Pages

Wednesday, June 6, 2012

kau lain aku lain

assalamualaikum, bismilah.

aku ; tak semestinya aku. kau juga mungkin aku. aku juga mungkin kau

memang, kita tak sesekali dilahirkan sama.
sungguhpun, matamu lebih cantik, hidungku lebih mancung.
mungkin kau lebih kaya, tetapi aku mungkin lebih pemurah.
kau suka kelabu, aku suka biru.
walaupun kau kurus, aku lebih bergaya.

ok, cukup-cukup perbezaan luaran = apa yang nampak. kita juga berbeza dalaman.
err jangan fikir jauh sangat. kecilkan skop ; mujahadah kita juga berbeza.

kau rasa aku senang bangun pagi, kau tak tahu aku pula susah berjaga malam
kau aku lihat sangat gilakan drama korea, kau tahu kan aku pula minat hindustan?
kau nampak aku cool je single, tapi kau tak tahu aku mati-matian nak jaga hati
kau mungkin kaki games, aku pula kaki blogging
kau sibuk nak jaga mulut, kau tak tahuaku nak jaga hati separuh mati lagi susah dari tu

cukup,, memang, memang banyak lagi beza kau dan aku.
kita sama-sama berusaha nak bina sikap yang lebih baik, kita sama-sama nak jadi hamba Allah yang baik, nak jadi manusia yang jauh lebih baik. kita sebenarnya sama-sama nak NYAH! jahiliyah daripada diri kita. SAMA, cuma mujahadah kita berbeza.

kita kalau tak pernah couple, tak rasa susahnya nak putus.
kita kalau tak suka main game, mana tahu susahnya nak tinggalkan.
kita kalau tak rasa layan korea beratus-ratus episod, mana tahu resah sekali tak tengok
kita kalau mulut celupar lepas sana sini, baru tahu rasa susah nak jaga mulut
kita yang susah bangun pagi, baru tahu sengsara nak bangun pagi

jangan perlekeh rasa ‘susah’ orang lain

kadang-kadang, 'nilai' susah berubah sikit tu lagi besar 'nilai'nya daripada orang yang senang buat benda besar.

kita, ada medan kita masing-masing,
hormati mujahadah masing-masing. susah bahagian kau lain, susah dia lain
tak penting kita di mana sekarang ni, yang penting terus bergerak untuk maju
kalau rasa macam dah baik, harus jadi lebih baik,
kalau belum baik, harus jadi baik

jangan duduk setempat, dibuai lena, bahaya!
meskipun kau di tangga ke seratus ke, ke empat ke, mahupun di tangga pertama,ataupun baru bermula, kau harus bergerak. HARUS. kalau tak kejam sangat, WAJIB.

sebab itu kalau kau rasa senang nak bangun pukul 5 pagi, kau cuba pula bangun pukul 4 pagi. kalau senang nak derma seringgit, hulurkan pula 2ringgit. mudah 1 juzu’ sehari tilawah, tambah pula hafazan setengah muka.

mujahadah, rasalah mujahadah tu!

jangan sibuk pandang orang lain, pandang dirimu dan lihatlah betapa banyak yang perlu kau perbaiki. sesekali jangan merasa cukup untuk menjadi lebih baik. sesekali tidak,

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

membenci (benci, bukan setakat tinggal)jahiliyyah yang hampir sebati dalam jiwa, tak mudah!
dan sekali kau dapat membencinya,manisnya imanmu. hehe :)
lepas tu pasti kau akan benci lagi maksiat+jahiliyyah dan terus-teruslah merasai nikmat kemanisan iman, InsyaAllah. indahnya,,

sungguh, mujahadah itu pahit, kerana syurga itu jauh lebih manis!

orang yang pernah berada dalam kegelapan je yang akan benar-benar menghargai nikmat terang. astaghfirullah, salam mujahadah semua. sama-samalah kita,

*ramadhan 44 hari lagi :)

No comments: