Pages

Thursday, September 6, 2012

atok salah berpesan

assalamualaikum, bismillah.

ini bukan pesan atok aku. tapi aku biasa dengar. entah,, perbualan biasa mahupun drama mungkin. pesan atok :

'belajar rajin-rajin, hormat cikgu, buat latihan banyak-banyak, belajar biar sampai universiti, jangan malas-malas. Tapi, jangan lupa solat, jangan lupa baca quran, doa banyak-banyak'

atok salah berpesan.
silap gaya bahasanya.

Dia kata, bahasaNya lagi cantik -kejar akhirat, tapi jangan lupa bahagianmu di dunia.

'dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu....' [28:77]

atok tersenyum ya.
salah pesan ya.
tak apalah atok.
lain kali atok pesan ;

' rajin-rajinlah solat, baca quran selalu, doa banyak-banyak. tapi jangan lupa, belajar rajin-rajin, hormat cikgu, biar masuk universiti'

baru sayang atok!
;)

* kurang dari 2 minggu, aku akan meninggalkan Malaysia.

5 comments:

shakira suhaimi said...

sangat suka.. awal2 baca dh dpt agak apa yg huda cuba sampaikan ^^

Hamba-Mu said...

bittaufiq wannajah. Semoga Allah permudah kn :)

KhalilahAlhudaKamilen said...

>kira
:)

>Hambu-Mu
t.kasih, InsyaAllah, ameen :))

Anonymous said...

hazrat: doa-doakan kak adik kat sana...
atok: yg penting solat jangan tinggal, awal waktu. sebab dalam solat tu lah nak doa.
*hikmah orang tua. osem!*

KhalilahAlhudaKamilen said...

waaah.. mutiara. mutiara
osem!!