Pages

Thursday, August 30, 2012

kerana yang memilih adalah Dia

assalamualaikum, bismillah.
semalam aku baru balik dari pre-departure program dekat Penang. 3 hari 2 malam. tak berniat nak tulis pasal pre-dep sebab banyak juga talk/aktiviti yang aku separa sedar je. heh. gambar tu, tulah kawan-kawan college aku yang sama-sama dapat UCC (Univ. college Cork) yang lain dapat NUIG.

masa-masa pre-dep ni la aku terfikir sesuatu yang... betul lah, yang menghantar offer letter tu sebenarnya bukan pihak University, bukan sebab usaha aku pun. tapi yang menghantar itu adalah Dia.

yang pilih aku adalah Dia.

aku yang dari kecil sampai SPM, tak pernah pun bercita-cita nak jadi doktor. tak terfikir pun bakal jadi doktor. aku tahu, ada je yang spesis macam aku ni -,- *baca sampai habis dulu*

lepas SPM, aku ingat nak ambil engineering, tak pun physics, tak pun law, tak pun sains politik, tak pun banyak lagilah. yang penting bukan medik.

fikir punya fikir, istikharah, bincang, tanya sana, tanya sini, last-last ambil keputusan pilih medik. macam mana boleh tukar angin terus macam tu. somehow, aku pun terfikir kenapa ya? refleks balik, sebenarnya.. yang menetapkan hati, menenangkan hati aku itu adalah Dia.

yang pilih aku adalah Dia.

bila tak dapat pergi timur tengah, cuba apply Ireland dengan hati yang tak mengharap sangat pun, tapi diberi peluang. yang beri peluang itu sebenarnya Dia juga.

yang pilih aku adalah Dia.

bila rasa macam tak boleh kot fulfill all the requirements untuk pergi Ireland. bab nak faham konsep, pastu suruh barainstorm idea sendiri, aku boleh lagilaa. hafal fakta? lemah sikit. (ke malas? hmm) bermula lambat sem 1, naik sikit sem 2, naik lagi sem 3. walaupun biasa je, (orang kata spesis bunga kembang lewat. ha yela --') tapi lepas setahun, Allah permudahkan. tak ada lah mati nak hafal fakta. bolehla dapatkan A(-) microbiology dan Anatomy and Physiology. IELTS yang aku cuak sangat pun Alhamdulillah, dipermudahkan. siapa sebenarnya yang mudahkan, beri kekuatan? sedar sedar...sebenarnya

yang pilih aku adalah Dia.

Alhamdulillah. after all, apa yang dah berlaku, dijangka atau tak dijangka, pernah tak kita terfikir, yang pilih kita untuk lalui semua benda tu adalah Dia.

(amanah dulu, cerita dulu)
aku terfikir benda tu.
sehingga membuatkan aku rasa Allah mudahkan semua ni untuk apa ya?
pastinya bukan untuk menjadi orang yang biasa je

kerana Allah Yang Maha Tinggi yang memilih aku,
aku akan buat yang terbaik. jadi yang terbaik.

when Allah brings you to it, then He will lead you through it

5 tahun yang mendatang, aku akan berusaha buat yang terbaik, jadi yang terbaik. kerana, yang memilih aku adalah yang Paling Terbaik :)

(amanah sekarang, dan akan datang)

rancang sekarang, plan sekarang, berazam sekarang, semoga Allah permudahkan, InsyaAllah.
semoga Allah redha.

Wednesday, August 29, 2012

menyesal

assalamualaikum, bismillah.

tiba-tiba (padahal banyak kali teringat) rasa menyesal sebab dah delete semua post yang aku tulis sejak Form 3.
kononnya nak lupakanlah zaman kanak-kanak ribena, penulisan tak matanglah.
kononnya lah.
last-last menyesal sebab rasa delete kenangan dan cerita lama.
ceritanya best kalau dikenang. tapi otak aku tak ingat semua tu.
nak recall memang dapat recall sikit je lah.

ni contoh orang ambil tindakan tak fikir panjang. kot ye pun simpan dalam draft.
silalah tiru aksi yang bijak sangat ni.

merepek sudah.
baru balik pre departure dekat Penang,
ingat nak post something. tangguh dulu la nampak gayanya.
penat sikit.
tapi sudahnya sempat buat kerepek pulak.
lemau. lemau. lemau.

