Pages

Saturday, September 1, 2012

salah ke kalau saya tak rasa?

assalamualaikum, bismillah.

'salam huda. salah ke kalau saya tak rasa macam apa yang orang lain rasa?
salah ke kalau saya tak selaju orang lain? ke saya hanya nak sedapkan hati saya je?'

sekitar itulah mesej dia. mesej yang tiba-tiba. seingat aky masa tu pukul 1-2 pagi. bulan ramadhan. aku iktikaf di masjid dan masa tu aku baru nak tidur. mesej tu buat aku sentap juga. sampai-sampai aku tangguhkan agak lama untuk reply mesej dia.

dia jugalah yang pernah mesej aku tiba-tiba ;

'macammana saya nak start betul-betul menutup aurat dengan sempurna'

aku tak ingat mesej sebenar dia, tapi sekitar itulah. masa tu aku dalam bas nak balik KL. dia ni, agaknya suka bagi mesej sentap-sentap kot. hoho.

cuti duduk di rumah ni, aku teringat mesej 'rasa' dia. mesej yang membuatkan aku juga nak tanya soalan tu pada orang lain. kita ni kan, ada je masa-masanya rasa macam 'tak ada' rasa. hmm. parah, parah

kali pertama aku baca mesej dia tu, aku kagum. bila Allah gerakkan dia boleh nak rasa benda tu, Allah dah beri dia 'rasa'. ya, dia dah diberi rasa tu pun sebenarnya. kan?

* * * * *

nak lakukan ketaatan, sesiapa pun akan kata tak mudah. atleast tak mudah pada mulanya. sebelum benda tu menjadi darah daging. ada seorang orang soleh cakap ; ' saya tekun mengerjakan solat malam selama setahun, dan saya pun menikmatinya selama dua puluh tahun '

satu tahun yang dipenuhi dengan beban, susah, tapi akhirnya selama 20 tahun benda tu berganti kenikmatan dan rasa bahagia. [buku ibadah sepenuh hati-Amru Khalid]

kalau aku ni, siapa je? kita? mungkin untuk melazimi dan menikmati suatu ibadah tu, rasa beban, rasa susah atau rasa 'tak rasa' tu kena lalui lagi lama. yang penting, keep on moving...

jangan layan sangat rasa 'tak rasa' tu. takut nanti timbul rasa tak nak buat. lagila parah. bila rasa 'tak rasa' tu, teruskan je buat dan yakinlah Allah tu melihat kita. bayangkan Allah sangat senang melihat kita yang bersusah payah melawan rasa untuk mentaati dia. dan Dia pasti membalas segala usaha kita. pasti.

betul, bila melakukan ketaatan, kita kena tengok orang lagi atas. biar ada rasa nak berlumba-lumba. tapi tujuan kita bukan nak lebih dari orang lain. bukan. tapi untuk lebih baik dari kita yang semalam. nak lawan diri sendiri tu akan lebih buat kita rasa termotivasi. sebab kalau asyik nak lawan orang je, kita cepat down.

Allah tak melihat di tangga mana kita berada, tapi sejauh mana kita berusaha untuk menaiki tangga tu. yang penting jangan statik.

ehh, kita buat semua benda tu untuk cari redha Allah kan? kan Allah dah kata ;

' Dan orang-orang yang berjihad (untuk mencari keredhaan) Kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik' [29:69]

Dia akan tunjukkan. dengan cara dan hikmahNya yang tersendiri.
semoga 'rasa' itu terus Dia suburkan buat kita semua InsyaAllah :)

* dan sudah pasti jawapan soalan dia adalah : 'laaaaaaaaa, kenapa pula nak salah??' ;D

No comments: