Pages

Sunday, April 22, 2012

marah :'[

assalamualaikum, bismillah.

jujurnya, sepanjang dah hampir 10 bulan aku dekat sini, aku memang banyak kali menangis. macam-macam sebab.

dan seingat aku, dekat sini aku pernah menangis kerana terlalu marah hanya sekali. muka merah padam. dan hari ni air mata tu jatuh lagi. untuk sebab yang sama buat kali kedua.

aku mengaku, aku memang asalnya baran. ye, cepat marah. tapi aku belajar bertahun-tahun lamanya untuk kawal. aku doa minta hilangkan sifat baran. sebab aku nak jadi orang yang kuat macam nabi kata. lama-lama, aku kawal marah aku dengan diam. diam tanda aku marah. taknak lagi mengamuk-ngamuk. aku cuba bertahan dengan prinsip tu. kalau marah sangat lagi, aku akan menangis.

kat sini pernah je aku rasa nak mengamuk-ngamuk marah. tapi benda tu terkurung dalam khayalan aku je. hari ni, seriously aku rasa nak tumbuk pintu biar pecah segala bagai. tangan dah genggam, tangan dah sejuk, dada dah turun naik. tapi..alhamdulillah, masih waras, tak keluar semua benda tu.

kadang-kadang aku terfikir macam mana nak tunjukkan aku ni marah kalau diam je. orang boleh ingat aku tak kesah. hmm. takpe buatlah lagi, buatlah lagi, buatlah tak peduli, buatlah tak tahu. suka hatilah nak buat apa. buat lah! konsep hidup ni ‘what u give u get back’. selagi boleh, aku akan sabar, InsyaAllah

sampai bila nak sabar? sampai bila?

sampai bila-bila. sejak bila pulak sabar ada penghujungnya?

5 comments:

Anonymous said...

comelnyaa marah awak. nampak sangat awak sayang dia. jelly kerana rasa marah tue dihadiahkan pada awak. sungguh, susah nak rasa marah hingga tahap tue untuk seseorang.especially, benda tue sangat normal kini.
siyez jeles.
Allah, rahmatilah dan ampunilah awak, saya dan dia... :-)

Anonymous said...

come back this weekend n story mory :)

-syi huhu

Anonymous said...

kita sama . Saya pun kalau marah diam tapi tak nak orang tahu sebab nak jaga hubungan dengan mereka . Tapi kalau benda tak baik memang patut marah kan ?

ateyyyy said...

ana banyak face situation sama huda kat sini :') marah sangat sangat sangat sangat. tapi ana memang tak boleh nak luahkan perasaan tu, sebab bagi ana, kalau luahkan things will get worse. perempuan kan ? dah lah memang emosi, tambah pulak tengah marah, benda tak rasional je akan jadi. huu.

tapi, Allah itu adil, dan Allah janji, lepas kita dah rasa susah tu mesti ada kesenangan menyusul. selalunya bila kesenangan itu datang, ana memang akan terus lupa perasaan marah tu :)

dan puasnya rasa bila kita berjaya sabar dengan seberat berat dugaan, wah, memang nikmat hee.

go huda. mungkin tahap kemarahan kita lain lain. tapi, keep on bersabar YAY <3

KhalilahAlhudaKamilen said...

>anony 1
aik? ini pelik. macam tahu?
InsyaAllah, semoga :)
thanks

>syi
kalau rajin gue story mory,
kalau malas, i'm so sorry! wahaha :P

>anony 2
haah, marah tu kira patutla
tapi kena jaga :)

>atey
yeah, klu marah over things will get worse.
thank you atey,
sekarang dah okay :)