Friday, August 24, 2012

yang tertulis

assalamualaikum, bismillah :)
walaupun agak terlambat, syawal ke 7, still nak ucapkan eid mubarak kepada semua. dari hati yang paling dalam, saya minta maaf pada semua atas salah silap saya. semoga Allah terima amal ibadah kita ramadan yang lalu. ameen ya rab!

Ah, ramadhan. terlalu rindu saat itu ;'(

syawal. tatkala melihat diri bermujahadah melawan nafsu dan syaitan (semula), terkadang kecewa dan geram dengan diri sendiri. terasa digelakkan makhluk si laknatullah. 'sudah penuhkan bateri kamu dicharge? sekuat mana kamu sekarang?'

rasa digelakkan. gelak yang keji.
aku, aku mahu jadi lebih baik.
Allah, terimalah amal kami, bantu kami jadi hamba yang jauuh lebih baik.
ameen ya rabb.

* * * * *

dalam kemeriahan dan kegembiraan menyambut syawal, semalam ada pengumuman penting juga buat kami semua budak pre-med. List nama pelajar yang akan ke NUIG (National University of Ireland, Galway) dah keluar!

sejak dapat masuk pre-med ni, kami difahamkan twinning program kami samaada ke NUIG/UCC (University College Cork, Ireland). masa interview hari tu panel dari 2-2 Universiti tu. sejak dari awal, aku sudah tertarik dengan NUIG. aku berharap dapat ke sana.

jatuh cinta dengan NUIG.
dengan namanya Galway barangkali.
katanya tempatnya subhanAllah sangat cantik. maka, aku mahu menikmatinya.
mungkin tertarik sebab baca kisah Ustaz Hasrizal, yang isterinya Dr Muna belajar di situ.
mungkin aku berangan kisahku seperti mereka. tipikal --'
mungkin ter'ikat' juga dengan senior yang belajar di situ.

atau sebenarnya aku tak tahu pun kenapa aku nak ke situ.
hatinya cuma mahu.

dan, saat melihat list no matrik yang keluar semalam, scroll berkali-kali. atas bawah, atas bawah cari. dan ya, nama aku tiada. ya, TIADA. 23 orang pelajar yang terpilih ke NUIG, aku TERKECUALI. alhamdulillah.

tak tahu nak describe perasaan apa. sedih, kecewa, redha, syukur? bersatu agaknya.
mungkin, mungkin kerana aku berjanji dan memasang azam sejak di bulan Ramadhan lalu, yang setiap perkara baik/buruk yang aku dapat (pada pandangan aku la baik/buruk), aku nak ucapkan alhamdulillah..

sebab itu yang terucap : alhamdulillah.

mungkin tak baik bagi pandangan aku, tapi segala yang Dia susun adalah yang terbaik buat aku. aku mahu terus yakin benda tu :D

23 orang telah terpilih ke NUIG. bakinya kami yang 24 orang ni, andaiannya dapat UCC. cuma list nama dan offer letter sahaja belum keluar. tidak mahu terlalu pasti, kami akan terus menanti dan berdoa. sehari dua ni keluar, InsyaAllah. doakan :)

housemates aku yang lain semua dapat NUIG. usrahmates aku pun, semua dapat NUIG. sedih? sayu la kot lagi tepat. 'Ala kulli haal, alhamdulillah. ada hikmah, ada hikmah. pastinya.

rasa sayu sedikit terubat bila lepas list nama keluar, ada kawan aku call;

'huda, nanti dekat Cork nak booked satu rumah dengan huda dan Mun sekali boleh? nanti senang nak pergi program (usrah etc) sekali'

comell. comell sangat.
tak adalah rasa ditinggalkan kononnya. hehe

aku tak mahu memilih, kita merancang, tapi Allahlah sebaik-baik perancang. mohon yang terbaik InsyaAllah :D

'moga terus melaju bersama gerabak tarbiyyah. kisah kita, takdir kita sudah lama termaktub saat pena diangkat dan dakwat pun telah kering. selamat memaknai jalan hidup!'
-jazakillah k.Nadia ;)

Suatu ketika Abu Darda' menulis kepada Salman Al-Farisi, "Marilah kembali ke bumi yang menyucikan ini (madinah)"

Maka Salman Al-Farisi membalas suratnya,
"Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya"
#kredit to k.Dara ;)

di mana sekalipun, semoga hati ini terus redha, dan ikhlas.
bersih. pure. jelas. yang dikejar adalah redhaNya semata-mata!

Thursday, August 16, 2012

ramadhan yang melambai pergi

assalamualaikum, bismillah.

fuuhh, tak sangka boleh tergendala sekejap blog. mood 10 malam terakhir ni, mood iktikaf, mood pecut laju-laju. jarang ada di rumah, balik basuh baju, rehat, bersama famili. tapi, kelemahan aku juga, pengurusan masa tu. sebenarnya kalau balik tu, boleh je update. haih

walaupun belum betul-betul ramadhan dah pergi, tak salah buat muhasabah.

aku melihat setiap permulaan sesuatu benda tu penting. ada pepatah kata ; ‘kegagalan di titik akhir adalah kerana kegagalan dan kesilapan di titik mula’. ramadhan perlu dirancang. perlu ada checklist. by the end of ramadhan, apa kita nak capai. itu sepatutnya. berbaki 2 hari, sejauh mana sudah tercapai?

Alhamdulillah, aku bersyukur dapat berpuasa penuh di rumah dan ada dalam keluarga yang meraikan ramadhan. terasa juga sambutan meriahnya ramadhan. kalau kecik-kecik dulu, ramadhan kena tadarus sama-sama dan tasmi’ surah pilihan dengan abi. dan bila dah besar, bukan abiumi tak paksa buat, sepatutnya kami dah tahu. barangkali itu yang sepatutnya.

dan tauladan itu ada dari abiumi. kalau terjaga nak buang air ke, atau bangun awal sikit dari awal biasa (before sahur) terdengar bacaan Al-Qur’an dari bilik abiumi. tilawah abi/bacaan masa qiyam abi. umi, 3-4 pagi memang masa qiyam dia. sujud yang lama dan panjang. mereka tak sebut apa mereka buat, tapi aku nampak dan aku lihat. kadang-kadang ternampak ;p

ok. antara checklist speacial ramadhan, mestilah solat terawih. 2 tahun kebelakangan ni, kalau full tarawih, InsyaAllah tak ada masalah. tahun ni, awal ramadhan umi dah cakap; ‘ tahun ni kita terawih dekat UIA, full 20 rakaat dari awal’ gulp. err. telan airliur jugala. maknanya balik 1130 malam? err sebab dekat UIA terawih dia satu juzuk satu malam, lebih kurang 1 page 1 rakaat. tapi imam dia best :]

tak nafi, kadang-kadang solat tu dalam keadaan yang penat, lenguh badan dan mengantuk. kalau kena imam yang witir qunut dia hampir setengah jam, memang kebas kaki, lenguh tangan tapi yang membuatkan rasa tak nak stop mengalah, adalah, aku yakin yang kaki, tangan, mata, anggota badan aku ni, akan jadi saksi di akhirat nanti yang aku berusaha taat dan beribadah kepada Allah. bukankah itu satu motivasi? :D

dan penghujung ramadhan ni, tak cukup tidur malamnya, tak selesa tidur iktikaf di masjidnya, lelah badannya, lebam matanya, lelehan airmata dan hingusnya, letihnya rasa tu, adalah kenikmatan sebenarnya. nikmat yang Allah bagi, moga-moga Dia menerima segala amalan.

aku bukan yang paling kuat ibadahnya, tetapi biarlah ramadhan ini [dan seterusnya], aku hamba kerdil ni, dipandang Allah atas usaha semampu aku untuk mengabdikan diri padaNya. dan sesungguhnya Dia melihat aku. kita. semua.

