Pages

Thursday, May 24, 2012

nur dah khatam AQ

assalamualaikum, bismillah.

beberapa bulan yang lalu, aku ada tulis pasal Nur, cerita : orang biasa yang luar biasa. dan ya, Alhamdulillah, Nur dah Khatam baca quran :]

setiap hari,kalau tak ada halanganm lepas maghrib tunggu isya’ aku dan dia baca quran sama-sama.
mula dengan susah-susah, sampai lancar, sampai dia khatam
Alhamdulillah untuk nikmat tu.

dia khatam tarikh keramat juga, senang nak ingat, tanggal 1 Rejab. kita baca doa khatam masa tu azan isyak. rasa perasaan tu susah nak gambarkan. dan aku bersyukur untuk itu. sebelum ni, aku janji dengan dia, aku akan hadiahkan dia Quran baru bila dia khatam, dan aku minta maaf dekat dia, aku tak jumpa quran purple untuk dia ;’( muka depan quran tu aku tulis sebijik macam yang aku tulis masa aku hadiahkan quran dekat syi *rindu syi*

jadikanlah AQ sebagai kawan baik nti ‘
– cuma untuk Nur, enti ditukar dengan ‘awak’ hehe.

peringatan untuk aku juga, untuk jadikan AQ ‘kawan baik’. habis khatam kami peluk sama-sama. aku gembira untuk dia. bacaan dia jauuh lebih baik dari mula-mula dulu. dia berterima kasih dekat aku. tak, tak, tak, bukan perlu terima kasih pada aku, tapi kita sama-sama bersyukur kepada Allah :)

aku banyak juga belajar daripada dia.

lepas habis khatam tu, malam tu, kami cadang nak qiyam sama-sama. dia pesan dekat aku ‘huda, awak kejutkan saya esok pagi’ ‘InsyaAllah, InsyaAllah’. dan malam tu aku tidur lewat sikit, esoknya bila aku bangun dalam 15 minit nak dekat-dekat pukul lima, check handphone ada mesej daripada Nur.
                                                  ‘ Huda, bgn! Open-mouthed smile

rupanya dia dah kejutkan aku 30 minit sebelum aku bangun. aku tak sedar dia ketuk pintu, lena sangat kot (lainkali tidurlah lewat lagi –_-) dan sebab pintu berkunci, dia tak dapatla gerakkan aku. bila aku keluar nak pergi tandas gosok gigi semua, di ruang tamu, dia dah bertelekung duduk atas sejadah dan tengah mengaji dengan quran baru :) subhanallah, aku jadi kagum dengan dia.

beberapa hari sebelum tu, waktu petang, masa aku baru balik usrah, dia tegur aku ‘huda, usrah awak hari ni tadabbur ayat apa?’ aku pun ceritalaa. aku nampak mata dia bergenang.  ‘Nur, awak kenapa, jangan tipu, awak macam sedih. nape?’ dia taknak jawab. lama lepas tu, dia pun cakap. kami nangis dan gelak sama-sama petang tu. *lawak jugak bila fikir balik ;p’ dalam banyak-banyak yang dia cakap ;

‘ saya ada tadabbur ayat Quran hari tu, buat saya terfikir. saya nak berubah, saya nak pakai tudung muslimah’
’baguslah macam tu :)’

beberapa hari lepas tu, dia beli tudung baru. dan dia nampak cantik dengan tudung barunya. sungguh! dan nur, bila diajak pergi program, sangat susah nak tengok dia tolak.

Allah pilih dia.
untuk jadi muslimah yang lebih baik.
untuk jadi hambaNya yang lebih baik.
dia mungkin lebih baik daripada kita.
yang penting bukan permulaan, tetapi pengakhiran.

doakan nur istiqamah. buat aku juga. buat kita semua.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
terima kasih juga Nur sebab ajar aku banyak benda.
1 rejab 1433, tarikh itu ada maknanya buat aku dan dia juga barangkali.

astaghfirullah, sekian, wasalam~

*ramadhan 57 hari lagi :)

4 comments:

syifa' kamarudin said...

the feeling klu tgk org yg kte sayang berubah jd baik, angat2lah terharu. buatkan kte fikir, kia ni dah cukup baik belum? slalu je kte fikir, die nie lebih baik dr kte sebenarnye, kan?

moga terus thabat,,
riiiindu huda :P

KhalilahAlhudaKamilen said...

Haah. Betul3
muhasabah

InsyaAllah, ameen
*rinduu syii jugak. Uwaaa :p

Anonymous said...

x sempat nk congratulate 'nur' lg,,, huda jugak. tolong smpaikan. nnt balik sy peluk dia lagi... =) he3
malunya kt nur, trsa diri ni kecik sangat2... ;(

KhalilahAlhudaKamilen said...

Xkenal ;(
Takut salah teka.
Buat sendirila. Hohoho ;P