Pages

Friday, October 19, 2012

the lough

assalamualaikum, bismillah.

IMG_2083IMG_2097

tajuk je english. sila kecewa sekarang >.<

alhamdulillah, dah sebulan di bumi asing. masih dalam proses nak adapt. cuaca sangat beza, suhu jauh lebih rendah dari Malaysia, dan sini angin kuat dan kerap hujan. selalu jugak menggigigl-gigil. dan kulit belum sepenuhnya dapat adapt. kulit sensitif, kering dan cepat gatal + pedih.

mula-mula rasa macam ‘siksa’ sikit, tapi bila fikir, ini sikit je. dan banyak lagi nikmat yang aku perlu syukuri. alhamdulillah.

jujur, aku bukan jenis yang suka jogging. bukan tak suka exercise, tapi tak suka jogging. tapi hari tu, ikut K.Fatin dan Ima jogging. memang mujahadah sangat la pagi-pagi sejuk sangat nak keluar rumah jogging. kabus pagi tebal lagi. dan sejuuuuk sangat. k.Fatin kata 3 degree celcius :O

dan kami jogging ke The Lough (baca: lock) maksudnya tasik. Kalau tanya local people ‘where is the Lake?’ nanti dia; ‘the lough?’ ;P

sambil jalan-jalan tu, borak-borak sikit pasal medik. k.Fatin share;

‘tengok tasik. kan kalau kita masukkan garam dalam segelas air, air tu mesti masin, tapi kalau masukkan dalam tasik/laut tak rasa masin’

setuju, mengiakan.

macam tu juga kalau ambil medik. kalau tujuan kita kecil, just nak lulus exam, jadi doktor pakar, kalau kita jatuh sikit kita akan down. TAPI, kalau kita punya tujuan BESAR, benda-benda kecil takkan mudah menggoyahkan kita’

setuju, mengiakan lagi.

aku, yang sangat baru nak tanam minat ambil medik macam pusing-pusing juga. mungkin sebab orang asyik kata medik susah, first year disaster, aku terasa takut dengan benda-benda tu. padahal remeh je sebenarnya. bukan aku meremehkan studi medik tu, tapi kerisauan dan anggapan medik tu ‘besar’ tu sebenarnya kecil je. remeh.

again, aku tak cakap studi tu remeh, tapi mindset kita tu yang kadang-kadang sempit. yup, studi kena all out. Ihsan dalam semua bidang tu tuntutan, yang penting kita kena JELAS TUJUAN. tujuan yang lebih besaar. sebab, sejelas mana matlamat kita, sejelas itulah tindakan kita. untuk apa-apa pun, matlamat biar besar. dushh

aku mungkin banyak sangat fikir
banyak sangat risau
chill~ buat je lah! haissh

aku akan enjoy study medik sampai bila-bila InsyaAllah,
DAN tujuan kita BESAR kan?

IMG_2081IMG_2113

IMG_2088

The lough.
mengajar sesuatu ;)

4 comments:

asyraf aminuddin said...

Oooo . :)

Anonymous said...

salam.. ana baca ayat tu berkali2 tapi tak faham...

kenapa kalau tujuan kita tak 'besar' kalau jatuh sikit kita down, bukan sebab tujuan kita yang besar tulah kalau jatuh kita akan rasa sedih sbb tujuan kita BESAR?

blh ukhti tolong terangkan? sbb rasa ada something valuable kat ayat tu cuma tak dpt nk faham mcmana yg ukhti faham mungkin :)

ateyyyy said...

serius ana ingat nt nak tulis dalam english :)

yup, tujuan kita BESAR insyaAllah <3

KhalilahAlhudaKamilen said...

> anonymous

wasalam, bismillah.

oh, maaf lah kalau ayat pening sikit.
ana rasa untuk faham ayat tu, lagi mudah kalau faham analogi garam dah bekas air tu.

garam = halangan
bekas air = tujuan

kalau tujuan kita besar, kita tak mudah tereffect dengan benda kecil, sebab TUJUAN KITA BESAR ; menjadikan halangan kita tu keciiil sangat.

boleh faham ke macam tu?
:)

>ateyy

haha, lain kali InsyaAllah :)
InsyaAllah Atey!