Pages

Wednesday, June 27, 2012

Robin hood

Assalamualaikum, bismillah.

Ali : Bro, borak-borak sikit boleh? Just biasa biasa je.

Baba : apa pulak tak boleh. Sila-silaa.

Ali : Hmm, macam ni, ada seorang pemanah ni, sangat hebat lah. Bukan cikai-cikai punya orang. Kalau jarak 100 meter sasaran, confirm dia panah kena. 1 kali kena, 2 kali kena, 1000 kali pun kena. Kalau tak kena tu, hampir mustahillah. Ini orang pro ni beb

Baba : err, okay. So?

Ali : 100 meter sasaran tadi kena, kau percaya tak kalau 50 meter kena jugak?

Baba : Lagi dekat, mestilah kot. Percaya-percaya.

Ali : oh okeh. No wonder. Hah, amacam kalau aku letak buah epal atas kepala kau jarak 50 meter jugak, suruh dia panah. Boleh?

Baba : wuishhhh. Tak boleh tak boleh.

Ali : ehh apasal pulak? Tadi kata percaya.

Baba : hehe. Tak berani bro. Ketaq aku.

Ali : haha. Kau memang! Eh tau tak, tu lah beza percaya dan yakin.

Baba : Heh?

Ali : yakin, ni tak sama macam percaya. Yakin ni lagi 'ummphh'. Kita ni, kalau dengan Allah bukan setakat kena percaya, jauh dari tu, kena yakin.

Baba : Errr, contoh?

Ali : Hmm, sifat-sifat Allah kan ada banyak kan. Contoh macam Maha Penyayang, tak cukup kita percaya sifat tu, tapi kita kena yakin. Yakin Allah sayang hamba-hambaNya. Yang kasih sayangNya lebih besar dari mak bapak kita. Perggh, merasai kasih sayang Allah nikmat besar tu. Tu pun kalau kita 'rasa' betullah.

Baba : faham - faham

Ali : Satu lagi, Al-Basir. Allah Maha melihat. Percaya tak? Tak ada satu benda pun terlepas dari pengawasan Dia. Yakin tak?

Baba : fuhh, mestilah,, lagi mau tanya.

Ali : sory kalau cakap ni, hari tu nampak masa exam kau macam errr nak meniru-beri tiru je. Heee.

Baba : erkkkk.

Ali : Teeeeeeeeet. Pe lagi? Pakat mai la tingkatkan lagi keyakinan :)

Terlalu banyak benda dalam hidup ni, kita pakai percaya je. Yakin entah ke mana. Contoh, ujian itu ada hikmah, Allah kabulkan doa, ada syurga pahala, dosa neraka, mati itu dekat, macam-macam lagi.Tapi sejauh mana keyakinan kita? percaya je ke? Yakin sekali? Heh, mari men dushh dussh dushh o_O

Yeeeha 2 paper lagi nak habis! Rabbi yassir wa la tu'assir...

* random je pilih tajuk tu :P
* ramadhan 23 hari lagi (!)

2 comments:

zikri said...

cayalah dgn robin hood..
oh..dan kena yakin patutnya..
salam ziarah :)

KhalilahAlhudaKamilen said...

sepatutnya, yang susah nak di patutkan
:)