Pages

Sunday, July 29, 2012

hai cermin!

assalamualaikum, bismillah.

alkisahnya, satu-satunya adik perempuan aku yang duk belajar jauh nun di Dungun(g) Terengganu, balik weekend lepas. weekend depa kan jumaat sabtu. kelmarin dan semalam. antara sebab dia balik adalah nak shopping raya. macamla aku tak tahu –,- baju,kasut etc sebab katanya balik cuti 3 hari sebelum raya. so, takut la tuh nanti orang shopping tanpa dia. nanti dia buat drama nak touching touching susah !

masa dekat kedai baju alahai biasalah gadis tipikal mesti nak cari cermin. sebab tak jumpa cari sendiri kot, dia siap tanya kakak kedai tu ‘akak, cermin mana kak?’ maka aksi posing-posing bermula. dekat kedai kasut, aksi-aksi tanya menanya berlaku ‘ni okay tak? mana satu eh? ‘ ‘kau tengoklah dekat cermin tu’

cermin.

walaupun aku bukan jenis yang pakai make-up bedak celak segala bagai , tapi tipulah kalau tak tengok cermin. kurang-kurang nak tahu tudung okay ke tak. hoho. ada orang, kalau tak jumpa cermin, screen handphone pun ok. kalau pergi shopping complex, ada cermin, mesti rasa nak toleh. even lalu sebelah kereta pun ada juga rasa nak toleh kan. elleh, macam aku tak tahu ;p

cermin lagi.

nabi ajar, bila tengok cermin baca doa ni (kan?)doa cermin’ya Allah, sepertimana Kau perelokkan rupa parasku,perelokkan jugalah akhlakku’

dari sekolah rendah memang duk tampal, baca doa tu bila tengok cermin dan bila teringat. aku dulu fikir, mungkin sama je macam orang lain fikir pasal doa ni. kita nak rupa cantik, akhlak pun cantik. baru cantik menarik tertarik kau memang da boom. eh

tapi hari tu bila dengar satu ulasan ni, perspektif aku jadi lain. pemahaman aku dulu betul, tapi ada lagi di sebalik tu. kenapa nak juga minta akhlak baik? sebab selalunya masalah datang bukan dari rupa, tapi akhlak.

Allah bagi kita rupa paras elok, alhamdulillah.
kita nak pakai baju cantik-cantik tak ada masalah.
kita nak nampak kemas, smart, cool tak ada siapa kata salah.

tapi yang jadi masalahnya, bila akhlak tak berapa baik. muka cantik Allah bagi, rasa bangga, riyak, takabbur. bila muka rasa tak berapa nak comey, rasa tak bersyukur, dengki dengan orang lain. bila pakai kemas, rasa nak orang rasa kita ni professinal lah kononnya. bila pakai baju cool, cantik pergi majlis mana-mana nak nampak kita paling menonjol. bila pakai tudung/baju labuh nak orang nampak kita alim.

aik? padahal asalnya rupa paras cantik, tak cantik ke, pakaian kemas, cool ke, semua tak salah. rezeki Allah bagi. tapi bila akhlak tak baik, semua tu jadi tak ada nilai dah.. padahal penampilan diri, penjagaan diri tu boleh jadi ibadah, tup tup akhlak spoil hilang pahala macam tu je. siapa rugi? astaghfirullah

ringkas. doa pendek, tapi mendalam bagi aku. hari-hari tengok cermin kan? lepas ni tengok cermin, kena fikir dalam-dalam :)

orang tengok cermin biasanya nak tengok muka. takut-takut hidung tersenget ke. hihi. tapi ‘bersih’nya muka tu, kalau tak pakai pencuci muka pun orang boleh tahu kalau balutan wajahnya adalah melazimi wudhu’ dan solat malam. bukan setakat bersih, bahkan bersinar. mahu? tak perlu keluar sesen pun u tau!

dan masa mengajar di al-amin dulu ada muallimah bagi tips depan-depan khusus buat khalilah ni. hehe. katanya kalau basuh muka pakai pencuci muka, sebutlah ya Latif, ya Latif. ulang-ulang. [tambah selawat/zikrullah lain pun boleh :p]  Ya Latif= Yang Maha Lemah Lembut/Halus. katanya nanti orang tengok muka kita je pun boleh jadi senang.. :) banyak lagi tips yang diberi, tapi cukupla tu je nak dikongsi. Allahua’lam

4 comments:

MinhahAnnur:) said...

haha,part tgk cermin kat cermin kereta tu.. hahaxD
mmemang reaaliti pun ... hikhikhik>.<

KhalilahAlhudaKamilen said...

kan dah cakap orang tahu,
hehehhe ;P

MinhahAnnur:) said...

hahaha,but not me only,okaay?haha>.<
you tooo! haha :P

shakira suhaimi said...

terkesan, terasa, terpukul~ but great humor!