Pages

Saturday, June 16, 2012

Tren oh tren

Assalamualaikum, bismillah.

Tajuk pun tren. Memang tengah dalam tren nak balik Kl. Ni first time update blog atas tren *teruja* Waktu begini, kalau dekat hostel, memang dah sedap dah aku tidur. Cumanya, lately ni, susah nak tidur. Tak tahu kenapa. Bila Allah tarik nikmat lena tidur tu, Allah,, memang rasa kekurangan.

Saat aku menaip ni, mun dekat sebelah ni tengah sodap tidur dengan nyenyaknya. Penat agaknya. Nak je tangkap gambar, tapi macam jahat pulak. Haha. Aku pulak tak dapat tidur. Tak selesa barangkali. Ataupun sebab dah tidur siang tadi. Hehe

Hari Isnin lepas, bila mun nak beli tiket, macam tak percaya je tiket untuk katil dah habis. Seriously dah habis? Err, kecewa. Takpelah, dapat seat pun seat lah. *redha

Tadi masa sampai penang sentral pun macam, okay dapat seat hari ni. Berpuluh-puluh kali (sampai kot berpuluh kali) selama ni dengan selesanya dapat katil ulang alik penang-kl, hari ni dapat seat je. Ceh, kunun kecewa tak mahu pandang koc katil bila lalu. Konon je

Dan bila *sedang* refleks balik, ya, Allah sedang mengajar aku erti syukur! Khalilah, bersyukur!
Cuba tengok orang lain. Ramai lagi yang kurang bernasib baik. Huuuuu. Ini belum di India, sampai ke bumbung orang berebut naik tren tahu tak. Dapat seat pun dah nak mengeluh. Dush dush dush

Mula-mula masuk tadi, dengan hati err 'tak best' sikitla, tengok keadaan sekeliling. Boleh ke nak tidur? Selesa ke? 7 jam kot. Berkongsi koc dengan orang lain, makcik berborak beria-ria, bau makanan dan minyak angin, orang lalu lalang, lampu terang benderang, kerusi tak boleh nak ke belakangkan sangat. Hushh. Allah sedang mengajar aku sesuatu ni. Pasti ada sesuatu.

Alhamdulillah, ada juga kan kenderaan nak balik. Aku lebih prefer naik tren kalau malam berbanding dengan bas. Faktor keselesaan dan keselamatan. Dan dalam banyak-banyak kali Allah bagi keselesaan naik tren, baru sekali dua takkan terus lupa nikmat yang banyak sebelum ni kan?

Takkan kawan kita ke kan, buat jahat sekali je, kita nak lupa pulak kebaikan dia yang beratus kali sebelum ni?

Bahkan kebaikan Allah pada kita tu jauh lebih banyak daripada kebaikan manusia. dan setiap kesusahan, ujian yang Allah bagi tu ada hikmahnya. Pasti ada

Dah rasa sikit sakit belakang dan tak sedap badan. Tapi apapun, alhamdulillah. Alhamdulilah. Alhamdulillah :) nanti-nanti nak travel kan? Ni nak biasakan badan namanya. Wah wah wah, insyaAllah :P

Ni mungkin second last aku naik tren penang-kl, sebelum secara rasminya akan habis belajar di penang. Terimakasihla warga keretaapi tanah melayu! *bajet diorang baca* mungkin, aku akan rindukan tren dan gerabak-gerabaknya nanti kan. Macam-macam gelagat manusia. Tren yang walaupun err kata orang lambat, alhamdulillah, jasanya menghubungkan aku dengan kampung halaman gitu.

Tadi ada budak sekolah masuk ramai-ramai. Lawatan sekolah agaknya. Teringat aku nostalgia darjah 6 dulu masa naik tren lawatan ke kelantan. Teringat terus masa tu dengan Bhot terhuyung hayang dalan bilik air. Haha. Sengih tak sudah bila ingat balik ;D

Dah pukul 145 kot, bising lagi koc ni. Pelik bonar. Ewah, sedap juga bau jagung. Hehe. Sumbat telinga, selamat malam dunia!

#sedap pakcik sebelah ni tidur. Seat pun boleh jadi katil apa :]


2 comments:

Munqiza Naqhiya said...

uish.. mun tido, dia jd stalker plak.. ish3.. bdk ni...

bersyukur! bersyukur! alhamdulillah sampai jugak jejak kaki kat KL walaupun duduk semalaman. :)

KhalilahAlhudaKamilen said...

Haha, xde keje la mun. Bosan. Hehe

Alhamdulillah ;)