Pages

Monday, March 12, 2012

fulus

Assalamualaikum, bismillah.

hari ni dah start sem III. kelas 1st anatomy and physiology pukul 8 tadi. huh. mood nak belajar tu tak berapi lagi, sebab aku rasa semua orang lagi fikir agenda hari ni : Taklimat daripada K.Ju

so, pukul 10 lebih kami ada pertemuan dengan k.Ju. finally, jadual Interview dengan Irish dah keluar. Aku kena hari khamis ni. the last person, before break. kena positive je :D ye, doakan aku dan kawan-kawan, semoga dipermudahkan segala urusan, InsyaAllah :)

tapi bukan tu aku nak ceritanya. hmm, masa taklimat tadi, k.Ju cerita pasal senior tahun lepas. adoy, k.Ju cerita pun sebak, aku apa lagi. hihi. empangan pecah jugak la kan. alahai huda oi nasib baik duduk tepi sekali. boleh jugak la cover kan.

K.ju cerita pasal senior ni (lelaki ok). dia anak sulung, datang dari keluarga susahla. masa dia pre-med dulu, dia makan ala kadar je. 2 bungkus nasi, pagi dan malam. tak pernah pergi jalan-jalan. macam orang lain la. sebab tak ada duit. tapi lebih kurang 2 minggu sekali dia akan balik rumah.

dia tak percaya dia lepas interview dan dapat pergi Ireland. dia budak low profile je kata K.Ju. tapi rezeki dia, dia dapat pergi Ireland. Ayah dia kata, ayah dia tak mampu nak support dia pergi Ireland. dia budak tajaan Mara, tapi sebelum pergi Ireland, kena dahulukan dulu beberapa ribu, nanti baru Mara bayar balik. Ayah dia tak mampu. tapi, dia dapat juga bayar duit tu, dengan simpanan elaun Mara dia sendiri masa pre-med. bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian.

okay, mungkin tak sesedih mana, tapi entah, aku tersentuh. dan sebenarnya terasa.

aku teringat hari tu masa balik rumah, aku mengadu dekat abi dalam kereta pasal duit elaun budak JPA lagi lambat daripada kitorang budak Mara. kesian. abi kata ‘ tula, orang dapat biasiswa pun ada masalah, cuba fikir orang yang tak dapat biasiswa. kena bersyukur’ Alhamdulillah

awal dulu, aku memang dah set aku dapat biasiswa Mara ni, aku tak nak susahkan parents aku dah. entah, aku malu dan segan nak minta duit dengan mereka. dan setiap kali balik, aku tak pernah minta duit poket. pernah sekali tu, just mengada minta abi umi belanja duit tambang. lain-lain tu rasanya tak ada. aku tahu aku banyak kali balik, tapi semua pakai duit aku. dan mungkin sebab tu abi umi tak bising sangat.

dan, seorang abi yang bertanggungjawab, abi bagi juga duit walaupun aku tak minta. hari tu abi nak bagi duit poket. dan aku malu, aku cakap. ‘tak payahla abi, huda ada duit lagi’ abi terkejut, tapi aku memang tak ambil duit tu. aku ada adik-adik lagi yang mungkin lebih memerlukan. aku marah juga adik-adik aku yang minta duit dekat abiumi sesodap hati je. zaid hari tu dia nak beli barang, sebelum balik sini, aku cakap kat dia, nanti aku balik aku belanja dia. jangan dia sibuk minta duit je. huh

hari tu aku cakap dekat abi, kitorang kena bayar dulu duit exam IELTS, rm600, nanti Mara bayar balik. banyak juga tu, aku tahu. aku bagitahu abi, mana tahu abi boleh topup sikit –__- tapi alhamdulillah, aku dapat bayar sendiri semua pakai duit simpanan aku. duit simpanan gaji + elaun. lega, tak payah susahkan sesiapa sekurang-kurangnya.

aku bukan nak cakap apa, kadang-kadang kita ni boros sangat, so kena beringatlah. nanti kita tak tahu bila kita susah, at least bila kita susah, kita ada simpanan, tak payah susahkan sesiapa. untuk yang dapat biasiswa lagilah kena beringat dan banyakkan bersyukur.

dan ni peringatan umum aku la, aku bukan sesiapa pun nak cakap. hehe tapi, kalau boleh belajarlah rajin-rajin adik-adik. jangan main-main! kalau boleh dapatkan biasiswa. (tapi ni bukan tujuan utama belajar rajin-rajin eh) kena rajinkan diri menanbung juga. dan sentiasa beringatlah, mungkin family kita mampu,tapi kita tak tahu apa akan terjadi dan apalah salahnya kita ringankan beban mereka seawal mungkin. ye tak?

heh, peace no war. semoga kita terus dikurniakan rezeki yang halal dan berkat. astaghfirullah, sekian assalamualaikum :)

#ada orang pernah cakap, kalau dapat duit banyak mana pun, tapi tak reti berjimat takkan cukup cukup jugak. make sense huh?

No comments: