Pages

Wednesday, September 12, 2012

kasih ibu

assalamualaikum, bismillah.

okay, tajuk nak sayu je kan. heh. tadi keluar dengan umi, pergi uruskan lagi benda alah nak pergi Ireland ni. pergi Putrajaya (lagi), lepas tu pergi kamal Bookstore, then pergi KL Festival City. malam ni nak sambung shopping lagi oi ^^,

masa dalam kereta:

‘umi, umi puasa tak hari ni?’
’puasa la’
’eh? puasa apa?’

sebab setahu aku umi dah lama dah habis puasa 6
’puasa zaid nak periksa (upsr)’

err okay. terkedu sekejap. kasih ibu kan, anak nak periksa pun kira benda besar la kan. tiba-tiba teringat hari tu umi pernah cakap ‘kalau bukan doa ibu makbul, kalau bukan umi tahajud doa, kamu semua ni belum tentu boleh berjaya’ uwaaaaaaaaaaaaaa! betul sangat tu umi, betul sangat!

tadi masa pergi Kamal bookstore tu, beli buku je dah berapa ratus. memang tak akan jumpa la kan buku medik murah-murah ;/ lepas tu pergi KL Festival City cari luggage. cakap dah dekat umi, 1 pakai yang lama pun takpe. tapi umi suruh beli jugak semua baru. amek kau, luggage je dah 900 hinggit  ;S

tak masuk lagi baju, alat tulis semua. memang beribu la untuk anak sorang ni. huu. bila cakap dekat umi nak bawak makanan segera, terus call order serunding, makcik jual sambal ikan bilis.(aku jenis tak makan maggi. hehe. harap maklum. mengada kan –,-). nak supplement spirulina bawak sana, terus order yang 3000 tablet punya. dah 500 hinggit lebih. aaaaaaaaaaa!

nak ceghita memang banyak sangatlah yang umi dah buat. tinggal nak bersyukur dan ucap terima kasih je kan. tak tahulah nak cakap apa kalau pengorbanan mak/ibu/umi/mama yang dah besar macam tu anak-anak tak reti nak hormat dan santuni mereka. nauzubillah. usaha setiap hari untuk jadi anak yang baik jom.

tinggal lebih kurang 4 hari lagi dah nak pergi. rasa sedih, takut, sayu, excited semua bercampur jadi ABC. eh. flight 17/9/12, pukul 1115. aku tak ada la berharap ramai nak hantar aku. nanti-nanti aku balik juga. kalau panjang umurla kan. cumanya ada satu yang aku risau dan cuak ni sebenarnya. aku takut KLIA tu banjiiiir je. ah, aku tak tahu nak practice macam mana tak nak bagi nangis. harapnya kental lah nanti :P

dan ada satu pesanan sepupu aku yang aku sebak la dapat pesanan tu ; ‘ nanti dekat sana jangan lupa abi umi tau’ aaaah sedih aku. mana mungkin. InsyaAllah setakat ni, manusia no 1 aku memang abi umila. suami dah ada (kalau ada) kang lain cerita la pulak.

huda sayang abi umi kerana Allah! ;’)

doa-doakanlah untuk aku. supaya aku; Khalilah Alhuda terus menerus berjiwa hamba, jadi ‘abid dan khalifah. dapat jadi hamba, anak dan pelajar terbaik,juga akhlaknya baik. ameeen ;)

# tolonglah tolonglah sayangi dan santuni ibubapa kita sehabis mampu kita. dan selagi mereka (atau kita) masih ada. ok? InsyaAllah sama-samalah kan. okay aaaa jangan kata aku dah mood sedih sedih sekarang ni. oklah baru nak start packing barang. wasalam.

*kasih bapa jangan lupa pulak hoi. cuma aku je tak tertulis ;)

2 comments:

husnajoden said...

haih.. memang selalu rasa sebak bila tengok ummi yg sgt semangat nk tolong kita prepare barang nak fly.. making sure everything kalau boleh baru and the best there is. even ana yg dh balik cuti pastu nk prepare lagi skali barang nk balik joden semula pun, ummi semangat jugak..huhu.

Anonymous said...

Assalamualaikum, Selamat Berangkat ke ireland :)-haytt
insya'allah tabah!