Pages

Thursday, August 16, 2012

ramadhan yang melambai pergi

assalamualaikum, bismillah.

fuuhh, tak sangka boleh tergendala sekejap blog. mood 10 malam terakhir ni, mood iktikaf, mood pecut laju-laju. jarang ada di rumah, balik basuh baju, rehat, bersama famili. tapi, kelemahan aku juga, pengurusan masa tu. sebenarnya kalau balik tu, boleh je update. haih

walaupun belum betul-betul ramadhan dah pergi, tak salah buat muhasabah.

aku melihat setiap permulaan sesuatu benda tu penting. ada pepatah kata ; ‘kegagalan di titik akhir adalah kerana kegagalan dan kesilapan di titik mula’. ramadhan perlu dirancang. perlu ada checklist. by the end of ramadhan, apa kita nak capai. itu sepatutnya. berbaki 2 hari, sejauh mana sudah tercapai?

Alhamdulillah, aku bersyukur dapat berpuasa penuh di rumah dan ada dalam keluarga yang meraikan ramadhan. terasa juga sambutan meriahnya ramadhan. kalau kecik-kecik dulu, ramadhan kena tadarus sama-sama dan tasmi’ surah pilihan dengan abi. dan bila dah besar, bukan abiumi tak paksa buat, sepatutnya kami dah tahu. barangkali itu yang sepatutnya.

dan tauladan itu ada dari abiumi. kalau terjaga nak buang air ke, atau bangun awal sikit dari awal biasa (before sahur) terdengar bacaan Al-Qur’an dari bilik abiumi. tilawah abi/bacaan masa qiyam abi. umi, 3-4 pagi memang masa qiyam dia. sujud yang lama dan panjang. mereka tak sebut apa mereka buat, tapi aku nampak dan aku lihat. kadang-kadang ternampak ;p

ok. antara checklist speacial ramadhan, mestilah solat terawih. 2 tahun kebelakangan ni, kalau full tarawih, InsyaAllah tak ada masalah. tahun ni, awal ramadhan umi dah cakap; ‘ tahun ni kita terawih dekat UIA, full 20 rakaat dari awal’ gulp. err. telan airliur jugala. maknanya balik 1130 malam? err sebab dekat UIA terawih dia satu juzuk satu malam, lebih kurang 1 page 1 rakaat. tapi imam dia best :]

tak nafi, kadang-kadang solat tu dalam keadaan yang penat, lenguh badan dan mengantuk. kalau kena imam yang witir qunut dia hampir setengah jam, memang kebas kaki, lenguh tangan tapi yang membuatkan rasa tak nak stop mengalah, adalah, aku yakin yang kaki, tangan, mata, anggota badan aku ni, akan jadi saksi di akhirat nanti yang aku berusaha taat dan beribadah kepada Allah. bukankah itu satu motivasi? :D

dan penghujung ramadhan ni, tak cukup tidur malamnya, tak selesa tidur iktikaf di masjidnya, lelah badannya, lebam matanya, lelehan airmata dan hingusnya, letihnya rasa tu, adalah kenikmatan sebenarnya. nikmat yang Allah bagi, moga-moga Dia menerima segala amalan.

aku bukan yang paling kuat ibadahnya, tetapi biarlah ramadhan ini [dan seterusnya], aku hamba kerdil ni, dipandang Allah atas usaha semampu aku untuk mengabdikan diri padaNya. dan sesungguhnya Dia melihat aku. kita. semua.

‘Dan bertawakkallah kepada Allah yang Maha Perkasa, Maha Penyayang.
Yang melihat engkau ketika engkau berdiri (untuk solat).
dan (melihat) perubahan gerakan badanmu di antara orang-orang yang sujud.
Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui’
[26:217-220]

bahagia? ;)

bila ditanya seorang kakak, ‘next ramadhan jika diberi peluang, apa yang mahu diperbaiki?’ oh, sudah pasti rasa! ‘rasa’ itu. rasa yang lebih dalam. rasa yang aku buat ibadah ni bukan semata adat, tradisi, nak ganjaran pahala. tapi atas dasar cinta seorang hamba kepada penciptaNya. atas dasar cinta.

tapi jangan kata terlambat, baki 2 hari ni, banyak juga yang boleh diperbaiki, InsyaAllah.

dalam kepala otak ni rasa nak menulis banyak sangat. tapi menulis pun macam makan nasi, sikit cukup, tapi selalu. banyak segedebuk buat apa. haip, baiklah. sekian, wassalam~

# [setakat hari ni la] berjaya tidak pergi ke bazar cuci mata layan nafsu tahun ni! :P
# kalau boleh, nak je bekukan masa. dan pujuk ramadhan; boleh tak jangan pergi, pleasee ;’(

No comments: