Pages

Sunday, March 25, 2012

B & B

Assalamualaikum, bismillah.

P1010794[1]

tiap-tiap kali bila dekat dengan meja belajar, gambar tu dan ayat tu yang aku ulang-ulang tengok dan baca. Dan aku tak menjumpai apa-apa sebab untuk aku malas belajar dan malas berusaha dalam belajar- gambar hiasan-

berjaya dalam belajar ni sangat subjektif. ada orang rasa, berjaya tu bila kita dapat semua straight A’s dalam exam. ada orang rasa, berjaya tu bila tiap-tiap kali kita exam, ada peningkatan dalam setiap subject. ada juga rasa berjaya tu cukup lulus dalam semua subject. sebab tu tak hairan ada yang dapat result ‘biasa’ je tapi ganjaran daripada parents luar biasa. sebab kayu ukur kejayaan setiap orang adalah berbeza.

kayu ukur berjaya untuk aku? sukar nak diterangkan. biarlah rahsia. hikhik

dan alangkah ruginya kita bila berjaya di mata manusia tapi gagal di mata Allah. ruginya! nau’zubillah

aku senang dan suka sekali (err, ayat –,-) bila setiap apa-apa yang berlaku dalam hidup aku, aku dapat muhasabah dan dapat belajar daripadanya. sebab, siapa kata semua yang berlaku ni adalah sekadar saja-saja dan suka-suka? sebab tu setiap penutup hari kita, muhasabahlah jika mampu.

Dalam belajar dan tempoh pembelajaran aku selama ni, banyak benda yang aku boleh belajar.

sejak awal masuk sekolah alhamdulillah aku berpeluang dapat merasai sedikit nikmat ‘kejayaan’ dunia yang datangnya dari ukuran manusia. Aku tak pernah menjadi paling Top dalam kelas atau batch, tapi dalam kalangan itu, ya mungkin pernah. mula darjah 1 aku pernah dapat hadiah basikal besar bila dapat no 2 dalam kelas. Darjah 6 dapat masuk kelas no 1, UPSR 5A. masuk sekolah menengah, form 1 pernah dapat no 3, form 3 PMR 9A, PMRI Mumtaz. masuk menengah atas, masa form 4 dari awal tahun sampai akhir tahun kekal no 2 dalam kelas. masa form 5, antara no 2/3 dalam kelas dan top 10 dalam batch. akhir zaman sekolah, penutupnya 11A SPM.

fuhh, konon panjang cerita. cukup berjaya ke macam tu? Heh,puih. *sinis* sudah pasti TAK. TAK dan TAK. sebab, success is a journey not a destiny. tak cukup hal dunia je. akhirat? sehari dua boleh nak gembira, tapi sampai bila? cukuplah setahun, orang dah tak pandang dah. serius. bolehla kalau nak juga simpan untuk kenangan manis.

dan untuk semua tu, apa yang aku belajar? banyak.

antaranya SABAR dan USAHA (dengan doa, tawakkal semua tu). aku budak biasa. tak suka dilabel ‘budak pandai’ sebab memang itu bukan aku. aku kena usaha lebih, 'jatuh' tu lagi banyak. biasa. dan graf menaik aku lambat. sikit-sikit.

masa darjah 6 aku ingat lagi. betapa susahnya aku nak dapatkan A english. buat latihan, usaha,buat latihan sampai nak muntah. sama juga masa form 3 dan form 5. menengah atas masalah lain pula, aku allergic dengan chemistry, pernah failed. gred kebiasaannya C. usaha lagi usaha usaha. naik sikit-sikit.

dalam proses belajar macam tu, sampai hari ini, target aku, beat diri sendiri, cuba dapatkan yang terbaik. memperbaiki diri sendiri. DIRI SENDIRI. kalau sibuk nak beat orang lain, aku akan kalah. sampai bila-bila.

biasa dengar?; ‘Allah menilai usaha kita, bukan hasil’- tapi, percayalah, orang yang tak benar-benar ‘memahami’ ayat tu cukup mudah kecewa bila hasilnya tidak seberapa. tak kiralah dalam belajar, dakwah, atau hal-hal lain. sebab, manusia rata-ratanya melihat hasil!

untuk yang memahami dan kental jiwanya, apa sebabnya anda perlu kecewa? apa?

dunia dan seisinya adalah sementara. kejayaan, kegagalan, kebahagiaan, kecantikan, segalanya-galanya adalah bersifat tidak kekal. untuk itu, selayak mana kita ni untuk terlalu gembira atau terlalu berduka cita? ataukah kita ni, tak percaya semua itu sementara? hmm.

hai kamu; pastinya aku juga bersederhanalah. dalam semua perkara. daripada perihal harta hatta kepada perasaan gembira dan duka cita. perasaan tenang, InsyaAllah, akan dirasa.

dan sentiasa target untuk menjadi manusia terbaik di mata Allah, dan orang yang beruntung—> hari ini lebih baik daripada semalam. teruskan usaha. hasil adalah diluar kuasa kita. yang boleh kita kawal, adalah usaha. Maha Hebatnya Allah, menilai manusia berdasarkan apa yang boleh dikawalnya. jadi, apa pula sebabnya lagi untuk berputus asa?

* * * * * * * *

Alhamdulillah, result semester 2 aku dah keluar. bila result keluar, aku fokus tengok result aku, terus pergi surau, sujud syukur. alhamdulillah. memang tak sehebat orang lain,dan sejak awal itu bukan kepedulian aku pun. hoho. dapat perbaiki diri, daripada ada satu B kepada tak ada B,naikkan pointer, alhamdulillah. semoga tergolong dalam orang yang beruntung dan bersyukur.

sekarang musim dapat result dan exam ye? selamat maju jaya :D semoga bermanfaat. dan khusus peringatan untuk tangan yang menulis.

astaghfirullah, astaghfirullah,astaghfirullah. sekian. wasalam.

kadang-kadang kita silap dalam muhasabah diri. *ketuk diri sendiri*
bila kita dapat result tak gempak sangat, kita rasa usaha kita tak cukup bagus. tak memadai, memang sepadan la. rasa nak cakap padan muka kat diri sendiri.
bila dapat result bagus, kita rasa 'itulah' yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. hati mula 'berbangga'
padahal sebenarnya tak semestinya macam tu.
result kita tak cukup bagus, tak cukup usaha tu mungkin, tapi itu yang terbaik Allah bagi untuk didik diri kita sabar dan redha.
bila result bagus, cukup usaha tu mungkin, tapi jangan lupa kejayaan kita tu datang daripada rahmat Allah, dan mungkin berkatnya doa ibubapa, guru-guru dan rakan rakan. sebab tu syukur itu mesti ditempat PERTAMA. dan paling penting, jangan lupa Allah juga menguji 'hati' kita. terus-teruskan bersyukur dan taat padaNya.

# tak sabar nak balik rumah! ceptlah minggu ni berlalu!

B & B ? ; belajar? berjaya? bersyukur? beruntung? gred B? hang pilihla :p

4 comments:

Anonymous said...

salam ukhuwah,

**biasa dengar?; ‘Allah menilai usaha kita, bukan hasil’- tapi, percayalah, orang yang tak benar-benar ‘memahami’ ayat tu cukup mudah kecewa bila hasilnya tidak seberapa. tak kiralah dalam belajar, dakwah, atau hal-hal lain. sebab, manusia rata-ratanya melihat hasil!**

boleh tolong ulas lebih lanjut this part? saya termasuk dalam
" org yg tak benar2 memahami"
peace ^^
syukran.

KhalilahAlhudaKamilen said...

Salam :)
minta maaf lambat respon.

Pertamanya, saya insan lemah.
Saya menulis, bukan bermakna saya yang paling faham hal tersebut, tapi atas dasar sama-sama untuk memahami.

Jadi, kalau ada apa-apa yg tersilap. Boleh tegur juga :)

Okay, untk part tu, saya menulis berdasrkan serba sedikit tntg pemahaman saya. Bendanya simple, saya rasa mungkin *anony faham dah, cuma mgkin penulisan saya buat benda tu jadi rumit.

Bahasa mudahnya apa2 je yg kita lakukan, Allah mengira usaha.

Kalau dalam belajar, usaha kita menuntut ilmu
tu subjektif. termasuklah hormat guru, buat kerja, buat revision, buat nota semua tu. Dan semua itualah yang akan dikira, bukannya result kita. Berapa A, berapa cgpa etc.

Jadi, untuk mereka yg berusaha bersungguh2, dan memahami usaha mereka yg dikira, bukan hasil, tak kecewa kalau result mereka tak seberapa. Kerana mereka sudah buat yg terbaik.

Begitu juga dalam hal berdakwah. Bukan yang dikira, berapa ramai yang menerima seruan kita etc, tapi usaha.

Tapi tak bermakna, kita lupakan je perihal 'hasil'. Kita juga kena sentiasa cuba mendapatkn hasil terbaik semampunya.

* teringat kisah burung pipit yang membawa air dengan paruhnya untuk memadamkan api semasa nabi Ibrahim dibakar. Usahanya mungkin tak membantu untuk memadamkan api tersebut, tapi apa jawabnya bila ditanya kenapa buat yang sedimikian?
'kerana nanti dihadapan Allah, aku ada hujah, bila ditanya apa yang aku buat,itu usaha aku'
-lebih kurang begitulah ceritanya.

Harapnya dapat membantu.
Minta maaf kalau tak membantu.
:)

ikOi said...

Salam huda.
mmg kena lah dgn waktu waktu org ambik result ni hehe. teringat post nt dulu ada kata *taksilap lah :p* kalau berjaya tu bukan semata mata atas usaha kita sendiri, tp sbb Allah yg nak kurnia kan kejayaan tu. syukran for the reminder :)

hambaMu said...

Salam alaik .

bestnyaa post ni . really inspired ,, terima kasih perkongsian berharga ni ..

like ‘Allah menilai usaha kita, bukan hasil’
peace | salam ukhuwah