Pages

Monday, July 9, 2012

debat

assalamualaikum, bismillah.

*akan menyepi seminggu, haa ambik post panjang. tak tipu  =,=

semalam debat Musleh kali ke 4 baru sahaja melabuhkan tirainya. tahniah untuk juara, pasukan STAR. bila cakap pasal debat Musleh, rasa macam dekat. terimbau kenangan 4 tahun dulu, pembuka tirai kejohanan kali pertama.

macam-macam pengalaman dapat. disamping yang manisnya bila jadi johan, jadi satu-satunya pasukan yang tak pernah kalah hingga final, sekaligus mengalahkan juara debat piala Uiam untuk tahun itu, Allahu, banyak sangat iktibar sepanjang kejohanan tu.

yang pastinya, melahirkan rasa kebergantungan pada Allah semata-mata, dan juga bersyukur atas nikmatnya. ini pengalaman yang tak boleh dibeli. alhamdulillah. dalam kenangan ;)

debat musleh

ini post sentimental. #harap maklum. disebabkan post lama-lama dulu aku dah buang, post ni aku padatkan pengalaman sepanjang aku masuk debat. ya, debat sangat dekat di hati. dan sebab itu bila ada sahaja peluang, aku akan turun train junior. sebab banyak yang mereka akan belajar. seriously. ahli-ahli debat aku dulu, ada yang sambung debat di Universiti, macam Ammar, k.Lina, Diyana, Nabil, tak lupa jugak, adik aku husna. tapi aku? hee, rasanya tak moh debat lagi kot.  sudah cukup sudah, sampai disini saja… (melodi lagu nirwana please :P) cehh, tengoklah keadaan. setakat ini memang tidak berhajat lagi.

kronologi debat, start 2006, masa f.1

masa tu setiap kelas kena hantar satu team, aku yang jadi pen. k.kelas masa tu, jadilah wakil kelas. ditrain oleh cg Arash, tak sangka boleh jadi juara debat tu. pengalaman tak boleh lupa, masa semi-final kalahkan team f.5, final kalahkan f.4, which is aku lawan kakak sendiri. masa tu aku dapat best speaker untuk final. tapi tak ada gaduh apa pun dengan kakak dekat rumah. kuikui.

hujung tahun tu dah start training untuk jadi pelapis wakil sekolah.

2007

tahun ni agak pressure. ganti k.iman untuk first speaker team utama sekolah. dahsat tak dahsat team tu kira kebanggaan sekolah sebab tahun sebelumnya sampai semi-final debat piala Uiam. kalah dengan SBPI Gombak. masa aku masuk team tu,ahli team semua f.5 kecuali aku. err, aku memang tersangatlah setahun jagung. kecut perut aku. bila lawan MCKK, SDAR, sek. apa lagi aku tak ingat, aku memang senyap je. memang tak mencelah. takuut. aku baru la katakan,,

DSC02169DSC02175

DSC02179DSC02181

muka childish yang kekecutan bila dengan senior. masa tu tak rabun lagi ;p

2008

tahun kedua di debat piala Uiam. belajar sikit-sikit. team pun team baru. yelah team yang lepas semua dah habis sekolah. paling ingat, kami 2-2 team sekolah, break masuk double octo-final (24 pasukan terbaik). dan masa double octo final tu, ditakdirkan team Al-Amin A lawan Al-Amin B. confirm Al-amin masuk octo final. tapi dekat octo kalah dengan SAS. takpe cuba lagi :)

DSC_0001DSC_0298

DSC_0027DSC_0645
diyana yang suka berbisik. macamla pasukan lawan dengar. kitorang sempat bergosip jangan tak tahu u

2009

masuk debat Uiam untuk kali ketiga. masih dalam proses belajar. masa tu kalah di double octo final dengan SMAP labu. aku ingat lagi 1st speaker dia namanya Adnan. kenapa aku ingat? sebab dia pandai gila memujuk, kalah perempuan. tu je pun.

rezeki tahun tu dapat masuk top 10 best speaker overall. diyana no 6 aku no 9. memang tak sangka. debater semua ada 400 lebih kot. apapun, alhamdulillah, dapat trofi, dapat makan dalam bilik vip. heheTop 10 itu cerita debat Uiam. macam aku cerita kat atas sekali. tahun ni tahun pertama debat Musleh atau nama sebenar dia Musleh International Debating Championship. International sebab peserta dia juga ada dari Thailand, Singapore, Indonesia dan Brunei juga kalau tak silap.

yang paling best debat ni buat dekat Hotel Putra Kl. makanan, tempat tidur, memang terbaik lah.view dari bilik, atas bangunan, nampak la kl yang maha sibuk tu. hotel kan, sejuk. masa nak qiyam, menggigil-gigil. tak khusyuk terus –,-

Alhamdulillah, rezeki berganda, ahli team semua dapat top 10 best speaker. aku no 3, k.lina no 5, diyana no 6. dan alhamdulillah juga masa final, aku dapat jadi best speaker. dapat makan sedap-sedap abi belanja. hehe

