Pages

Friday, June 29, 2012

exam oh exam

assalamualaikum, bismillah.

yeaaah akhirnya dah habis pun exam! eh silap, alhamdulillah :) setahun yang bolehla dikatakan mencabar emosi dan mental khususnya, akhirnya dah lepas semuanya. tapi sungguh pelik, kenapa tak la excited sangat. jangan kata aku sedih tinggalkan Penang ni. err, barangkali mungkin ;'( bumi yang banyak mentarbiyah aku, haruslah sedih sikit kan,,

dan sepanjang 3 semester exam di sini, banyak sangat benda baru yang aku belajar

aku ni, yang berbelas tahun ambil exam kat sekolah, hampir mustahil untuk stay up malam sebelum exam, dekat sinilah belajar stay up. housemate yang ajar. cehh. biol jugak otak ni rasanya. dan setiap semester masa exam mesti ada je aku tidur masa tengah exam. dan last paper tadi, sungguh malu aku dikejutkan oleh lecturer sebab tak start jawab esei lagi dah tidur dengan nyenyaknya. memang aku tak sedar apa. dan bila aku start jawab dengan muka tahan ngantuk nya orang lain ramai dah keluar. malu oh malu di situ ya =_=

semester 1 ingat lagi, malam exam tidur ramai-ramai kat luar, asyik terjaga je. sebab kes pencuri tulah. tak belajar apa sangat pun malam tu.

semester 2 tidur luar ramai-ramai jugak. aku terjaga tak kira lah pukul 1 ke 2 ke 3 ke 4 ke, mesti ada yang tengah study. mula-mula dulu, aku terdetik jugaklah dalam hati 'gila ke apa diorang ni?' maklumlah, aku mana pernah tengok orang study sampai pagi-pagi buta.

semester 3 aku tak tidur luar. tidur dalam bilik. tak ada banyak perbezaan pun, kalau aku terjaga, pergi tandas pukul 2 ke 4 ke, kat ruang tamu pasti ada yang tengah study. hasanah ke, lee ke, zu ke, farah ke. dahla kadang-kadang muka tu fresh gila. rasa jugaklah 'gila lah diorang ni'

aku larat stay up, aku stay up, kalau tak, tidur je. lebih prefer bangun awal pagi (kira stay up jugak lah kan.hmm) tapi paling tak selalu stay up study dalam rumah ni, memang aku lah orangnya. haih. segan

exam semester akhir (3) ni aku rasa lain macam sikit, tak tahulah nak kata semangat ke apa, rasa macam biasa je. feel dia je lain macam, tak boleh nak describe. sangat berterima kasih dengat senior yang menerbangkan ucapan, bagi poskad London lagi, bagi tips lagi, sungguh la terharu, ni kot sebab feel dia lain sikit =')

dan kata-kata, tips yang buat aku terkesan juga bila..

k.Nadia cakap, bila dia exam mesti dia bayangkan dapat jadi ahlul badar, yang Allah kirimkan malaikat untuk bantu mereka. fuhh, hati ni, sebersih ke akhul badar tu. huu. nak merasa jugak, dapatlah puasa syaaban masa exam ni. nak ambil feel perang badar jugalah kununnya. dan bila bangun, belajar awal pagi, kalau tak solat paling kurang 2 rakaat, aku mesti terbayang, kalaulah Sultan Muhd Al-Fateh ke ada lagi, tanya aku, memang tak layak lah nak dibawa pergi ke medan perang. dan exam ni pun perang jugak lah kan?

dan akak tu cakap jugak, memang lah keputusan kitorang dah keluar, interview semua. tapi kita exam ni untuk mengangkat darjat hamba disisi Tuhan yang Maha Hebat. walaupun mungkin tak seberapa sukar nak lepas pointer 3.65 tu, bila tambah dengan K.Ain cakap, Ihsan bila belajar, Ihsan! rasa.. perggh feel dia lain.. bukan setakat nak lepas pointer je exam nih.

ada seorang akak ni sarankan bila belajar tu take a break dengan baca Qur'an. aku cuba cara tu pula, selama ni set masa maghrib-isya je nak tilawah. seronok. lepas study 1 jam lebih, stop kejap tilawah 1 maqra' (maqra' eh nama * tu -_-) feel tu lain.. kalau ngantuk pun, tilawah sekejap. tapi kalau tak tahan sangat bantal je jawab nya. tak dapat nak tolong dah ;]

situasi apa pun, tidak sesekali mgencicirkan Allah, indah rasanya. dan exam kali ni, aku dah cuba buat yang terbaik. walaupun semester 2 dapat dean list (majoriti dapat kot) pointer tak berapa tinggi sangat pun sebenarnya, harap yang terbaik semester 3 ni, InsyaAllah. walaupun tak dapat dinafikan, 'boleh tahan' soalan dia. huhh. apa pun setelah berdoa dan berusaha masa tawakkal pula. dan usaha lagi untuk masa akan datang!

cuti panjang dah melambai dan menggoda. sebelum kau melaghakan aku wahai cuti, bagi aku siapkan buat plan dulu ya!

*ramadhan 21 hari lagi

1 comment:

-the pencil- said...

Salam ziarah dari ana! Moga setiap aksara menjadi saksi atas usaka kita di dunia. Lebarkan sayap DnT seluas-luasnya! [^.~] Long time no see! miss you lillah.