Pages

Monday, June 11, 2012

angan-angan ke Ireland

assalamualaikum. bismillah.

takdir dan susunan Allah tu Maha Hebat.
apa yang kita taknak, bukannya kita boleh halang kalau Allah nak bagi jugak
macam tu jugak benda yang kononnya kita tak pernah terfikir, Allah boleh je nak bagi, ikut suka hati Dia.

aku tak pernah terfikir nak ambil medik, apatah lagi jadi doktor. bosan dah bagitahu –_-
aku pernah menyenaraikan sebab-sebab kenapa tak nak jadi doktor. beria taknak. penatla dengar semua orang nak jadi doktor.
aku fikir, aku rasa aku sesuai kerja tough sikit. ye ye oh je. tu yang nak jadi tenterala, engineerla. konon
takpun, aku rasa aku sangat suka mengajar, jadi okayla jadi lecturer/cikgu. sesuai dengan diri lah konon-kononya jugak.

memang angan-angan dan cita-cita nak belajar dekat oversea dari dulu lagi, sebab suka nak tengok tempat orang. dan bila dah bulat okayla ambil medik, aku memang nak pergi mesir. baca cerita orang mesir macam k.fathiyyah dan k.iman, aku rasa nak pergi sana. keinginan yang kuat betul.

tapi, bila nak apply scholarship Mara tu, umi cakap ; ‘selain timur tengah atau belajar dalam negara je’

sentap jugalah. rasa macam berkecai impian nak pergi mesir. tapi kutip balik serpihan tu, dan gagahkan apply Ireland. tahu, macam sangat tipis peluang nak dapat. pulak tu ada hati apply RCSI. huda oh khalilah oi

bila minggu first datang sini, ada sorang classmate ni interview ; ‘kenapa huda tak apply belajar dekat mesir? kenapa pilih Ireland?’ erk, lawaknya, ada orang punya first impression kat aku = ustazah. heh. so kenapa tak minta pergi timur tengah? banyak pulak tanya. jawapan aku mudah je

‘mak tak bagi. ada ke lagi sebab yang lagi besar untuk tak ikut cakap mak kita? impian dihati takpe letak tepi, redha mak kena cari’

P1020042

rezeki Allah, mana tahu doa abiumi juga, dapat offer belajar dekat Ireland. mana pernah terfikir. masa dapat surat ni, tak tahu nak describe perasaan macammana, abi berat nak bagi pergi. risau. suruh masuk je UM. masa tu sedih jugak lah, tapi lama-lama okay. lampu hijau. angan-angan dah start dah. tapi, hmm, benda ni bersyarat. angan-angan pun agak-agakla, benda tak sure kan. usaha dan doa minta yang terbaik.

beberapa minggu lalu, cerita lama lagi kena panggil, untuk dapat result interview. berdebar tak payah cakap lah bila dapat sampul tu. tipulah tak ada orang nangis-nangis-nangis. bukak-bukak alhamdulillah,, alhamdulillah.

P1020038P1020037

lepas tu lagilaaa panjang angan-angan, kiranya one step closer. campur dengan kawan-kawan lagi. macam-macam.

‘nak pergi mana? galway ke cork?’
’cork la bandar sikit’
’galway lah, cantik sikit . low living cost lagi. boleh simpan banyak duit’
’macammana ni aku tak tahan sejuk, macam mana nanti?’
’sama la, muka asyik kering jee. kena beli moisturizer’
’nak bawak ape eh, banyak barang nak kena beli sikit nya 25 kg je’
’nak bawak budu, maggi cukup rasa. hehe’
’nak beli cameralah nanti’
’nanti nak pergi umrah tak? jom! mesti berbaloi, pakai duit sendiri’
’mestilah nak, kita jalan jordan, turki, sepanyol, tengok tempat sejarah Islam’
’kita pergi jugak la london, france,Jerman, rom. europe tour’
’kan best kalau kawen dekat sana, boleh honeymoon, jalan-jalan dekat pelbagai negara’
yolah T_T

macam-macam lagi kalau nak listkan. tapi,

aku ingat lagi, masa kena duduk dan fikir, list down, buat compass setting, kenapa nak sangat pergi Ireland ni? lama. lama. susahnya nak bulatkan hati tu. setakat nak pergi jalan? tolak tepi. syok belajar dekat oversea? luruskan hati. seronok dapat belajar medik dekat Ireland? ketepikan semua tu.

yang lain boleh, tapi datangkan Allah dan rasul dulu melebihi segalanya. mind setting ni, selalu sangat kena ingatkan. hati ni liar sangat. *ketuk kepala!* kadang-kadang terikut juga excited sebab yang ‘pendek’ je. walhal kita sepatutnya buat semua benda untuk memenuhi tujuan hidup kita. mencari mardhatillah tu penting. memang cakap lagi senang dari buat kan?

dalam terus-terusan berangan tu, terusan jugalah kena tajdid niat ni ha. sengaja buat-buat lupa pulak, hadith 1 pasal niat yang dah masuk telinga ni banyak kali dah ksn. ‘semua benda berdasarkan niat. kita dapat apa yang kita niatkan. hijrah sebab Allah dan Rasul, dapat Allah dan Rasul. hijrah sebab perempuan? boleh, dapat lah perempuan’

konsep yang sama, point yang sama. niat kena betul.

best berangan, serius best. sebelum apa-apa realiti yang berlaku, bermula dengan angan dan impian. betul la tu, teruskan berangan. ye, aku akan terus berangan. tapi, angan-angan tu ikat dengan niat yang betul. macam tu baru okay. boleh dapat ‘lebih’.

