Pages

Friday, March 16, 2012

once in a lifetime

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, i've done my best for the interview with the Irish, now, lets tawakkal and keep on praying and believing. It was a great experience, once in a lifetime ;)

okay, just nak share sikit. buat kenang-kenangan untuk diri sendiri.

bangun pagi, serius tak tipu, memang nervous tahap maut punya. eh. aku buat la macam-macam untuk hilangkan nervous. lama lepas tu, okayla. aku punya turn pukul 1020 pagi, panel 1. orang before aku bersusun budak 4 flat sem 1. tapi aku cool je. cehh, ye la tu. i believe that everyone has their own characteristics and their own way to stand out from others. so do i. what is important is you're brilliant enough. having a perfect score just a bonus, yang penting attitude dan personaliti--> ni apa aku dapat masa baca buku outliers (the story of success) dan dan je nak sedapkan hati aku terbeli dan terbaca buku ni. kihkih -..-

aku jadi diri aku je. gadis melayu berbaju kurung. hihi. aku pakai tudung yang aku biasa pakai without blazer. tengok orang lain pakai blazer, chantek chantek baju, aku cool lagi.

K.Ju cakap, panel aku orang 'besar' sikit. prof emiritus dan dean faculty of medicine dekat Ireland tak silap. of course la mat salleh. ada ketaq juga sikit. normal lah tu. macam-macam jampi serapahla gua baca. hihi

bunyi je loceng tiing (nak jugak -_-), aku pun ketuk pintu, masuk la. dua-dua panel tu lelaki. diorang ni macam dah berumur sikit. pangkat atuk-atuk kot. huhu. diorang cakap laju. jujurnya, kadang-kadang accent dia, apa dia cakap aku tak faham. tapi boleh la tangkap maksud dia. aku tak pasti aku jawab grammar tunggang langgang ke apa, aku menonong je jawab konon confident dan sengih ke senyum ke all the time pun aku pun tak pasti. lalala. (teringat dulu cg Azi penah cakap ; 'korang ni cakap kadang-kadang entah pahape entah. tapi confident kemain' Haha. aku dengan didi gelak je)

Aku dapat soalan sekitar diri sendiri je. ada yang dapat pasal current and medical issue. aku tak dapat, Alhamdulillah. bila dia tanya pasal family, aku pun cerita la, parents kerja apa, adik-beradik belajar apa, dan aku cakapla aku orang first dalam family besar yang nak ambil medik. dia pun angguk-angguk je. banyak juga la soalan dia pasal sekolah. apa beza sekolah private dengan government, berapa lama dah sekolah private, apa tu syabab? aku pun membebel je. tertarik betul diorang dengan sekolah aku :P

orang kata interview ni, just be yourself, dont lie.

bila dia tanya subject aku suka dan tak suka. selamba je aku cakap dekat sini aku kureng dan stress sikit dengan math. terbalik dengan masa kat sekolah dulu. tak ada cover-cover =_= cuak jugakla, tapi dah terlepas nak buat macam mana. bila dia tanya masak tak? aku directly cakap TAK. masa sem 1 je aku masak. selamba je. kata orang, dia tanya tu mungkin just nak pastikan budak ni boleh adapt tak kalau dipilih pergi Ireland. lagi sekali aku tak cover-cover, dah lepas dah la kan.

bila dia tanya macam mana college life, aku jujur la cakap aku tak suka mula-mula. tapi lama-lama boleh la~ membebel-bebel lagi. bila tanya hobby, aku cakap aku suka blogging, blogwalking dan membaca. bila dia tanya aku baca buku apa. aku cakap novel. aku minat gila la novel Indon, salah satu favourite author pun orang Indon. tak hingat la nak cakap baca jugak buku motivasi ke, dah syok sangat cerita pasal novel. beria-ria je

apa lagi ek soalan dia, dia tanya la kat sekolah buat apa dengan pasukan beruniform, macam mana cara aku study. hmm, tiba-tiba aku dah tak ingat apa lagi soalan dia. hailaa.

cuma bila last, dia tanya, ada apa-apa soalan tak? so aku tanya, dia ada specific kuota ke nak ambil pelajar dari sini? dia cakap laju sangat -_- tapi yang aku faham, as long as you all perform well, lepas cgpa 3.65, lepas IELTS, semua yang layak boleh pergi. pastu aku pun cakap la. aku nak request something. aku pun cakap jujur.aku tahu ada orang dah cakap, tapi personally, deep in my heart, this is what i feel. we're like a family, we're very close with each other, and it will be very hearthbreaking if some of my friends remain here. i hope all of us will be able to fly. aku takdelah cakap sampai drama nak nangis-nangis. cuba cakap ikhlas dari hati supaya masuk jugak hati diorang. hoho. diorang pun ya ya, angguk-angguk.

keluar bilik tu, rasa lega. ada member cakap, aku punya interview lama. eh? cuak juga. Interviewer tu macam serius, so aku tak tahu apa persperktif diorang. diorang faham ke tak aku cakap pun aku tak tahu. nak kata reaksi diorang negatif pun tak, positif pun tak. huhu

kalau masa debat dulu, habis lawan je, kitorang akan saling ingatkan : 'kalah itu pasti, menang itu bonus'

yang penting, aku dah cuba buat yang terbaik, i'll always hope for the best, at the same time prepare for the worst. walaupun macam takut dan susah, tapi nilah praktikal tawakkal dan redha.

doa aku, kalau pergi ke Ireland nanti lebih baik untuk urusan dunia aku, akhirat aku, agama aku, penerusan dakwah dan tarbiyah aku, maka ya Allah kau permudahkan dan rezekikanlah aku.

kalau tidak, berilah aku sekeping hati yang sangat kuat untuk redha. redha dengan sepenuhnya, tanpa penyesalan.

apapun, semoga Allah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan semua,InsyaAllah. doa aku untuk semua :)

eh, habis interview ni dah sujud syukur ke? astaghfirullah, sekian assalamualaikum

# aku rasa budak lepasan SPM, mesti lepas ni nak prepare untuk interview MARA kan. kalau ada request, boleh je aku share pengalaman. kalau ada la. tapi macam dah bersepah je tips sana-sini. haha

8 comments:

sufiyyah zulkifli said...

interviewer memang slalu tertarik-menarik-da-bom dgn budak lepasan skolah private. ^_^

KhalilahAlhudaKamilen said...

hoho, ye ke?
ni baru first time interview.
baru first time jgk org tanya.
hehe :D

pencinta bahasa said...

salam..

nak request macam mana dapat biasiswa mara dari langkah pertama lagi. kalau tak menyusahkan la.. (^_^)

KhalilahAlhudaKamilen said...

Wasalam.

Oh, sgt senang :)
Semuanya start lepas dapat result Spm. Dalam tempoh seminggu tu, kena pergi website utk apply biasiswa. Terpulang nak apply jpa/Mara. Isi semua details.
Lepas tu kena alert bila result dpaggil utk temuduga atau tak. Tengok dkt website. Kalau dapt, dia akan bgtau tempat, hari dn masa interview.
Klu xdpt, jgn give up, buat rayuan. Nnt ada hari interview utk rayuan.

Then, habis interview, kna alert dapat tak biasiswa. Klu dpt, dia akan bgtau tmpat belajar, dan bila kena dftr.

Lepas tu. Offer letter yg rasmi akan sampai dekat rumah.

pencinta bahasa said...

Terima kasih banyak-banyak..tapi bila tengok result rasanya tak cukup gempak untuk apply.hmm..

Hamba-Mu said...

"we're like a family" suka ayat ni. =)
semoga di permudahkan segala urusan.

Latifah Maisarah said...

ana mcm ketinggalan.. hehe ^^ seronoknya .. doakan ana jugak spy dpt apa yg dicita2kan . berangan2 nk g UK .. SANGAT.

Latifah Maisarah said...

doakan ana jugak spy dpt apa yg dicita2kan. berangan2 n g UK.. SANGAT..
haha. ana mcm terlambat. ^^