Pages

Sunday, April 29, 2012

sejarah

assalamualaikum, bismillah

macam-macam sejarah boleh nak tulis hari ni. tapi orang dah ramai tulis 'sejarah' tu. jadi aku tulis sejarah aku jela. eh (?) kira sejarahla, sebab hampir sebulan tak balik rumah. okay, orang mesti nak cakap 'hekelleh?' tapi aku kesah apa. hikhik. orang kata aku manja? ada pulak orang ingat aku anak tunggal? haha, jangan buat lawak bro sis T_T

bulan ni busy sikitla. weekend minggu first nak prepare untuk exam IELTS, minggu second, exam IELTS, minggu ketiga ada daurah. jadi minggu ke-4 baru dapat balik rumah. maka kawan aku telah mencanangkan kepada naqibah aku supaya buat program banyak banyak banyak dekat Penang so, aku akan jarang balik KL. okay, idea anda bijak. gue sudah kental dah la sekarang :D *bangga* 

semester 3 ni, aku rasa macam hectic semacam je. quiz, test bersusun-susun mak aih. jadi aku setuju kawan aku cakap 'I guess it's true that people say the journey of becoming a doctor is tough'. uhukuhuk

tapi somehow, aku menghargai masa busy ni, sebab masa yang ada tu jadi sangat bermakna. benda-benda lagha nak buat pun boleh kirim salam je. dan kalau masa solat tu, aku dapat feel kenapa para sahabat dulu minta Bilal 'rehatkan' mereka dengan solat. jadi, sangat pelik kalau kita solat macam ayam patuk sebab nak kejar benda lain yang 'busy-busy'. cool dan relek sudah. kawan aku masa sekolah dulu pernah cakap, gelombang otak kita masa solat kita ada sama macam  kita tidur. jadi, kalau kita solat betul-betul kita akan rasa 'fresh'. kalau bangun qiyam, tak rugi pun masa tak tidur tu. cuba dulu! hehe

oh ha, cakap pasal test dan quiz, dengan bangganya aku nak cakap, hari tu aku failed test OSPE yang first (histology). diorang panggil OSPE, aku pun tak tahu OSPE tu apa, yang aku tahu P.E = praktikal exam. memang membuta tuli je aku. OSPE ni yelah.. kan praktikal exam. ada banyak station yang kena pergi, kurang dari satu minit kena lah jawab beberapa soalan identify specimen dengan microscop ke, tengok organ, state function ke dll untuk satu-satu station. nanti bunyi loceng *ting* pergi next station. nak gelabah tak dapat jawab ke apa lepas usaha, tak ada siapa boleh tolong. melainkan Allah. chill~

kenapa selamba je aku berani cakap aku failed? sebab dalam class aku ada 4 orang je kot yang lulus (semua kaum hawa ;P) campur budak mara group sebelah, tak sampai sepuluh orang pun lulus. haha! ada nampak tak pointnya disitu? tak susah, cuma mencabar je. cool~

sambung lagi cerita quiz/test yang aku dapat ambil pengajaran. hari tu masa dapat markah quiz anatomy (histology), aku dapat 27/30. aik, ini sangat pelik? aku aci redah je jawab. rasa banyak salah. rupa-rupanya lecturer salah kira, aku salah 7, jadi patutnya dapat 23 je bukan 27. ikut hati waaaah free free dapat 27. hikhik. tapi aku tahu, aku tak deserve pun markah free tu. jadi muka seposen aku ni, pergilah jumpa lecturer. cakap aku patutnya dapat markah lagi rendah daripada tu. dia pandang cakap ' jujurnya awak. confidentnya awak nak ditolak markah' haha. aku cakap 'saya tak deserve pun markah tu' 

aku percaya ada hikmahnya lepas peristiwa tu. lepas hari tu, adala dapat result test/quiz lain yang bersusun-susun tu. dan eh, quiz Ethics dapat full mark. OSPE nervous system kawan aku cakap aku dapat the highest mark. alhamdulillah..walaupun kecil je, apa je, baru permulaan. mungkin itulah hikmahnya kita tak pernah rugi pun kalau buat apa yang sepatutnya. apa lagi sebab tak nak bersyukur? 

* * * * *
sebelum balik sini, aku dapat tahu result Ielts. rezeki daripada Allah, Alhamdulillah lepas. lepas pun cukupla :) tadi ronda-ronda KL yang menarik dan indah permai, sempat pulak ke pesta buku. habis beratus-ratus duit umi adik-beradik aku kebas. ampun buk. astaghfirullah, wasalam~

alhamdulillah, syukur untuk segala nikmat. 

Sunday, April 22, 2012

marah :'[

assalamualaikum, bismillah.

jujurnya, sepanjang dah hampir 10 bulan aku dekat sini, aku memang banyak kali menangis. macam-macam sebab.

dan seingat aku, dekat sini aku pernah menangis kerana terlalu marah hanya sekali. muka merah padam. dan hari ni air mata tu jatuh lagi. untuk sebab yang sama buat kali kedua.

aku mengaku, aku memang asalnya baran. ye, cepat marah. tapi aku belajar bertahun-tahun lamanya untuk kawal. aku doa minta hilangkan sifat baran. sebab aku nak jadi orang yang kuat macam nabi kata. lama-lama, aku kawal marah aku dengan diam. diam tanda aku marah. taknak lagi mengamuk-ngamuk. aku cuba bertahan dengan prinsip tu. kalau marah sangat lagi, aku akan menangis.

kat sini pernah je aku rasa nak mengamuk-ngamuk marah. tapi benda tu terkurung dalam khayalan aku je. hari ni, seriously aku rasa nak tumbuk pintu biar pecah segala bagai. tangan dah genggam, tangan dah sejuk, dada dah turun naik. tapi..alhamdulillah, masih waras, tak keluar semua benda tu.

kadang-kadang aku terfikir macam mana nak tunjukkan aku ni marah kalau diam je. orang boleh ingat aku tak kesah. hmm. takpe buatlah lagi, buatlah lagi, buatlah tak peduli, buatlah tak tahu. suka hatilah nak buat apa. buat lah! konsep hidup ni ‘what u give u get back’. selagi boleh, aku akan sabar, InsyaAllah

sampai bila nak sabar? sampai bila?

sampai bila-bila. sejak bila pulak sabar ada penghujungnya?

Sunday, April 15, 2012

kawan

assalamualaikum, bismillah.

P1010801


biar apa pun nama,
kawan, sahabat, mahupun teman,
berkawan biar ada tujuan
bukan sekadar berkongsi suka duka
pelengkap hidup atau teman bicara
tapi cita-cita biar sampai syurga!

kawan bukan untuk hanya memburu impian, tetapi tujuan.

‘Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)'
[Az-zukhruf;67]

atas dasar taqwa.
InsyaAllah.

aku sayang kawan-kawan pre med. dan aku nak sayang mereka ‘betul-betul’

# post pendek. sekadar tanda blog ini masih bertuan :)