3872665781_cc06ac5dbf3872666023_bcedb5de45

3873450946_20baa486373873453672_c0f2597033

2010

masuk debat Uiam untuk kali keempat. masih dapat break, tapi kalah octo final dengan SAINA. tak suka lawan saina sebab diorang macam gedik sikit. huahuahua. marah budak saina. habisla aku. hikhikhik. apapun alhamdulillah Allah masih rezekikan aku dapat jadi top 10 best speaker overall. no. 6. btw, aku suka no 6. serius, tak tipu/

Debat Musleh. kali kedua. kalau boleh memangla nak mengekalkan kejuaraan. tapi rezeki sampai quarter final je. kalah dengan SMI Hira’. takpela. tak kecewa sangat, dapat juga bawak balik trofi top 10 best speaker overall. no 3. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

DSC_0925DSC_0939
team debat Musleh masa tu. baru perasan, kitorang suka pakai baju warna biru. oh

hudnahudnaa
debat Uiam tahun ni, team dengan adik sendiri. ada rupa kembar tak. hoho

DSC_0101DSC_0107
all girls. dan 3 tahun rupanya aku sepasukan dengan diyana

DSC_0093

okay dah habis kronologi seringkas-ringkasnya.sekarang aku nak kongsi apa yang aku belajar sepanjang 5 tahun je berkecimpung dalam dunia debat di sekolah. mungkin boleh la jadi panduan untuk junior, kalau ada yang baca pun. atau iktibar untuk sesiapa jelah.

pertama, macam aku dah cakap, apa-apa pun yang kita dapat dalam hidup ni, semua Allah yang izinkan. sebab tu apa-apa, bergantunglah pada Dia. boleh jadi kita usaha banyak, tapi Allah memang tak izinkan. ataupun, usaha ciput je, tapi Allah bagi terlebih pula. itu Allah punya kuasa.

kedua, tak ada istilah berjaya tanpa usaha. serius, usaha mesti ada. apa-apala yang kita buat. DAN, cara paling mudah dan cepat untuk belajar adalah belajar daripada kesilapan. kadang-kadang masa kita tak banyak nak usaha lebih-lebih, tapi cukup dengan belajar daripada kesilapan. dan untuk lagi bijak, belajar daripada orang lain, dan daripada kesalahan mereka. aku berani cakap, benda tu berkesan. aku pernah dulu, kena kritik debat macam bagi khutbah jumaat, lepas tu macam orang nak marah je. belajar, berubah. last-last ‘juri cakap ‘awak ni cool dan tenang sangatlah’. cool eh? haha

ketiga, ni moto kitorang dulu. jaga hati, jaga mental, jaga fizikal. paling penting hati tulah. kita masuk competition, kena jaga daripada rasa bagus, rasa sekolah tu cikai je atau yang sewaktu dengannya. memang susah, tapi hati effect benda lain serba serbinya.

keempat, berlapang dada. lagi-lagi dengan ahli team. jujur aku cakap, terima kasih dan minta maaflah kepada sesiapa yang pernah sepasukan dengan aku. kalau angin tak betul. fuhh. kasihan mereka. dan didilah (diyana) yang paling ‘klik’ dengan aku. kami sama-sama berlapang dada kan? 2-2 pun sama laser. tapi aku lagi laser kot. tak reti sangat nak berlapik. (sekarang sedang belajar) hoho.masa train junior memang bertubi-tubila aku laser mereka. bagusnya mereka ‘tahan’.  mereka cakap ‘dah biasa dah dengan k.khalilah ni’ haha, immune dah ghupanya. kalau cakap berlapik sangat, orang lambat nak sedar diri. err, ni applicable dalam debat je lah kot. kalau benda lain, silalah nak buat 6 lapisan lapik pun boleh ;]

kelima, kena ada Aim. target. dalam apa-apa pun. rugilah kalau buat sesuatu tu sekadar suka-suka biasa. tak improve. takkan 5 tahun masuk debat, takat masuk debat je nak kumpul sijil. nope. bukan takat tu je. kita kena selalu tingkatkan diri, dan luruskan niat.

cukuplah tu 5. penat menaip dan orang pun penat membaca. dan, paling penting juga debat mengajar aku untuk mengutarakan pendapat dengan berani. kalau kecut, kalau tak utarakan pendapat kita, kita berada di pihak yang benar pun kebenaran tak terserlah kan? banyak sebnarnya boleh belajar, critical thinking nya lagi, work under pressure dan macam-macam lagi. nak tahu, masuklah debat. eh

jumpa lagi minggu depan. astaghfirullah, sekian wasalam.

*ramadhan 11 hari lagi :)

2 comments:

sevenNeedLes said...

asal nt buat ana teringat ni? ha? ha?

KhalilahAlhudaKamilen said...

sebab ana teringat!
ha ha ha