‘Dan bertawakkallah kepada Allah yang Maha Perkasa, Maha Penyayang.
Yang melihat engkau ketika engkau berdiri (untuk solat).
dan (melihat) perubahan gerakan badanmu di antara orang-orang yang sujud.
Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui’
[26:217-220]

bahagia? ;)

bila ditanya seorang kakak, ‘next ramadhan jika diberi peluang, apa yang mahu diperbaiki?’ oh, sudah pasti rasa! ‘rasa’ itu. rasa yang lebih dalam. rasa yang aku buat ibadah ni bukan semata adat, tradisi, nak ganjaran pahala. tapi atas dasar cinta seorang hamba kepada penciptaNya. atas dasar cinta.

tapi jangan kata terlambat, baki 2 hari ni, banyak juga yang boleh diperbaiki, InsyaAllah.

dalam kepala otak ni rasa nak menulis banyak sangat. tapi menulis pun macam makan nasi, sikit cukup, tapi selalu. banyak segedebuk buat apa. haip, baiklah. sekian, wassalam~

# [setakat hari ni la] berjaya tidak pergi ke bazar cuci mata layan nafsu tahun ni! :P
# kalau boleh, nak je bekukan masa. dan pujuk ramadhan; boleh tak jangan pergi, pleasee ;’(

Monday, August 6, 2012

epik

assalamualaikum, bismillah.

aku tahu satu Malaysia semalam kecoh sangat pasal badminton olimpik London tahun ni. perlawanan epik Lee Chong Wei vs Lin Dan. epik, memang epik. padahal malam tadi malam nuzul quran kot.

dalam jutaan rakyat yang kecewa dan sedih, aku pun termasuk jugak la. nak kata penyokong tegar tak lah tegar sangat. tapi macam tegar jugak. heh. bertahun jugaklah support DLCW. sebelum olimpik Beijing lagi. masa kalah dulu tak payah cakap la sedih dia macam mana. since masa tu, actually sebelum tu lagi memang aku ikuti perkembangan dia. biografi memang dah lama aku baca. dulu, masa henpon canggih sikit tak kena curi, tak kesahla dalam kereta kalau ada match aku nak tengok live jugak. punya tak nak tengok ulang tayang –,-

masa kat Penang dulu, rumah memang tak ada tv tapi sanggup keluar cari kedai nak tengok match dia. tapi hari tu tak dapat tengok last-last balik rumah. kalau ada match, aku tak dapat tengok, update result pun jadilah.

dulu, gila tak gila kalau ada match, sanggup pulak hai aku ni nak buat solat hajat. untuk DLCW. solat hajat khas kot. okay sangat lawak bila ingat balik.

dan setelah hampir 4 tahun aku (semua la) tunggu DLCW dapat balas dendam Olimpik kali ni, akhirnya tak kesampaian. nak cakap punya laju jantung aku tengok dia main, kalah nak tunggu result exam. nak interview ke. kalah. sejuk kaki tangan segala bagai. ni Olimpik last LCW tahu tak. tolonglah menang..

tapi bila kalah, last point tu, perghh frust menonggeng. kecewa + sedih. tersenyap la aku. siap tertunduk meraup wajah dan mengelap airmata. majlis penyampaian hadiah pun tak sanggup aku nak tengok *gila drama aku* si adek dah tanya ; ‘nangis ke? nak kesat-kesat air mata pulak’. si akak dah perli ‘kau ni pergila kawen dengan dia’ masa main lagi, si adik ada tanya ‘eh LCW dah kawen ke? ada cincin.’ si kakak : ‘dah, dia kawen dengan huda tu’ T_T tak payah nak buat lawak sangat weh. tak lawak oke.

paling pedas perlian si kakak ; ‘nanti tahajud jangan tak nangis pulak’ –,- t.kasih.

kalah pun kalah la. yang penting, aku puas hati tengok dia main. memang all out. terbaik, sentiasa cool~ disebabkan penyokong setia, kalah menang tetap sokong. ceh, ayat nak bunga aje.

last sekali, setelah bertahun baru (baru?) aku sedar, kalah ke menang LCW, aku ni yang sebenarnya kalah. aku yang selalu kalah. ‘GF’ kan?

tu je kesimpulan aku. epik tak epik.

