Pages

Thursday, August 30, 2012

kerana yang memilih adalah Dia

assalamualaikum, bismillah.
semalam aku baru balik dari pre-departure program dekat Penang. 3 hari 2 malam. tak berniat nak tulis pasal pre-dep sebab banyak juga talk/aktiviti yang aku separa sedar je. heh. gambar tu, tulah kawan-kawan college aku yang sama-sama dapat UCC (Univ. college Cork) yang lain dapat NUIG.

masa-masa pre-dep ni la aku terfikir sesuatu yang... betul lah, yang menghantar offer letter tu sebenarnya bukan pihak University, bukan sebab usaha aku pun. tapi yang menghantar itu adalah Dia.

yang pilih aku adalah Dia.

aku yang dari kecil sampai SPM, tak pernah pun bercita-cita nak jadi doktor. tak terfikir pun bakal jadi doktor. aku tahu, ada je yang spesis macam aku ni -,- *baca sampai habis dulu*

lepas SPM, aku ingat nak ambil engineering, tak pun physics, tak pun law, tak pun sains politik, tak pun banyak lagilah. yang penting bukan medik.

fikir punya fikir, istikharah, bincang, tanya sana, tanya sini, last-last ambil keputusan pilih medik. macam mana boleh tukar angin terus macam tu. somehow, aku pun terfikir kenapa ya? refleks balik, sebenarnya.. yang menetapkan hati, menenangkan hati aku itu adalah Dia.

yang pilih aku adalah Dia.

bila tak dapat pergi timur tengah, cuba apply Ireland dengan hati yang tak mengharap sangat pun, tapi diberi peluang. yang beri peluang itu sebenarnya Dia juga.

yang pilih aku adalah Dia.

bila rasa macam tak boleh kot fulfill all the requirements untuk pergi Ireland. bab nak faham konsep, pastu suruh barainstorm idea sendiri, aku boleh lagilaa. hafal fakta? lemah sikit. (ke malas? hmm) bermula lambat sem 1, naik sikit sem 2, naik lagi sem 3. walaupun biasa je, (orang kata spesis bunga kembang lewat. ha yela --') tapi lepas setahun, Allah permudahkan. tak ada lah mati nak hafal fakta. bolehla dapatkan A(-) microbiology dan Anatomy and Physiology. IELTS yang aku cuak sangat pun Alhamdulillah, dipermudahkan. siapa sebenarnya yang mudahkan, beri kekuatan? sedar sedar...sebenarnya

yang pilih aku adalah Dia.

Alhamdulillah. after all, apa yang dah berlaku, dijangka atau tak dijangka, pernah tak kita terfikir, yang pilih kita untuk lalui semua benda tu adalah Dia.

(amanah dulu, cerita dulu)
aku terfikir benda tu.
sehingga membuatkan aku rasa Allah mudahkan semua ni untuk apa ya?
pastinya bukan untuk menjadi orang yang biasa je

kerana Allah Yang Maha Tinggi yang memilih aku,
aku akan buat yang terbaik. jadi yang terbaik.

when Allah brings you to it, then He will lead you through it

5 tahun yang mendatang, aku akan berusaha buat yang terbaik, jadi yang terbaik. kerana, yang memilih aku adalah yang Paling Terbaik :)

(amanah sekarang, dan akan datang)

rancang sekarang, plan sekarang, berazam sekarang, semoga Allah permudahkan, InsyaAllah.
semoga Allah redha.

4 comments:

keberkatan said...

Huda!!! U balikk cepat.... Tak sempat salam.... T_T

shakira suhaimi said...

like sgt2.. suka atau tidak suka, Allah tempatkan ada sebabnya :) dan when medic is written for us, it will always be the path we are tracking deeply in :D

nadia najwa said...

insyaAllah, bila Allah memilih, perjalanan kita bukan sekdar perjalanan seorang pelajar, mahupun pengembara semata-mata, melihat keindahan alam ataupun untuk memuji kehebatan negara lain.

tapi perjalanan ini perjalanan seorang hamba. seorang a'bid dan khalifah.

KhalilahAlhudaKamilen said...

akaaaaak T_T
maknanya kita kena jumpa lagi lah lepas ni. heeeee

>kira
He always knows what is the best for us rite? have faith :))

> k.nadia
perjalanan seorang hamba. seorang 'abid dan khalifah. InsyaAllah, mudah2an :D