Pages

Sunday, July 22, 2012

barangkali ini ramadhan terakhir

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, sudah 3 ramadhan. cepatnya masa berlalu. tak tahu kenapa tahun ni aku excited terlebih nak sambut ramadhan. start bulan rejab yang lalu dah start countdown. tapi malu sangat kalau excited countdown je, tapi amal tak bagi mantop. malu kan,, huuu ;’(

maghrib 1 ramadhan yang lalu, tak tahu kenapa jugak, rasa sayuu sangat. rasa tersentap betul. dengar azan dengan renyai-renyai hujan yang turun, aaargh sebak sangat. akhirnya Allah izinkan aku sampai juga ramadhan tahun ni. bila fikir, setiap detik dan saat hari-hari ada sahaja manusia yang ‘kembali’ tapi aku masih diberi peluang merasai ramadhan tahun ni. Alhamdulillah *aishh, tahan tahan,

sehari sebelum ramadhan, syahirah ada share satu blog ni. malam sebelum tidur menangisss je aku sampai tertidurr bila refleks diri. dan baki hari yang ada ni, tak mau lagi dipersiakan.. insyaAllah

hmm, mahu layan ramadhan tahun ini macam mana?

list memang boleh list. saban tahun memang pandai buat list. tapi tahun ni, aku tambah kelainan dalam list antaranya; sebelum ramadhan minta maaf dulu. atleast dekat umiabi dan adik beradik. takmoh dah tunggu raya je.

aku fikir, tatkala Allah tebarkan Rahmat dan keampunanNya, dan mahu bebaskan daripada neraka menjelang ramdhan ni, kenapa aku biarkan diri ‘tertahan’ kalau dosa dengan manusia tak minta maaf dulu.

so penat ni dua tiga hari merancang bila masa sesuai nak minta maaf ni. cehh. susah jugala sebab tak pernah buat kan. hoho. akhirnya…untuk umi, masa bersiap pergi tarawih malam tu, aku masuk sekejap bilik umi. buat muka sengih dann err cakap ‘ umi,, dah ramadhan dah ni. selamat menyambut ramadhan tahun ni, dann huda minta maaf zahir batin’ tunduk gaya hormat orang Jepun. hoho. umi buat muka pelik sikitla. aku pun macam malu jugak, cepat-cepat keluar. huh, lega! dan buatla macam tiada apa-apa yang berlaku :)

untuk abi, malam tu tunggu abi balik kerja. masa tu tak ada orang dekat ruang tamu, so tak malu la sangat. abi balik je aku cakap err ‘ abi! dah ramadhan, selamat menyambut ramadhan, maaf zahir batin’ sengih macam kerang busuk. abi buat muka selamba. huh, lega! kemudian buatlah macam biasa ;) buatkan air panas, dan borak sikit pasal nak beli laptop baru <—nak jugak bagitau –,-

untuk kakak, dushh, serius malu ni, nak minta maaf acano ni. jadi, untuk menyelesaikan misi, aku pun menulis surat dengan tulisan doktor. ayat konon nak puitis, tapi tak puitis kot. letak surat tu dalam bilik dia atas laptop. dan duduk jela dalam bilik, buat-buat macam tiada apa-apa yang berlaku. haha. nasib baik tak kena perli jela sebab tak minta maaf face-to-face. huh, lega!

Alhamdulillah, puas rasanya. aku tak pernah buat benda macam ni. macam susah, err tapi boleh je sebenarnya. fuhh, yang susah tu nak turunkan ego tu jela. saya sudah, anda? hihi, boleh cuba. masih belum terlambat ehh, haa untuk yang lain, saya juga minta maaf atas salah silap. maaf zahir batin ye. ada hutang boleh tuntut ;D

antara lain lagi, ramadhan ni, aku tak moh dah jadi childish macam budak sekolah nak lumba-lumba siapa khatam dulu. kalau dapat 2x khatam tu nak kembang je tahu. tak nak dah macam tu. target aku tahun ni, khatam tilawah + tadabbur makna sekali. khatam makna tu, baca dengan hati sekali, InsyaAllah. bukan macam baca buku anatomy atau physics. eh

pusing juga kepala fikir, betul ke boleh. last-last fikir, amboi kau huda, kalau lepas gian baca novel satu hari novel 300-400 m/s pun boleh habis. erk! gedebuk, ouch! inikan 30 hari baca ‘surat cinta’ 604 m/s, takkan tak boleh? haa, InsyaAllah, boleh-boleh. kena lepas gian khatam qur’an. optimis, yakin boleh yosh! hati, jangan nakal-nakal ya. hee

misi lain? simpan sendiri cukup la ek. anda pasti punya misi yang hebat-hebat lagi. tak apa, Allah itu Maha Kaya, boleh je bagi ganjaran untuk semua. cukup, adil dan saksama. dan syurga itu bukan sempit untuk orang tertentu je. moga-moga tahun ni Ramadhan kita ramadhan terbaik. berhabis baik! barangkali ini ramadhan terakhir. dan siapa tahu, mungkin kita tak sempat pun sampai ke penghujungnya…

3 comments:

muttaqin said...

terasa inspired plak baca.
InsyaAllah. moga Ramadhan ini Ramadhan terbaik utk kita semua. :')

shakira suhaimi said...

same as above ^

KhalilahAlhudaKamilen said...

semoga bermanfaat :)
InsyaAllah, ameen~