Pages

Friday, June 8, 2012

orang sakit

assalamualaikum, bismillah.

ingat nak update semalam, tapi hari ni ada 2 test memang tak sempat. cerita semalamnya, aku berkesempatan melawat kakak seusrah yang sakit. kalau masa usrah dia happy go lucky je. memang tak ada lah gaya orang sakit, walupun dia ada juga cerita dia sakit.

sakitnya ada kaitan dengan tulang belakang. slipped disc. masa datang rumah dia, dia tengah berbaring. berusaha nak duduk, borak-borak dia muntah, baring, duduk semula, borak lagi.

aku tengok dia, simpati juga. tengok orang sakit, aku mudah tersentuh, lagi-lagi budak, janganlahh. boleh meleleh. tapi simpan kedap-kedap dalam hati, jangan tunjuk sangat kan. so, aku berborak macam biasa je.

dia cakap, antara perkara yang dia sangat syukuri, dia dapat solat macam orang normal. berdiri, rukuk, sujud macam biasa. dan Allah masih beri dia nikmat bercakap dan banyak lagi. satu nikmat ditarik berjuta lagi yang perlu disyukuri. kagum aku. masyaAllah,

tengok akak tu, rasa drastik betul, rasanya minggu lepas jumpa sihat, tau-tau sakit. keluar-masuk hospital. kuasa Allah, kita tak mampu menduga apa yang akan berlaku kan?

*   *  *  *  *  *  *  *

ada satu lagi cerita orang sakit. dah 3 minggu, tapi aku biasalah, sentimental punya orang, baru sekarang nak cerita. haih

dia, sahabat yang selalu riadhah sama-sama dengan aku, biasanya cycling, sebab malas nak jogging, kadang-kadang main bola jaring dan kadang-kadang main bola tampar. dia suka main bola tampar, tapi aku tak suka, bola dia keras, pecah salur darah kat tangan aku ni haa. last-last lama jugak tak main sebab bosan tak tahu nak main apa lagi dan barangkali malas juga –_-

aku ingat lagi, petang Khamis tu, rasa nak beriadhah la kononnya. so aku mesej dia: 
‘ pukul 6 jom meronggeng !!’

kononnya nak main basikal pusing-pusing taman. dia beria main skateboard dulu. aku singgah jap rumah Kira. tau-tau keluar dari rumah Kira, dia dah terduduk depan pintu rumah. ape pulak budak ni. katanya sakit kaki, jatuh. budak amatur, macam tu lah. aisshh, aku masih beria nak main basikal. tapi dia ni lain macam jee.

aku jerit panggil Mun ‘ Mun! ambilkan dompet Hazrat dan kunci kereta. Jom kita pergi hospital! hazrat patah kaki’ Mun sami’na wa ato’na betul.

pergi hospital kepala batas,  daftar kat bahagian kecemasan, jumpa doctor, x-ray, sah, patah kaki ! metatarsal 3rd n 4th. kena pergi pulak hospital seberang jaya, jumpa specialist. dekat sana masa duk menunggu, dia cakap kat aku ; ‘kat hospital lah kita meronggeng hari ni’ T_T

dan tak pernah pun terlintas dalam kepala hari tu, masa tu, akan berada dekat hospital sampai malam. kuasa Allah, mana kita tahu yang Dia dah susun kan?

sekarang, dia masih bertongkat. berselipar sebelah ke kelas. hehe. tapi sangat cekal ;] padahal dapat cuti sampai habis pre-med. tapi gila apa, nak final dah ni, terpaksa bertabah jugalah ke kelas. May Allah bless u ;D

*  *  *  *  *  *  *  *  *

semalam rasanya tidak memotong bawang
tidak juga habuk berterbangan
tidak juga menonton hindustan
tapi,,

ah, sungguh, dengan nikmat sihat ini, terlalu banyak yang perlu disyukuri! terlalu banyak! Allah, Allah, ampuni hambaMu ini.

* ramadhan 42 hari lagi :)

3 comments:

Munqiza Naqhiya said...

sami’na wa ato’na. ok. tu kelakar.
kwn jatuh, takkan la nak bantah plak kan. :)

byk benda belajar dr org2 sakit ni. bg diri sendiri muhasabah jugak.
alhamdulillah, Allah bg ketabahan kat diorg, dan bg kita peluang utk belajar dr diorg. :)

KhalilahAlhudaKamilen said...

kelakar pulok dia.
tapi mmg sami'na wa ato'na betul, tak tanya apa-apa pun. hee

betul :]

shakira suhaimi said...

meronggeng?? like seriosly, huda?
:p
my name is mentioned!