Pages

Saturday, May 12, 2012

salah faham terhadap Islam

assalamualaikum, bismillah.

apa yang aku tulis ni sedikit je daripada salah faham terhadap Islam yang banyak-banyak. dan hujah ni, sedikit je daripada banyak-banyak hujah yang ada. harapnya ada lah terselit dimana-mana manfaatnya.

apa-apa pun, sebelum hujah-hujah lainnya, persoalan-persoalan tu pertamanya, kita umat Islam yakin itu semua hak Allah. atau bahasa pasarnya, semua itu suka hati Allah nak buat apa-pun. Dia Tuhan dan Tuan kita. so, tak ada masalah.

kata seorang speaker, kalau nak debat dengan kristian katolik kena banyak guna logik, kalau krisitian protestan kena guna bible. eh ortodoks, tiada tips. hehe. aku tulis untuk umum je.

terus kepada persolan

1) Nabi Muhammad gila seks? sebab ada 9 isteri dan Aisyah r.a dikahwini pada usia 6 tahun? 

perkara pertama, bila orang tuduh nabi Muhammad gila seks, perlulah kemukan bukti atau tanda-tanda orang gila seks yang ada pada nabi. kalau orang ada penyakit diebetes ke darah tinggi ke, mesti ada tanda kan? mana aci tuduh pakai sebarang cakap je. ada ke tanda-tandanya? hmm, *wondering

secara umumnya, semua orang tahu, rasulullah mengahwini s.khadijah yang tua 15 tahun daripada baginda. dan, s.Khadijah pernah dua kali menjadi janda. dan, selama 25 tahun baginda bermonogami. setelah wafatnya s.khadijah Rasullullah menjadi duda selama 2 tahun. boleh ke orang gila seks duda 2 tahun. eh,ada ke tanda gila seks dari awal tu?

9 isteri ? kenapa tak ceraikan lepas turun ayat hadkan 4 je. Allah yang larang, fullstop [33:50-53]. dan hanya s.Aisyah r.a sahaja yang anak dara semasa dikahwini. hmm, ada orang gila seks nak berkahwin banyak dengan janda dan kena bertanggungjawab atas semua isterinya? bertanggungjawab tau, bukan touchn go *wondering*

hal s.Aisyah, walupun masa tu umurnya baru 6 tahun, itu ada kebiasaan masyarakat arab masa tu. dan tahu tak, sebelum s.Aisyah mengahwini baginda, dia telah bertunang dengan anak Abu Jahal. nak tunjukkan, itu adat masa tu. eh, anak Abu Jahal tak dituduh pula? hmm. dan, Rasulullah hanya tinggal dengan Aisyah selepas dia baligh. againn, ada ke tanda gila seks?

2)kalau Allah berkuasa, kenapa nak cipta malaikat untuk bantu Dia?

pertamanya, sugguhpun Allah yang cipta Malaikat, Dia menciptakan bumi ini sendiri. dan tanpa bantuan malaikat, Dia pernah je bercakap dengan nabi Musa, walupun biasanya malaikat menjadi penghantar wahyu. dan Malaikat dibuktikan tidak lah tahu dan berkuasa melebihi Allah. dan malaikat juga tak tahu beberapa perkara melebihi ilmu Allah. contoh [2:30-32]

kenapa Allah nak cipta malaikat? to show his divine creation who obey Allah totally 100%. He can do anything he wants.

3) Allah yang ciptakan manusia, kenapa tak ciptakan semua Islam je?

eh, siapa kata Allah tak boleh buat macam tu. boleh je [10:99] dah kita kata dunia ni ujian, inilah ujian. Allah turunkan nabi, turunkan kitab. semua yang benar. kita yang tentukan hidup kita. pilihh. Allah tak pernah menzalimi diri kita. Allah tu adil, tak ada special apa sangat pun kalau lahir islam atau tak. amalan yang penting. yang utama bukan keadaan kita dilahirkan. tetapi bagaimana keadaan kita mati nantiii.

4) sembah kaabah, sembah berhala jugak?

ni memang selalu timbul salah faham. dan ramai juga dah terangkan. kaabah yang disembah itu hanya ‘arah’. it’s not about direction but place [2:144-149]. kalau angkat kaabah tu letak dekat malaysia ni haa, tetap kita solat arah mekah-masjidilharam sana kan. kalau zaman nabi dulu, sahabat laungkan azan panjat atas kaabah. cuba sekarang suruh orang yang sembah patung berhala pijak patung berhala tu punya kepala. huh, ada berani boleh cuba. lain, lain, lain. dah cakap lain kan. hmm

erk okay, setakat persoalan tu dulu. setakat sesimple itu dulu. kalau ada kesempatan lain, akan cuba tulis persoalan lain. tapi tak dapat nak janji. huhu.  dan tak tahu kenapa, tak dapat lari juga daripada tulis ayat skema. ampun –__-

kalau ada hujah lagi mantop untuk persoalan ni, sila-sila utarakan. kalau ada salah atau teguran, sila-sila utarakan juga :D semoga ada manfaat. sekurang-kurangnya ilmu bertambah 0.00000001 pun okay lah. ye dok? sekian, wasalam

*ramadhan 69 hari lagi :)

2 comments:

Isyraf Imrani said...

syukran, macam sama je dengan slot time daurah OS7 yang last haritu.

KhalilahAlhudaKamilen said...

oh, ye ke sama,
tak tahu pun.

boleh revise ilmu yang dah ada,,