Friday, August 3, 2012

aku ni jahat, banyak dosa

assalamualaikum, bismillah

Alhamdulillah, tadi pagi dapat pergi uskab lagi (usrah kabilah) dekat Klcc. walaupun abi macam dah, haish huda ni ke sana ke sini. tapi tak menghalang, alhamdulillah.

masa start tazkiyatin nafs tu dah rasa dush dush dush. masuk dalam sikit perbincangan memang tahan la rasa nak tumpahkan airmata tu. sedih sangat. lagi-lagi bila cakap pasal jahiliyah, taubat. tambah-tambah ramadhan sekarang fasa 2 : maghfirah. fasa keampunan.

apa kah yang lebih aku inginkan daripada keampunan Allah? apa? 
Allah,,

aku ni banyak dosa
aku ni jahat
aku ni hamba hina

keampunan Allahlah yang paling aku damba sekarang.

sebelum dapat kejar, cari dan rasa cinta Allah tu, bukan aku sahaja, pasti ada yang lain juga, kena lalui dulu zaman tak jaga batas lelaki perempuan, zaman ‘kurang ajar’, zaman melawan, zaman malas solat, semua zaman jahiliyyah tu dulu, baru dapat kenal cinta Allah tu. mahal, mahal, cinta Allah tu mahal. ada juga yang lalui buat dosa besar dulu, (zina etc) baru ‘jumpa’ Allah tu. dah jumpa, ada hati nak lepaskan? tidak, semoga tsabat :]

lantas, apa yang lebih didambakan melainkan keampunan Allah atas dosa saban hari selepas itu?

jangan kata zaman jahiliyyah. sekarang punya dosa pun tak terkira. dosa mata, dosa mulut, dosa telinga, dosa hati lagi. Allah,, hina kita ni kalau kita tak rasa kita banyak dosa.

bukak surah Asy-syuara’ ayat 82 jumpa kata-kata nabi Ibrahim; khalilullah (kekasih Allah). tahu baginda berharap apa dengan Allah?

‘…dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat’

yang sangat. yang sangat. yang sangat kuinginkan mengampuni kesalahanku.
itu nabi, kekasih Allah. kita?? darjat mana kita ni tak mahu mengaharap keampunan Allah?

aku menyeru diri aku, diri aku dulu. jangan bazirkan peluang ramadhan. apatah lagi kita di fasa 2, keampunan Allah ni. jangan keluar tangan kosong. mohon dan berharaplah dapat bersih dari dosa. fokus dengan masa yang ada ni. sama-sama InsyaAllah. tagih, merintih, mohon keampunan Allah.

seharusnya kita yang menzalimi diri sendiri ini takut, takut dengan Allah. [27:10-11]

“….Wahai Musa! jangan takut! Sesungguhnya dihadapanKu, para rasul tidak perlu takut, kecuali orang yang berlaku zalim yang kemudian mengubah (dirinya) dengan kebaikan setelah kejahatan (bertaubat) ; maka sungguh, Aku Maha Pengampun, Maha Penyayang”

aku ni jahat, zalim
aku ni banyak dosa, selalu leka
aku ni hina dina
semoga Allah ampuni aku.

banyak nak diluahkan, tapi tak tertulis. hati tunggang-terbaliknya, iman turun naiknya ini hanya Allah yang paling tahu.

semoga Allah redha dengan kita semua,InsyaAllah. ameen ~

Thursday, August 2, 2012

diri sendiri

assalamualaikum, bismillah.

post pendek je ;)

kalau ada sekeping gambar yang ramai-ramai termasuk juga diri sendiri, perkara pertama yang orang akan buat bila dapat gambar tu, mesti nak tengok gambar diri sendiri. sila jangan tipu :p

jadi, boleh la kan kalau cerita pasal keburukan, perkara pertama, tengok diri sendiri dulu?

diri sendiri.

kalau duduk depan cermin, tak puas hati tengok imej, ada benda yang nak dibetulkan, bukan yang perlu dibetulkan imej dalam cermin tu. tapi orang yang melihat imej tu. siapakah?

diri sendiri.

para sahabat dulu tak sempat nak cerita keburukan orang lain sebab sibuk tengok dan betulkan DIRI SENDIRI. ye, diri sendiri. ada ke yang tak tahu diri sendiri tu apa? rasanya macam tak. jadi jom, kalau tahu buat gaya tahu ;D

# ramadhan dah hampir separuh, tekan minyak sikit, naik gear sikit. jangan sibuk kata belum tentu ramadhan tahun depan sempat atau tidak. tahun ni pun belum tentu dapat sampai penghujung. fokus! khusus untuk diri sendiri ;]