Pages

Monday, May 7, 2012

satu lagi

assalamualaikum, bismillah

pertamanya, aku sangat bersyukur sebab abi tak bagi balik minggu ni. sebabnya aku dapat peluang ikut program IDT fasa 1 (Intensive Dakwah Training) 2 hari. seriously, I learnt a lot from this program. alhamdulillah. hope this knowledge really useful for me and for the ummah, InsyaAllah

speaker ada 4 orang, bro Lim Jooi Sun (muallaf, before ni, BTC then christian), bro Mohd Amin Yaacob, bro Firdaus (muallaf) and mr. Kamaruzzaman. so apa aku belajar? banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak. skop dia , comparative religion. kira umumnya belajar pasal Christianity, Buddhism, Hinduisme. bosan ke? of course tak! eh, why we need to learn about comparative religion?

simple : if we didn’t compare, we will never know which religion is the truth and we will not appreciate our religion. we should practice islam with full of consciousness that Islam is the truth-because we really know that, not because we’ve inherited it from parents. lain ma!

awal-awal kena ‘basuh’, eh betul ke baca bible, iman boleh goyang? heh, kalau aqidah memang tak mantap pergi mana-mana pun iman goyang. eh, orang islam yang berjudi, berzina , buat dosa, iman dia goyang tu sebab baca bible ke. erk. sengih sendiri. so, as long as we know and believe that only Quran is words of Allah, Al-haq, should we afraid with other book such a bible?

ok, basically, belajar pasal sejarah christian, bible, rukun agama dia,ada berapa pulok mazhab dia, bukti bible tak benar, buddhism, chinese beliefs and hinduism bla bla bla. selain tu belajar jugak pasal misconception about Christianity. banyak yang kita salah faham, contohnya pernah dengar tak/dapat mesej ke pasal;

- sesiapa minum holy water, tak boleh mengucap, lidah keras ?
- 250000 orang islam Malaysia murtad ?
- ada 1900 paderi datang di Malaysia, dekat PD ?
- bila orang christian nak mati, paderi akan bisik ‘sebenarnya agama islam yang sebenar’ ?
- tengok salib iman lemah ?
- dll.. etc

betul ke semua tu? mostly tak betul. we create, we believe something to frighten ourselves? ini pelik kan. balik program ni, aku sekurang-kurangnya dapat tanggapan baru dan jawapan untuk persoalan ni. nak ulas satu-satu panjang, hmm

tak kurang jugak ada misconception about Islam, yang biasa dengar, tapi kita tak tahu nak jawab mungkin? ;

- nabi muhammad gila seks? 9 isteri, kahwini Aisyah pada umur 6 tahun? na’uzubillah
- nabi ‘ummi; buta huruf, kenapa Allah suruh baca ; 'iqra’
-Allah yang ciptakan manusia, kenapa tak ciptakan semua Islam je ?
- Islam tak adil – poligami, batasan aurat, perempuan tak dapat bidadari, suami boleh pukul isteri?
- kalau Allah berkuasa, kenapa nak cipta malaikat untuk bantu Dia?
- Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kenapa nak cipta neraka untuk azab manusia?
- sembah kaabah, sembah berhala jugak?
- dll

banyak jugak. nak explain satu-satu, susah juga nak tulis. kalau lisan lain la kan. but I will try my best to explain it in other post, InsyaAllah. mungkin, boleh tolong betulkan sikit-sikit and share ilmu sikit-sikit mana yang dapat. err tadi brother firdaus tanya ; who is a blogger here? it is good if you can share something from what you know to others. maybe someone can get ‘something’ and you will get the rewards. ini menyambut seruan namanya, InsyaAllah ;p

selain belajar bab agama lain, yang paling menarik jugak topik ; Keaslian Al-Quran.

macam mana nak buktikan Al-Quran ni asli? hujah tolak tanggapan orang lain pasal keaslian al-quran. fuhh panjang jugak nak ulas ;/ tapi lepas dapat pengisian tu, InsyaAllah, keyakinan meningkat.

lepas habis belajar comparative religion ni, bro Lim tanya ; sekarang kamu dah belajar pasal benda ni ada tak iman menaik sikit? senyum. ada sesiapa tak, yang nak masuk christian, Buddha/ Hindu ke? boleh angkat tangan. sengih.

cukup setakat tu dulu bab pengisian.

satu perkara yang betul-betul buat aku rasa macam teruja + sebak la kot. bila semalam brother lim cakap; today we have a sister who wants to embrace islam. semua senyap. tengok depan mata kepala sendiri brother Lim ajar dia ucap kalimah syahadah. dia ikut satu-satu.  tak tahu kenapa rasa macam nak nangis. then, brother Lim cakap, Tahniah sebab dah kembali semula kepada Islam. now you have 1.7 billion brothers and sisters in Islam. welcome back, sekarang dah suci bersih dah. dan mungkin kalau kita semua meninggal dekat sini, sister tu akan masuk syurga dulu. subhanallah.

last tu brother Lim cakap dekat kitorang: so sisters, don’t all of you want to welcome her? so, kami semua pergi depan. aku orang first salam dia. I just said ‘ may Allah bless you :) ‘ tak tahu nak buat apa lagi.

sebelum balik, jumpa En Kamaruzzaman. last jumpa masa zaman sekolah kot. abi suruh kirim salam tanya something blablabla. dia ingat, aku jumpa dia dekat debat Uia, time tu lawan anak dia. hehe. tiba-tiba dia cakap dekat brother Lim, aku siapa , dan cakap ‘dia ni bagus bagi speech ni’ erk. brother Lim cakap, sumbangkan tenaga, belajarlah perbandingan agama. sentap.

fikir fikir, aku memang rindu debat, sekarang dah stop sebab tak ada medan. dan eh betul ke tak ada medan? ada je. debat perbandingan agama. interesting! banyak lagi kena belajar. dan kena berani. hoho

semoga Allah tetapkan iman kita
semoga kita dimatikan dalam iman dan islam
semoga kita tsabat.
InsyaAllah, ameen

astaghfirullah, assalamualaikum.
ramadhan, 74 hari lagi :)

7 comments:

Isyraf Imrani said...

menanti perkongsian seterusnya :)

KhalilahAlhudaKamilen said...

InsyaAllah, akan diusahakan :D

pencinta bahasa said...

Salam..
nak promote satu program yang insyaAllah bermanfaat untuk dihadiri bersama keluarga dan rakan-rakan..

http://my.being-me.org/

KhalilahAlhudaKamilen said...

wasalam,
jaakillah :D
memang bercadang nak pergi sebelum ni, tapi masa tu minggu exam final sem ;(

apa pun, syukran lagi sekali :D

Atif Sadiqqi Nor Azlan said...

alhamdulillah..bagus2
:)

Atif Sadiqqi Nor Azlan said...

subhanallah :)
nanti join la IDT 2 plak
:)

KhalilahAlhudaKamilen said...

InsyaAllah,kalau tak ada aral melintang, memang look forward to it.