Pages

Thursday, July 26, 2012

menangis sangat tidak cool~

assalamualaikum, bismillah.

menangis sangat tidak cool kan? dulu aku fikir macam itu lah. ape daa nak nangis-nangis. tak rock. kental la sikit, jangan nangis! orang nangis, lembik!

lama-lama aku sedar, tak ada salahnya nak menangis. dan menangis sebenarnya cool~ biar kena tempat dan sebabnya lah :) sentap sangat bila tahu Umar Al-Khattab (tokoh kegemaran aku) digambarkan ada sungai kecil di wajahnya lantaran terlalu kerap menangis. walhal beliau seorang yang keras dan bengis. tetapi hakikatnya lembut hatinya.

tambah sentap, bila ada satu quote ni yang kata, mata yang sukar menangis adalah sebab hati yang keras. huuu ;’(

lantaran tu, pernah suatu masa tu sungguh-sungguh aku doa spesifik minta Allah berikan aku hati yang lembut, senang nak menangis. mata yang selalu menangis. mata yang mudah menangis, keranaNya. semoga, hendakNya.

dan aku tiba-tiba nak menulis pasal menangis ni sebab tadi masa witr tarawih di Uiam, Imam tu nangis sungguh-sungguh. terberhenti lama. tersekat-sekat suaranya. masa tu sayu dan sebak sangat, hati ikut merintih. orang sebelah bahu dah terhenjut, hingus dah meleleh.

bila habis tu sambung doa. nangis lagi. masa doa sendirian tu aku tak ingat dah nak doa untuk belajar sukses, dapat pergi Ireland dengan semua kawan, mudah jodoh rezeki ke tak ingat dah langsung-langsung. yang tahu, masa tu merintih Allah ampunkan dosa yang bertimbun ni, jauhkan azab api neraka, mudahkan hisab, mudahkan maut…. Allah, apa sangat dunia dibanding dunia selepas ni. kedebuk! biar sedar.

kata Abu Bakar, menangislah kamu kerana dosa-dosamu. jika tidak mampu, menangislah kerana kamu tidak mampu menangis.

sabda Rasulullah ; sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t.mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.

jangan perlekehkan tangisan, kerana antara golongan yang mendapat syafaat di akhirat nanti juga adalah orang yang mengingati Allah sampai menitis air matanya.

masih rasa tidak cool menangis? apatah lagi lelaki, tak macho menangis? aku cuma mahu kongsi satu cerita ni, yang buat aku sedar, setitis airmata itu bernilai. sungguh! selamat membaca :D

* * * * * * *

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”

“Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

#betaubatlah, dan menangislah. saat kau baca ni, sungguh, kau masih ada peluang dan masa. buat aku juga. Allah Maha Pengasih dan Penyayang bukan? ;)

4 comments:

zocss said...

masyaAllah..

syifa' kamarudin said...

yep huda. menangis itu cool. jika kta mnangis keranaNya :)

MinhahAnnur:) said...

dari awal bca mmg dh nk menangis .. :')

KhalilahAlhudaKamilen said...

semoga bermanfaat dan Allah redha
:))