Pages

Friday, May 18, 2012

kita satu pasukan, hoyeah!

assalamualaikum, bismillah.

dulu masa kami 4 beradik kecil-kecil, kami suka tengok cerita kartun yang berpasukan. sebab fair la, setiap orang dapat satu watak. paling ingat power rangers dengan teletubbies. (tapi goku, slam dunk, doraemon etc pun layan jugak.) dan konon-konon watak yang ada tu memang sesuai dengan karakter kami. seolah-olah pengarah cerita tu buat cerita untuk kami. *over sikit pulak –_-

disebabkan jarak umur kami dekat-dekat je, memang kami rapat. tulah kawan gaduh tarik-tarik rambut, hihi. tu jugaklah muka yang tidur sekatil bedtime story sama-sama, mengaji dan tasmi’ hafazan dengan abi sama-sama tu, dan tu jugaklah kaki gosip ehem ehem, kaki gelak sama-sama sampai kena tegur dengan abi sebab banyak sangat cerita dan gelak tak ingat dunia kalau duk bercerita. eh tapi tu bukan aku. haha yo yo oh je

[12 tahun lalu, kami yang selekeh]

sekarang, Husna pun dah nak masuk U, semua dah ada haluan masing-masing. dan aku suka kombinasi kami sekarang. dan sebenarnya bidang yang nak diambil oleh masing-masing juga ada meeting kami walaupun secara tak formal. ingat lagi wafda cakap dekat aku masa aku bercadang nak ambil Law ; ‘ huda, kau ada peluang ambil medik, ambillah medik, nanti abiumi/ahli keluarga sakit ada yang tahu. biarlah aku dah ambil Law’ lebih kurang macam tulah. sungguh, ayat tu berbekas dalam hati aku walaupun mesti wafda tak ingat dia pernah cakap macam tu dekat aku. hoho

abi dan umi tak pernah paksa kami ambil apa-apa bidang,cuma abi pesan ‘ambillah apa-apa bidang pun, yang penting jadi pakar dalam bidang tu’

sekarang kami berjuang dengan jurusan masing-masing. semoga Allah redha dan permudahkan segalanya.

Wafda, 22 tahun, ambil Law Syariah dekat KUIS. tak silap, tahun depan dah nak habis. dia ni, nak ada pertandingan debat, baru nak call aku, mesej-mesej tanya tips. aku dah pencen ni memang sangatlah membantu. takpun call aku nak shopping. apakah? haila. dia ni banyak cakap, terlebih ramah. serius, ada je benda nak cakap –_-

Aminah, 21 tahun, ambil Usuluddin dekat UM. bakal ustazah pilihan (?) sebelum ni, kalau ada apa-apa benda nak tanya, aku call/mesej abi. kadang-kadang abi gelak dengan soalan aku T_T sekarang aku banyak tanya cik minah ni, tapi dia pernah cakap dekat aku ; ‘kau ni tak habis belajar ke ape?’ ambik kau sekali kena perli habis. yelah, kena juga tanya yang lebih arif kan.

aku, masih belum 20an. baru 19, ceh bangga. tengah buat pre-medik dekat Aucms. setakat ni, kerja aku menakutkan zaid zaim, dengan menunjukkan gambar-gambar parasit supaya diorang ni bila main pakai kasut dan mandi bersih-bersih. haha. ketip kuku pun aku yang kena ketipkan lagi. ape punya budak la.

Husna, 18 tahun, bakal belajar di UiTM dungun, dalam Culinary Arts. (kesian gila tercampak dekat Ganu sana.kahkahkah). dia ni, ibarat kakak kepada kakak (aku la tuh) dia memang matang dan ‘besar’ dulu daripada aku. aku kagum dengan semangat dia, amboi dah siap tanya senior-senior sebelum Spm lagi pasal Culinary Arts. dia tahu apa dia nak. dah siap pergi kursus memasak, jadi junior chef chef Sabri lagi. jeles aku. dan tak payah nak compare sangat aku dengan dia. memang telah diakui, dia memang jaaauh lebih hebat daripada aku bab memasak. memang sodap la dia masak. umi pun kadang-kadang tanya dia. cukup,tak boleh puji lebih-lebih. dia dah cukup kembang dah.

eh, buat-buat lupa pulak yang aku ada lagi adik. tapi diorang dua ni macam generasi kedua dalam adik beradik kami. dua-dua lelaki, sorang nak jadi engineer, sorang nak jadi polis, dua-dua budak lagi. kitorang berempat dah masuk U diorang tak habis lagi sekolah rendah. tak payah ceritalah. banyak main game dan cerita pasal bola je depa tu. ceh, diskriminasi. apapun aku sayang mereka semua, kerana Allah. nanti kita masuk syurga sama-sama ye. lagi hoyeaaah :D
* * * * * * *
kami adik beradik memang tak macam adik beradik orang lain. cakap guna aku-kau je. hmm. entah sejak bila. masa kecik mana ada guna aku-kau. evolusi tanpa sedar. bagi sesetengah orang nampak kasar. tapi entah kami dah biasa, dan kata cikgu bm aku, penggunaan aku-kau ada 3. masa cakap dengan Tuhan, bahasa orang yang mesra dan rapat, yang ketiga bahasa kasar. faham-faham jelah kami kategori mana kot

bila dah besar ni, dekat rumah tau-tau jelah selalu cakap pasal apa. wallaweh, anak muda, jiwa remaja. fuh. abiumi sekarang macam sahabat,sangat open. tapi bila cakap pasal tu, ye ye aku memang selalu terkebelakang. terkejut juga bila umi tanya, siap bagi cadangan. lawak oh. yelah kan, yang lain excited siap dah ada plan dah, (haha) eh eh, aku forever alone. suka buat pura-pura tak tahu dan tak kesah. haha, kau memang huda. aku ada plan ape, cuma masa sekarang, aku mahu..

sibuk menyiapkan diri,
sibuk menuntut ilmu,
sibuk memajukan minda,
dan sibuk menggandakan amal!

nak cakap rindu rumah, tapi apa cengeng sangat aku ni.t.kasih baca coretan aku. ok, bye, astaghfirullah, assalamualaikum.

ramadhan 63 hari lagi :)

6 comments:

sevenNeedLes said...

hahahahahahahahahahaha
gelak tak habis lagi baca phrase nt

'setakat ni, kerja aku menakutkan zaid zaim, dengan menunjukkan gambar-gambar parasit supaya diorang ni bila main pakai kasut dan mandi bersih-bersih'

HAHAHAHAHAHAHA huda huda kreatif eh nt ni *sambung gelak lagi ceh over.

KhalilahAlhudaKamilen said...

Amboih hang, gelak kemain :D

hahahaha, kita mestilah kena kreatif untuk mengenakan budak. kita gelak, depa tu percaya tau tak. hihihi :P

khalidah alhusna kamilen said...

jangan camni bro. MALUUUU :"> HAHAHAH
btw thanksss hikhikihikhikhik

KhalilahAlhudaKamilen said...

Yo yo oh je malu. Hahaha

u r most welcome my dearest sis :D

Latifah Maisarah said...

seronok gila baca wlupun dah terlambat.. hehe ^^

Latifah Maisarah said...

seronok gila baca.. walaupun terlambat ^^