Pages

Tuesday, July 17, 2012

BTN & JOM

assalamualaikum, bismillah

alhamdulillah, selepas seminggu berkelana baru ada masa nak update sikit blog ni. kunun

9-13 Julai kami ada BTN dekat Kem bina negara, Meru Klang. memang tak ada perasaan kot nak pergi. dan tak berubah jugak, suka packing last minit. huh. tapi apapun, bestla pergi BTN sebab jumpa Anis. eh? macam dekat sekolah pulok. siap orang tanya, ‘kembar ke?’

kalau matlamat BTN tu untuk tanamkan semangat patriotik, bagi aku berjaya la. siapa tak sayang malaysia oi. boleh kata aman damai, harmoni dan bahagia tinggal di Malaysia. kalau matlamat spesifik Btn prog kami ‘transformasi mahasiswa luar negara’ untuk bagi kesedaran supaya balik Malaysia lepas belajar, berjaya juga. dimana bumi di pijak di situ langit dinjunjung. aku pun nak menyumbang balik dekat malaysia.

aku suka pengisian dekat Btn, sebab aku suka la isu politik, negara maju segala bagai. memang kena selera aku, aku suka fikir dan bincang pasal ni. dah habis, aku komen bertulis, ‘saya tak terima bulat-bulat info yang dapat di situ dan saya perlu masa yang panjang untuk fikirkan input yang saya dapat’ ceh, siap diulas komen aku masa majlis penutup. mungkin ada jugak orang lain komen macam tu kot.

kalau orang kata, orang punya persepsi yang BTN kena ragging, nak jadikan kita pro-kerajaan ke, bagi aku tak. tak ada ragging pun. normal lah pergi kem kena berdisiplin, kalau tak,, kena denda. tak ada ragging pun. kalau bab pro-kerajaan, apa pun depends la pada orang tu. kalau fasi aku, aku suka sebab dia suruh kita fikir tak ada pun cakap kamu ni apa la sokong pembangkang blablabla. cuma ada je penceramah yang fuhh pedas jugak mulut dia. cuma, yang aku tak berapa puas hati sikit, ada soalan yang tak dijawab . atau jawapan tak telus? hmm. yang lain okay je. kecuali satu tu. takmoh citela.

pengajaran besar aku dapat, personally, Allah ajar aku supaya ‘teguh’ seteguh-teguhnya. *tunduk*

14-16 Julai : JOM ; Journey of a Muslim. program pre-departure anjuran Ikram untuk mereka yang bakal ke UK/Ireland (InsyaAllah). banyak juga yang belajar. dengar pengalaman orang kadang-kadang cukup dah untuk kita belajar. dan ilmu baru banyak la belajar, khuf apa benda, baru tahu. selama ni tahu nama je.

speakar; Ust Alias Uthman, Prof Dr Tengku Sharom, Ikhwan (husband wardina) terbaik~ sisters semua mashaAllah tersangat baik. dekat sana aku banyak refleksi diri juga, ubah cara pandang sesuatu. sangat tersentuh dengan kebaikan akak yang kita baru sangat kenal tapi layan macam dah lama kenal. selama ni aku pernah dengar je cerita macam ni, tapi bila rasa tak boleh nak describe feeling tu :’)

kak Ackin, jazakillah bagi buku, phone chain Ireland yang sangat cantik + pin Berlin. kak Insyi yang aku cakap sikit gila dengan dia, jazakillah bagi saya simcard Ireland. k.nadia, jazakillah bagi keychain London. may Allah bless them !

jompengajaran besar? err antaranya saya perlu belajar bersosial. jangan fikir benda lain lerr. tengah struggle pun. semoga Allah redha.

banyak benda nak buat dan prog nak pergi. terlepas talk prof Tariq. harini patutnya ada mukhayam join budak KMB dekat putrajaya. tapi kita hanya merancang. Allah yang tentukan. masa yang berbaki ni, aku nak cari hati yang liar lari-lari. rasa nak nangis puas-puas, menyesal dengan macam-macam perkara. huu. dan cerita pemotong pokok dengan kapaknya selalu bantu aku untuk improve diri.

tatkala kita sibuk dan gigih nak tebang banyak pokok, kita perlu sangat sebenarnya berhenti, duduk sebentar dan asah kapak kita. till then, jumpa lagi !

* lebih kurang 3 hari nak ramadhan, adakah hati masih kering tak terisi? Allahh

No comments: