Pages

Saturday, June 2, 2012

drama air mata

assalamualaikum, bismillah

saat aku menulis ni, aku ada dekat Kuantan ni haa. kononnya bercuti. semalam bermalam di sini, tadi pagi pergi hantar Husna dekat UiTM Dungun, ganu kita, dan balik bermalam dekat sini semula. hari Isnin baru balik KL. -_-' erk, ye..aku ponteng kelas Isnin, dah la ada anatomy. uwaaa. dan punya selamba aku, satu habuk lecture notes pun aku tak bawak balik. padahal minggu depan punya banyak test. menangis sendirian la aku. dan tahu tak aku telah dinasihatkan supaya tak balik masa study week nanti. padan muka

eh tapi bukan tu drama air matanya.

sudah pastilah cerita siang tadi. kesian aku tengok husna tu. masa nak balik, dia tak bagi kitorang balik. menitik-nitik air mata dia. alahai, tak cover langsung. aku okay lagi kot, bila kereta dah gerak, baru air mata melaju. sendiri-sendiri. Husna tak. aku, wafda dan wak seri pun ahh nangis TERnangis jugak masa balik tu.TER okay. abi pakai spec hitam, hee no comment. kalau aku macam lembiks sikit, husna selalu bahan aku 'ape ni, kata masyab' ape kaitan -..- lu pun apa kurangnya. kahkahkah

memang jauh jugakla beza KL dengan Dungun tu. aku tahu, awal-awal ni memang susah dia nak adapt. lagi-lagi dia kaki jalan. ops. tapi hidup susah sikit akan ajar dia lebih kuat dan bersyukur. banyak lagi hikmah yang akan menyusul nanti, InsyaAllah. 3 tahun tu tak lama sangat. hee, lama-lama buleh senyum :)

apa la dia buat sekarang. hmm. okay cukup.

sebelum drama siang tadi, aku memang dah berdrama semalam. dalam kereta tengok cerita hindustan Taare Zameen Par. aku tahu cerita tu dah agak lama, tapi aku baru berkesempatan nak tengok. dalam kereta duduk belakang sekali. tiba-tiba minta tisu, hembus-hembus hingus. touching aku tengok cerita tu, serius. wafda kat sebelah dah perli-perli ' dah ada orang menangis daaaaaaah' tiba-tiba bateri habis. mood mati. sampai hotel terus aim nak sambung movie tu. wafda dah pesan, 'kau duduk jauh-jauh, menyampah aku tengok orang menangis-nangis tengok hindustan -_-' dan berdrama la aku sampai habis cerita tu. banyak  pengajaran dapat. serius.

lama aku tak nangis tengok hindustan, last nangis tengok hindustan masa cerita my family. tapi tak teruk sangat masa tu.

* * * * * *

airmata yang Allah ciptakan tu pasti ada fungsinya. kata orang, hmm sangat sinonim dengan wanita. tipikal. menangis memang tak salah. tapi sejauh mana nilai air mata kita tu? *dush dush dush*

menangis kerana Allah
menangis rindukan Rasulullah
menangis kerana mengenangkan dosa
sudah sejauh mana? 

Allah, Allah, Allah...

astaghfirullah, sekian wasalam.

*esok abi ajak jogging dekat pantai Telok Chempedak. abi tak tahu yang aku malas nak jogging sebenarnya -_-'

*ramadhan 48 hari lagi :)

2 comments:

shakira suhaimi said...

comel nya lah makcik huda ni ^^

KhalilahAlhudaKamilen said...

Erk,tak payah ckp pun, org dah tahu.
Hahahah buweekk. :P