sekarang pun, diambang final yang mendebarkan. seminggu lagi study week. lepas pointer, IsyaAllah hujung tahun, jumpa di Ireland. ameen. aku optimis, semua kita [budak mara pre med] akan pergi, InsyaAllah. kena banyakkan berdoa. doakan sama-sama. ‘tekanan’ tu ada sikitlah. dengan parents dah excited, nenek, makcik, kawan-kawan dah beria nak hantar dekat airport. uwaaa. yes, there is no other option now, I’ve to study hard, pray hard, tawakkal ‘alallah.

nanti boleh pergi sini. cliff of moher. banyak lagi tempat teringin nak pergi sebenarnya

ireland-cliffs-of-moherwalaupun UCC famous lagi kot, tapi aku berangan nak masuk NUIG. Allah izinkan, InsyaAllah. tak tahulah rupa NUIG betul ke macam ni. aku google je. ni sebahagian je kot. hihihik

nuig
tahniah, baca sampai sini. jumpa lagi. astaghfirullah, sekian, wasalam. nak sambung berangan. eh tak, sambung buat kerja. amboih huda, nak buat report lah konon, sepanjang ni kau boleh update blog. erkkk, dah ngantuk pulak –,-

DARE TO DREAM~!

*ikut pegamatan aku, blogger-student bila musim exam, lagi banyak pulak post dia. haish, jangan main-main. last sem!
* ramadhan 39 hari lagi :)

15 comments:

shakira suhaimi said...

undeniable mmg blogger- student akan menjadi jadi post bila nk dkt exam ni -.-"
kak kynah pernah cakap: kalau nak ikutkan sama je belajar medic kat Ireland or Malaysia mcm UKM or UM, tpi mesti ada sbb Allah letak kita kat suatu tempat tu. Mesti Dia nak kita belajar sesuatu yg lain yang kita akan peroleh di tempat itu yg ssh nak dpt kat tmpt lain :)

ateyyyy said...

nt. somehow ana rasa nak nangis baca post ni.

haa, ireland was a big dream of mine huda.
walaupun ana tak berpeluang, alhamdulillah nt yang terpilih untuk sambung impian ana.

aiceh wah ayat. oh tapi ana serius ;)

go Huda :')
*kalau ade duit ana lari dari India pergi jumpa nt tau.

Munqiza Naqhiya said...

'ikut pegamatan aku, blogger-student bila musim exam, lagi banyak pulak post dia. haish, jangan main-main. last sem!'
dush! dush! dush!
kena kurangkan post ni. (kalau boleh) -.-"

usaha demi Allah ya! tajdid niat. semoga segalanya demi Allah semata. :)

KhalilahAlhudaKamilen said...

> kira
haha, betul kan?
betul betul betul.
harapnya nanti kita akan belajar 'benda' tu. InsyaAllah ;D

>atey
oh, huhu.
go atey jugak ! :)
maka, silalah cukup-cukupkan duitnya. heeee

>mun
dush! dush! dush! dekat orang yg menulis ni haa kena lagi banyk. hehe.
InsyaAllah, sama-samalah :]

syifa' kamarudin said...

hudaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok mengarut.

DREAM BIG! :D

KhalilahAlhudaKamilen said...

pe yang mengarutnye? --'

hehe. oo yeaaaaaaah!

Icey 'Aisha said...

Insya-Allah. Can't wait to see you in Galway! Pilihlah Galway, serious best! Hihihi. :D

Akak dulu nak pi Cork jugak, sedih bila dapat Galway, tpi bila dah sampai sana, Alhamdulillah, rasa bersyukur dapat Galway. Sebab ada Salthill. Heeee. :D

syifa' kamarudin said...

yg mengarutnye adelah ana tulis hudaaaa panjang2 HAHA

KhalilahAlhudaKamilen said...

InsyaAllah :)
Can't wait to see u there too ;D
tiba2 lg xsabar. Eh, Okay, rilek2. Hehe -,-

syi, pelikla nt. HAHA

Norain Ishak said...

Assalamualaikum..

Salam ta'aruf.. :)
Akak saje je google around jumpa pulak blog awak.

Oh u can call me kak Ain Ishak, nak masuk 2nd year medic full course dekat UCC. dulu buat a-level kat kyuem.

marilah datang cork! cork memang besttt~ ramai yang terror cooking and baking, hehe, promot sikit.

anyway, good luck for your exam. may Allah grant u and ur frens success in exam.:))

wanne abdul said...

interview mara macam mana ea? fully english kan? kalau kita tk fluent sgt mcm mana?

wanne abdul said...

interview mara macam mana ea? fully english kan. kalau tk fluent english mcam mana yeee

KhalilahAlhudaKamilen said...

Haah fully english.
kalau tak fluent, kena parctice. hehe

InsyaAllah boleh! :)

syafi nabilah said...

Assalamualaikum kak huda. Aaa syafi pon apply mara medic ireland. Aaa camne nii ?? HAHA nervous amat. Boleh tk share dia tanya apa dekat akak dulu ?

KhalilahAlhudaKamilen said...

waalaikumussalam :)

jangan nervous2. chill~~

untuk interview mara ke? kalau mara xde tanya soalan. ada task dalam kumpulan. tu je. huu

kalau interview dgn irish, pengalaman akak ada dekat sini

http://kisahkekasih.blogspot.ie/2012/03/once-in-lifetime.html

have a good day!
kalau ada rezeki boleh jumpa. weee