Pages

Friday, March 9, 2012

tak ada cerita

assalamualaikum, bismillah.

hari ni aku menyemak tengok sukan sekolah. tipula, aku tak rindu zaman tu. tapi zaman aku belum cukup bajet kot buat dekat UIA. aha, buat dekat sekolah je yang tak ada padang pun. serius. tapi sekolah aku tak dhaif, cuma tak lengkap je. baru positif sikit. heh

aku datang tadi, aku tahu, aku perlu, wajib sebenarnya menyantuni guru-guru aku dulu, kini dan selamanya. kalau bukan sebab tunjuk ajar mereka, aku bukan aku hari ini. aku serius rindu mereka, tapi tak ada istilah kekal kat dunia ni kan. kita jumpa, kita berpisah. alhamdulillah, mujur Allah beri aku 'memori'

ada juga cikgu yang aku tak kenal.
tak kurang juga ada yang cikgu tak cam aku buat kali pertama. katanya beliau tak kenal cermin mata aku. kuikui. yang penting aku kenal dan kenang mereka.

aku jumpa cikgu Arash, senyum cikgu masih mesra macam dulu. still aku rasa 'dekat' macam dulu-dulu usrah. walaupun, hanya sekadar berbasa-basi. aku ingat dulu, aku datang rumah cikgu, training debat sampai tengah malam. pernah juga kena marah tak buat homework bio. meremang bulu roma! ah, memang rindu.

aku jumpa cikgu Azi, cikgu tak habis-habis tanya 'bila cuti? banyak kerja nak bagi ni' hehe. cikgu still sempoi macam dulu. aku rindu cikgu marah-marah aku masa training. sebab marah cikgu la, aku jadi aku. anak cikgu yang no 3 pun aku tak sempat tengok lagi. cikgu suruh datang rumah. ah, ingat lagi ke aku rumah cikgu. hmm

aku jumpa Abg Wan. suami cg Arash. tanya beliau 'dekat sana ada usrah?' 'ada-ada' jawab aku. 'usrah Ikram ke?' hehe 'ye ye' mana pun aku pergi, InsyaAllah, aku akan bersama jemaah ini. secara peribadi, ini pegangan aku. no offense :D

aku jumpa cikgu hawa, cikgu still semangat macam dulu. cikgu Alia, Cikgu Ili, cikgu Raihan, cikgu Akidah, cikgu latipah, cikgu norma, cikgu najmah, cikgu hani, huh ramai lagi.

tak lupa juga jumpa Ust Soleh dan Ust Ayub. aku tegur macam tu je. ust busy. hoho. memang teringat masa ustaz ajar Bahasa Arab. walaupun sekarang, memang tak belajar arab, buku jawi pun memang takdelah. tapi ilmu ustaz bagi tak pernah sia-sia. sebab hari-hari aku boleh belajar B.Arab dengan Qur'an. still mereka sangat berjasa.

eh gamaknya aku menulis macam dah lama sangat tak pergi sekolah. haih, tak, cuma rindu terlebih pulak sekarang.

eh cerita pasal sukan patutnya. tapi apa je nak cerita. HAHA. kalau As-solah menang, baru aku jaja cerita satu dunia. cehh, zaman aku pun As-solah bukan Juara pun. memang patut pun. tak ada legasi. eh, tapi depa ni bagus juga. ok what, menang perbarisan T_T

aku jumpa junior pun mereka dah besar, segan sipu-sipu malu lah konon nak beramah mesra. hoho. aku pun. entah, aku cuma terfikir, mungkin 3 tahun dari sekarang, kalau aku datang sekolah, aku dah tak kenal junior, mungkin sikit je cikgu yang aku kenal tinggal. hmm, jangkaan aku boleh jadi kenyataan. mungkin juga tak, kalau aku rajin beramah mesra dengan junior baru dan cikgu-cikgu baru. mana kudrat aku. mana oh mana. kena cari ni.

aku ingat, aku keseorangan hari ni. tapi ada juga 2 minah ni + Anis. buat geng la apa lagi. kitorang neutral. dah profesional dan rasional. tak sokong mana-mana pasukan. tak baik menipu huda! okaay... astaghfirullah, sekian, wasalam.

#aku rasa aku banyak membebel sekarang. . ahha,yang rajin tadah telinga terima kasih kawan !

5 comments:

munqiza naqhiya said...

sama2 cerita pasal melawat sekolah pulak kita. rindu zaman dulu. :)

KhalilahAlhudaKamilen said...
This comment has been removed by the author.
KhalilahAlhudaKamilen said...

Haah la mun ;)
Kan kan kan?
Sob sob sob sob

Anonymous said...

paragraph ke 6. "suami cg arash".

KhalilahAlhudaKamilen said...

oh
t.kasih :D
adeh, silap pulok