Pages

Thursday, March 8, 2012

tak heran

assalamualaikum, bismillah

sejak kebelakangan ni (bukan dah lama ke), aku memang gila blogwalking. err entah sejak bila pulak blogwalking jadi hobby aku selain membaca. oh okay , itu skema T_T. mungkin buku-buku yang nak dibeli dan dibaca agak mahal, mana mampu..student kan. satu novel je dah 30-40 ringgit. nak makan lagi, duit tambang balik lagi.. okay, aku dah start beralasan.

abaikan intro yang tak bermanfaat.

berdasarkan pemerhatian aku dan juga aktiviti blogwalking aku, aku perasan ramai orang (kenal/tak) dah berubah. err, memang berubah tu biasa, tapi dia jadi luar biasa kalau dia 'menyeru' orang lain untuk berubah jugak. memang tabik la gua dengan orang macam ni.

tapi ada la suara-suara sumbang melalak belakang-belakang, masih sibuk judge masa silam orang. serius, memang wujud spesis orang macam ni. takpe, just abaikan je orang macam ni. hidup ni yang dah lepas tu lepas la, fokus untuk masa depan pulak. macam ayat atas tu ^ no one can go back and start a new beginning , but eveyone can start today and make a new ending. ahaha, buat iklan dah.

kalau tengok selebriti, orang orang yang 'berhijrah' ni, alhamdulillah mereka jadi jauh lebih baik. pulak tu ada usaha membaikkan, sekali lagi tabik spring. contoh obvious macam Wardina ke, Irma ke, Sham Kamikaze ke, budak perempuan ni, budak perempuan tu. budak laki ni, budak laki tu. eh ramailah, sure masyarakat dah nampak benda tu. hmm kot la. untuk yang sensitif sikit

kalau aku, aku tak heran pun.

err gila sarkastic ayat =_=

betul, aku tak heran pun. serius.

sebab ayat ni influence aku, dan bermakna sangat bagi aku.

'orang yang pernah berada dalam kegelapan je yang akan benar-benar menghargai nikmat terang dan cahaya ' :)

so, aku memang tak heran. err.. jap, maksudnya tak rasa pelik atau dunia nak terbalik la kalau orang yang baru dapat hidayah ni momentum dia dahsyat sangat. bukan tak heran yang tak pedulikan. eh faham ke? abaikan.

tak heran aku, bukan sebab aku pandang rendah. oh tidak, jauh sekali. diakui, mereka terpilih, dahsat juga sumbangan mereka :P

kadang-kadang, aku jadi cemburu juga. yeah, gadis tipikal.

may Allah bless, astaghfirullah, wasalam~

2 comments:

Isyraf Imrani said...

'orang yang pernah berada dalam kegelapan je yang akan benar-benar menghargai nikmat terang dan cahaya ' :)

mendalam!

KhalilahAlhudaKamilen said...

memang pun.
sebab tu ana pun terkesan,