Pages

Thursday, July 19, 2012

QAR

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah sudah selesai berQAR ; Quranic Amazing Race. itu rupanya nama penuhnya –,- mula-mula katanya daurah, lepas tu mukhayyam, at the end QAR. aku tak banyak tanya, orang call, kakak call, tanya abiumi, diorang ON, pergi je. hee :)

mula-mula kekok nak bergaul dengan kakak-kakak. err, kira kakak la, sebab yang lain semua puluhan, aku seorang je belasan. bajet muda dahla sorang je. tapi okay je sebenarnya :] ramai wakil daripada KMB, ada juga Intec, KTT, dan Aucms-> aku lettew. semua bakal fly, InsyaAllah. ada yang ke India, UK, Ireland, Aussie, New Zealand, Indonesia, dan canada juga tak silap.

personally, benda yang paling besar dan penting bila pergi program, apa-apa program sekalipun, adalah niat. lantaklah nak muak ingatkan, tapi memang ni penting.

pergi program, bukan sebab..
naqibah suruh
nak jumpa akhawat
nak berukhuwah
nak membasahkan jiwa
nak meningkatkan iman SEMATA,
bukan sebab tu, bukan,,
TAPI, kerana Allah, untuk Allah, Demi Allah.
dan sungguh,, bila kita set macam tu, tarbiyah Allah tu kita akan dapat mungkin daripada suasana, daripada pengisian, daripada perjalanan, dan macam-macam.

dan bila kita set kerana Allah, tak adalah istilah tak capai expectation, tak rasa apa-apa. sebab, bila kita buka hati.. tarbiyah Allah tu ada di mana-mana je sebenarnya. eh, ke bukan? heh

okay, so apa aku buat dekat sana? err, disebabkan aku datang lambat, maghrib hari first,dapat join malam tu je lah. reflection,tadarus, istighfar, terus tidur. haa besoknya lah kami mereka start explorace balik. mula di masjid putera, pergi Taman Botani, then pergi Alamanda, Istana Kehakiman, berakhir di Masjid Besi. naik bas le, tak larat jalan kaki.


sepanjang perjalanan tu macam-macam benda kami buat. ada task tu, kitorang kena terjemahkan text bahasa mandarin dan tamil. memang kami faham la –_-‘ jadi aku beria tanya akak cina ni. okay lepas. bila nak cari orang India dekat Alamanda tu, aku jumpa pakcik kulit gelap. tanya dia. dia cakap ‘ I don’t understand this, I look dark but I’m not an Indian’ uwaaa malu nya masa tu. pakcik tu mesti terasa dengan aku. huu minta maaf banyak kali.

dekat Alamanda tu memang tahan nafsu betul. kitorang tak boleh pakai duit sendiri. pakai duit yang disediakan. kena jimat. makan 3 pinggan share 5 orang. lalu depan kedai famous amous, mak aih bau diaa. depan big apple, tengok ice blended segala bagai. fuhh mujahadah linnafsi je jawabnya.

masa dekat Masjid besi tu, kami baca ma’thurat ramai-ramai. sekali kena lecture dengan pakcik arab ni sejam jugakla lebih kurang. pasal bid’ah semua-semua. dengar je la. heee.

lepas isya’ gerak ke rumah seorang ukht sebelum nak bermalam di pejabat Ikram Putrajaya. pusing punya pusing, pening jugak kepala ni. konvoi asyik tertinggal, terputus, agak menguji kesabaran jugala. sekali tu dalam kereta aku, semua kakak-kakak cakap telefon tanya direction. aku tengok je. tu yang sampai boleh pulak tertidur orang sibuk cari jalan. haila huda oi!

k.di

sedar-sedar dah sampai rumah K.Di. *bersinar sinar mata dengar kak Di cakap padahal dah dekat pukul 12 dah. cehh. taaruf ; k.Di belajar di RCSI, sambung master, sekarang speacialist (palliative care) yang ada 7 orang je dekat Malaysia. sekarang nak sambung sub-speacialist. dan umur baru 34 tahun, anak baru 6 orang. woaaaahh. tu yang bersinar mata tu. hoho

cop, selingan jap. haa, hari tu dekat Penang naqibah aku ajak iftar. sekali la ramai-ramai dengan makcik-makcik. masa makcik taaruf kan diri. mostly anak 6-7 orang. sampai sorang makcik ni, ada makcik lain cakap. ‘ha, tanya makcik tu, anak dia berapa? motivasi untuk anak muda’ anak makcik tu rupanya 10 orang, umur tak sampai 40 kalau tak silap. ooh, okayyy ;D teringat umi pernah cakap ; ‘kalau bukan sebab Allah takdirkan ada fibroid yang kena buang rahim, adik-beradik korang dah 10 agaknya’ kesimpulannya, ramaikanlah anak. ehhh

okay, sambung k.Di. k.Di pesan, banyak kena betulkan dan tajdid niat. nanti masa dekat airport, betulkan niat. dalam flight betulkan balik, dah sampai sana pun. kita pergi sana bukan sebab nak tarbiyah, nak pengalaman, nak lain-lain tu. tapi kerana Allah. tu paling utama, macam aku cakap kat atas tadi. Allah ghayatuna

hari last, ada tafsir sikit, surah an-naba’. duush. then, makan dan majlis penutup. lepas tu, semua balik ke tempat masing-masing. tak jumpa di dunia lagi, jumpa di syurga nanti, InsyaAllah. kerana hati kita sudah bertaut, di mana pun kita bersama kan ;)

tak mau tulis panjang sangat, semoga Allah redha. ramadhan kareem~!

No comments: