Pages

Saturday, July 7, 2012

misi

assalamualaikum, bismillah

aku tak nak cakap pasal misi tinggi-tinggi mahupun apa-apa program yang namanya ‘misi’. tidak.

ini misi masa cuti. cuti panjang selepas hidup setahun dengan agak hectic, hollah, excited cuti! pergh, seminggu tak update blog, ada tanda-tanda misi cuti ni hampir gagal. sebab, kemain aku nak update blog cuti ni hari-hari takpun dua hari sekali, dan tengoklah apa yang telah berlaku.. plan je pandai. dan ini pun aku bercadang hanya nak update ringkas

seminggu jejak tanah gombak ni, rasanya baru sekali aku duduk rumah penuh. yang lain merayau je. balik malam terus tidur kepanatan lah konon, sampai-sampai hak orang lain jadi terganggu sedikit. balas mesej orang semua pagi buta sebab malam tak sedar apa. tengok drama masa malam? belum pernah lagi. huu.

hari ni umi tanya dengan nada tak ada perasaan ‘nak pergi mana pula hari ni?’ hihi. ikut aku memang ada plan, tapi cancel jelah. hak dekat rumah ni terabai pula nanti.

dan,, ada misi yang bakal berjaya! aku dah siap-siap cakap dekat umi, cuti ni nak belajar memasak! maklumlah, aku ni paling tak pandai masak antara 4 puteri dalam rumah ni. lol. dan umi, mesti terkejut tengok aku sangat rajin (konon je) bertanya apa yang perlu dibantu di dapur, dan tak menolak nak tolong masak. punya memilihnya aku, nak belajar yang western-western dan bakery je. yang masakan kampung nanti dulu ye umi. heee. nanti tak jumpa belacan dan cili api macam mana?

ikhlaskan hati huda hoi, belajar masak bukan sebab takut tinggal jauh nanti, meroyan rindu nak makan masakan umi pulak. lepas tu nak nangis-nangis. ceh. belajar untuk hidup maa ;)

selain misi mengupdate blog, misi belajar memasak. berjela-jela lagi list yang ada, dan so sad misi lain masih belum bergerak. nanti dah berjaya, baru boleh ceghita.

hosp

tiga hari berkampung di hospital, jaga Atifah. Alhamdulillah she’s getting better. mak dia kata aku dah start practice untuk praktikal. hihi. tapi tu macam praktikal jadi nurse je. aku nak jadi doktor. hoho. lepas tu lari tengok budak debat. aku rasa aku dah macam dulu, huda yang suka ‘lari-lari’. suka membusykan dirilah konon. tapi kena tahu la limit diri kan. minggu depan ada BTN dan prog pre-departure. hailaa. ikhlas huda, ikhlas. yosh!! till then, jumpa lagi.

*ramadhan 13 hari lagi !! cukup bersediakan aku ni ;’(
* result keluar 24 July! rabbi yassir wa la tu’assir

No comments: