha. saya tengok awak sekarang setiap kali keluar rumah dah pakai stokin dah. hoho’
’hehe, awak, doakanlah saya istiqomah’
”InsyaAllah, InsyaAllah’
’haha, lawak lah ayat berbunga-bunga awak. tak boleh bla.’
’haha. betullah. eh, awak rasa macam mana? berat ke nak buat perubahan. macam pakai stokin’
’sebenarnya tak pun. nak tak nak je.’
’hmm’

masa kami duduk kat kerusi café, tunggu nak balik, aku tanya dia. dalam hati, untuk jadi pedoman buat aku sendiri kerana dalam diam, aku mengangumi dan menghormati dia.

‘nur, saya nak tanya soalan cepumas ni. dah lama saya nak tanya. haha’
’hah, apa dia?’ gelak-gelak
’apa yang buat awak rasa nak berubah, mesti ada turning point dia kan?
’haha, cepumas la sangat. hmm, jujurnya awaklah yang meamang banyak influence saya. saya rasa macam waah bestnya jadi awak. perfect’
’isy manade. astaghfirullah. saya pun ada kekurangan. takde-takde, tak menjawab soalan, nak jawapan lain’
’hmm, saya rasa mati tu makin mendekat, kita tak tahu bila akan datang. so, sekarangla kita nak buat perubahan’

Allah, kerdilnya aku. kerdilnya.
benarlah, kematian itu sebaik-baik peringatan.
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

terima kasih Nur…
semoga redha Allah bersamanya, InsyaAllah.

7 comments:

mira said...

subhanaAllah! bgs nyea dia,bersungguh nye dia..terharu bc artikel ni..moga kita dpt jadikan ia sbg pengajaran..
hmm,betulah kata2 yg ramai yg mula berubah kearah kebaikan krn terdidik melalui org sekeliling kita..kan? subhanaAllah..semoga dia istiqamah.. :)

Muhammad Mu'az said...

astaghfirullah. bila baca post ni, macam kena tampar, tendang, sepak terajang semua la kan. erm, kadang kadang nak sampaikan satu ayat tu pon susah kan. lagi lagi, untuk kita yang memang dah dipengaruhi suasana al-quran setiap masa. bila baca post ni, terfikir macam mana lah pulak kat U nanti yee. dipengaruhi atau mempengaruhi orang lain :D

apapun, bittaufiq wannajah. moga Allah terus mudahkan. syukran atas tazkirnya :)

KhalilahAlhudaKamilen said...

>mira
kan? subhanallah.
orang sekeliling mungkin tak memainkan peranan sebesar kesungguhan dalaman seseorang itu. hehe. dan daripada Allah jualah segala petunjuk.
InsyaAllah, semoga dia istiqamah

thanks for the visit :)

>Mu'az
kalau susah bil lisan, lagi berkesan bil hal :D nanti, pilihlah untuk mempengaruhi. macam-macam yang kita akan lalui, InsyaAllah akan dimudahkan segala urusan.

bittaufiq wannajah juga.
ana pun terlalu banyak lagi kena belajar.
afwan :]

Anonymous said...

kak, kalo pmpuan dtg bulan tgh blajo, ataupun tgh hfl quran..buleh pegang quran tu,blh bace kuat2 dsb.tp kalo nk slmt,gunela trjmhn.then bace cm biase,,xperlu gerak2 bibir..cam maen2 plak..

KhalilahAlhudaKamilen said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Isyraf Imrani said...

setuju dengan mu'az, fuh!

bersungguhnya dia dengan Quran. 2 pahala dapat sebab dia baca 'kesusahan'.

ana kagum dengan Nur, ada masa free je luang masa dengan Quran. Bila dah ada terjemahan, lagi bagus.

Moga Allah rahmati kamu berdua!