Pages

Tuesday, July 17, 2012

kenapa aku yang harus tertinggal?

assalamualaikum. bismillah.

selepas 5 hari Btn, 3 hari Jom, Alhamdulillah Allah mudahkan untuk sambung 3 hari la ber'quranic explorace' di putrajaya. masjid putra to be spesific. sampai 19 hb InsyaAllah. kembara mencari diri, menyucikan hati, menyuburkan cinta pada Ilahi.

sangkaku hari ini aku tak berkesempatan, tetapi Allah izinkan.
dan Allah pastinya ingin aku belajar sesuatu.
tak pernah ada 'saja-saja' pada suratanNya.

merasa diri berada di tempat selesa, sudah cukup baik. itulah perkara yang sangat bahaya. usaha untuk berubah, tingkatkan diri tak akan pernah habis. di mana pun aku berada, apa keadaan masyarakt sekeliling pun, aku tak mahu berasa selesa. kerana kalau bukan di sisi, ada sahaja insan di luar sana yang berusaha menjadi lebih baik.

kenapa aku yang harus tertinggal?

' wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung' [5:35]

apa keadaan sekalipun, aku tak mahu berhenti mencari jalan itu. sukar mahupun senang. ramai mahupun keseorangan. kerana tatkala ramai yang memburu redhaNya, mengimpikan syurgaNya,,

kenapa aku yang harus tertinggal?

kisah Umar Al-Khattab, sentiasa buat aku kagum. seorang yang kasar, bengis. membenci Islam, bahkan pernah membunuh anak perempuannya, tapi bila disapa hidayah, mashaAllah, sehingga rasulullah bersabda 'jika ada rasul selepas aku, umarlah orangnya'

Allah, sangat menjadi motivasi untuk berubah. seteruk kita, mungkin tak sampai tahap membunuh. siapa kata pernah hidup di zaman jahiliyah, tak boleh jadi muslim superb? 'kuasa perubahan' tu sangatlah dahsyat. lantas, tatkala ramai orang mahu berubah, struggle untuk berubah,

kenapa aku yang harus tertinggal?

'sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. tetapi, kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana ' [76: 29-30]

Allah, pilihlah aku. izinkan aku menempuh jalan itu.
aku tak mahu tertinggal.
jatuh cinta. dan aku mahu mati atas jalan ini

No comments: